SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Showing posts with label B.Complex. Show all posts
Showing posts with label B.Complex. Show all posts

Wednesday, 22 October 2014

Rawat Kulit Dengan Vitamin B Complex Shaklee

Kebiasaannya, untuk mendapatkan kulit wajah cantik berseri kita seringkali mendengar supaya amalkan Vitamin C, Vitamin E dan Kolagen. Tetapi jangan anda tak tahu, sebenarnya Vitamin B juga memainkan peranan penting dalam kecantikan diri khususnya. 


vitamin b complex shaklee


Apakah kaitan Vitamin B Complex untuk kulit yang cantik?


1) Anti Stress

Hah..kalau memanjang kerjanya asyik tekanan je muka pon mula berkerut-kerut, dah tu macam manalah nak dapat kulit cantik berseri kan. Jadinya, dengan hanya amalan B Complex Shaklee sehari sebiji inshaallah dapat menghindarkan masalah stress yang dihidapi oleh anda sama ada di rumah atau di tempat kerja. Bila kurang stress, jerawat pon semakin berkurang la nak muncul. Sebab salah satu punca jerawat adalah disebabkan oleh stress (tekanan).

2) Melancarkan peredaran darah

Perjalanan darah yang lancar membantu menaikan seri dan membuatkan wajah kita kelihatan lebih muda. Tanpa kita sedar sebenarnya, kadang kala tubuh badan mengalami masalah dalam kelancaran peredaran darah. Oleh itu, dengan pengambilan Vitamin B Complex Shaklee yang mengandungi kesemua jenis Vitamin B antaranya, vitamin B1, B2, B3, B6, B12 dan termasuklah folate (asid folik) dapat membantu melancarkan peredaran darah.

Jika anda pernah pergi ke pusat rawatan wajah atau spa, semestinya diakhiri dengan sedikit urutan di wajah ianya adalah untuk bantu lancarkan peredaran darah.

3) Membantu melindungi kulit dari pancaran matahari
Kulit muka yang banyak terdedah kepada sinar matahari terlalu banyak boleh membuatkan kulit wajah kelihatan kusam dan punca terjadinya pigmentasi dan masalah jeragat berlaku.


Testimoni pengguna B Complex Shaklee :

Pengguna ini baru saja menggunakan B Complex shaklee, dan kesannya muka sudah tidak dihinggapi masalah jerawat. Malah berpuas hati dan ingin mengamalkan ESP Shaklee pula untuk kurus !



Nak order?
Klik kuat-kuat!


 Saya Nak Order B Complex Shaklee

Hubungi kami sekarang!

I'm Your Shaklee Independent Distributor
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Kubang Pasu!
(UUM-Sintok, Changlun, Jitra)

sha 012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com
Instagram: @Vitamin_Station


COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease

Sunday, 28 September 2014

Kulit Cantik dengan B-Complex

Kelebihan B-Complex Shaklee Untuk Kecantikan Kulit


Ramai yang sedia maklum, kalau nak cantik kena makan vitamin c dan vitamin e. Tapi sebenarnya ramai yang terlupa dan tidak kurang juga ada yang tidak tahu, sebenarnya B-Complex juga memainkan peranan dalam mencantikkan kulit wajah.

Saya pernah melihat dalam sebuah rancangan televisyen yang menjemput Anuar Zain sebagai artis jemputan dan beliau telah berkongsi rahsianya untuk kekal cergas dan miliki kulit yang cantik (elok) beliau amalkan makan b-complex setiap hari. Tidak kurang juga artis lelaki yang kacak bergaya, Asraf Muslim juga mengamalkan B-Complex sebagai supplemen harian beliau. Semestinya B-Complex Shaklee menjadi pilihan beliau. Baca kisah Asraf Muslim mengaku amalkan supplemen shaklee.


B Complex Shaklee Lengkap Asid Folik
B Complex Shaklee Lengkap Asid Folik


B Complex penting dalam pembentukan sel darah merah yang sihat, membantu mengurangkan migrain, atasi keletihan, tekanan, insomia, mencegah rekahan mulut dan lebih penting kepada ibu hamil kerana B Complex Shaklee mengandungi asid folik juga. Apa fungsi B complex untuk kecantikan pulak?

