SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Showing posts with label Herbal Blend Cream. Show all posts
Showing posts with label Herbal Blend Cream. Show all posts

Wednesday, 9 December 2015

4 Petua Tradisional Hilangkan Ruam pada Muka dan Kulit Bayi

Cara Menghilangkan Masalah Ruam pada Muka dan Kulit Bayi Anda





Ramai ibu bapa yang berhadapan dengan masalah kulit bayi yang mengalami kemerahan dan kasar pada bahagian pipi, dagu, leher, punggung dan anggota yang lain. Kulit bayi terutamanya bayi yang baru lahir sangat sensitif pada persekitaran mereka.

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman seorang ibu yang nak mengatasi masalah ekzema anaknya. Kali ini saya ingin berkongsi pula petua menghilangkan masalah ruam di muka dan kulit bayi yang mungkin terjadi disebabkan oleh ruam panas, ruam susu atau ruam lampin.



Ruam yang terjadi akan menyebabkan bayi anda merasa kurang selesa. Malah ada kalanya sangat mengganggu emosi mereka kerana terpaksa menahan gatal dan pedih terutamanya jika terjadi ruam di bahagian muka dan punggung. 

Cara mudah hilangkan ruam bayi


Bagi ibu-ibu yang mempunyai bayi yang bermasalah ruam di bahagian pipi, dinasihatkan agar membersihkan dan mengelap bahagian muka atau pipi bayi dengan kain lembap selepas menyusu untuk mengelakkan terjadinya ruam susu atau kurap susu.

Selain itu, beberapa petua tradisional yang saya dapat hasil dari pembacaan dan perkongsian pengalaman rakan ibu yang lain untuk hilangkan ruam pada muka bayi. Bolehlah cuba, mana tahu berkesan untuk anak anda.
  • Ambil kelapa yang sudah diparut. Letak dalam kain dan gosokkan atau tuam pada bahagian ruam.
  • Ada juga yang berpendapat, air liur ibu mujarab untuk mengatasi masalah ruam susu ini. Ibu perlu jilat bahagian yang terkena ruam itu dan biarkan sehingga kering. Kemudian lap la yer air liur tu..hihi
  • Gunakan minyak kelapa dara, sapukan pada bahagian ruam.
  • Sapukan bedak sejuk atau boleh gunakan tepung ubi dan letakkan di tempat ruam.

AMARAN: Saya tidak pernah amalkan petua ini jadi saya tidak pasti tahap keberkesanannya. Apa yang saya kongsikan adalah dari pengalaman ibu-ibu lain.

Tak salah nak cuba, tapi pendapat saya buat apa nak susah-susah dan ambil risiko dengan menyapu air liur atau lipstik pada tempat ruam. Kulit bayi sensitif, air liur kita ni ada bakteria dan lipstik tu dibuat dari bahan yang kita sendiri pon tak pasti.

Alhamdulillah...anak-anak saya tak pernah kena ruam yang terlalu teruk. Paling tidak pon hanya kena ruam lampin mungkin disebabkan tak sesuai dengan pampers tersebut atau terlambat tukar. Jika anak saya kena ruam, saya cuma sapukan krim herbal blend saja. Inshaallah dua tiga hari kemudian semakin pulih. Bukan ruam je saya sapu krim tu, kena gigit nyamuk, gatal-gatal, naik bintik merah, luka, kulit kering dan anak kena air panas pon saya guna krim shaklee ni je.

cara rawat atau hilangkan ruam susu lampin bayi dengan cepat dan selamat


Kalau korang nak tau bukan anak je pakai krim shaklee ni, mama dan papa dorang pon tumpang sekaki sekali.. Opsss! Haha. Maklumlah pengalaman mengandung anak kedua kena alahan gatal-gatal habis satu badan.

Lagipon guna krim ni senang je nak bawak pergi mana-mana. Standby dalam handbag atau beg diapers anak je. Kalau guna cara tradisional tu takkan la nak usung tepung ubi tu sana sini kan. Haha. Mama tak rajin yer ^__^

Lotion Herbal Blend untuk hilangkan ruam di muka dan kulit bayi

Krim Herbal Blend ini turut mendapat jolokan nama sebagai krim ajaib kerana fungsinya boleh digunakan untuk semua masalah luaran berkaitan kulit dan berkesan. Sejak anak-anak saya lahir tidak pernah saya sapukan mereka dengan krim lain kerana bimbang mengandungi steroid.

