SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Showing posts with label Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Kecantikan. Show all posts

Monday, 5 May 2014

Tips Menghilangkan Jerawat

Assalammualaikum dan Salam Sayang Semua :)

Saya nak berkongsi sedikit tips untuk mengatasi masalah jerawat.

Memandangkan saya sekarang agak sibuk dengan tugasan di luar rumah, menguruskan hal-hal berkaitan Majlis Sirih Pulang Ke Gagang, dengan masa yang sangat mencemburui dan kadang bila penat saya terlupa aspek penjagaan muka sendiri. Sudahnya, majlis lagi 2 hari tetapi kulit mukaku seperti berdenyut-denyut menandakan jerawat sudah ingin menonjolkan diri! TIDAKKKK!!! Sudahlah banyak persiapan yang perlu dilakukan dan pada majlis tersebut saya juga perlu berhadapan dengan ramai orang termasuklah VVIP dan para media, makanya memang saya tak senang duduk. Saya makin bertambah-tambah stress!

Jerawat..ohh jerawat ;(
Pics: credit to mr.google

Anda pernah hadapi situasi macam ni tak? Huhu.. time-time nak keluar berdating dengan husband dulu ke atau waktu zaman boipren moipren dulu, time nak kenalkan dengan bakal famili mertua ataupun esok lusa korang nak ada kenduri...tak kisah la nak bertunang, bernikah atau bersanding, tiba-tiba jerawat macam rancak je nak tumbuh? Pernah rasa tak? Kalau pernah mesti anda semua sangat memahami jiwaku saat ini ;(


Lagi 2 hari majlis penting akan berlangsung, jerawat naik. Petua mudah untuk mengecutkan jerawat. Maka, malam tu saya terus teringatkan Vitamin C Shaklee yang super power lagi berkhasiat tu. Seperti yang kita sedia maklum, fungsi Vitamin C itu sendiri terlalu banyak dan antara salah satunya adalah untuk kecantikan. Sehinggakan ada segelintir orang sanggup dapatkan suntikan vitamin c daripada klinik-klinik kecantikan. Namun ianya adalah tidak tahan lama dan perlukan kos yang sangat tinggi untu
k jangka masa panjang.

cantik tanpa perlu suntikan
pics: credit to mr.google

Okay, tips saya yang paling mudah dan murah tanpa ada kesan yang memudaratkan pada diri adalah kalau untuk mengecutkan jerawat ni elok ambil 1-2 biji Vitamin C Shaklee kemudian dipatahkan kepada 2 bahagian. Kenapa perlu dipatahkan kepada 2 bahagiasustaince release iaitu ia akan dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam badan kita. Vitamin C jenis ini adalah sangat bagus kerana mampu mengekalkan vitamin C di dalam badan kita kerana seperti yang kita sudah sedia maklum, Vitamin C adalah sangat sukar untuk disimpan dalam tubuh kerana ianya cepat musnah.
n? Supaya ia mampu menyerap dengan lebih cepat dan optimum. Kalau tidak dipatahkan pon tak mengapa, kerana Vitamin C Shaklee ini adalah jenis

Nak tahu hasilnya?

Keesokkan harinya, saya dah terasa kulit muka takde lagi tegang seperti jerawat nak tumbuh! Itu menandakan jerawat saya dah mengecut. *HAPPY* . Kulit pon terasa lebih mulus .Ia ternyata memberikan saya lebih keyakinan ketika Majlis Sirih Pulang Ke Gagang yang diadakan pada 3 Mei 2014 yang lepas. Syukur, Alhamdulillah.

Saya dah mencubanya. Anda bila lagi? ;)
Cubalah sekarang, jangan bertangguh lagi.


Ingin Dapatkan Produk Shaklee?
Hubungi kami sekarang!

I'm Your Shaklee Independent Distributor
sha 012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD AREA:
(Kedah : Changlun, Sintok-UUM, Bukit Kayu Hitam, Jitra)
(Perlis : Unimap, Politeknik Pauh, Arau)

*PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK

:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::

Thursday, 9 January 2014

Panduan Memilih Kolagen Terbaik!

Salam sayang pembaca setia IrsyaHealthyHouse :)

Nak share cerita sikit lah, masa mula-mula pregnant hormon memang tak berapa stabil kot. Rasa muka ni cepat dan senang sangat nak naik jerawat, padahal sebelum tu jarang ya amaattt okay. Cuma sesekali tu naik dan tangan ni pon akan gatal rasa nak picit-picit je (by that time maybe dah picit pon! hehe).

So, sha pun survey la some produk untuk mengatasi masalah ni. At last, setelah mengkaji kebaikan Shaklee Collagen Powder dan asyik terbaca testimoni orang yang sangat dan amat puas hati tu, rasa nak try lah...walaupun harga boleh tahan, tapi kalau betul-betul powerr apa salahnya kan. Dari duk beli cap ABCD, murah tapi dah berkotak-kotak ponn takde perubahan!

Hah.... sebab tu lah sha nak share dengan kawan-kawan semua, panduan untuk memilih kolagen terbaik! Bukan main bedal je beli, asal murah, asal boleh jimat (konon la), padahal...dah berkotak-kotak telan tak jadi apa pun.

ikuti panduan ini...

1) Lebih baik pilih dalam bentuk makanan dari disuntik, untuk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dalam tubuh badan.