Peranan vitamin B Complex Shaklee dalam kecantikan kulit:
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
  • Menghilangkan garis halus di wajah

Nak order?
Klik kuat-kuat!


 Saya Nak Order B Complex Shaklee

Hubungi kami sekarang!

I'm Your Shaklee Independent Distributor
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Kubang Pasu!
(UUM-Sintok, Changlun, Jitra)

sha 012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com
Instagram: @Vitamin_Station


COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease

Wednesday, 10 September 2014

WordlessWednesday #3 : Merancang untuk hamil?


Anda sedang berusaha untuk hamil? 
Jangan abaikan pengambilan asid folik. 
Penting untuk ibu hamil dan juga tumbesaran kandungan anda.


Tuesday, 18 March 2014

Petua Menghilangkan Alahan Ketika Mengandung

Wanita hamil biasanya mengalami alahan dalam trimester pertama (1-3 bulan pertama) dan sering dikaitkan dengan muntah, pening kepala, loya, mual dan perut berasa sebu serta tidak selesa. Keadaan ini berlaku terutamanya ketika bangun tidur dimana seseorang wanita itu mungkin berasa pening, mual dan loya. Namun ada juga wanita yang mengalami gejala ini sepanjang hari.




Alahan ketika mengandung ini membuatkan ramai wanita terpaksa menukar perancangan harian supaya maalah itu tidak menjejaskan rutin atau tugasan mereka. Keadaan alahan setiap wanita tidak sama kerana ada yang diduga dengan alahan teruk sehingga terpaksa mengambil cuti dan berehat secukupnya.

Punca utama alahan ketika hamil adalah disebabkan oleh kehadiran hormon hCG, dirembeskan dalam kuantiti yang banyak ketika di awal kehamilan.

Ketahui petua untuk menghilangkan alahan ketika mengandung :

  • Apabila bangun tidur pada waktu pagi, bangun secara perlahan-lahan, makan sedikit biskut biskut dan rehat 10-15 minit kemudian barulah bangun.
  • Makan sedikit tetapi kerap supaya perut tidak kosong. Contohnya, makan sedikit setiap 2 jam walaupun tidak lapar. Jika boleh elakkan mengambil makanan pedas, berlemak atau bergoreng.
  • Jika tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas.
  • Petua menghidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
  • Minum air masak banyak untuk menggantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit.
  • Elakkan minum ketika makan, sebelum dan dan selepas makan. Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
  • Pastikan waktu rehat yang cukup kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
  • Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain (jika ada). pastikan peruntukkan masa untuk berehat.
  • Elakkan berada di tempat panas kerana alahan akan bertambah teruk.
  • Bergerak dengan perlahan dan dapatkan sokongan daripada individu yang rapat antaranya suami, ibu bapa ataupun rakan.

Selain itu, bakal-bakal ibu yang mengalami masalah alahan teruk ketika hamil juga boleh dapatkan produk shaklee ini bagi mengurangkan masalah alahan yang dialami.

Cadangan produk shaklee untuk mengatasi masalah alahan/ morning sickness ketika kehamilan:




Kebaikan Peppermint Ginger Plus :
  • Ia tidak mengganggu bayi kerana ia diperbuat dari bahan semulajadi dan mempunyai sijil KKM. Direka khas oleh pakar herba untuk mengurangkan "morning sickness" para ibu ketika hamil.
  • Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut.
  • Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.



Kebaikan B-Complex :

Kajian menunjukkan bahawa 1/3 daripada wanita yang mengambil Pyridoxine berjaya mengurangkan masalah "morning sickness" yang dihadapi oleh mereka ketika hamil. Pyridoxine ini adalah salah satu komponen dalam Vitamin B iaitu B6. Kebaikan Pyridoxine akan diperolehi secara optimum jika diambil bersama Asid Folik (B9), Niacin (B3) dan Cobalamin (B12).

Tahukah anda, bahawa B-Complex Shaklee mengandungi semua vitamin B yang disebut tadi. Bagus kan?

shopping esell shaklee

OPPSS... NANTI DULU.
Nak menikmati DISKAUN sehingga 20%?
Jom mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE dahulu. 
Selepas ini anda akan terus dapat menikmati harga ahli pada bila-bila masa sahaja.




Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya :)
SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease

Tuesday, 11 June 2013

Asraf Muslim Mengakui Telah...

Menggunakan supplemen kesihatan daripada SHAKLEE ^_^

Mesti anda semua tertanya-tanya kan, apakah gosip yang saya nak share tu :) Hah, kan saya dah cakap saya share gosip-gosip yang baik aje..hehe.

Nampaknya semakin hari semakin ramai golongan selebriti tanah air kita, menggunakan dan mengamalkan supplemen shaklee ini. Saya difahamkan ada juga personaliti tersohor juga mengamalkan produk shaklee ini tetapi tidak bercakap mengenai secara terbuka..hehe..mungkin takut sesetengah brand tak jalan kot (opsss..laser pulak). Dan antaranya selebriti yang telah mengamalkan shaklee ini ialah Ayu Raudah, Rita Rudaini dan kini Asraf Muslim pula.

Jika rahsia kecantikan Ayu Raudah dengan mengamalkan sirap merah daripada shaklee.
Rita Rudaini dengan kisah Meal Shake nya dan,
Asraf Muslim pula kisahnya dengan apa ya...?

Dalam videonya, Asraf Muslim yang ditemubual oleh Bapa Group Besar kami memberitahu bahawa beliau mengamalkan set asas shaklee iaitu Vitalea dan B-Complex. Beliau telah consume Vitalea dan B-Complex selama beberapa bulan dan hasilnya... Nak tahu?

Klik link ini untuk melihat ~> http://youtu.be/Fb6hLg7VG-Y



Sedikit kupasan daripada video tersebut:
Beliau mengamalkan Vitalea dan B-Complex. Beliau mengambil Vitalea sebiji sebelum tidur. keesokkan hari, apabila bangun pagi badan rasa segar dan takde rasa penat dan badan pun tak rasa letih. Manakala, komen beliau untuk B-Complex melancarkan perjalanan darahnya! Wahh patutlah muka berseri-seri..ehemm ehem..

Asraf Muslim yang personaliti terkenal pon dah join Shaklee...anda bila lagi? Jom jadi sebahagian daripada team kami. 100% online coching. tak perlu tinggalkan anak-anak dan pasangan. Pilihan di tangan anda. Hendak atau tak nak? Pilihlah..bersama saya merubah kehidupan anda sekarang menjadi lebih baik.



Berminat nak mencuba supplemen/ vitamin shaklee? Hubungi saya untuk konsultansi percuma. Caranya SMS: 012-9362692 atau 
PM fanpage: IRSYA HEALTHY HOUSE


PM ME FOR BEST PRICE :)






:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::


Wednesday, 8 May 2013

JANGAN ABAIKAN PENGAMBILAN ASID FOLIK


APA ITU ASID FOLIK dan KEPENTINGANNYA?


Asid folik adalah vitamin yang WAJIB diambil oleh wanita-wanita yang sedang hamil dan yang merancang untuk kehamilan. Ia adalah salah satu vitamin yang wujud dalam kelompok Vitamin B.

Ia juga boleh didapati secara semulajadi dalam sayuran hijau seperti ayam, asparagus dan brokoli, dan kekacang sebagai folat.

Vitamins B with Folic Asid

Pengambilan asid folik juga telah disarankan oleh para doctor agar diambil 3 bulan sebelum anda dan pasangan merancang untuk mengandung dan diteruskan sehingga hamil trimester pertama dan diharuskan mengambil sepanjang kehamilan.

Pengambilan vitamin asid folik yang kurang sebelum hamil dan awal kehamilan boleh meningkatkan risiko mempunyai kehamilan yang terjejas oleh kecacatan tiub neural seperti spina bifida, dimana ia terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna yang boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal,ataupun Anencephaly iaitu otak dan tempurung tidak terbentuk sempurna.

"Vitamin B12 is essential for the functioning of the nervous system and for the production of red blood cells," says Duane Alexander, MD, director of the National Institute of Child Health and Human Development, which funded the study. "The results of this study suggest that women with low levels of B12 not only may risk health problems of their own, but also may increase the chance that their children may be born with a serious birth defect."


