SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Showing posts with label info kehamilan. Show all posts
Showing posts with label info kehamilan. Show all posts

Saturday, 4 July 2015

Petua Mencegah Bayi Demam Kuning (Jaundis)






Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan uang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu.


Namun, jika bacaannya terlalu tinggi, maka perlu segera dapatkan rawatan di hospital, antara rawatan yang mungkin disarankan oleh doktor adalah seperti kaedah fototerapi. Terdapat juga kaedah lain dapat merawat masalah demam kuning pada bayi anda, ianya bergantung kepada tahap bacaan bilirubin dan saranan oleh doktor pakar.


Tetapi, ada juga yang berpendapat bahawa demam kuning ini boleh dicegah sedari dalam kandungan lagi. Antara petua yang selalu dikongsi yang boleh diamalkan oleh ibu hamil bagi mencegah jaundis adalah seperti :

  • Mengamalkan minum susu kambing setiap hari, boleh diambil semasa sarapan atau sebelum tidur.
  • Mengamalkan makan buahan seperti buah delima.
  • Makan 3 sudu madu tanpa air atau minum air dicampur lima sudu masu setiap hari.
  • Jadikan buah kurma sebagai sarapan setiap hari.
  • Minum air kelapa muda setiap hari ketika hampir bersalin.

Selain daripada petua yang dikongsi ini, ibu hamil juga boleh mencuba set vitamin ibu hamil shaklee untuk membantu mencegah demam kuning juga, macam yang diperkatakan oleh mereka ini :





Apa-apa pun, ini adalah sebahagian daripada ikhtiar kita dalam mencegah demam kuning pada anak yang bakal dilahirkan nanti. Tidak ada salahnya mencuba petua yang dikongsikan ini. Semoga bermanfaat untuk semua ibu-ibu :)

nota kaki: pernah rasa berpisah dengan anak selepas beberapa hari bersalin sebab masalah jaundis ni. sedih sangat rasa hati tu. so kali ni harap sangat tiada masalah jaundis yang tinggi sehingga kena buat rawatan fototerapi di hospital.


Tuesday, 5 May 2015

Keputihan Semasa Mengandung Mengundang Risiko Kematian Bayi


Keputihan semasa mengandung berisiko menyebabkan kematian pada bayi


Keputihan masalah biasa wanita, namun adakah ia juga akan normal bagi ibu hamil. Sebarang masalah yang dihadapi oleh ibu mengandung harus dipantau dan diperiksa segera, dengan ini rawatan segera boleh diambil setelah mengesan perubahan yang tidak normal berlaku.

Keputihan Normal

Perubahan hormon yang dialami oleh ibu hamil tidak mengecualikan mereka menghadapi masalah keputihan atau leukorrhea, iaitu lelehan keputihan yang nipis dan kurang berbau dari vagina. Leukorrhea adalah normal semasa hamil dan tidak perlu dibimbangkan. Hormon estrogen yang membantu aliran darah ke bahagian pelvik dan merangsang selaput lendir badan (leukorrhea) semasa hamil. Ia melindungi saluran kelahiran daripada jangkitan dan mengekalkan flora bakteria yang seimbang dan sihat dalam faraj.




Keputihan Tidak Normal

Namun begitu, masalah keputihan ketika hamil boleh juga menjadi tidak normal apabila keputihan berwarna hijau atau kekuningan, berbau kuat dan disertai kemerahan dan kegatalan. Ia mungkin jangkitan faraj yang paling biasa semasa mengandung seperti candidiasis, juga dikenali sebagai jangkitan yis. Jangkitan ini mudah dirawat. Satu lagi punca lelehan keputihan semasa mengandung yang tidak normal disebabkan oleh penyakit jangkitan seksual (sexually transmitted disease).


