SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Thursday, 17 July 2014

Pemilik Peugeot Putih Bertindak Kurang Sabar

Dunia facebook menjadi hangat apabila kisah video eksiden yang berlaku antara pemilik kereta Peugeot dan seorang uncle yang berbahasa cina. Video yang berdurasi 2.33 minit itu memaparkan pemilik kereta Peugeot telah bertindak memarahi kereta yang melanggarnya dan memukul kenderaan tersebut dengan menggunakan stereng lock kereta. Walaubagaimana pun, uncle itu hanya bertindak tenang dan memohon maaf atas kesilapannya yang telah melanggar kereta wanita itu tanpa sengaja.

Perbuatan wanita ini yang dianggap kurang sabar dan telah bertindak biadap, seseorang yang turut berada di lokasi kejadian telah merakam perbuatan wanita tersebut dan menjadi 'viral' di facebook. Akibatnya, wanita ini telah dikecam oleh pelbagai pihak dan beliau juga terpaksa menanggung malu atas perbuatannya itu.

Bukan turut dikecam di media sosial seperti facebook, malah ramai juga yang telah menjadi agen perisik untuk mengorek segala maklumat mengenai wanita ini termasuklah details seperti alamat rumah, pekerjaan dan pendaftaran kereta peugeot pemilik kereta Peugeot tersebut.

Bagi saya pendedahan oleh rakan blogger mengenai details maklumat peribadi pemilik kereta Peugeot ini adalah berlebihan dan melampau walaupun perbuatan wanita itu salah dan bertindak kurang ajar. Ini kerana pendedahan sebegini mengundang kepada risiko lain yang akan mengundang bahaya kepada wanita tersebut. Pendapat saya, wanita ini memang salah dan beliau juga telah menyedari kesilapannya dan telah meminta maaf secara terbuka di laman peribadi facebook miliknya dan juga mohon maaf secara live di saluran televisyen tv3. Adakah itu tidak memadai?
"After all what had happened, my sincere apologies. People make mistakes, so do I. Tq for your understanding." -petikan daripada facebook wanita berkenaan.
Pak cik Sim Siak Hong, juga telah memaafkan wanita ini dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang. Walaubagaimanapun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu bahawa polis akan mengambil tindakan terhadap wanita ini. 

Pendapat saya, wanita ini salah tetap salah bukan saya ingin menyebelahi beliau tetapi segelintir pihak yang mendedahkan details peribadi beliau di laman facebook dan blog-blog itu adalah sangat berlebihan. Jika wanita ini terang-terangan bertindak biadap terhadap Pak Cik Sim Siak Hong itu, bagi saya anda yang menghukum dan mengeluarkan kata-kata kesat juga sama. Lantang berbicara mengenai aib nya wanita ini, tetapi anda seperti membuka aib sendiri. Malah saya percaya dan yakin, jika anda berada dalam situasi seperti ini anda juga akan bertindak lebih kurang sama. Cuma mungkin anda bernasib baik kereta tiada siapa yang rakam perbuatan anda dan sebarkan di laman sosial.

Pada pemerhatian saya, bukan sahaja page perniagaan pemilik peugeot putih ini telah diserbu oleh orang ramai tetapi ada juga yang bertindak menubuhkan page untuk membenci beliau. Beginikah anda yang beradab dan bersopan-santun? Bahasa jangan cakaplah, bukan sahaja lelaki malah kaum hawa yang lain kononnya lebih ayu, bersopan santun dan berbudi bahasa dengan beraninya mengata, mengeji dan memaki hamun. Masya-Alllah. Tepuk dada tanya hati anda. Apa bezanya anda dan wanita ini?

"Kain orang terkoyak kita nampak, tapi kain sendiri dah koyak rabak kita tak nampak"

Nasi saw. bersabda, "Sesiapa yang menutupi kesalahan seorang muslim maka Allah menutupi kesalahnya di dunia dan di akhirat. (HR Ibn Majah)

Nabi saw. bersabda, "Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Sesiapa yang membantu keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Sesiapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim maka Allah akan melapangkan satu kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan sesiapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat". (HR Muslim)

Apabila kita melihat keburukan orang lain, lihatlah dulu keburukan kita. Senaraikan satu persatu kejelikan diri kita. Sungguh kita tak kan mampu menghitungnya, sama ada terlalu sedikit atau terlalu banyak untuk dihitung. Sekali pun dia buat salah, tegurlah dia dengan cara yang tersembunyi tanpa membuka aibnya pada orang lain. Aib ini adalah dengan menyebut nama dan keburukannya kepada orang lain.