12 minggu yang pertama dalam kehamilan, otak dan system saraf bayi anda sedang berkembang dan membentuk dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah amat penting untuk mengambil asid folik setiap hari.

Anda boleh mengambil langkah-langkah sebelum dan semasa hamil untuk mengurangkan risiko mempunyai bayi yang dilahirkan dengan kecacatan kelahiran. Langkah-langkah tersebut termasuklah mengambil multivitamin setiap hari dengan asid 
folik (400 mg), tidak merokok dan tidak minum alcohol semasa mengandung.


Jadi, anda diluar sana, yang sedang membaca jom sebarkan tentang kesan dan akibat kekurangan asid folik ni pada wanita-wanita disekeliling anda.


Jangan ambil mudah bekalan asid folik anda.

Cegah ianya sebelum terjadi.



hubungi saya untuk konsultansi PERCUMA!

SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD Area: 





*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease

Wednesday, 6 March 2013

Pentingnya Menjaga Pemakanan Ibu Semasa Mengandung

Salam Sayang Untuk Semua :)

Harini IHH nak share sikit info tentang panduan pemakanan ibu semasa mengandung. Anda yang tengah membaca tu, adakah anda tergolong dalam kelompok ini? Hehe..Kalau bukan, bacalah dan share kan kepada adik, kakak, sepupu sepapat or sesiapa saja yang anda kenal yang tengah hamil yer.
....................................................................................................................................................................

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
  • Berat bayi : 2.5 - 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg

Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

Makanan semasa mengandung

Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.

Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.

Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
  • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

Hah..dah tahu kan sedikit sebanyak tentang pemakanan ibu-ibu semasa hamil. Yang penting, adalah amalkan pemakanan yang seimbang mengikut piramid makanan ni. Tapi mungkin sesetengah ibu yang hamil mengalami morning sickness yang teruk jadinya kurang berselera nak makan makanya bayi dalam kandungan tak dapat cukup zat. 

Alternatif lain, para ibu-ibu yang hamil ni boleh lah ambil supplement ini untuk mendapatkan zat dan nutrien-nutrien yang mencukupi untuk diri sendiri dan juga bayi yang didalam kandungan tu :)

Untuk Ibu-ibu yang hamil trimister pertama:

Yang ini pulak untuk ibu hamil trimester ke-2 dan ke-3:


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya :)

012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak



:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Sunday, 20 January 2013

Mulakan Tahun Baru Dengan Nutrien Yang Betul!

Hai semua...Selamat Pagi..

Semoga pagi yang indah ni memberi sejuta makna utk kita menghargai kesihatan yang sihat yang Allah swt berikan pada kita..In Shaa Allah :)

Agak lama jugak IHH tak update blog ni akibat kesibukan yang melanda, menguruskan baby dan sibuk menjalani rutin-rutin orang berpantang. Tak update bukan bermakna tak tengok and tak respond dengan customer-customer IHH yer ;)

Memandangkan tahun 2013 sudah pun menjengah, pihak IHH ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 buat semua customer-customer dan kepada bakal-bakal customer yang sentiasa mengikuti setiap info yang IHH share kan utk tatapan bersama. Diharap tahun baru ini memberi kita lebih motivasi utk memajukan diri dan keluarga. So, apa azam anda semua ??? dah pikirkan ke belum..atau masih carry on dengan azam tahun lepas.. Apa pun IHH, berharap dan berdoa agar semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik & sihat selalu hendaknya. Aminn :)

Oklah, IHH nak share sket rencana kesihatan shaklee di iSihat keluaran Januari 2013, siapa yang dah dapatkan bolehlah hadam sendiri..tapi pada siapa yg masih belum berkesempatan utk membeli majalah ni, harini IHH nak share kan bersama. Al-maklumlah, Sharing is Caring kan :)
Klik gambar utk lebih jelas. tq ;)



Perkara yang perlu anda titikberatkan untuk mengambil nutrien yang betul:

1.Menggabungkan sumber protein sihat ke dalam diet anda
Pilih protein yang bukan dari sumber daging seperti soya. Protein soya membantu untuk membina dan mengekalkan sel-sel yang sihat seperti kulit, otot, tulang, rambut dan kuku. Beberapa kajian menunjukkan soya juga boleh mengurangkan kolestrol LDL.


