SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Showing posts with label Personal Story. Show all posts
Showing posts with label Personal Story. Show all posts

Friday, 16 September 2016

Pemakanan Semasa Hamil Yang Patut Ibu Hamil Amalkan

Ramai yang tanya KG masa preggy amalkan apa, sebab kulit baby putih gebu je, aktif, cerdik, demam pon jarang..

KG memang tak ambil lain-lain selain vitamin ibu mengandung semulajadi, Vitamin c, b.complex, vitalea (multivitamin), omega guard (fish oil) , ostematrix (kalsium) dan esp. Memang dari mengandung sampai sekarang, baby pon dah masuk setahun. Susu pon masih meriah. Alhamdulillah.

Memang KG amalkan dari anak pertama lagi. Puas hati sangat, tu teruskan untuk anak kedua dan seterusnya. Inshaallah😄

Vitamin KG ambil ni bukan baik untuk ibu je, tapi baby pon berkongsi kebaikan tau. Apa yang ibu makan, anak pon dapat juga baik dalam kandungan ataupon ibu menyusu badan.

Selain tu, ibu-ibu yang nak cantik luar dalam dan turunkan berat lepas bersalin kenalah ambil set ni..


Thursday, 15 September 2016

Onak Duri Sepanjang Bisnes Online Vitamin Shaklee


Sebuah kejayaan yang dikecapi hari ini oleh mana-mana usahawan pastinya diiringi jua dengan kisah susah payah jatuh bangun mereka sebelum ini. Begitu juga KG, perjalanan yang ditempuh selama beberapa tahun ni bukanlah semuanya manis belaka, ada juga pahit dan rasa give up.

Di awal-awal berkecimpung dalam bisnes ni, Bila post pasal vitamin takde pon orang nak like pon. Waktu tu rasa nak dapat 1st customer pon rasa macam susah gila. Tapi waktu tu upline KG iaitu MAK JEMAH sentiasa bagi support.

Benarlah apa yang Allah kata, Aku beri mengikut apa yang disangkakan. Ketika tu, sedikit demi sedikit pemikiran KG lebih positif. Bila takde customer KG lebih fokuskan utk belajar ilmu2 lain. Hasilnya, order shakelii mula masuk. Alhamdulillah

Dugaan tak sampai situ je, Korang bayangkan, KG buat bisnes ni tanpa modal..ada kalanya bila customer order barang KG terpaksa korek modal sana sini sebab nak belikan dulu stok dan tiba-tiba korang cancel! 😭😭😭
Sapa yang selalu buat macam tu sila la insapp ye, sebab korang dah aniaya orang lain. Doa orang yg teraniaya ni makbul tau.☺️

Lepas tu, muncul pulak Geng Anti Shakelii 🙊 Macam-macam isu mereka timbulkan dan KG terpaksalah bersoal jawab dgn customer. Macam-macam isu yg dibangkitkan, israel, makan shakeli dapat sakit itu ini.. Tapi semua isu itu company siasat dan tak betul. Akhirnya mereka pon diamkan diri sehinggalah mereka jumpa isu lain pulak. Malah ada juga diantara mereka insappp dan kini menjadi pengguna shakelii juga😆

Soal main harga dan kedai shakeli jadian tu tak usah dikata. Bila KG semakin matang dalam bisnes ni KG tak fikir pon pasal stategi kotor mereka. Percayalah rezeki Allah dah tetapkan, kita hanya berusaha dengan cara yang betul dan halal agar hasil kita dapat tu lebih berkat. Buktinya, KG masih disini dan mereka ada yang sudah jatuh tersungkur akibat permainan bisnes mereka cipta sendiri.

Dalam bisnes, customer datang dan pergi itu perkara biasa. Semangat jatuh dan bangun pon biasa. Namun yang menjadikannya luar biasa adalah diri kita sendiri.. KG tetap bangkit dan buang rasa down itu semua, buktinya KG masih kukuh berdiri di landasan bisnes ini. Syukur, alhamdulillah.

Wednesday, 30 December 2015

Pengalaman Hantar Anak ke Tadika

Minggu-minggu terakhir sebelum 2015 menutup tirai, rasanya keadaan di rumah agak sibuk dari kebiasaan. Kebetulan suami pula tidak dapat cuti,kerana dalam mode stanby, maka hasrat hati untuk pergi melancong terpaksa dipendam dahulu.