Tanda Ibu Hamil Mengalami Keputihan
  • Lelehan menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej
  • Gatal, sakit atau warna kemerah-merahan didalam atau sekeliling faraj atau punggung
  • Sakit apabila bersama suami
  • Sakit semasa membuang air kecil

Rawatan Pencegahan Yang Boleh Dilakukan 


  1. Doktor akan memberi ubat jenis pessari atau krim anti kulit yang sesuai digunakan pada tahap kehamilan. Anda mungkin memerlukan rawatan penuh selama tujuh hari untuk menghapuskan keputihan dengan sempurna.
  2. Sapukan yogurt asli dengan bakteria hidup ke dalam dan disekeliling faraj.
  3. Pakai seluar dalam kapas, seluar panjang yang longgar atau kain.
  4. Jangan berendam dalam mandian panas terlalu lama kerana ini menyediakan persekitaran yang hangat dan lembap yang sangat sesuai untuk pembiakan kulat. Jangan gunakan mandian buih yang mengandungi pewangi.
  5. Lap punggung hingga ke bahagian hadapan sehingga benar-benar kering selepas anda ke tandas.
  6. Pastikan faraj anda cukup basah sebelum anda bersama suami.

PERINGATAN: Perlu diingat, keputihan pada faraj ini berkemungkinan adalahjangkitan kulat dan boleh menyebabkan kegatalan. Jangkitan bakteria ini juga berisiko menyebabkan kematian bayi dalam kandungan. Penggunaan krim untuk disapu pada faraj juga berisiko menyebabkan jangkitan fungal ini menjadi bertambah kronik.


Petua Tradisional Menghilangkan Keputihan

  • Basuh menggunakan air suam yang diletakkan garam. Elakkan mencuci menggunakan sabun atau feminin wash.
  • Basuh dengan air rebusan asam gelugor dan garam. (Juga bagus diamalkan selepas bersalin)
  • Amalkan minum air basuhan beras.
  • Rebus daun sireh dengan buah manjakani dan dibuat sebagai air mencuci.
  • Bersihkan dengan air rebusan sireh.

Selain amalan tradisional diatas, ibu mengandung juga boleh ikhtiar untuk menghilangkan keputihan dengan amalkan 2 biji Garlic Complex shaklee sehari.


Atasi Keputihan Dengan Garlic Complex Shaklee

Bagi wanita hamil, bawang putih boleh membantu melancarkan peredaran darah, menurunkan tekanan darah dan mengurangkan tahap kolesterol. Bawang putih juga berpotensi mengurangkan keletihan semasa mengandung. Selain itu, kajian daripada Universiti Maryland Medical Center, menunjukkan bawang putih ini berupaya memusnahkan bakteria berbahaya seperti kulat dan virus.

Menurut kajian dari Universiti of Pittsburgh Medical Center, bawang putih sangat sesuai dan berpotensi dalam membantu merawat jangkitan faraj, termasuk sindrom keputihan semasa mengandung. Garlic Shaklee berfungsi seperti antibiotik semulajadi dan memusnahkan bakteria penyebab keputihan.

Jangan biarkan keputihan anda semakin teruk. Jadi tunggu apa lagi, jom tempah Garlic Complex anda sekarang.


Buat Pembelian Sekarang


atau boleh hubungi saya untuk tempahan dan konsultasi atau COD :

SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com


COD Area: 





*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak


Nikmati DISKAUN sehingga 20% sekarang !
Daftarlah sebagai ahli shaklee.



-------------------------------------------------------------------------------------------------



Sunday, 2 November 2014

Kelebihan Alahan dan Mabuk Hamil Untuk Ibu Mengandung

Alahan (Morning Sickness) Tunjuk Tahap Kesihatan Ibu Hamil?



Kebanyakan ibu mengandung, terutamanya pada trimester pertama dan kedua akan mengalami masalah mabuk hamil dan alahan seperti selalu mual, loya atau muntah-muntah. Namun ada juga sebilangan kecil, para suami yang tempias kena alahan ini. Malah mereka yang lebih mengidam untuk makan macam-macam berbanding si ibu mengandung.

Bagi ibu mengandung yang mengalami masalah alahan di awal kehamilan ini boleh baca entry saya berkenaan tips dan cara mengatasi alahan ketika hamil. Untuk kali ini saya ingin mengupas mengenai kelebihan mabuk hamil atau alami alahan ketika kehamilan.

