SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Tuesday, 6 May 2014

Mudahnya Berbisnes dari Rumah

Assalammualaikum dan Salam Sayang semua :)

Pada Majlis Makan Malam Gala Kasih Sirih Pulang Ke Gagang yang lalu, saya sempat berjumpa dan berborak dengan bekas rakan-rakan sekolah dan guru-guru. Antara soalan wajib yang ditanya haruslah,
"Dah kahwin ke belum?", kalau sudah "Anak dah berapa?"
"Tinggal dimana?"
"Kerja apa?"

Itu memang antara soalan-soalan yang paling POPULAR kalau kita berjumpa seseorang kenalan yang dah lama tidak berjumpa kan. Sebenarnya, bukan kawan-kawan je yang akan tanya soalan macam ni..tapi kadang tu ada jugak saudara-mara yang bertanya. Al-maklumlah, bukan jumpa hari-hari kan..so bila sesekali jumpa tu mestilah nak tahu latar belakang kita serba sedikit kan ^_^



Bila orang tanya saya kerja apa, mudah je jawapan saya. Saya ada business saya sendiri. Saya hanya bekerja dari rumah. *BANGGA*. Sambil saya bekerja, saya juga boleh memantau sendiri perkembangan dan mendidik anak. Sekarang ini, jika anda sedang atau ingin menambah pendapatan dan bekerja dari rumah jangan sesekali takut untuk mencuba. Bekerja dari rumah ini tidak salah, malah sangat digalakkan jika para isteri yang ingin membantu meringankan bebanan para suami mencari nafkah dan anda ketahui cara untuk menjana pendapatan secara bisnes online.

Siapa yang perlu buat bisnes dari rumah?

  • Mereka yang setiap hari bercampur perasaan gundah gulana kerana terpaksa meninggalkan anak-anak dirumah pengasuh.
  • Mereka yang bercita-cita ingin melangsaikan hutang dan berpencen segera.
  • Mereka yang mahukan pendapatan infiniti tanpa perlu berada di bawah telunjuk orang lain untuk menentukan masa depan kita
  • Ingin meningkatkan taraf hidup dari biasa kepada luarbiasa.
  • Mereka yang bercita-cita dan minat bisnes tetapi tidak tahu bisnes apa yang ingin dipilih, inilah dia pilihan yang tepat!.
  • Mereka yang sudah penat pergi kerja siang malam tetapi tiada masa untuk diri sendiri dan keluarga.

Apa yang perlu untuk buat bisnes secara online?
  • Sekeping hati yang cekal dan memang berkehendak untuk maju.
  • Haruslah ada line internet, dah nama pun nak buat bisnes online kan ;)
  • Tidak perlu modal yang tinggi jika ingin memulakan bisnes Shaklee. Hanya yuran pendaftaran RM65 dan penghantaran ke Semenanjung RM10 atau penghantaran ke Sabah dan Sarawak RM20.
Banyak pilihan dan cabang bisnes yang anda boleh pilih untuk buat bisnes secara atas talian ni. Tetapi terpulang kepada anda untuk memilihnya, anda harus memikirkan modal yang terpaka dilaburkan dan kestabilan syarikat yang dilaburkan itu supaya tidak tertipu atau ditipu, TIPAH TERTIPU! Dan saya sendiri memilih SHAKLEE sebagai sumber untuk saya menjana pendapatan kerana saya yajin masa depan ada bersama Shaklee. *YAKIN*

Kenapa saya memilih dan yakin untuk bersama Shaklee?
  • Pelan PEMASARAN yang KOMPREHENSIF dan telus.
  • Sistem yang adil, semua orang berpeluang untuk berjaya kerana ianya BUKAN SISTEM PIRAMID.
  • (kalau berdasarkan sistem piramid, yang dibawah akan sentiasa dibawah. Tetapi konsep shaklee sesiapa sahaja boleh berjaya yang penting orang itu BERUSAHA untuk berjaya)
  • Produk yang TERBUKTI BERKESAN.
  • Syarikat yang KUKUH. Terbukti bertahan dari dahulu hingga sekarang dan sudah lebih 25tahun dipasaran Malaysia.
  • Ramai jutawan yang telah muncul secara senyap hanya kerana berbisnes shaklee, dan ianya adalah berpanjangan bukan bermusim kerana sudah terbukti ramai yang berjaya dan masih buat shaklee sehingga kini. -- GROUP rahsia kami sendiri sudah melahirkan 3 orang MASTER!
  • Semestinya PATUH SYARIAH, kerana ia berkonsepkan produk yang dijual dan bukannya 'produk maya' --bagi modal alih-alih dapat untung ribu-ribu setiap bulan. Adakah kita sanggup beri anak-anak dan keluarga kita makan dari sumber yang tidak berkat?