Tahun 2016, si kakak akan memulakan sesi persekolahan. Saya risau juga andai dia tak dapat nak menyesuaikan diri. Maklumlah, saya bekerja dari rumah. Jadi banyak masa dan kehidupannya hanya bersama saya dan ahli keluarga.

Nasib baik pihak Tadika yang kami pilih baik hati memberikan tempoh percubaan selama tiga hari. Sekurang-kurangnya dia boleh biasakan diri dengan cikgu dan kawan-kawan sebelum mula persekolahan tahun depan.

Hari pertama, si kakak nampak teruja nak pergi sekolah. Bila sampai depan pintu tadika lain jadinya, si kakak buat drama air mata. Fuh! Waktu tu kesian pun ada. Hati seorang ibu yang kandung dan melahirkan dia pasti sedikit sebanyak tersentuh hati bila lihat keadaan dia macam tu. Ishkk mama ni pon. Haha!

Rasa hiba tu ada tapi hati mama pon kena kental juga tau. Kemudian saya pon tinggal kan dia dengan cikgu dan kawan-kawan baru. Saya tak tunggu sebab saya tau dia macam mana, menangis kejap aja. Cuma kalau berlarutan saya minta cikgu telefon saya.

Sesi persekolahan si kakak hanya separuh hari. Tengah hari tu saya ambil dia, nampak dia seronok main dengan kawan-kawan.

Hari kedua, pagi hari lagi nampak keterujaan dia nak pergi sekolah. Mungkin dia rasa seronok dapat kawan baru. Mama pon rasa lega kalau anak seronok nak pergi sekolah. Cuma hari ini, dia dah tak bawak botol susu. Minum siap-siap di rumah, sebab semalam bawa langsung tak terusik. Seronok bermain agaknya.

Ingatkan pagi ni tak ada la lagi adegan air mata, rupanya sangkaan mama tersilap. Haha.

Hari ketiga, pagi ini banyak betul akal dia bila kita ajak pergi sekolah. Mula-mula nak suruh grandma hantar, lepas tu nak walid pula... anak oohh anak.

Akhirnya, Walid yang pergi hantar kakak sekolah. Sementara mama di rumah sibuk menguruskan si adik yang kurang sihat.

10 minit kemudian. Keluar berdua, balik pon berdua! HAHA.
kesimpulannya hari ketiga si kakak tak pergi sekolah.

Sementara nak serasi, sabar je lah melayan karenah si kakak yang mungkin bakal menangis setiap pagi. Doa saja yang baik-baik untuk anak :)

Wednesday, 8 July 2015

Iftar di Restoran Hotmas Sungai Petani

Sepanjang bulan Ramadhan bagi 1436H, semalam merupakan kali pertama kami sekeluarga berbuka puasa di luar. Kebiasaannya memang akan berbuka dirumah saja, nak ke bazar ramadhan pon rasa malas. Tapi adalah jugak menjengah apa yang menarik di bazar. Namun, semuanya macam tidak kena dengan selera.

Sebenarnya bukan nak bercerita kisah bazar ramadhan, tapi puasa tahun ni merupakan tahun kedua berturut-turut sambut ulang tahun kelahiran dalam bulan Ramadhan. Jika tahun lepas, celebrate birthday dan berbukak puasa di Menara Alor Setar, tahun ini sekali lagi saya diberikan kesempatan menyambut ulangtahun kelahiran didalam bulan yang penuh keberkatan ini. Alhamdulillah, syukur Ya Allah, juga masih memberikan pinjaman oksigen untuk terus bernafas sehingga hari ini.

Jika tahun lepas, hanya saya, suami dan baby rayy. Tahun ini turut disambut bersama dengan mak, ayah dan adik-adik di Restoran Hotmas, Sungai Petani. Agak jauh sebenarnya jika saja-saja nak ke sini dari tempat saya, tapi alang-alang berbuka puasa disini boleh juga diteruskan dengan aktiviti mencari baju raya 2015.