Kelebihan Alahan Ketika Mengandung :


  1. Mengurangkan risiko keguguran kerana banyak kajian menunjukkan risiko keguguram adalah rendah pada ibu yang mengalami muntah-muntah dan mual semasa hamil.
  2. Mengurangkan risiko kelahiran pra-matang atau bayi tidak cukup bulan.
  3. Mengurangkan risiko kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah.
  4. Hormon Hcg semasa hamil akan meningkat dan ianya dipercayai menyebabkan rasa mual pada ibu namun ianya baik kerana hormon yang tinggi akan melindungi bayi di dalam kandungan anda.
  5. Apabila ibu mengalami mual-mual atau muntah, ini menyebabkan ibu tidak mengambil makanan yang tidak sesuai pada peringkat awal kehamilan, secara tidak langsung menjauhkan ibu dari mengambil makanan yang membahayakan kandungan.
  6. Ukuran plasenta bertambah. Bila ibu mengalami muntah-muntah, pertambahan berat badan ibu tidak naik mendadak. Dengan ini memberi ruang kepada plasenta menambah ukurannya. Plasenta memainkan peranan yang penting untuk membekalkan nutrien dan bekalan darah yang mencukupi kepada bayi.


Saturday, 18 October 2014

Tanda Keguguran Kehamilan dan Cara Mengatasinya

Keguguran Kandungan Di Awal Kehamilan

Keguguran di awal kehamilan selalunya kerap berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan. Malah tidak mustahil untuk anda mengalami keguguran, sebelum anda tahu bahawa anda sedang hamil. Dianggarkan 8-20% keguguran berlaku kepada ibu mengandung, dengan kes 80% berlaku sebelum minggu ke-13 dan 201% berlaku pada ibu yang kurang dari 20 minggu mengandung.

Kira-kira satu dalam lima kemungkinan kehamilan itu akan gugur selepas anda mendapati ujian kehamilan yang positif. Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku kerana embrio tidak berkembang seperti yang sepatutnya. Ketahui tanda-tanda jika anda mengalami keguguran :
  • Sakit : kekejangan pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang.
  • Pendarahan faraj : pendarahan yang bertompok-tompok atau banyak yang kerap dan sekali sekala. Pendarahan juga tanda keguguran, tapi ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal.
  • Sakit belakang
  • Kehilangan tanda kehamilan :
  • Tiada pergerakan janin :
  • Ketiadaan denyutan jantung bayi :
  • Ujian positif bertukar kepada negatif :
  • Lelehan faraj :
  • Serviks terbuka :
  • Paras hormon hcG rendah :
Tanda-tanda keguguran yang paling biasa ialah keluar banyak darah daripada faraj disertai dengan kesakitan yang menyerupai senggugut yang teruk. Seeloknya jika berlaku pendarahan dan disusuli dengan sakit perut, rujuk segera dengan doktor bagi mengelakkan ancaman keguguran (threatened misscarriage).

Juga dikatakan jika anda mengalami alahan teruk semasa mengandung ianya membantu mencegah keguguran di awal kehamilan. Anda juga boleh baca entry saya berkenaan mencegah dan mengatasi alahan yang teruk semasa mengandung.



Monday, 13 October 2014

Kebaikan ESP Untuk Ibu Mengandung

Jika pada entry yang lepas saya berkongsi tentang pengalaman ibu mengambil ESP Shaklee kulit anak cantik dan gebu, kali ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai kelebihan dan manfaat ESP untuk ibu mengandung pula.

Saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua tentang kehebatan dan kebaikan ESP Shaklee ini. Ketika saya mengandungkan Baby Rayy, saya tak pernah tinggal langsung ESP Shaklee ini. Saya amalkan minuman berkhasiat ESP ini selama saya mengandung, berpantang dan berterusan sehingga sekarang.

Kesan pada diri saya sewaktu mengamalkan ESP Shaklee ketika mengandung, saya tidak terlalu penat walaupun aktif di sebelah siang, tidak mengalami pedih hulu hati, kenyang lebih lama dan bantu saya mengawal berat badan ketika hamil. Penting tau kawal berat badan ni atau anda terpaksa buat pemeriksaan lebih kerap. Sungguh tak sanggup rasanya, cukuplah pemeriksaan bulanan jika tidak ada masalah kesihatan yang kronik.

