SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Monday, 20 October 2014

Rahsia Tingkatkan Uniques Visitor Nuffnang

Sejak jadi blogger tegar ni, *ehh betul ke tegar ni :P , saya memang berazam untuk meningkatkan uniques visitor (uv) saya. Kalau dulu semput je tengok uniques visitor yang masuk ke blog Irsya Healthy House ni, tak capai 50 uv sehari pon macam payah je. Sedih kan :(

Tapi sejak join gerak gempur program Road To Italy dibawah empayar WAHMilion, memang ternyata banyak memberi perubahan pada bilangan visitor yang masuk ke blog saya saban hari. Macam yang anda boleh tengok sendiri seperti dalam gambar di bawah ini, ternyata berbeza kan.



Jika tengok gambar di atas ini, memang berbeza dengan gambar di bawah pula. Sepanjang minggu ini saya lihat perubahan besar bagaikan tsunami yang membadai blog kecilku ini dengan angka uniques visitor mula mencecah angka 100 uniques pada 13 Oktober dan mencecah angka 200 uniques pada 16 Oktober 2014.


Pada mulanya saya hanya target untuk mencapai 100 uniques visitor sahaja sehari, tetapi tak sangka boleh mencecah 200 uniques visitor pula. Syukur, alhamdulillah. Sekarang target saya untuk capai 500 uniques visitor pula sehari. Mampukah saya? Doakan saya yer kawan-kawan.

Mungkin nilai 100, 200 atau pun 500 uniques visitor sehari agak kecil jika dibandingkan dengan blog otai-otai blogger yang lain. Tapi apa pun saya rasa berbangga dengan pencapaian blog saya ini.


Friday, 17 October 2014

Jawapan Kepada Persoalan Kenapa Nuffnang ku 'Hilang'

Minggu lepas saya susah hati bila bukak blog, tengok semua ads Nuffnang tak muncul-muncul. Sehingga saya tulis entry mengenai Nuffnang hilang setelah tukar template. Kebetulan saya baru tukar template waktu itu. Lepas tu bila tengok blog tak naik ads Nuffnang memang sangat gelabah ditambah pula waktu itu CPUV berderet masuk. Nak nangis pon ada, kerugian la daku jika tak naik. Padahal takde la banyak mana pon. Hehe.

Puas juga saya godek coding html tu semula, berkali-kali dan berhari-hari. Tak nak putus asa sebab CPUV tengah banyak kan, so kena berusahalah sikit. Tapi tengokk coding memang takde masalah dan saya dah letak ditempat yang sepatutnya sama seperti sebelum ini. Last skali, dah tak tahu nak buat apa, maka ku buat muka tak malu saja hantar ticket ke pihak Nuffnang.

Selepas dua hari hantar ticket, saya dapat feedback daripada Mr.James, Community Intern dari Nuffnang. Lihat gambar dibawah :

Reply ticket dari Nuffang
klik gambar untuk lebih jelas ;)

Disebabkan Mr.James ini ada bertanyakan mengenai plugin AdBlock, terus saya teringat memang baru-baru ni saya ada hantar komputer untuk dibaiki dan mungkin orang kedai tu ada ubah setting ke, entahlah saya tak pasti. Sebab sebelum ni saya buka memang tiada masalah. Maklumlah bila dapat balik komputer terus bersemangat nak tukar template. Huhu.

Jika saya buka melalui pelayar chrome dan mozilla, iklan Nuffnang saya tak muncul. Kali ini, saya cuba buka pula melalui pelayar Internet Explorer (IE), dan hasilnya...

Leaderboard

Sidebar



Taraaaa...
sebenarnya ada saja. Tak hilang pon..uwawawa!
Terima kasih lah pada pihak Nuffnang yang baik ahti menjawab persoalanku.

Ini semua mungkin disebabkan oleh plugin AdBlock.
Huhu.
Okay, saya tak tahu nak disable kan mende ni, so lepas ni bukak blog guna IE sajalah.



Friday, 10 October 2014

Nuffnang Hilang Gara Ubah Template, Macam Mana Nak Buat Ni?


Dulu dah elok-elok template blog ni, diubah-ubah. Sudahnya sekarang berterabur habis iklan nuffnang ku. Macam mana nak buat ni? Ada sesiapa yang ada pengalaman tak.
coding HTML untuk nuffnang atas header (leaderboard) tu jumpa, tapi tak keluar-keluar juga. Yang nuffnang antara entry tu tak jumpa-jumpa, try and error pon tak keluar.
Ada sesiapa yang pernah alami situasi macam ni tak.

Saturday, 13 September 2014

CPUV Nuffnang | RMK Auntumn/ Winter 2014 Collection

CPUV EARNING | RMK Auntumn/Winter 2014 Collection

Syukur Alhamdulillah..
Blog picisan saya ni dapat lagi CPUV dari nuffnang.
Sebelum ni dapat CPUV Nuffnang | HP PC DEMAND GEN DIGITAL
Ada yang masih samar-samar apa tu cpuv?
Maksud CPC dan CPUV dalam Nuffnang


Terima kasih Nuffnang bagi CPUV dekat saya lagi.
Sambil jana pendapatan dari hasil blog shaklee boleh juga dapat side income lain kan.
So bagi sesiapa yang tengah mencari foundation muka, bolehlah usha ke sini.
Kalau nak lebih flawless muka tu, jom amik Set Kecantikan Shaklee skali.
Confirm make-up tu smooth dan muka sangatlah flawless.
Ini serius! ^_^





Bagi yang belum berjaya untuk dapatkan CPUV Earning dari Nuffnang jangan putus asa okay.