Kami bernasib baik, waktu sampai di Sungai Petani dalam pukul 5.45 petang. Terus pergi ke restoran dan menempah makanan dan minuman untuk berbuka. Alhamdulillah masih ada lagi meja kosong, kebiasaannya kedai ni  selalu penuh. Hari-hari biasa pun memang selalu meja tak cukup. Pelanggan lebih dari bilangan kerusi dan meja yang ada. hehe. Owner kedai ni, ambil inisiatif membuka khemah di luar kedai dan menyediakan ruang tambahan untuk pelanggan berbuka, tak perlu rebut-rebut yer...hihihi

Antara menu special berbuka kami hari ini :)


chicken chop


Lamb Chop... favorite all time :)
Yang lain, antara pilihan hati ialah nasi goreng kambing dan nasi goreng qaseh. Tapi malangnya kedua-dua jenis nasi goreng ni tak sempat nak 'selfie'..hehe.

Dah puas bersantap, maka kami pon meneruskan perjalanan ke butik pakaian untuk mencari baju raya.

selfie dulu :)

Monday, 20 April 2015

Gatal Kulit dan Ruam Semasa Mengandung


DULU waktu mengandungkan Baby Rayy seingat saya takde pulak mengalami alahan selain mual, loya, muntah dan cepat penat. Kali ini berbeza sungguh rasanya, tak cukup dengan alahan mual-mual, saya juga diuji dengan kegatalan pada kulit. Aduhhh, tergaru-garu saya tidak selesa sehinggakan kulit luka akibat menggaru, sekitar pergelangan tangan dan juga kaki.
sumber foto: google images


Bila dah asyik menggaru dan alami luka-luka baru terfikir kesannya. Haha. Tapi apa nak buat, kadang dalam tidur pon masih boleh tergaru-garu, siang hari tak usah cakaplah dengan cuaca sekarang yang agak panas ditambah pula suhu badan ibu mengandung yang tinggi sikit berbanding suhu badan normal. Memang buat bertambah-tambah rancak la jemari ini nak menggarukan. Hehe

Saya ingat saya kena gatal tu dah teruk la, rupanya ada lagi mommies lain diuji dengan lebih teruk. Mommies tu mengalami gatal dan ruam merah hampir keseluruhan badan memang seakan ngeri bila melihatnya. Omaigod. Saya yang gatal sikit-sikit ni pon dah rasa agak frust, kulit dah menggerutu dan sudah pasti meninggalkan parut. Itu kalau hilang selepas bersalin, kalau masalah gatal-gatal ni tak hilang macam mana, susah hati sungguh saya. Suami pulak kata pandang pelik kan tengok kaki bini dia ni jadi buruk, aduhh lagi stress!

Stress saja tak guna, sambil sapu krim lotion serbaguna saya rajinkan diri mencari info berkaitan dari pelbagai sumber. Daripada sumber yang saya dapat saya tapis dan kongsikan dengan anda yang mungkin juga alami perkara yang sama.


sumber foto: google images


Ruam dan gatal semasa hamil

Ruam dan kegatalan sementara yang datang dan pergi tanpa sebab-sebab tertentu adalah perkara biasa dalam kehamilan. Peningkatan tahap hormon membuatkan anda lebih sensitif apabila bersentuhan dengan bahan-bahan tertentu yang biasanya tidak mempunyai kesan apa-apa. Contohnya, anda mungkin lebih sensitif terhadap klorin dalam kolam mandi.

Kegatalan teruk ketika hamil

Rasa gatal yang teruk pada seluruh badan terutamanya pada waktu malam, serta gatal pada tapak tangan dan tapal kaki boleh jadi tanda satu penyakit hati yang jarang berlaku. Penyakit ini dikenali sebagai obstetric cholestasis (OC) atau  kolestasis dalam kehamilan atau kolestasis intrahepatik dalam kehamilan (intrahepatic cholestasis of pregnancy-ICP) dan hanya boleh berlaku kepada wanita hamil.

Intrahati kehamilan (ICP) iaitu sejenis penyakit hati yang mampu mendatangkan risiko maut pada bayi jika tidak dirawat. Punca utamanya adalah disebabkan kandungan asid hempedu yang terlalu tinggi. Asid berkenaan yang berfungsi membantu proses penghadaman. Jika anda penghidap ICP, jumlah hempedu yang masuk ke usus kecil anda berkurangan. 

Ini bermakna, gara hempedu akan mula terkumpul dalam badan anda. Asid hempedu menjadi toksin apabila ia terkumpul dan mampu memberi kesan buruk kepada jantung bayi. Ia sekaligus menyebabkan perubahan pada denyutan jantung bayi yng tidak dapat dikesan oleh alat denyutan jantung.