Anda pernah dengar, kata orang-orang sekeliling anda bahawa soya membuatkan kulit anak menjadi sensitif atau anak alah atau sering ruam kalau ibu minum soya? Sebenarnya, tiada kajian saintifik dan tidak terbukti dengan ujian klinikal kata-kata orang sekeliling itu. Dan sebab itu pentingnya memilih soya yang bagus, semestinya ESP Shaklee adalah minuman istimewa kerana kacang soya esp shaklee adalah Non-GMO soya dan diproses dengan kawalan ketat dan teliti untuk menjamin kualiti produk. Ketahui lebih lanjut mengenai perbezaan soya ESP Shaklee dengan Soya lain.


Kebaikan Utama ESP Shaklee Untuk Ibu Mengandung




1. ESP Meningkatkan Sistem Imun Badan Si Ibu

Esp Shaklee adalah minuman protein yang berkhasiat. Protein membantu meningkatkan sistem imun badan si ibu. Ramai yang tidak tahu, selain Vitamin C, protein juga sangat bagus menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah dicerna oleh ibu hamil dan bayi yang dikandung.


2. ESP Mengawal Berat dan Kawal Diabetis Ketika Hamil

Pada awal kehamilan, mungkin si ibu mengalami alahan sehingga selera makan agak terganggu sedikit. Tetapi apabila masuk tempoh 5 bulan kehamilan ke atas, emosi ibu semakin baik dan ketika ini selera makan si ibu akan meningkat secara mendadak. Perkara itu adalah normal, si ibu mudah merasa lapar kerana membekalkan juga sumber makanan untuk kandungan. Tetapi kita harus mengawal pemakanan agar berat badan naik mendadak dan berisiko untuk dapat kencing manis atau diabetis ketika hamil terutamanya yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai masalah ini.

ESP adalah minuman berprotein yang rendah Indeks Gliesmiknya (GI). Makanan yang rendah GI melambatkan penyerapan glukosa di usus kecil. Serangan diabetis terjadi apabila si ibu memakan makanan tinggi GI seperti nasi, manisan, air manis dan lain-lain pada kadar yang banyak dan kerap.


3. ESP Mengatasi Masalah Alahan Ketika Mengandung

Di awal kehamilan, adalah sesuatu yang normal jika si ibu mengalami alahan untuk tiga bulan yang pertama (trimester pertama) atau adakalanya sesetengah ibu mengalami alahan sehingga ke penghujung kehamilan. Si ibu lazimnya, mudah mersa mual dan selera makan berkurang menyebabkan perut kosong, ini boleh menyebabkan simptom pedih hulu hati atau gastrik pula menyerang si ibu. Akibatnya mungkin lebih memeritkan si ibu sekaligus membuatnya terasa trauma terutama jika ini adalah kehamilan yang pertama.

ESP membantu ibu mengandung tenaga segera dan membekalkan tenaga yang berpanjangan dan kenyang lebih lama. Selain meneutralkan gas di dalam perut bagi mengelakkan gastrik dan pedig hulu hati. Tambahan lagi, ianya juga mudah dihadam berbanding makanan berprotein yang lain.


4. ESP Membantu Pembentukan Otot, Otak dan Sel Bayi

Otak bayi mula berkembang seawal persenyawaan berlaku, begitu juga dengan ototnya, maka pengambilan protein yang baik amat penting untuk diambil dalam membantu kandungan anda dalam membina dan membentuk sel yang sempurna.



5. ESP Membentuk Kulit Yang Cantik dan Gebu

Protein perlu dalam penghasilan sel-sel kulit yang baru. Sel-sel kulit yang telah mati perlu diganti dengan sel baru. Tetapi seperti yang saya katakan seperti di awal ini, pentingnya pengambilan protein terbaik dalam menjamin kesihatan yang baik juga. Dengan minum ESP, sel-sel kulit ibu akan bertambah gebu dan kulit ternyata menjadi lebih cerah dan kulit lebih berseri. Ini memberi lebh keyakinan buat para ibu kerana adakalanya perubahan hormon semasa mengandung membuatkan kulit ibu menjadi kusam. Selain itu, ianya juga mampu membantu mengurangkan kesan regangan di badan (strechmark) ketika mengandung.

