SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Showing posts with label Dunia Blogger. Show all posts
Showing posts with label Dunia Blogger. Show all posts

Monday, 20 April 2015

Segmen 12 Jam Bloglist #14 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 20 April 2015, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #14 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Thursday, 2 April 2015

Buat Doodle Muslimah Paling Mudah


Bukak blog dari siang, tapi tak muncul-muncul ilham nak menulis. 
Taip sikit lepas tu padam, lebih tiga empat buat macam tu. 
Sudahnya nak tahu apa sha buat? 
Tengok la sendiri... hehe


Doodle pertama yang berjaya buat!

Percubaan untuk buat badan doodle juga berjaya.

HAHAHA. Seronok sungguh rasa hati ni. Jujurnya ini adalah hasil ber'doodle' hari ini. Tidak berguru dengan siapa pun hanya sedikit tutorial kawan blogger dan godek-godek sendiri. Sebelum ni rasa susah sangat nak buat, lepas tu rasa jemari sha ni 'keras' dan kaku. 

Percaya atau tidak, Sha hanya guna software paint yang paling basic setiap komputer mesti ada tu sahaja. Dari sekolah tengok kawan-kawan kreatif sangat edit gambar ni. Rupanya sha pon ada bakat terpendam. Huhu.

Macam mana rupa doodle muslimah sha ni, comei macam sha tak..hihi.

P/s : Lepas ni boleh ambil upah buat doodle la pulak...hahaha ^_^

Friday, 17 October 2014

Jawapan Kepada Persoalan Kenapa Nuffnang ku 'Hilang'

Minggu lepas saya susah hati bila bukak blog, tengok semua ads Nuffnang tak muncul-muncul. Sehingga saya tulis entry mengenai Nuffnang hilang setelah tukar template. Kebetulan saya baru tukar template waktu itu. Lepas tu bila tengok blog tak naik ads Nuffnang memang sangat gelabah ditambah pula waktu itu CPUV berderet masuk. Nak nangis pon ada, kerugian la daku jika tak naik. Padahal takde la banyak mana pon. Hehe.

Puas juga saya godek coding html tu semula, berkali-kali dan berhari-hari. Tak nak putus asa sebab CPUV tengah banyak kan, so kena berusahalah sikit. Tapi tengokk coding memang takde masalah dan saya dah letak ditempat yang sepatutnya sama seperti sebelum ini. Last skali, dah tak tahu nak buat apa, maka ku buat muka tak malu saja hantar ticket ke pihak Nuffnang.

Selepas dua hari hantar ticket, saya dapat feedback daripada Mr.James, Community Intern dari Nuffnang. Lihat gambar dibawah :

Reply ticket dari Nuffang
klik gambar untuk lebih jelas ;)

Disebabkan Mr.James ini ada bertanyakan mengenai plugin AdBlock, terus saya teringat memang baru-baru ni saya ada hantar komputer untuk dibaiki dan mungkin orang kedai tu ada ubah setting ke, entahlah saya tak pasti. Sebab sebelum ni saya buka memang tiada masalah. Maklumlah bila dapat balik komputer terus bersemangat nak tukar template. Huhu.

Jika saya buka melalui pelayar chrome dan mozilla, iklan Nuffnang saya tak muncul. Kali ini, saya cuba buka pula melalui pelayar Internet Explorer (IE), dan hasilnya...

Leaderboard

Sidebar



Taraaaa...
sebenarnya ada saja. Tak hilang pon..uwawawa!
Terima kasih lah pada pihak Nuffnang yang baik ahti menjawab persoalanku.

Ini semua mungkin disebabkan oleh plugin AdBlock.
Huhu.
Okay, saya tak tahu nak disable kan mende ni, so lepas ni bukak blog guna IE sajalah.



Wednesday, 10 September 2014

Tips SEO untuk blogger

Banyak pelajaran yang saya belajar sejak mula join shaklee ni, antaranya kepenting SEO untuk blog kita. Dulu waktu zaman remaja adalah juga berblog ni tapi tak serius mana pun. Lebih kepada cerita tentang kehidupan dan kisah-kisah peribadi je. Maka waktu tu tak nampak sangat pon kepentingan SEO dalam blog ni.

Kini, semuanya berbeza. Saya lebih serius berblog kerana ini adalah salah satu sumber rezeki saya. Aminn. Oleh yang demikian saya semakin rasa kepentingan SEO untuk blogger terutama blogger picisan seperti saya yang baru nak menapak. Huhu.