Penyakit ini digambarkan sebagai kegatalan yang tidak mampu dijelaskan dengan mata kasar. Kebiasaannya, ia terjadi tanpa timbulnya ruam. Bagaimanapun, ibu mengandung boleh menyedari dirinya dijangkiti ICP menerusi perubahan warna gelap pada air kencing, rasa tidak sihat dan lemah badan.

sumber : hajazuera.blogspot.com

KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS.

Bila dah baca pasal kegatalan sewaktu hamil ni boleh menyebabkan bayi dalam kandungan mati, membuatkan hati saya berdebar-debar pula. Tapi nasib baiklah saya perasan sejak saya sapukan krim lotion serbaguna ni, gatal semakin kurang dan kesan luka dan kulit menggerutu di pergelangan tangan sudah hilang! Hanya di kaki masih lagi nampak ruam dan kesan menggaru sebab gatal tu..harap cepat sembuh. Doakan saya yer.

Krim lotion yang saya guna ni harga dia tak sampai pon RM30, alhamdulillah berkesan. Tak perlu la ambil suntikan untuk redakan gatal-gatal ini yang pasti harganya mencecah ratusan ringgit, saya tahu harga ini dari pembacaan pengalaman dari blog mummy yang ada dan alami masalah yang sama. 

Selain harga yang berpatutan, krim ni juga boleh menjimatkan wang saya sebab tak perlu nak beli banyak-banyak jenis lotion untuk disapu bahagian perut bagi mengurangkan kesan regangan  (strechmark) ketika hamil. So, lepas mandi saya sapu sedikit di perut dan juga bahagian gatal-gatal tu, rasa sejuk je sapu. Besttt sangat.

RM 27.50 satu tiub/ 4oz

Pastinya juga krim lotion ini tidak mengandungi steroid atau bahan kimia berbahaya pelbagai jenis krim sedia ada dipasaran hari ini yang memberi kesan buruk untuk jangka masa panjang. Selain saya gunakan untuk mengatasi masalah kegatalan kulit dan kurangkan strechmark, saya juga turut gunakan untuk Baby Rayy sebagai penganti nappy rash. Krim lotion ni juga terbukti dapat membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah ekzema, Mak Ayah terpaksa Borong Herbal Blend Krim Ajaib Berkesan Atasi Masalah Kulit Anak. 


Anda juga alami masalah gatal kulit semasa mengandung?
Mahu mencuba krim lotion serbaguna ini, boleh buat tempahan terus secara online disini :

 Saya Nak Order herbal blend shaklee


atau

Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan :

SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com


COD Area: 





*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak


Nikmati DISKAUN sehingga 20% sekarang !
Daftarlah sebagai ahli shaklee.



-------------------------------------------------------------------------------------------------


-Disclaimer-

These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease




sumber rujukan :
1) http://www.kosmo.com.my
2) www.babycenter.com.my


Sunday, 12 April 2015

Sakit Pinggang Tanda Awal Kehamilan... Betul Ke ?


SAKIT PINGGANG PERANAKAN JATUH ATAU TANDA AWAL KEHAMILAN?

BEBERAPA hari sudah terpaksa menahan sakit di pinggang. Ingatkan sekadar tersalah tidur membuatkan urat tak betul, tapi semakin hari semakin tidak selesa akibat kesakitan di pinggang. Malah urat di tapak kaki pon seperti tegang. Memang buat sesiapa sahaja tidak selesa jika mengalaminya.

Salah pergerakan atau bergerak dengan terlalu cepatnya, terasa sungguh 'bisa' sakit pinggang tu, dah rasa macam robot. Hahaha. Dengan gaya robot tu, terpaksalah juga memanggil tukang urut. Sebab ingatkan salah tidur biasa je, tak sangka melarat pulak sehingga seminggu dua. Tukang urut ni pon jadualnya sentiasa penuh, kena call dan booking dulu tau.

sumber picture: google image


Selang dua hari, baru berkesempatan untuk diurut. Serius seronok sangat bila orang ada orang urut kita ni, rasa badan tu rilek dan hilang stress. Sambil berurut, sha sembang-sembang dengan kakak tu. Kakak yang mengurut ni kata, peranakan jatuh sikit! Aishhh..biar betul. Rasa macam takde la pulak buat kerja berat ke apa, nak berat pon dukung si Baby Rayy saja la. Tu pon 10kg je minah kecik tu.. hehe