Anda masih ragu atau tidak jelas lagi mengenai buat bisnes dari rumah dengan menjual produk shaklee? Kalau begitu bolehlah hubungi saya terus, saya akan terangkan lebih details dan terperinci ^_^
Kerana saya mahu membantu lebih ramai lagi orang yang ingin berjaya. Saya mungkin tidak dapat berikan anda wang ringgit tetapi saya janji untuk berikan anda ilmu dan sokongan dalam bisnes shaklee ini. Semoga dipermudahkan-Nya.



Hubungi kami sekarang!

I'm Your Shaklee Independent Distributor
sha 012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD AREA:
(Kedah : Changlun, Sintok-UUM, Bukit Kayu Hitam, Jitra)
(Perlis : Unimap, Politeknik Pauh, Arau)

*PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK

:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::

Monday, 5 May 2014

Tips Menghilangkan Jerawat

Assalammualaikum dan Salam Sayang Semua :)

Saya nak berkongsi sedikit tips untuk mengatasi masalah jerawat.

Memandangkan saya sekarang agak sibuk dengan tugasan di luar rumah, menguruskan hal-hal berkaitan Majlis Sirih Pulang Ke Gagang, dengan masa yang sangat mencemburui dan kadang bila penat saya terlupa aspek penjagaan muka sendiri. Sudahnya, majlis lagi 2 hari tetapi kulit mukaku seperti berdenyut-denyut menandakan jerawat sudah ingin menonjolkan diri! TIDAKKKK!!! Sudahlah banyak persiapan yang perlu dilakukan dan pada majlis tersebut saya juga perlu berhadapan dengan ramai orang termasuklah VVIP dan para media, makanya memang saya tak senang duduk. Saya makin bertambah-tambah stress!

Jerawat..ohh jerawat ;(
Pics: credit to mr.google

Anda pernah hadapi situasi macam ni tak? Huhu.. time-time nak keluar berdating dengan husband dulu ke atau waktu zaman boipren moipren dulu, time nak kenalkan dengan bakal famili mertua ataupun esok lusa korang nak ada kenduri...tak kisah la nak bertunang, bernikah atau bersanding, tiba-tiba jerawat macam rancak je nak tumbuh? Pernah rasa tak? Kalau pernah mesti anda semua sangat memahami jiwaku saat ini ;(


Lagi 2 hari majlis penting akan berlangsung, jerawat naik. Petua mudah untuk mengecutkan jerawat. Maka, malam tu saya terus teringatkan Vitamin C Shaklee yang super power lagi berkhasiat tu. Seperti yang kita sedia maklum, fungsi Vitamin C itu sendiri terlalu banyak dan antara salah satunya adalah untuk kecantikan. Sehinggakan ada segelintir orang sanggup dapatkan suntikan vitamin c daripada klinik-klinik kecantikan. Namun ianya adalah tidak tahan lama dan perlukan kos yang sangat tinggi untu
k jangka masa panjang.

cantik tanpa perlu suntikan
pics: credit to mr.google

Okay, tips saya yang paling mudah dan murah tanpa ada kesan yang memudaratkan pada diri adalah kalau untuk mengecutkan jerawat ni elok ambil 1-2 biji Vitamin C Shaklee kemudian dipatahkan kepada 2 bahagian. Kenapa perlu dipatahkan kepada 2 bahagiasustaince release iaitu ia akan dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam badan kita. Vitamin C jenis ini adalah sangat bagus kerana mampu mengekalkan vitamin C di dalam badan kita kerana seperti yang kita sudah sedia maklum, Vitamin C adalah sangat sukar untuk disimpan dalam tubuh kerana ianya cepat musnah.
n? Supaya ia mampu menyerap dengan lebih cepat dan optimum. Kalau tidak dipatahkan pon tak mengapa, kerana Vitamin C Shaklee ini adalah jenis

Nak tahu hasilnya?