Tuesday, 2 September 2014

Berjaya ke Tidak Letak Iklan Nuffnang Bawah Entry

Habis khatam beberapa blog saya menelaah untuk entry "Cara Letak Iklan Nuffnang Bawah Entry". Misi semuanya gagal! Naik pening dah kepala ni asyik try and error sepanjang minggu lepas. Tapi tak menjadi-jadi. Semua coding yang di suruh cari semua tak jumpa.

Sebelum ni letak juga iklan nuffnang yang bawah entry tu tapi yang itu saya letak dekat bawah sekali. Hehe. Kali ni saya nak letak pada tempat yang betullah, supaya kalau ada pihak yang sudi nak beriklan lagi di blog ini, mudahlah blogger-blogger yang baik hati nak klik iklan saya tu nanti. Hahaha.

Setelah balik dari bercuti di Bukit Merah minggu lepas, dalam kepenatan terus saya gigih mencuba sekali lagi dan berbekalkan sedikit ilmu sewaktu belajar dulu. Itupun belajar asas untuk coding html ni sahaja, takdelah teror mana.

Percubaan pertama --- GAGAL

ok takpe...kita CUBA LAGI

Percubaan kedua --- BERJAYA!

wahhh, sangat kagum dengan kebolehan diri menyelesaikan masalah ini.

Moral of the story, janganlah sesekali kita memandang rendah pada kebolehan yang ada pada diri kita dan berusahalah atas apa juga kehendak dan keinginan kita sehingga betul-betul boleh mencapainya. Inshaallah, usaha kita semua tidak akan sia-sia selagi kita tidak lelah untuk terus mencuba.

Thursday, 28 August 2014

CPUV Nuffnang | HP PC DEMAND GEN DIGITAL

CPUV Campaign dari Nuffnang | HP PC DEMAND GEN DIGITAL

Godek-godek akaun Nuffnang petang ni rasa macam nak melompat-lompat kegirangan sangat hatiku *berbunga setaman ^_^

cpuv nuffnang

Alhamdulillah, saya dapat CPUV HP PC DEMAND DEN DIGITAL.
Terima kasih HP kerana memilih blog ini.
Ye lah, dekat rumah ni pun ada beberapa pengguna laptop dari HP ni. Sangat bagus dan tahan lasak >.< maklumlah dah berzaman guna. Hehehe. So kalau anda pun nak cari laptop jangan segan silu silalah klik iklan kami ni yer ^_^ 

 Pesanan terakhir untuk hari ini, kalau nampak iklan dari HP ni, tolong la klik. *buat muka kesian! HAHAHA

Update (2/9/2014)

Akhirnya baru hari ini 'terserempak dengan iklan CPUV saya ni
Macam ginilah rupa iklan tu :


Cuba klik sikit banner atas ni, tengok jadi apa.

Hah... Dah tekan?
Cantik-cantikan..serius berkenan

Friday, 18 July 2014

Apa Maksud CPC dan CPUV Dalam Nuffnang

CPUV? CPC? Apakah???!

Mungkin anda masih baru dalam Nuffnang, begitu juga saya. Apa yang saya tahu, Nuffnang adalah antara lubuk para blogger menjana pendapatan melalui blog. Sebenarnya bukan hanya Nuffnang tetapi ada juga beberapa syarikat pengiklanan yang lain. Dulu saya tak faham macam mana Nuffnang boleh menjana pendapatan.Kemudian selepas saya mendaftar Nuffnang ini baru saya lebih faham konsep yang dijalankan.

Jom saya kongsikan info serba sikit mengikut kefahaman saya.

CPUV : Cost-Per-Unique-Visit.
CPUV ini dikira berdasarkan unique visitors yang masuk ke blog kita. Cara Nuffnang kira unique visitor ni apabila IP address berlainan masuk ke blog kita.

Contoh:
Ainan Tasneem di Perlis, Najwa latiff di Selangor, Neelofa di Korea dan Siti Nurhaliza di Kedah. Mereka semua sedang online dan sedang melayari laman blog Irsya Healthy House ini. Mereka ini adalah 4 unique visitors daripada IP address yang berlainan.

Tapi kalau guna 1 komputer yang sama, ia tidak dikira sebagai unique visitors. Ia hanya dikira sebagai 4 pageviews.

Jika anda telah berjaya mendapat tawaran CPUV, perlu meningkatkan trafik blog. Antara aktivi yang boleh dilakukan dengan blogwalking ke blog lain atau kalau berkesempatan boleh juga buat segmen giveaway dan sebagainya. Itu semua adalah untuk memastikan trafik blog meningkat dari masa ke semasa.

Status on-going di CPUV bermaksud kempen iklan itu sedang berjalan di blog. Jika tertera creditted, bermakna kempen tersebut telah berakhir dan earning telah pon dikredit masuk dalam akaun Nuffnang kita.

CPC : Cost-Per-Clik
Bagi yang berstatus Gliteri di akaun Nuffnang, akan mendapat RM0.25 setiap per klik. Manakala status ordinary hanya RM0.15 per klik.

Dah tahu serba sedikit, jom daftar Nuffnang sekarang. Dah lepas daftar boleh tengok Tutorial Cara Letak Iklan Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...