Katanya takde apa yang serius, so tak perlu nak ulang urut lagi esoknya. Dah beberapa hari lepas berurut tu, perlahan-lahan rasa sakit tu berkurang. Dari urat kaki sehinggalah bahagian pinggang beransur hilang. Alhamdulillah. Seminggu lepas tu, rasa tidak selesa di bahagian abdomen pulak. Ku pikirkan mungkin sebab nak datang haid kot, jadi abdomen terasa sakit dan tegang.

Dua hari menunggu tak pulak period. Walaupun kata hati kata tidak mungkin aku mengandung, gagahkan saja diri untuk buat ujian kehamilan tu. Ala, bukan nak kena keluar rumah pergi jumpa doktor pon kan, bila-bila keluar pergi kedai tu singgah beli upt test di farmasi dan test sendiri di rumah. Mudah je pon prosesnya.


sumber picture: google image


Selepas titiskan beberapa titisan ke tempat yang dikhaskan, terasa lambat pula nak tunggu keputusan. Walaupun tidak mengharap, tetapi dalam hati masih berdebar-debar menanti. Normal la kot kan. Hehehe.

Okay.. naik 1 line je...

Sha pon terus keluar bilik air tanpa berfikir banyak. Dalam hati bermonolog, mungkin betul la kata tukang urut tu, pasal peranakan je, sebab tu rasa pinggang tak berasa selesa. Setelah selesai buat kerja rumah yang tak pernah habis-habis ni, entah macam mana tergerak hati rasa nak masuk semula toilet. Waktu tu ku pikir, UPT tak buang lagi... buatnya ada sesiapa masuk toilet, kantoi lah diri ini buat test tu. (Biasanya takde sapa pon masuk toilet dalam bilik tu :P ) Hahaha.

Disebabkan mula-mula keputusan tu dah nampak 1 line (negatif), jadi memang tak mengharap pon tiba-tiba akan jadi 2 line (positif). Tapi entah macam mana, waktu nak buang alat tu, ternampak macam naik double line lah ! Hoho.

Confirm UPT double line!


alhamdulillah...doakan mama dan baby ye ^_^

Syukur, alhamdulillah. Sememangnya tak sangka bakal menimang cahayamata kedua pula tak lama lagi. Nak dikhabarkan kepada suami, kebetulan waktu tu dia terlibat dalam misi bantu banjir di Kelantan. Takpelah, tunggu dululah suami balik baru bagitahu, tapi bila sms dengan dia, saja je bagi hint, anak-anak. Hehehe.

Doakan sha dan anak dalam kandungan ni sihat sentiasa dan dilindungi Allah Yang Maha Esa yer ^_^

Image result for sakit pinggang tanda hamil


Nak tahu apa suami sha kata? Hehehe
Tunggu part II nanti yer


p/s : Kongsi cerita di blog ni salah satunya untuk tatapan anak-anak dikemudian hari kalau mama mereka dah takde nanti. huhu

Thursday, 2 April 2015

Buat Doodle Muslimah Paling Mudah


Bukak blog dari siang, tapi tak muncul-muncul ilham nak menulis. 
Taip sikit lepas tu padam, lebih tiga empat buat macam tu. 
Sudahnya nak tahu apa sha buat? 
Tengok la sendiri... hehe


Doodle pertama yang berjaya buat!

Percubaan untuk buat badan doodle juga berjaya.

HAHAHA. Seronok sungguh rasa hati ni. Jujurnya ini adalah hasil ber'doodle' hari ini. Tidak berguru dengan siapa pun hanya sedikit tutorial kawan blogger dan godek-godek sendiri. Sebelum ni rasa susah sangat nak buat, lepas tu rasa jemari sha ni 'keras' dan kaku. 

Percaya atau tidak, Sha hanya guna software paint yang paling basic setiap komputer mesti ada tu sahaja. Dari sekolah tengok kawan-kawan kreatif sangat edit gambar ni. Rupanya sha pon ada bakat terpendam. Huhu.

Macam mana rupa doodle muslimah sha ni, comei macam sha tak..hihi.