2.Mengamalkan pemakanan yang lengkap@mengikut piramid makanan
Bekalkan tubuh anda dengan vitamin dan mineral yang mencukupi bagi mencapai kesihatan optimum dengan mengambil pelbagai jenis makanan atau mengambil multivitamin.


3.Mengamalkan Vitamin C dan B
Vitamin C dan B memainkan peranan penting dalam metabolisme tenaga yang meningkatkan tahap tenaga tubuh. Pengambilan asid folik (B9) yang mencukupi amat penting bagi menghalang urat saraf terganggu terutama bagi wanita yang merancang untuk hamil. Vitamin C pula penting dalam meningkatkan sistem pertahanan badan dan dalam tulang yang sihat bagi menyokong gigi, gusi serta seluruh badan.

4. Tambahkan resveratrol dan polyphenols
Kjian mendapati bahawa penambahan resveratrol dan polyphenols ke dalam diet dapat membantu menggalakkan penuaan yang sihatdan meningkatkan tahap tenaga.


5. Aktifkan diri
Bersenam secara teratur penting untuk mengekalkan kesihatan. Bersenam membantu mengekalkan berat dan mengelakkan daripada diserang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kandungan kolestrol tinggi dan penyakit jantung.

6. Belajar menguruskan tekanan dalam kehidupan anda
Pengurusan tekanan penting dalam memelihara tubuh dan otak yang sihat. Tekanan yang tidak terkawal boleh meningkatkan risiko insomnia, keletihan, kemurungan, penyakit jantung dan banyak lagi. Mengamalkan gaya hidup sihat, berfikiran positif dan mempunyai masa utk berseronok dan berehat dapat membantu melegakan tekanan anda.

7. Elakkan merokok dan pengambilan alkohol berlebihan
Merokok dan mengambil alkohol boleh menyebabkan penyakit kronik dan memepercepatkan proses penuaan.
Apa tunggu lagi??? Dapatkan nutrien yg lengkap dari Shaklee sekarang bagi merealisasikan azam tahun baru anda :)


Untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat pesanan, anda boleh:
1. LIKE fanpage IRSYA HEALTHY HOUSE
2. Email ke melurbunga@rocketmail.com
3. SMS di talian 012-9362692
 
 Dapatkan konsultansi PERCUMA apabila anda membeli produk shaklee daripada saya :) 
:
:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::


Monday, 12 November 2012

Atasi Migrain Dengan Ostematrix dan B-Complex



migrain dan sakit kepala ni antara masalah yang sering diutarakan....."aku ada masalah sakit kepala lah..migrain la.. shaklee ada ubat tak"... saya tak jual ubat yer..mintak maaf .....kalau nak diikut jalan singkat..senang je... telan panadol ke..telan painkiller..reda lah migrain tu kan .kan ..tapi kesan jangka panjang kepada kesihatan?badan je lah yang tahu yer..... saya tak kata supplemen Shaklee ni wajib kene ambil...tapi ianya sebagai alternatif..apa2 pun kita kena lah tahu punca2 maka dapatla cari jalan penyelesaian..kan kan..

Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:

  • § Sakit kepala kerana tekanan
  • § Sakit kepala kerana sinus
  • § Sakit kepala kerana migraine


Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.

Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.
Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:

  • Kekurangan zat dan nutrisi
  • Faktor keturunan
  •  Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  • Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  • Terlalu banyak mengambil kafein
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat


Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.

Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan. Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain. 

Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin yang sesuai utk merawat migrain:

~Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium,Magnesium,Vitamin D



Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing...

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. ...

sumber: mamafaiz




Untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat pesanan, anda boleh:
1. LIKE fanpage IRSYA HEALTHY HOUSE
2. Email ke melurbunga@rocketmail.com
3. SMS di talian 012-9362692
 
 Dapatkan konsultansi PERCUMA apabila anda membeli produk shaklee daripada saya :) 
:
 
:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::



 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...