Kesan pada bayi yang akan dilahirkan itu nanti juga berpotensi mempunyai kulit yang cantik, mulus dan gebu. Inshaallah. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan juga beberapa pelanggan saya yang mengamalkan ESP semasa mengandung.

Apa Kata Ibu Hamil Yang Mencuba ESP Shaklee :



Testimoni 1 :




Testimoni 2 :




Testimoni 3 :





Testimoni 4 :





Anda ingin mencuba soya esp shaklee yang sedap, selamat, berkhasiat dan bermutu tinggi ini?

BELI SEKARANG dan semua ini menjadi milik anda!

PERCUMA satu lagi cannister ESP, bernilai RM150
PERCUMA keahlian shaklee seumur hidup, bernilai RM75
PERCUMA wang BONUS pada bulan hadapan

YA..dengan pembelian 6 cannister ESP sekarang, 
semua ini menjadi milik anda!
Secara keseluruhannya, anda telah jimat RM435!




Nak order boleh klik sahaja link dibawah ini :

 Saya Nak Order ESP

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anda juga berpeluang untuk membeli produk ini pada harga yang lebih jimat dan mendapat diskaun sehingga 20%.

Daftarlah sebagai ahli shaklee sekarang!


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda boleh hubungi saya untuk sesi konsultansi:

SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease

Sunday, 28 September 2014

Hodohnya Garisan Hitam Di Perut

Garisan Di Perut Semasa Mengandung (Linea Nigra)

Semasa mengandung, wanita biasanya akan mengalami beberapa perubahan pada dirinya, ini disebabkan perbezaan hormon ketika hamil. Munculnya pigmentasi tompok gelap pada muka dan leher, jaringan urat (spider veins), tanda regangan pada kulit (stretch-mark), bintik-bintik dan jerawat ketika hamil dan munculnya garisan gelap di perut (linea nigra).


 

Para ibu sekalian, perasan tak munculnya garisan gelap seperti gambar di atas ini semasa anda hamil? Semakin kandungan membesar, semakin jelas garisan gelap ini. Buat pengetahuan ibu semua, garisan gelap di peut semasa hamil ini dipanggil sebagai Linea Nigra.

Linea Nigra ialah garisan menegaj berwarna gelap dengan kelebaran sehingga satu sentimenter yang terbentuk pada tengah-tengah perut, biasanya merentasi pusat. Ia disebabkan oleh pigmentasi pada kulit disebabkan hormon estrogen meningkat dan menyebabkan otot abdomen anda meregang bagi memudahkan pembesaran bayi. Namun, bakal-bakal ibu semua tak usah khuatir kerana ianya bukan bersifat kekal. Pigmentasi ni akan semakin pudar dalam masa beberapa minggu selepas anda melahirkan.

Nikmati segala apa yang dianugerahkan kepada kita sebagai seorang wanita yang melalui beberapa proses ini yang tidak mungkin dapat ditanggung oleh seorang lelaki gagah pun. Beruntungnya kita, saat kita melahirkan bayi kita nanti, kita juga "bersih" daripada dosa-dosa masa lalu. Allah swt mengampunkan dosa-dosa kita, sama bersih seperti bayi kita nanti. Allahuakhbar,

Monday, 22 September 2014

Kaedah Bantuan Kelahiran (EPISIOTOMI, INDUCE, FORCEP, VAKUM) Yang Perlu Anda Tahu

Kaedah bantuan kelahiran

kelahiran

Tidak semua wanita bertuah dapat melahirkan bayi secara normal dengan mudah. Ada yang perlu melalui pelbagai komplikasi yang menyakitkan demi melahirkan zuriat tersayang. Banyak kes yang memaksa ibu hamil melalui proses kelahiran dengan bantuan perubatan. Terdapat pelbagai kaedah bantuan yang digunakan oleh doktor pakar sakit puan dalam menangani komplikasi kelahiran. Antara yang popular dan kerap digunakan adalah seperti berikut:


1. Episotomi
Guntingan kecil (perineum) dilakukan pada kulit antara vagina dengan anus sekiranya berlaku komplikasi seperti bayi songsang, tdak cukup bulan, dalam bahaya atau bayi mempunyai saiz kepala yang besar. Biasanya proses ini dilakukan ke atas ibu yang melahirkan anak sulung.