P/s : Lepas ni boleh ambil upah buat doodle la pulak...hahaha ^_^

Monday, 20 October 2014

Rahsia Tingkatkan Uniques Visitor Nuffnang

Sejak jadi blogger tegar ni, *ehh betul ke tegar ni :P , saya memang berazam untuk meningkatkan uniques visitor (uv) saya. Kalau dulu semput je tengok uniques visitor yang masuk ke blog Irsya Healthy House ni, tak capai 50 uv sehari pon macam payah je. Sedih kan :(

Tapi sejak join gerak gempur program Road To Italy dibawah empayar WAHMilion, memang ternyata banyak memberi perubahan pada bilangan visitor yang masuk ke blog saya saban hari. Macam yang anda boleh tengok sendiri seperti dalam gambar di bawah ini, ternyata berbeza kan.



Jika tengok gambar di atas ini, memang berbeza dengan gambar di bawah pula. Sepanjang minggu ini saya lihat perubahan besar bagaikan tsunami yang membadai blog kecilku ini dengan angka uniques visitor mula mencecah angka 100 uniques pada 13 Oktober dan mencecah angka 200 uniques pada 16 Oktober 2014.


Pada mulanya saya hanya target untuk mencapai 100 uniques visitor sahaja sehari, tetapi tak sangka boleh mencecah 200 uniques visitor pula. Syukur, alhamdulillah. Sekarang target saya untuk capai 500 uniques visitor pula sehari. Mampukah saya? Doakan saya yer kawan-kawan.

Mungkin nilai 100, 200 atau pun 500 uniques visitor sehari agak kecil jika dibandingkan dengan blog otai-otai blogger yang lain. Tapi apa pun saya rasa berbangga dengan pencapaian blog saya ini.


Sunday, 19 October 2014

Aktiviti Hujung Minggu

Bagi negeri yang mula bekerja pada hari Ahad, semua mula sibuk kembali kepada rutin asal, hantar anak ke sekolah, pergi kerja dan sebagainya. Namun aktiviti sebegini berbeza pula dengan negeri-negeri yang berehat pada hari Sabtu dan Ahad, masing-masing merancang menghabiskan masa dengan keluarga tersayang.

Rutin saya setiap pagi, memang akan mula sibuk menguruskan hal keluarga, menyiapkan suami nak ke tempat kerja, menguruskan Baby Rayy, mengemas rumah dan sebagainya. Tengahari pula saya sibuk ke pejabat pos untuk menghantar barang untuk di pos. Balik rumah, ada tetamu pula datang berkunjung. Alhamdulillah, tetamu bawa rezeki kan ^_^

Bagai kebetulan pula, dari pagi sehingga ke malam, tetamu datang ke rumah silih berganti. Maklumlah, bagi negeri yang bercuti pada hari Ahad mengambil kesempatan meluangkan masa dengan menziarah kawan-kawan dan sanak saudara.

Walaupun agak keletihan, sebab hari Sabtu saya pergi ke Pulau Pinang dan melawat ibu mertua sekali, jadi pulang ke rumah sudah lewat malam dan bangun pagi dan menguruskan pelbagai urusan sambil melayan tetamu yang datang, tetapi seronok sebab dapat jumpa kawan dan saudara yang jarang-jarang jumpa.

Sunday, 17 August 2014

Bertuahnya Diriku

Wahhh...tak sangka saya antara yang bertuah sangat tu telah terpilih masuk dalam bloglist rakan blogger, Ieka Farhana yang baru-baru ini telah mengadakan segmen mencari 20 bloglist bertuah. Syukur, alhamdulillah terpilih. HAHA. Memang tak sangka pun. *Terharu..sobb sobb

Tahniah juga buat rakan blogger yang lain yang telah terpilih.
Pada rakan-rakan blogger yang lain jangan putus asa tau, anda masih boleh join segmen sha untuk terpilih dalam bloglist. Join Segmen Tingkatkan Trafik Blog By Irsyahealthyhouse

Terima kasih tuan punya blog yang sudi buat segmen sebegitu.
^_^

Friday, 11 July 2014

Berbuka puasa dan kejutan hari lahir

Ramadhan 1435H

Jika entry saya yang lepas, saya bercerita mengenai Buffet Ramadhan Menara Alor Setar 2014. Kali ini saya nak share serba sedikit pengalaman saya menyambut ulangtahun kelahiran di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Tahun ni agak berbeza dengan tahun-tahun yang lepas, kebiasaannya mesti ada kek dan surprise di tengah malam. Perancang utama mestilah en.suami saya. Disebabkan berpuasa, maka suami bagi 'green light' untuk pilih destinasi berbuka puasa. Hah, bab memilih ni sangat rambang mata okay lepas tu blurr tak tahu mana nak pilih. Ada diantara anda juga yang selalu jadi macam tu tak? ^_^

Beberapa tempat yang jadi pilihan hati tapi akhirnya saya memilih untuk berbuka puasa di Restoran Berputar 360° , Menara Alor Setar.