P/S : Entry ini adalah pendapat dan pandangan peribadi saya.

Wednesday, 9 July 2014

Tabung Kecemasan Gaza 2014



“Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).” (Surah Al-Hajj: ayat 39)


Sabda Nabi Muhammad saw, “Barangsiapa yang tidak ambil berat dengan urusan muslimin, maka dia bukanlah tergolong di kalangan mereka.” (Hadith Riwayat Al-Hakim)


10 Ramadhan 1435H

Aman Palestin telah melancarkan Tabung Kecemasan Gaza semalam dengan sasaran RM5 juta. 

Akaun bank atas nama ; 

Aman Palestin Berhad 

Bank Islam:12029010047880 
Maybank:562263010787 
CIMB: 8600460353 
Bank Muamalat:12070005133717 
RHB Bank:21245760004907 
Bank Rakyat: 220806195922 

Sila sumbangkan sebahagian rezeki Allah kepada anda ke nombor-nombor akaun berikut.

#PrayForGaza #FundForGaza 


----------
Untuk maklumat lanjut boleh rujuk ke laman web www.amanpalestin.net atau di laman Facebook rasmi AMAN PALESTIN

Saturday, 5 July 2014

Innalillah...

Setiap pertemuan akan ada perpisahan
Setiap yang hidup pasti akan mati.
Itulah dinamakan takdir sebuah kehidupan.

Salam takziah buat keluarga arwah biduanita negara, Datuk' Sharifah Aini yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi 7 ramadhan, 1.26 pagi tadi akibat jangkitan pada paru-paru. Arwah meninggal pada usia 61 tahun di Pusat Perubatan Pakar Damansara 

Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.

Sedikit perkongsian terakhir dari arwah buat peminat-peminat beliau.
Terasa begitu tenang, tetapi penuh kesyahduan dan terharu.
Sebak hati saat membacanya.

pesanan akhir arwah datuk sharifah aini
Innalillah.. Al-fatihah

pic. credit : Berita harian online


Nota kaki : Saya dan Allahyarham kak Pah berkongsi tarikh lahir, cuma berbeza tahun.

Sunday, 1 June 2014

Alat Pengesan DNA babi

Kekecohan yang melanda negara terutamanya pada umat Islam, pada minggu lepas selepas didapati didalam coklat kegemaran ramai mengandungi DNA babi.

Umat Islam di negara ini kini tidak perlu bimbang mengenai status halal produk makanan, minuman dan kegunaan harian yang terdapat di pasaran kerana anda boleh menggunakan alat yang mampu mengesan DNA babi pada barangan tersebut.

Hari ini di dalam Utusan Online, saya terbaca mengenai satu alat yang mampu untuk mengesan DNA babi dalam makanan dengan segera tanpa perlu menunggu keputusan makmal yang pastinya memakan masa yang lebih lama. Alat ujian ini yang dipanggil Rapid Pork Food Test edaran Iftitah Solutions (M) Sdn. Bhd (Iftitah Solutions) itu merupakan inovasi dari Rusia, pertama kali dipasarkan di negara ini untuk membantu pengguna mengenal pasti kewujudan DNA haiwan itu dengan mudah dan cepat.

alat uji dna babi
Keputusan yang ditunjukkan selepas diuji dengan Rapid Pork Food Test.

pic. credit : utusan.com,my
Konsep penggunaan Produk Rapid Pork Food Test adalah sama seperti alat ujian kehamilan. Bentuknya yang kecil dan mudah menjadikan ia sesuai dibawa kemana sahaja dan digunakan semua peringkat umur.

Sumber: Utusan

Nota kaki : Produk shaklee adalah HALAL dan mendapat kelulusan daripada KKM. Semestinya produk shaklee adalah selamat, semulajadi dan berkesan.

Inshaallah. 

Ingin dapatkan Vitamin Shaklee?

Hubungi saya sekarang!
Pengedar Shaklee Sah

sha
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...