SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Showing posts with label Tips Penyusuan. Show all posts
Showing posts with label Tips Penyusuan. Show all posts

Saturday, 7 June 2014

Penyusuan: Posisi Menyusu Yang Tepat

Apakah teknik menyusukan susu ibu yang terbaik?

Kedudukan badan

  • Pastikan anda selesa dimana bayi anda didukung dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil ataupun kerusi dengan kepala bayi di atas lengan anda.
  • Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi anda sehingga susah bayi mencapai puting untuk menyusu dan jangan terlalu membongkok sehingga rapat dengan bayi anda.
  • Gunakan bantal atau kusyen untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong anda dan bayi semasa penyusuan.




Cara mendukung bayi

  • Kepala, tengkuk dan tubuh bayi dalam keadaan selari.
  • Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu.
  • Bayi rapat dengan ibu dimana punggung, kepala dan bahu bayi diampu.


Cara memegang payudara

  • Cara yang betul adalah pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting.
  • Cara yang salah adalah pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain dibawah puting.


Cara penyusuan

  • Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas.
  • Gerakkan badan bayi ke arah payudara.
  • Pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara (aerola)
  • pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara.


Posisi penyusuan susu ibu kepada bayi



Anda boleh memilih mana-mana posisi yang anda dan bayi selesa :)

Ingin menambahkan lagi susu badan dan kekal cergas bertenaga?

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya :)
SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease

Thursday, 17 April 2014

Penyusuan: Cara Mengatasi Bayi Tersedak Susu

Assalammualaikum semua,

Topik entry kali ini berkaitan dengan penyusuan. Selain mengetahui ilmu-ilmu penyusuan yang lain, kita juga perlu mengambil tahu bagaimana cara mengatasi sekiranya bayi mengalami tersedak susu. Saya tak tahu nak kata apa mengenai hal ini, benda tak terjadi pada kita kan. Pada ibu-ibu muda diluar sana, saya nak sarankan apabila menyusu anak kalau boleh biarlah dalam posisi sedang duduk dan kalau boleh elakkan posisi ketika berbaring. Kerana sesetengah ibu, pengeluaran susu terlalu banyak walaupun ketika itu bayi tidak menyusu. Hal yang demikian, sangatlah bahaya bagi bayi yang telah tertidur ketika menyusu kerana dikhuatiri peratusan untuk tersedak susu adalah lebih tinggi.

Sebelum saya mengupas lebih lanjut mengenai topik ini, sila lihat antara kes-kes tersedak susu yang dilaporkan di dada-dada akhbar hari ini. Terlalu banyak!








Sebagai ibu yang telah mengandungkan bayi kita selama 9 bulan 10 hari (lebih atau kurang), ia sesuatu yang bukan mudah. Jadi, jagalah anak-anak syurga kita seeloknya. Korbankan sedikit waktu tidur anda untuk memastikan bayi kita selamat.



Cara yang betul beri susu kepada bayi :

  • Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
  • Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.
  • Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
  • Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaliknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
  • Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelakkan bayi muntah ketika tidur. Caranya dengan meniarapkan bayi dan usap belakang badan sehingga bayi sendawa.


Cara rawatan jika bayi tersedak susu :
  • Tiarapkan bayi dan kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar dari mulut.
  • Sekiranya bendasing didalam mulut bayi tidak keluar, dalam keadaan duduk menghadap ke depan tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan.
  • Selain menekan bahagian perut, bayi boleh dibaringkan. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.



Ingin Dapatkan Produk Shaklee?
Hubungi kami sekarang!

I'm Your Shaklee Independent Distributor
sha 012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com


:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Wednesday, 8 January 2014

Makanan untuk banyakkan susu ibu

Salam sayang semua

Entry kali ini, Sha nak kongsikan beberapa petua yang boleh membantu para ibu-ibu menyusu untuk banyakkan susu badan. Since sha sendiri pun masih menyusukan anak (sekarang dah 13 bulan, alhamdulillah!), so sha nak kongsikan beberapa petua yang sha dapat dari hasil pembacaan dan sharing kawan-kawan seangkatan. *wink..wink ^_^


  • Air Longan

Rebus segengam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air. Rebuskan sehingga kembang. Kemudian, minum airnya. (Longan kering boleh beli dekat supermarket atau kedai ubat cina).


  • Lobak Putih

Lobak putih boleh dimasak atau dimakan begitu saja (jadikan ulam-ulaman).