Keesokkan harinya, saya dah terasa kulit muka takde lagi tegang seperti jerawat nak tumbuh! Itu menandakan jerawat saya dah mengecut. *HAPPY* . Kulit pon terasa lebih mulus .Ia ternyata memberikan saya lebih keyakinan ketika Majlis Sirih Pulang Ke Gagang yang diadakan pada 3 Mei 2014 yang lepas. Syukur, Alhamdulillah.

Saya dah mencubanya. Anda bila lagi? ;)
Cubalah sekarang, jangan bertangguh lagi.


Ingin Dapatkan Produk Shaklee?
Hubungi kami sekarang!

I'm Your Shaklee Independent Distributor
sha 012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD AREA:
(Kedah : Changlun, Sintok-UUM, Bukit Kayu Hitam, Jitra)
(Perlis : Unimap, Politeknik Pauh, Arau)

*PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK

:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::

Karnival Sirih Pulang Ke Gagang

Assalammualaikum dan Salam Sayang semua ♥

Buat pengetahuan anda semua, saya dan rakan- rakan telah pun bertungkus lumus menjayakan Karnival Sirih Pulang Ke Gagang, pada 3 Mei 2014.

Banyak acara menarik pada hari tersebut antaranya Jelajah Sintok, demonstrasi masakan oleh Chef Shaifudin, Pertandingan Jaguh Kampung, Pertandinga Sukan Rakyat, Pertandingan Mewarna dan pakaian beragam untuk anak-anak berumur bawah 12 tahun, Pameran motor superbike oleh Kelab Erastar dan macam- macam lagi.

Majlis Karnival Sirih Pulang Ke Gagang ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Wira Mohd Johari Bin Baharom, Ahli Parlimen Kubang Pasu.

Objektif utama karnival ini diadakan adalah untuk mengumpul semula bekas- bekas pelajar SMK Bandar Baru Sintok, mengukuhkan ukhwah yang pernah terjalin diantara bekas pelajar dan sekolah dan menghargai dan meraikan jasa dan pengorbanan para guru yang pernah mendidik kami.

Saya dah terangkan secara ringkasnya mengenai majlis ini..so sekarang jom kita layan gambar- gambar sekitar majlis tersebut:

Thursday, 17 April 2014

Penyusuan: Cara Mengatasi Bayi Tersedak Susu

Assalammualaikum semua,

Topik entry kali ini berkaitan dengan penyusuan. Selain mengetahui ilmu-ilmu penyusuan yang lain, kita juga perlu mengambil tahu bagaimana cara mengatasi sekiranya bayi mengalami tersedak susu. Saya tak tahu nak kata apa mengenai hal ini, benda tak terjadi pada kita kan. Pada ibu-ibu muda diluar sana, saya nak sarankan apabila menyusu anak kalau boleh biarlah dalam posisi sedang duduk dan kalau boleh elakkan posisi ketika berbaring. Kerana sesetengah ibu, pengeluaran susu terlalu banyak walaupun ketika itu bayi tidak menyusu. Hal yang demikian, sangatlah bahaya bagi bayi yang telah tertidur ketika menyusu kerana dikhuatiri peratusan untuk tersedak susu adalah lebih tinggi.

Sebelum saya mengupas lebih lanjut mengenai topik ini, sila lihat antara kes-kes tersedak susu yang dilaporkan di dada-dada akhbar hari ini. Terlalu banyak!








Sebagai ibu yang telah mengandungkan bayi kita selama 9 bulan 10 hari (lebih atau kurang), ia sesuatu yang bukan mudah. Jadi, jagalah anak-anak syurga kita seeloknya. Korbankan sedikit waktu tidur anda untuk memastikan bayi kita selamat.



Cara yang betul beri susu kepada bayi :

  • Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
  • Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.
  • Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
  • Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaliknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
  • Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelakkan bayi muntah ketika tidur. Caranya dengan meniarapkan bayi dan usap belakang badan sehingga bayi sendawa.