Episotomi
Gambar: bayi-ibu.com



2. Bantuan vakum atau forsep
Ada ibu berhadapan masalah di mana ibu sukar atau lambat mengeluarkan bayi dalam kandungan kerana ibu tidak dapat menolak bayi keluar akibat saiz kepalanya besar. Oleh itu, bantuan perlu diberikan untuk mengeluarkan bayi segera agar tidak lemas. Mereka menggunakan forsep atau vakum (penyedutan). Sekiranya bayi berkedudukan songsang atau tidak cukup bulan, kaedah ini juga digunakan bagi mengelakkan kepala bayi tertekan ketika melalui saluran keluar.

Vakum
Gambar: bayi-ibu.com

Forsep
Gambar: bayi-ibu.com


3. Induksi
Kaedah ini digunakan sekiranya bayi dalam kandungan masih tidak menunjukkan tanda-tanda ingin keluar walaupun sudah lewat seminggu daripada tarikh jangkaan bersalin. Dalam masa yang sama, bayi sudah berada dalam keadaan bahaya dan uri mula gagal berfungsi. Sekiranya ibu mengalami masalah darah tinggi atau masalah lain yang boleh mendatangkan bahaya kepada ibu dan bayi, induksi juga akan dicadangkan.

Induce
Gambar: bayi-ibu.com


4. Pembedahan Caesarean
Pemilihan kaedah ini biasanya dibuat awal atau sebab beberapa kesulitan yang mungkin berlaku jika kelahiran dibuat secara normal. Jadi, masa dan tarikh ditetapkan lebih awal. Bagaimanapun, ada juga yang dilakukan secara kecemasan dan spontan akibat beberapa komplikasi seperti bukaan serviks tidak mencapai tahap sepatutnya, bayi songsang, bayi tidak cukup bulan dan sebagainya.


sumber : pama.karangkraf.com


Thursday, 11 September 2014

Bahaya Chicken Pox

Bolehkah ibu hamil diserang chicken pox? Ya boleh. Tapi tidak ramai yang mengetahui tentang bahaya diserang virus vericella (cacar air) atau lebih dikenali sebagai chicken pox ketika sedang hamil. Jika tidak ditangani dengan betul ianya amat merbahaya dan boleh mengancam nyawa kandungan.

Ibu yang mengalami chicken pox ketika hamil harus segera mendapatkan rawatan dengan segera. Wanita yang tidak mempunyai keimunan terhadap penyakit cacar air ini sangat terdedah dan berisiko untuk mendapatnya. Oleh yang demikian, ibu yang tidak mempunyai keimunan ini perlulah mengambil suntikan vaksin cacar air.

Bagaimana boleh menjejaskan ibu dan bayi?

Ibu

  • Ibu boleh mengalami masalah phenumonia atau paru-paru berair.
  • Ibu yang mengalami jangkitan cacar air (vericella) pada 8-20 minggu kehamilan mempunyai risiko sebanyak 2% untuk bayinya turut mendapat jangkitan ketika di dalam kandungan.


Bayi

  • Bayi dalam kandungan mempunyai risiko kecacatan anggota badan iaitu kaki, tangan atau mata atau dikenali sebagai congenital vericella syndrom.
  • Berat badan bayi boleh terjadi lebih rendah daripada paras normal.
  • Bayi yang dilahirkan empat hari sebelum atau dua hari selepas ibunya mempunyai risiko tinggi untuk mendapat jangkitan cacar air yang boleh mengakibatkan sawan.


Mencegah lebih baik daripada mengubati. Jika dengan langkah bakal ibu mengambil vaksin cacar air, apa salahnya jika itu mampu mengurangkan risiko berbahaya kepada diri dan juga kandungan. Selebihnya haruslah kita bertawakal kepada Allah swt. Sesungguhnya DIA yang menentukan segalanya. Namun saya percaya ada juga para ibu yang menentang pemberian vaksin ini, fikirlah sendiri risiko kepada diri anda dan kandungan dan bukannya hanya menurut kata teman-teman. Buat penilaian sendiri.