Tahu tak krim yang mengandungi steroid memang berkesan tetapi ada yang beri kesan sehingga menipiskan kulit bayi. Jika ada pilihan yang lebih baik dan lebih selamat, kenapa kita tak cuba kan ^__^

Nak tahu apa yang best sangat krim herbal blend ni?

  • Bau yang best, fresh dan bau menthol... tak bau macam ubat hospital atau wangian yang berlebihan. 
  • Cepat meresap dalam kulit. Kulit jadi lembut dan rasa lembap je, tapi bukan rasa berminyak ye.
  • Satu tiub tahan agak lama juga. Selalunya saya guna beberapa bulan. Ada juga yang pakai sampai setahun! Haha. Konsepnya, banyak awak picit dan guna cepat la habis. Tapi kalau sapu siki-sikit tu inshaallah bertahan la 4-5 bulan. Kalau tak pernah guna, makanya tak habi-habis la yer... (gurau je. hehe)
  • Ada ujian klinikal. Apa yang awak baca pasal krim Herbal Blend ini bukan hanya testimoni ye, tapi Shaklee telah pon menguji tahap keberkesanannya.
  • Berkesan. So far sepanjang saya menggunakan krim shaklee ni memang berkesan. Walaupun bukan krim ajaib, sapu..sapu terus hilang. Tapi sekurangnya tidak memudaratkan untuk jangka masa panjang sebab tidak menipiskan kulit yer.
  • Free Paraben dan juga bahan-bahan kimia berbahaya. Selamatlah untuk anak-anak anda terutama yang masih bayi tu kan, sebab kandungannya dari bahan semulajadi seperti horse chestnut, bunga yarrow, daun sage dan rosemary.

Krim shaklee ni sememangnya sangat menjadi pilihan ibubapa untuk bayi mereka terutama masalah berkaitan ruam. Ramai yang cakap berbaloi, murah dan berkesan tau. Kalau tak percaya bacalah sendiri feedback ibubapa yang sangat berpuas hati dengan Shaklee Herbal Blend.

Okeylah kakak takmau cakap banyak. Benda bagus untuk anak-anak memang kena share dan sebab krim ni sangat banyak permintaannya, kerap sangat sold out. Sementara masih ada stok, cubalah sekarang. Memang tak rugi, percayalah.

Belian secara online guna kad debit atau kredit, klik: Krim Herbal Blend.

Atau boleh whatsapp 012-9362692. Penghantaran seluruh Malaysia dan perkhidmatan COD available bagi kawasan Changlun, Universiti Utara Malaysia (UUM), Jitra, Alor Setar, Sungai Petani dan Arau.

Monday, 20 April 2015

Gatal Kulit dan Ruam Semasa Mengandung


DULU waktu mengandungkan Baby Rayy seingat saya takde pulak mengalami alahan selain mual, loya, muntah dan cepat penat. Kali ini berbeza sungguh rasanya, tak cukup dengan alahan mual-mual, saya juga diuji dengan kegatalan pada kulit. Aduhhh, tergaru-garu saya tidak selesa sehinggakan kulit luka akibat menggaru, sekitar pergelangan tangan dan juga kaki.
sumber foto: google images


Bila dah asyik menggaru dan alami luka-luka baru terfikir kesannya. Haha. Tapi apa nak buat, kadang dalam tidur pon masih boleh tergaru-garu, siang hari tak usah cakaplah dengan cuaca sekarang yang agak panas ditambah pula suhu badan ibu mengandung yang tinggi sikit berbanding suhu badan normal. Memang buat bertambah-tambah rancak la jemari ini nak menggarukan. Hehe

Saya ingat saya kena gatal tu dah teruk la, rupanya ada lagi mommies lain diuji dengan lebih teruk. Mommies tu mengalami gatal dan ruam merah hampir keseluruhan badan memang seakan ngeri bila melihatnya. Omaigod. Saya yang gatal sikit-sikit ni pon dah rasa agak frust, kulit dah menggerutu dan sudah pasti meninggalkan parut. Itu kalau hilang selepas bersalin, kalau masalah gatal-gatal ni tak hilang macam mana, susah hati sungguh saya. Suami pulak kata pandang pelik kan tengok kaki bini dia ni jadi buruk, aduhh lagi stress!