Antara tips mudah SEO untuk blogger:

Gunakan bahasa dan ejaan yang betul.
Jika kita selalu guna bahasa sms dalam setiap entry kita maka elakkanlah. Internet merupakan robot (alat/medium) untuk kita mencari sesuatu. Berikan arahan yang mudah untuk difahami mereka. Penggunaan ayat dan ejaan yang betul adalah lebih mesra dan rapat dengan enjin carian di internet. Contoh:

Elakkan: Tips Mdh SEO utk Blgr
Gunakan: Tips Mudah SEO untuk blogger

Keyword mudah untuk entry
Apabila kita menulis berkenaan sesuatu topik, selitkan juga 'kata kunci' lain tentang topik itu.

contoh topik: ESP SHAKLEE
keyword yang perlu diselitkan sekali perkataan didalam entry seperti cara bancuhan,  kesan ambil esp shaklee, esp shaklee sedap, resepi esp atau waktu ambil esp shaklee.

Ping setiap entry
Selepas setiap kali update entry baru, pastikan anda cepat-cepat 'ping' kan entry tersebut ke pingler.com atau googleping.com. Ibaratkan anda tak tonjolkan diri pada orang sekeliling anda, jadi sesiapa pun tidak perasan dengan kehadiran anda. Begitu juga dengan setiap entry kita. Jika kita tak ping blog, google tak kan alert dengan new entry kita.

Faham tak apa yang cuba saya kongsikan disini? Hehe..tak faham sila tanya ;)

Note with love,
Sha Salleh.

Instagram: vitamin_station
Blog: irsyahealthyhouse.blogspot.com
Page (FB): Irsya Healthy House

Notakaki: Apa yang saya kongsikan disini mungkin sesetengah sudah tahu. Tapi jika yang masih baru dalam dunia blogger ni dan mencari tips mudah untuk seo, anda semua bolehlah jadikan panduan. Semoga setiap ilmu yang saya kongsikan menjadi saham saya di sana kelak. Inshaallah.

Tuesday, 2 September 2014

Pelopor Jutawan Muslimah Shaklee

Apabila saya tahu kisah Master Cery keluar dalam majalah Harmosi edisi keluaran bulan September, terus berkobar-kobar semnagat pergi ke kedai runcit berdekatan rumah sebab semata-mata ingin dapatkan sendiri majalah tersebut. 


Jika diikutkan beliau mungkin tidak mengenali siapa saya, namun sebenarnya saya juga adalah dibawah susur galur group Jutawan Muslimah Shaklee beliau. Pertama kali saya bertemu beliau adalah ketika National Conference tahun lalu. Saya akui beliau sememangnya mempunyai aura yang tersendiri yang mampu membuatkan orang sekeliling 'terpalit' dengan aura yang ada pada dirinya. Inshaallah, saya juga akan berusaha untuk menjadi seperti beliau.

Master Cery telah berkecimpung dalam bidang bisnes shaklee selama 4 tahun dan beliau merupakan bekas jurutera Petronas. Beliau sanggup melepaskan jawatanya semata-mata bagi memenuhi permintaan masa oleh anak tunggalnya, Faiz.


Menyingkap kisah permulaan beliau dalam bisnes shaklee, Master Cery adalah seorang yang pemalu dan hanya bergerak sebagai blogger dan konsisten setiap hari tanpa jemu. Hasilnya beliau telah berjaya melahirkan jutawan muslimah wanita serta WAHM (work at home home mother) yang berpendapatan CEO. Kini beliau merupakan salah seorang Jutawan Shaklee yang berjaya melahirkan lebih ramai jutawan yang berjaya sehingga hari kini.




Petikan kata-kata Master Cery:

" Ada yang tanya saya apa rahsia sehingga mampu sehingga ketahap ini. Sebenarnya tiada rahsia yang spesifik.  Rahsianya ada dalam diri masing-masing. Untuk diri sendiri saya cuma manusia biasa yang ingin membuktikan kepada insan yang saya sayang bahawa apa yang saya buat adalah untuk mereka ,bukannya untuk bertanding dengan sesiapa. Sebaliknya demi kepuasan. "

" Sebenarnya untuk menjadi jutawan apa jua bidang sekalipun , kena perbetulkan niat kita . Tanya kenapa kita nak buat sesuatu bisnes itu sama ada secara sepenuh masa . Tanya diri sendiri sanggup tak untuk kita korbankan masa,tenaga,sabad dan segala-segalanya. Apa yang penting mesti ada niat dan sasaran yang jelas, sanggup kerja keras dan sabar ".


Inilah dia semangat seorang master yang bergelar jutawan. Siapa yang mahu ikut jejak langkah kami untuk menjadi seperti beliau? Jom jadi ahli Shaklee...

Mari bersama kami untuk sama-sama mengharungi dunia perniagaan Shaklee..


Daftarlah sebagai ahli shaklee sekarang!



-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda boleh hubungi saya untuk sesi konsultansi yang lebih details.

SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

Saturday, 5 July 2014

Segmen : Cik akak mencari bloglist julai 2014

Saya harap saya ada peluang masuk dalam Bloglist Blog Cik Akak untuk Julai 2014 ^_^

Saja cuba nasib. Harap-harap bertuah la. 
*WINK WINK ;)

 Segmen Cik Akak mencari bloglist julai 2014
Hijau itu ketenangan ^_^

Klik gambar untuk join juga ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...