2) Pilih size kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah. Microfine size membantu penyerapan yang baik kerana size ini adalah paling optimum diserap oleh sel, maka setiap kolagen yang diambil up to 100% diserap dan memberikan kesan yang lebih cepat.

3) Pastikan setiap pemilihan emolient yang unggul dan boleh mengunci kelembapan yang berpanjangan.

4) Pastikan kolagen mempunyai anti-oksidan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan.

5) Pastikan supplemen itu mempunyai elemen Vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri.

6) Kolagen juga penting bukan sahaja untuk kekal cantik tapi kesihatan sendi juga perlu dijaga, maka adanya glucosamine adalah bonus point untuk mendapat sendi yang sihat.

7) Pastikan setiap kolagen itu mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.

8) Pastikan ia SELAMAT dan tidak bertoksin!!!

Dan yang bestnya, Kolagen pilihan saya sememangnya memenuhi semua kriteria ini! * Winkk Winkk ^_^

Anda nak mencuba keberkesanan Shaklee Collagen Powder?

Hubungi saya sekarang...
Sms@Whatsapp Sha 012-9362692
Email : irsyahealthyhouse@gmail.com

Saturday, 9 March 2013

Tips Kecantikan Selebriti ~ AYU RAUDAH

Salam Sayang Buat Semua :)

Memandangkan hari ni IHH asyik bercerita tentang tips-tips kecantikan, maka IHH nak selitkan juga antara-antara selebriti yang menggunakan shaklee sebagai makanan tambahan mereka untuk kecantikan dan kesihatan mereka. Antaranya ialah~

~AYU RAUDAH~

Jom Baca Bagaimana Ayu Raudah Menjaga Kecantikannya


Untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat pesanan, anda boleh:
1. LIKE fanpage IRSYA HEALTHY HOUSE
2. Email ke melurbunga@rocketmail.com
3. SMS di talian 012-9362692
 Dapatkan konsultansi PERCUMA apabila anda membeli produk shaklee daripada saya :) 




:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::


TIPS CANTIK: Petua Atasi Mata Sembab dan Hitam


7 Tips Dan Petua Mengatasi Mata Sembab dan Hitam

Mata sembab dan hitam pada bahagian bawah mata seingkali berlaku kepada mereka yang kurang tidur dan rehat yang secukupnya. Ia juga bertambah buruk apabila anda tidak sihat seperti demam, selsema dan sebagainya. Berikut adalah beberapa tips dan petua untuk mengatasi masalah mata sembab atau hitam pada bawah mata.

1. Wuduk
Sentiasa mengamalkan wuduk sekerap yang mungkin kerana dengan itu bukan sahaja mata malah seluruh wajah anda akan tampah berseri dan bercahaya. Wuduk juga mampu menyegarkan muka dan membersihkan muka dari kotoran akibat terdedah kepada persekitaran sepanjang haro.

2. Ketulan Ais/ Ais Batu
Kaedah ini antara kaedah lama dan yang kerap diamalkan terutama untuk mengurangkan bengkak pada bahagian bawah mata. Ia dilakukan dengan cara membungkus ketulan ais dengan kain dan menekapnya pada bahagian mata. Boleh juga menggunakan sudu yang disejukkan dengan ketulan ais dan kemudian letakkan pada mata. Cara ini membantu menyegarkan mata juga.

3. Timun
Timun bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh badan malah baik untuk mata. Kandungan astringent yang terdapat didalamnya membantu untuk mengurangkan sembab dan lebam pada mata. Potong dan kemudian letakkan di dalam peti ais. Setelah sejuk letakkan pada bahagian mata dan biarkan mata anda berehat dengannya.

4. Kentang
Kentang juga baik untuk mata. Anda perlu mengupasnya terlebih dahulu dan setelah dibersihkan, biarkan ia kering sebentar. Setelah itu parut kentang tersebut dan ambil parutan itu lalu bungkuskan di dalam kain sebelum diletakkan di mata.

5. Minum Air Putih
Amalan minum air putih memang banyak manfaatnya. Bukan sekadar mata malah seluruh tubuh kita memerlukan kuantiti air yang cukup. Walaupun ia tidak menghilangkan sembab dengan segera seperti kaedah lain, namun ia berfungsi untuk membantu proses pemulihan di dalam badan manusia.

6. Uncang Teh
Celup dua uncang teh ke dalam air panas lalu diangkat dan dibiarkan suam seketika. Uncang teh yang telah suam itu kemudian diletakkan pada mata dan biarkan selama 5-10 minit atau mengikut kesesuaian anda. Kandungan kafein di dalam teh membantu mengurangkan bengkak pada mata.

7. Garam
Ambil setengah sudu teh garam dan tambahkan ke dalam 1/2 liter air. Celup kapas atau putik kapas ke dalam air garam tersebut dan sapukan pada bahagian mata yang sembab itu tadi. Berhati-hati agar tidak termasuk ke dalam mata.

Tips dan Petua ini adalah ikhtiar semata-mata. Pucuk pangkalnya adalah doa dan ketentuanNya kerana setiap penyakit dan ubat itu ada pada Allah s.w.t. Semoga memberi manfaat kepada anda, insyaAllah.


Untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat pesanan, anda boleh:
1. LIKE fanpage IRSYA HEALTHY HOUSE
2. Email ke melurbunga@rocketmail.com
3. SMS di talian 012-9362692
 Dapatkan konsultansi PERCUMA apabila anda membeli produk shaklee daripada saya :) 




:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...