SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Tuesday 2 September 2014

Berjaya ke Tidak Letak Iklan Nuffnang Bawah Entry

Habis khatam beberapa blog saya menelaah untuk entry "Cara Letak Iklan Nuffnang Bawah Entry". Misi semuanya gagal! Naik pening dah kepala ni asyik try and error sepanjang minggu lepas. Tapi tak menjadi-jadi. Semua coding yang di suruh cari semua tak jumpa.

Sebelum ni letak juga iklan nuffnang yang bawah entry tu tapi yang itu saya letak dekat bawah sekali. Hehe. Kali ni saya nak letak pada tempat yang betullah, supaya kalau ada pihak yang sudi nak beriklan lagi di blog ini, mudahlah blogger-blogger yang baik hati nak klik iklan saya tu nanti. Hahaha.

Setelah balik dari bercuti di Bukit Merah minggu lepas, dalam kepenatan terus saya gigih mencuba sekali lagi dan berbekalkan sedikit ilmu sewaktu belajar dulu. Itupun belajar asas untuk coding html ni sahaja, takdelah teror mana.

Percubaan pertama --- GAGAL

ok takpe...kita CUBA LAGI

Percubaan kedua --- BERJAYA!

wahhh, sangat kagum dengan kebolehan diri menyelesaikan masalah ini.

Moral of the story, janganlah sesekali kita memandang rendah pada kebolehan yang ada pada diri kita dan berusahalah atas apa juga kehendak dan keinginan kita sehingga betul-betul boleh mencapainya. Inshaallah, usaha kita semua tidak akan sia-sia selagi kita tidak lelah untuk terus mencuba.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...