Stress saja tak guna, sambil sapu krim lotion serbaguna saya rajinkan diri mencari info berkaitan dari pelbagai sumber. Daripada sumber yang saya dapat saya tapis dan kongsikan dengan anda yang mungkin juga alami perkara yang sama.


sumber foto: google images


Ruam dan gatal semasa hamil

Ruam dan kegatalan sementara yang datang dan pergi tanpa sebab-sebab tertentu adalah perkara biasa dalam kehamilan. Peningkatan tahap hormon membuatkan anda lebih sensitif apabila bersentuhan dengan bahan-bahan tertentu yang biasanya tidak mempunyai kesan apa-apa. Contohnya, anda mungkin lebih sensitif terhadap klorin dalam kolam mandi.

Kegatalan teruk ketika hamil

Rasa gatal yang teruk pada seluruh badan terutamanya pada waktu malam, serta gatal pada tapak tangan dan tapal kaki boleh jadi tanda satu penyakit hati yang jarang berlaku. Penyakit ini dikenali sebagai obstetric cholestasis (OC) atau  kolestasis dalam kehamilan atau kolestasis intrahepatik dalam kehamilan (intrahepatic cholestasis of pregnancy-ICP) dan hanya boleh berlaku kepada wanita hamil.

Intrahati kehamilan (ICP) iaitu sejenis penyakit hati yang mampu mendatangkan risiko maut pada bayi jika tidak dirawat. Punca utamanya adalah disebabkan kandungan asid hempedu yang terlalu tinggi. Asid berkenaan yang berfungsi membantu proses penghadaman. Jika anda penghidap ICP, jumlah hempedu yang masuk ke usus kecil anda berkurangan. 

Ini bermakna, gara hempedu akan mula terkumpul dalam badan anda. Asid hempedu menjadi toksin apabila ia terkumpul dan mampu memberi kesan buruk kepada jantung bayi. Ia sekaligus menyebabkan perubahan pada denyutan jantung bayi yng tidak dapat dikesan oleh alat denyutan jantung.

Penyakit ini digambarkan sebagai kegatalan yang tidak mampu dijelaskan dengan mata kasar. Kebiasaannya, ia terjadi tanpa timbulnya ruam. Bagaimanapun, ibu mengandung boleh menyedari dirinya dijangkiti ICP menerusi perubahan warna gelap pada air kencing, rasa tidak sihat dan lemah badan.

sumber : hajazuera.blogspot.com

KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS.

Bila dah baca pasal kegatalan sewaktu hamil ni boleh menyebabkan bayi dalam kandungan mati, membuatkan hati saya berdebar-debar pula. Tapi nasib baiklah saya perasan sejak saya sapukan krim lotion serbaguna ni, gatal semakin kurang dan kesan luka dan kulit menggerutu di pergelangan tangan sudah hilang! Hanya di kaki masih lagi nampak ruam dan kesan menggaru sebab gatal tu..harap cepat sembuh. Doakan saya yer.

Krim lotion yang saya guna ni harga dia tak sampai pon RM30, alhamdulillah berkesan. Tak perlu la ambil suntikan untuk redakan gatal-gatal ini yang pasti harganya mencecah ratusan ringgit, saya tahu harga ini dari pembacaan pengalaman dari blog mummy yang ada dan alami masalah yang sama. 

Selain harga yang berpatutan, krim ni juga boleh menjimatkan wang saya sebab tak perlu nak beli banyak-banyak jenis lotion untuk disapu bahagian perut bagi mengurangkan kesan regangan  (strechmark) ketika hamil. So, lepas mandi saya sapu sedikit di perut dan juga bahagian gatal-gatal tu, rasa sejuk je sapu. Besttt sangat.

RM 27.50 satu tiub/ 4oz

Pastinya juga krim lotion ini tidak mengandungi steroid atau bahan kimia berbahaya pelbagai jenis krim sedia ada dipasaran hari ini yang memberi kesan buruk untuk jangka masa panjang. Selain saya gunakan untuk mengatasi masalah kegatalan kulit dan kurangkan strechmark, saya juga turut gunakan untuk Baby Rayy sebagai penganti nappy rash. Krim lotion ni juga terbukti dapat membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah ekzema, Mak Ayah terpaksa Borong Herbal Blend Krim Ajaib Berkesan Atasi Masalah Kulit Anak. 


Anda juga alami masalah gatal kulit semasa mengandung?
Mahu mencuba krim lotion serbaguna ini, boleh buat tempahan terus secara online disini :

 Saya Nak Order herbal blend shaklee


atau

Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan :

SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com


COD Area: 





*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak


Nikmati DISKAUN sehingga 20% sekarang !
Daftarlah sebagai ahli shaklee.