Cara rawatan jika bayi tersedak susu :
  • Tiarapkan bayi dan kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar dari mulut.
  • Sekiranya bendasing didalam mulut bayi tidak keluar, dalam keadaan duduk menghadap ke depan tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan.
  • Selain menekan bahagian perut, bayi boleh dibaringkan. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.



Ingin Dapatkan Produk Shaklee?
Hubungi kami sekarang!

I'm Your Shaklee Independent Distributor
sha 012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com


:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Monday, 7 April 2014

Set Bersalin Shaklee: Tips memilih set bersalin selamat

Sebagai seorang bakal ibu, sudah semestinya SET BERSALIN adalah antara salah satu list wajib sebagai persediaan untuk berpantang nanti kan. Tapi dalam duk berfikir tu mesti ibu-ibu dalam dilema kan untuk memilih set bersalin mana yang terbaik. Ada yang kata begitu, ada yang kata begitu.. betul tak ^_^

Betul. Saya juga pernah melalui situasi ibu-ibu sekarang. Tak keruan rasa. Nak pilih set brand A atau set brand B atau set brand C. Fuhh, pening! Saya nak share sikit dengan ibu-ibu, sebenarnya dalam pemilihan set bersalin adalah bergantung pada bajet ibu-ibu sendiri dan paling penting set bersalin itu nanti selamat! Selamat pada ibu dan bayi.

Okay, jangan salah faham. Baca dan fahami dulu apa yang saya nak terangkan. Maksud saya SELAMAT tu adalah, tidak memberikan kesan tidak baik kepada bayi. Para ibu mesti inginkan yang terbaik bukan? Maka ibu-ibu seharusnya lebih peka kepada usus bayi yang mungkin belum matang dan sensitif pada usianya yang baru beberapa hari itu. Sebab, apa sahaja yang diambil atau dimakan oleh sang ibu akan turut memberikan kesan kepada bayi itu nanti apatah lagi jika sang ibu menyusukan anak.

Tips untuk bakal ibu dan ayah untuk memilih set bersalin terbaik:

  • Pastikan produk tersebut halal dan tidak menganggu perut bayi.
  • Set bersalin itu tidak bersifat panas. Kebanyakkan jamu bersifat panas ianya bagus untuk para ibu selepas bersalin tetapi tidak pada bayi. (Juga boleh menyebabkan jaundis bayi semakin teruk-sekiranya ada)
  • Tengok bajet dan keperluan. Tidak perlu ada sehingga 4-5 jenis minyak panas atau barangan yang sama fungsinya ;)
  • Paling PENTING ----> Pastikan ianya memberikan manfaat berganda! Selain untuk memulihkan dan mengecutkan rahim ibu, ia juga seharusnya mengekalkan stamina ibu agar tidak mudah letih dan bertenaga walaupun ibu terpaksa berjaga malam untuk menjaga bayi dan boleh mengembalikan nutrien yang diperlukan oleh badan ibu semula selepas bersalin dan menyusukan bayi.

Berdasarkan tips yang saya kongsikan ini, saya telah buat keputusan untuk menggunakan set bersalin shaklee semasa dalam pantang. Apa yang saya mahukan hanyalah yang terbaik untuk saya dan anak. 

Nak tahu kenapa saya memilih set bersalin shaklee?

Gambar credit to mr.google ^_^

sebab...
  • vitamin tidak bersifat panas. (selamat diambil walaupun baby jaundis)
  • mengembalikan semula nutrien di dalam badan yang hilang ketika proses mengandung, melahirkan dan menyusukan anak.
  • membantu cepatkan penyembuhan luka bersalin 
  • kekal bertenaga walaupun terpaksa berjaga malam!
  • melawaskan ^_^ (ada segelintir ibu mengalami masalah sembelit --> buasir ketika berpantang!)
  • bertindak seperti kacip fatimah! *aummm aumm :P
  • susu meriah (alhamdulillah, gara-gara berurut + set bersalin shaklee super terbaik ni. gabungan hebat. milkbooster!)
  • yang paling best sebab JIMAT. Jimat la sebab purata untuk kegunaan 1 set bersalin shaklee tu tahan sehingga 3-4 bulan (ikut item) dan ianya juga boleh diambil sewaktu kita mengandung lagi! Jimat seyhh.