Selamat menempuh alam kehamilan yang sungguh mengujakan dan penuh bermakna ini.

Tuesday, 26 August 2014

Atasi Kejang Kaki

Kejang kaki sewaktu hamil adalah masalah biasa yang dilalui oleh bakal ibu, dan ia biasanya berlaku pada trimester kedua dan ketiga. Otot yang biasanya menegang ialah otot betis, ia amat memeritkan dan menggangu anda untuk tidur lena apabila ia berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur.

Antara punca mengapa kekejangan kaki berlaku ketika kehamilan:
  1. Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  2. Uterus (rahim) yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda.
  3. Kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  4. Seperti mana berlari, bersukan atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.


Cara untuk melegakan dan mengelakkan kekejangan kaki:

Apabila kekejangan berlaku:
  • Buat regangan. Tegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan sehingga kesakitan hilang


Langkah elakkan kekejangan:
  • Elakkan tidur dengan jari kaki menghala ke bawah
  • Elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
  • Minum banyak air.
  • Mengambil supplemen kalsium lengkap dengan magnesium.

Cadangan vitamin untuk mencegah kekejangan kaki:


OsteMatrix Shaklee
OsteMatrix Shaklee

OsteMatrix Shaklee

OsteMatrix Shaklee

OsteMatrix Shaklee
Fungsi OsteMatrix

 Harga OsteMatrix : RM61 (120 tab)



 Saya Nak Order Ostematrix shaklee


--------------------------------------------------------------------------------------------------
Anda ingin membeli produk ini pada harga yang lebih jimat dan mendapat diskaun sehingga 20%.

Daftarlah sebagai ahli shaklee sekarang!


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda boleh hubungi saya untuk sesi konsultansi yang lebih details.

SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease

Tuesday, 19 August 2014

Cara Menanam Uri Anak

SEMUA LELAKI MESTI TAHU ILMU INI!

Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah MENANAM URI ANAK. Uri atau dikenali juga sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.

Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan ianya menjadi busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh.Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Tetapi jika tidak berkesempatan untuk basuh pada hari yang sama boleh simpankan dahulu di peti ais sejuk beku agar tidak berbau.


uri plasenta, tembuni
Uri plasenta juga dikenali sebagai tembuni

Cara menguruskan uri :

  1. Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
  2. Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
  3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
  4. Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
  5. Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
  6. Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
  7. Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.***Mengurangkan bau hanyir yang menaruk perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti 
  8. Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
  9. Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
  10. Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
  11. Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
  12.  Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
  13. Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat. Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM). 

Uri perlu diuruskan dengan baik. Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan sebegini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar. 

Semoga Bermanfaat!






Wednesday, 6 March 2013

Pentingnya Menjaga Pemakanan Ibu Semasa Mengandung

Salam Sayang Untuk Semua :)

Harini IHH nak share sikit info tentang panduan pemakanan ibu semasa mengandung. Anda yang tengah membaca tu, adakah anda tergolong dalam kelompok ini? Hehe..Kalau bukan, bacalah dan share kan kepada adik, kakak, sepupu sepapat or sesiapa saja yang anda kenal yang tengah hamil yer.
....................................................................................................................................................................

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
  • Berat bayi : 2.5 - 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg

Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

Makanan semasa mengandung

Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.

Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.

Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
  • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

Hah..dah tahu kan sedikit sebanyak tentang pemakanan ibu-ibu semasa hamil. Yang penting, adalah amalkan pemakanan yang seimbang mengikut piramid makanan ni. Tapi mungkin sesetengah ibu yang hamil mengalami morning sickness yang teruk jadinya kurang berselera nak makan makanya bayi dalam kandungan tak dapat cukup zat. 

Alternatif lain, para ibu-ibu yang hamil ni boleh lah ambil supplement ini untuk mendapatkan zat dan nutrien-nutrien yang mencukupi untuk diri sendiri dan juga bayi yang didalam kandungan tu :)

Untuk Ibu-ibu yang hamil trimister pertama:

Yang ini pulak untuk ibu hamil trimester ke-2 dan ke-3:


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya :)

012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak



:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...