-------------------------------------------------------------------------------------------------


-Disclaimer-

These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease




sumber rujukan :
1) http://www.kosmo.com.my
2) www.babycenter.com.my


Friday, 26 September 2014

Krim Herbal Blend Shaklee Yang Super Mujarab!

Herbal Blend MultiPurpose Cream Shaklee

Hilang segala penat lelah yang terpaksa ditempuh berjam-jam tadi, disebabkan saya tak sabar sangat nak berkongsi dengan anda semua tentang kehebatan herbal blend shaklee ini. Sesuai dengan nama yang multipurpose itu, sungguh diakui saya sendiri dengan fungsinya sangat pelbagai. Pastinya ianya tidak sama seperti krim lotion lain yang ada dipasaran. Paling menarik, harga herbal blend shaklee ini hanyalah RM27.50 sahaja dan boleh tahan sehingga 6 bulan dan lebih, bergantung kepada penggunaan anda.

Shaklee Herbal Blend Multipurpose, telah diuji secara klinikal dimana ia dapat melembutkan kulit kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. Krim Herbal Blend ini terasa dingin, bermenthol dan tidak berminyak apabila dipakai. Sejajar dengan motto shaklee iaitu semulajadi, maka bahan yang digunakan dalam penghasilan cream herbal blend ini juga pastilah dihasilkan dari tumbuhan extrak herba semulajadi seperti sage, horse chesnut yarrow dan rosemarry.


Testimoni Herbal Blend Shaklee

Apa yang membuatkan saya jatuh hati pada herbal blend multipurpose cream shaklee?

Pengalaman saya sendiri menggunakan herbal blend shaklee ini adalah ketika suami saya yang ketika itu sering digigit oleh semut charlie dan luka akibat kerja. Alhamdulillah, selepas sapu krim ini tempat bisa yang terkena semut charlie itu cepat kering dan sembuh. Buat pengetahuan anda, jika terkena bisa semut charlie ini amat sakit, pedih dan terasa seaka kebas, tetapi dengan krim herbal blend ini tidak menyakitkan malah apabila disapu, ianya terasa sejuk sahaja.

Antara testimoni lain, saya juga sapukan krim shaklee ini pada anak saya jika dia digigit nyamuk, ruam-ruam atau naik bintik merah dan juga ketika dia tercedera ketika bermain. Saya akan sapukan nipis pada bahagian tersebut dan ianya sememangnya mujarab. Paling penting sebagai seorang ibu, pastinya saya inginkan yang terbaik dan saya memilih untuk tidak menggunakan sebarang krim atau lotion yang mengandungi steroid yang sangat berbahaya untuk anak kecil seperti anak saya ini. Dengan shaklee saya yakin lebih semulajadi dan selamat.

Nak Order? Klik kuat-kuat:


 Saya Nak Order Herbal Blend Cream Shaklee

Hubungi kami sekarang!

I'm Your Shaklee Independent Distributor
Pengedar Sah Shaklee Changlun-Jitra (Kubang Pasu)

sha 012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com


COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease

Wednesday, 25 September 2013

Tips atasi kulit kaki merekah

Salam sayang untuk anda yang sedang membaca tu :)


Hari ini, IHH ingin kongsikan sedikit tips untuk atasi masalah tumit kaki merekah. Masalah ini memang seringkali terjadi kepada kaum wanita tanpa mengira pangkat dan umur. Yang muda pon boleh terjadi juga masalah tumit merekah ni, bukan hanya kepada wanita yang lebih berusia tau.

Daripada pembacaan IHH, Antara punca terjadinya tumit merekah ni adalah disebabkan kekurangan air dalam badan, pertambahan berat badan, tidak memakai stokin ketika beriadah dan tidak mengenakan kasut yang bersesuaian dan selesa untuk tapak kaki anda. Betul ke? Hehe...
So, tips yang IHH nak share hari ni adalah tips yang saya sendiri selalu buat.

Tips dan Langkah Mengatasi Tumit Kaki Merekah

1) banyakkan minum air masak. Bila air dalam badan tak cukup, kulit jadi kering dan ini juga mempengaruhi akibat terjadinya merekah tu..

2) kekalkan berat badan ideal. Yerp, sangat setuju! Dengan pertambahan berat badan yang berlebihan, tubuh anda tidak dapat menampung berat tersebut dan memberi tekanan kepada kaki anda.