  • Pucuk Betik

Air rebusan daun betik muda boleh melancarkan dan menambahkan susu badan ibu yang menyusukan bayi. Caranya, rebuskan beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Kemudian, air rebusan tersebut hendaklah diminum 2 hingga 3 kali sehari.


  • Kurma

Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, boleh juga mengamalkan makan kurma bagi menggalakkan pertambahan susu badan kerana unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu.

Selain itu, ibu-ibu juga boleh mengamalkan...


  • Bunga Melur dan Daun Cekur Manis

Gilingkan daun bunga melur atau daun cekur manis sehingga halus dan tampalkan di sekeliling payudara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan cuci bersih kawasan payudara yang ditampalkan daun tersebut, sebelum menyusukan bayi.

Selain mengamalkan beberapa petua diatas, dalam menjayakan penyusuan anak pertama ni, sha juga mengamalkan set milkbooster shaklee. Disamping mengekalkan konsep penting iaitu demand and supply. Ingat yer ibu-ibu semua ^_^

Sejak amalkan set penyusuan milkbooster ni, memang terasa sangat membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu. Maklumlah anak asyik nak mengempeng saje, adakalanya breast terasa kosong. Sedih!

Ibu-ibu pon pastinya lebih cergas dan bertenaga walaupun adakalanya terpaksa bangun menyusukan anak diwaktu malam. Dari hasil dan kesan yang sha dapat dengan set menyusu ni, sha memang sarankan pada mana-mana ibu yang sedang mencari milkbooster terbaik untuk mencuba dahulu set ini.




Jika puan-puan berminat untuk mencuba, boleh hubungi saya untuk konsultansi produk dan tempahan. Dapatkan juga e-book berkaitan penyusuan susu ibu secara PERCUMA, khas untuk pelanggan saya sahaja. 


SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com



COD Area: 





*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak


Nikmati DISKAUN sehingga 20% sekarang !
Daftarlah sebagai ahli shaklee.


---------------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, 2 November 2013

Atasi Masalah Puting Tenggelam

Salam sayang buat ibu-ibu yang sedang membaca post ini.

Hari ini saya nak share kan tips untuk atasi masalah puting tenggelam di kalangan ibu-ibu, dalam menjayakan misi dan visi untuk breastfeed baby sehingga umur 2 tahun. In shaa allah...

Kebiasaannya masalah puting tenggelam terjadi kepada ibu-ibu muda yang mungkin baru selepas melahirkan anak pertama. Dan saya sendiri ia adalah cabaran terbesar dan pertama yang terpaksa dilalui oleh ibu-ibu. Disini saya kongsikan beberapa tips untuk dicuba oleh para ibu menyusu.

Pinch test adalah ujian yang boleh dilakukan untuk membezakan antara puting rata atau terbalik (inverted nipple) walaupun kedua-dua puting adalah tenggelam. Beberapa cara untuk membantu ibu menyusukan anak dengan lebih mudah sekiranya puting ibu tenggelam adalah:

1) Dapatkan lekapan yang betul - pastikan bayi membuka mulut dengan besar semasa lekapan.

2) Rangsang puting sebelum menyusu

3) Perah sedikit susu dan letakkan di atas puting untuk membantu bayi melekap dengan baik.
Lekapan mulut bayi yang betul


4 ) Gunakan pelbagai posisi termasuk posisi seolah-olah ibu sedang merangkak supaya graviti dapat membantu lebih tisu payudara dapat masuk ke dalam mulut bayi.

5) Menggunakan alatan khas atau picagari yang telah diubah suai untuk menyedut puting keluar sebelum menyusukan anak.

Picagari yang telah diubah suai

credit Anak Hebat Dengan Susu Ibu

Semoga Bermanfat Untuk Semua Ibu-Ibu Menyusu =)

ps: Sha juga berazam untuk susukan my little doter sampai 2 years. Setahun lagi..in shaa allah.. Dengan amalkan konsep penyusuan yang betul (demand n supply) dan amalkan pemakanan yang baik, in shaa allah membantu penghasilan susu. Sha amalkan set menyusu shaklee (ESP, Vit.C, B.complex, Alfalfa), memang terasa full je 'miss b'. Nak cuba, boleh hubungi sha yer. Sha akan guide cara pengambilan sekali khas hanya utk pelanggan sha ;)

SMS@WHATSAPP 012-9362692
EMAIL : irsyahealthyhouse@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...