Cantikkan. Ni gambar dari tempat kami parking kereta. Sampai-sampai je terus tangkap gambar untuk diabadikan di blog tercinta. Aceeawah.

Kami sampai dah dekat pukul 7 lebih, waktu tu peniaga-peniaga bazaar di sekitar perkarangan Menara Alor Setar ni sibuk 'setup' kedai jualan mereka. Selalunya bazaar (uptown) ni buka setiap hujung minggu. Mungkin sebab bulan Ramadhan mereka buka sepanjang bulan.

Selepas buat pembayaran di kaunter khas restoran. Kami pon terus naik lift untuk ke bahagian atas. Memandangkan saya seorang yang gayat dan lift tu pula memang boleh nampak view di luar. Maka, ini saja yang mampu ku tangkap. Hehe.


Sebenarnya ini adalah pengalaman pertama saya naik ke bahagian restoran berputar ni. Rasa macam tak percaya je saya boleh naik dan dapat merasa makan dan melihat permandangan sekitar kotaraya Alor Setar dari ketinggian 193 000 meter dari aras laut. Thanks suamiku sebab bawak sayang ke sini. *TERHARU.sobb sobb. Dulu waktu kecik-kecik pernahlah datang ke Menara Alor Setar ni, itupun setakat bahagian permandangan tu je yang boleh teropong-teropong tu. Hehe. Yang ini terima kasih pada my mom and my dad, sebab mereka selalu bawa kami adik beradik pergi berjalan.






Hah nampak tak tu budak kecik yang tak tahu duduk diam, sibuk je nak ikut mama dengan papa pergi berdating. Hahaha. Ini papa yang ajak, so kena melayan cik puteri kita ni lebih la nampaknya ;)

Dah selamat berbuka puasa. Alhamdulillah kenyang. Acara kemuncaknya, bila tengah syok bersembang dengan suami tiba-tiba dengar orang nyanyi lagu 'Happy Birthday' ramai-ramai. Bila toleh rupanya ada Surpriseeee! Kejutan untuk diri sendiri, terkejut la jugak. Suamiku lagi terkejut. Tak senonoh betul. Hahaha.



Selepas bertapa hampir 2 jam dekat atas tu, baby rayy pon sempatlah tunjukkan aksi guling-guling golek-golek dia tu, maka marilah kita beransur pulang.

View Menara Alor Setar di sebelah malam. Inshaallah lepas ni kami datang lagi bawak segerombolan ahli keluarga yang lain.



Jika anda berminat nak makan di restoran ni boleh hubungi :
012-471 7332
013- 505 0441

Nota kaki :
Terima kasih pada suami untuk semua ni dan segala-galanya.
Terima kasih pada ma sebab mengandungkan saya selama 9bulan 10 hari, menjaga dan mendidik saya dari kecil sehingga saya dah besar dan berjaya. Terima kasih ma, jasamu tak dapat dibalas dengan kata-kata. Love u so much.
Terima kasih abah atas pengorbanan abah selama ni dalam mendidik dan membesarkan kami, mencari rezeki untuk disuapkan dalam mulut kami adik bradik selama ni. Terima kasih atas segalanya. Love u so much.

Maafkan salah silap saya jika ada perbuatan dan pertuturan yang mungkin atau ada buat kalian berkecil atau terasa hati dan sebagainya. Maafkan anakmu ini wahai ma dan abah, maafkan isterimu ini wahai suamiku yang tercinta.

Love u alls.
Ikhlas,
Anak, Isteri dan Seorang Ibu.

:: sebenarnya sedih sebab petang tu ma dah masak sedap-sedap. Tapi tak makan kat umah pulak. Hurmm ::
posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...