3) pakailah losyen! Saya sendiri menggunakan  Herbal blend cream shaklee pada setiap malam, hasilnya takde lagi tumit kaki kasar yang selalu menarik toto atau cadar. Hehe. Sebelum ni dah cuba macam2 jenis losyen okayy!

4) pakai kasut yang selesa. Jika beriadah kenakan stokin. Saya kalau pakai sport shoes je wajib pakai stokin! Rasa tak selesa kalau tak pakai tu...

5) pakai selipar bila di rumah. Lantai mozek tu sejuk..bukanlah nak jadi omputih sangat. Tapi kalau tak pakai confirm seperti rasa dicucuk je kaki tu.

6) yang terakhir, sejak amalkan ESP shaklee, memang terasa kelainan pada tumit kaki ku. Sebab esp kan protein. Nak bina n repair semula tumit kaki merekah ni dari protein la coz protein kan membantu membina sel2 kita.. *wink..wink..


Itu antara tips saya menjaga tumit kaki dari merekah. Kalau anda rasa anda ada tambahan lagi..jom la share :D





SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD Area: 





*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

Saturday, 16 March 2013

Ohh Suamiku Terkena Charlie...Macam Mana Nak Buat Ni?



Salam Sayang Semua :)

Happy Saturday! Masa berhujung minggu dengan keluarga dan orang tersayang. Itu sudah semestinya kan *wink..wink ;)

Ok, hari ni saya nak share sikit testimoni sendiri, bukan saya tapi testimoni pasal suami saya yang telah menggunakan krim serbaguna shaklee. Tahu tak apa dia? hah, kalau tak tahu mehh saya nak cerita ni.

Baru-baru ni saya ada post pasal herbal blend cream ni..lepas dua, tiga hari saya post pasal krim ni..kalau ade yang tak baca lagi boleh rujuk [SINI]. Suami saya terkena sejenis binatang bernama "Charlie"..saya tak tahu nama saintifik dia, tapi dari zaman-zaman belajar memang dah kenal dengan nama tu. hehe. Ohh, sesetengah petani panggil "Semut Padi". Ini yang suami saya cakaplah. Mungkin lain tempat lain panggilanya.

"Charlie" nih rupa dia memang macam semut jugak..kecik-kecik je..tapi badan dia ada belang-belang oren dan bontot dia ade cenonet sikit..dia suke angkat-angkat.
credit to mr.google



Hari pertama kena kencing "Charlie" nih, rase macam macam pedih-pedih..setengah orang akan rasa nak demam (based on experience kena charlie time blaja dulu..hehe).. Kemudian akan jadi macam melepuh sikit kulit kita..memang pedih tambah pulak kalau kene bahagian-bahagian seperti di leher, dimana akan bergesel dengan kolar baju. Hehe. Yang ni contoh kesan terkena charlie ni yer...memang berparut punya. Nak hilang amik masa pulak tu..tambah-tambah kalau kena bahagian muka ke..huhu..

credit to ictpid

Credit to rezachantek

So bila baru-baru ni suami saya terkena charlie, saya pon tergerak hati nak sapukan amik serbaguna ni sapu sikit kat bahagian yang terkena tu. Hari Pertama, saya sapu petang, pas dia mandi tu. 

Esoknya, bila dia siap-siap nak pergi ofis, saya nak sapu, tengok tempat tu dah nampak macam nak kering..seronok sangat..kalau tak makan masa jugak la untuk dia kering. Saya sapu selepas mandi pagi dan  petang. 

Hari ke-3, tempat Charlie tu dah kering! Wooww. Memang tak sangka..kalau saya kenal Herbal Blend Cream ni dulu..memang tak payah nak menanggung sakit kena Charlie ni lama-lama..hehe. Sekarang dah okey, cuma bekas parut yang kena tu mungkin ambik masa sikit nak hilang. Takpe, pasni ni nak bubuh vitamin E pulaklah hilangkan parut tu ;)

Siapa nak cuba herbal blend cream ni bolehlah hubungi saya. Jadi Losyen pon best sangat. Bila kita sapu krim ni, pastu kita basuh tangan..tak rasa berminyak atau rasa semacam pon (sesetengah losyen kene air akan licin semacam kan). Bagi saya, krim ni sangat bestttt :)


Untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat pesanan, anda boleh:
1. LIKE fanpage IRSYA HEALTHY HOUSE
2. Email ke irsyahealthyhouse@gmail.com
3. SMS di talian 012-9362692
 Dapatkan konsultansi PERCUMA apabila anda membeli produk shaklee daripada saya :) 






:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...