Dan inilah rupa paras set bersalin shaklee yang saya gunakan sepanjang tempoh 100 hari berpantang. (actually guna since pregnant-berpantang-menyusu dan sehingga kini ;) )

Set Bersalin Shaklee


Fungsi setiap vitamin dalam set bersalin shaklee:

  • Zink : Membantu mempercepatkan penyembuhan luka bersalin
  • Vita-Lea : Membuatkan ibu lebih bertenaga.
  • B-Complex : Bertindak sebagai anti-stress dan bantu menstabilkan emosi ibu
  • Vitamin C : Membantu penyembuhan luka dan memelihara kulit ibu agar berseri dan tidak kusam
  • ESP (Soy Protein Shaklee) : Membantu penyembuhan luka dan sel-sel. + Milkbooster
  • Ostematrix : Membekalkan kalsium, melawaskan dan melancarkan pembuangan air besar.
  • Alfalfa : Milkbooster + Bertindak seperti KACIP FATIMAH!
NOTE: Ibu-ibu yang ingin menurunkan berat badan selepas bersalin dinasihatkan untuk tambakan OmegaGuard di dalam set ini. InshaAllah membantu para ibu dapatkan berat ideal semula ;)


Ingin dapatkan set bersalin ini?
Hubungi kami sekarang!

I'm Your Shaklee Independent Distributor
sha 012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com


:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Wednesday, 2 April 2014

Penyelarasan Harga.. Daftarlah sebagai Ahli Shaklee

PENGUMUMAN

Shaklee Malaysia Sdn. Bhd dah strict kan penyelarasan harga berkuasa serta merta. Pengedar Shaklee diwajibkan mematuhi HARGA RUNCIT seperti yang telah ditetapkan; tiada lagi HARGA AHLI atau HARGA KASIH SAYANG selepas ini.
HARGA AHLI : Hanya untuk SID atau Ahli Shaklee yang berdaftar sahaja
HARGA RETAIL : Untuk yang pelanggan selain SID/ Ahli Shaklee berdaftar

So, kalau anda mahu menikmati keistimewaan membeli dengan HARGA AHLI, anda sangat dialu-alukan untuk mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE dibawah empayar Irsya Healthy House.


Banyak ke beza HARGA AHLI dengan HARGA RETAIL? Ok, untuk pengetahuan semua, kalau anda mendaftar sebagai shaklee member anda akan jimat sehingga 5-20% untuk sesuatu produk tu. Banyak tuu. Tak minat nak register?

Ok, takpe kalau kalau tak berminat. But please do respect our PRIVILEGE as a SHAKLEE DISTRIBUTOR. Untuk pelanggan kami di Irsya Healthy House boleh contact saya anytime untuk follow up atau bertanya apa sahaja.

Bagi yang berminat untuk mendaftar sebagai Ahli Shaklee, anda hanya perlu membuat bayaran pendaftaran cuma RM65 + postage RM10 (semenanjung) atau postage RM20 (sabah/sarawak). Yuran pendaftaran ini adalah untuk pembelian memberkit shaklee dan pendaftaran ini untuk seumur hidup. Tidak perlu re-new setiap tahun.

Kelebihan yang anda boleh dapat sebagai Ahli Shaklee :

  • Menikmati harga yang lebih murah (Harga Ahli)
  • Potongan harga sehingga 20%
  • Dapat promosi bulanan
  • Boleh buat side income
  • Dapat menikmati tawaran 3C daripada shaklee
    • - cash bonus
    • - convention trip 5 star
    • - car bonus
  • Bimbingan akan diberikan kepada yang serius ingin menambah pendapatan
  • Secret supportive group
  • Lifetime consultation

Bagi yang nak DAFTAR AHLI SHAKLEE, tapi nak MAKAN SENDIRI pon boleh. Lepas tu kalau tiba-tiba rasa nak serius BUSINESS pun takde hal. Kami ada sedia group untuk membimbing. Pastinya dengan leader-leader yang hebat di dalam empayar kami.

Bagi pelanggan yang ingin menikmati harga ahli, jom ramai-ramai kita mendaftar sebagai shaklee membership sekarang! Dengan minimum uv sebanyak 150uv sahaja anda sudah pasti akan dapat BONUS untuk next month.

INGIN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE?
sms@whatsapp sha 012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...