SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Showing posts with label kesuburan lelaki. Show all posts
Showing posts with label kesuburan lelaki. Show all posts

Wednesday, 28 September 2016

5 Persediaan Sebelum Hamil dan Langkah Mudah Hamil

Bila sudah berkahwin, pastinya keinginan untuk memiliki zuriat sendiri membuak-buak. Namun ada sesetengah pasangan merancang untuk honeymoon dulu sepuasnya sebelum memiliki cahayamata.

Sama ada anda sedang merancang untuk segera dapat zuriat atau tidak, suami isteri perlu memastikan kesihatan berada di paras yang optimum.



Berat badan
Sebaiknya cuba capai berat badan ideal sebelum anda hamil. Berat badan berlebihan atau kurang berat badan berisiko untuk mendapat masalah semasa hamil. Wanita yang kurang berat badan berisiko melahirkan bayi pramatang, manakala wanita yang obes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk keguguran, kecacatan kandungan serta masalah tekanan darah tinggi semasa hamil. Di samping itu, wanita obes juga berisiko mengalami komplikasi semasa proses bersalin. Berat badan juga memberi kesan kepada tahap kesuburan seseorang itu.
Kepentingan folate
Folate adalah vitamin B yang boleh didapati dalam makanan harian. Asid folik adalah versi sintetik vitamin ini yang boleh kita ambil dalam bentuk tablet.
Pengambilan asid folik adalah sangat penting. Dengan mengambil 400 mcg asid folik sehari untuk sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum hamil dan semasa trimester pertama, kita dapat mengurangkan risiko bayi bermasalah saraf seperti spina bifida sebanyak 50-60% (CDC). Pengambilan asid folik juga dapat mengelakkan kelahira cacat yang lain..

Berhenti merokok, minum alkohol dan pengambilan dadah.
Jika anda merokok atau menyalahgunagan dadah, inilah masanya anda kena berhenti. Banyak kajian menunjukkan merokok atau pengambilan dadah boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pramatang dan bayi yang kurang berat badan.
Kajian mendapati penggunaan tembakau boleh memberi kesan negatif pada kesuburan anda serta meurunkan bilangan sperma lelaki. Kajian juga mendapati perokok sekunder (individu yang menhidu asap rokok semasa perokok merokok) juga memberi kesan pada kesuburan.
Pengambilan alkohol juga menurunkan peluang untuk anda mengandung.

Kurangkan pengambilan kaffein.
Walaupun tiada consensus yang menyatakan berapa banyak kaffein yang selamat semasa hamil, pakar berpendapat bahawa wanita hamil atau yang tengah bercadang untuk hamil perlu mengelakkan diri daripada pengambilan keffein yang berlebihan.
Ada kajian yang mendapati perkaitan antara pengambilan kaffein yang berlebihan dengan pengurangan tahap kesuburan individu. Ada juaga yang mendapati perkaitannya dengan kegugura (walaupun jumlah kajian tidak banyak).

Tuesday, 17 December 2013

Set Kesuburan Shaklee Bantu Hamil

Assalammualaikum dan Salam Sayang untuk anda semua ;)

Ramai yang bertanya pada saya, shaklee ni takde ke set untuk yang nak hamil or dalam erti kata lainnya, SET KESUBURAN. Al-maklumlah, bila dah berumahtangga ni soal anak mesti dibangkitkan oleh orang-orang sekeliling kita kan, tak kisahlah walaupun baru berkahwin ke atau dah berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Awal-awal perkahwinan bila orang ajukan soalan berkaitan anak, pastinya kita anggap sebagai gurauan nakal...tapi bila dah bertahun asyik bertanya soalan yang sama, pastinya sedikit sebanyak membuatkan kita juga berasa susah hati. Jika anda sudah lama berkahwin dan masih belum menunjukkan tanda-tanda hamil, eloklah berjumpa pakar dulu untuk mengenalpasti masalah-masalah kesihatan, jika ada. :)

Dan jika anda ingin berusaha dan berikhtiar untuk hamil, saya sarankan anda untuk mencuba SET KESUBURAN SHAKLEE. Salah satu punca ketidaksuburan seseorang itu, adalah juga disebabkan kekurangan nutrien yang diperlukan dalam badan dan sistem reproduksif untuk membantu proses persenyawaan!


Set Kesuburan Shaklee untuk suami mengandungi Vita-lea, B-Complex, Vita-C,Vitamin E dan Zink

Set Kesuburan Shaklee untuk isteri mengandungi Vita-lea, B-Complex, Vita-C, Alfalfa dan GLA Complex

Apa fungsi setiap vitamin ni dalam kesuburan?

Multivitamin dan Multimineral (Vita Lea) membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Pendekatan ia memenuhi ruang-ruang kosong dalam tubuh kita di mana mungkin kita tak cukup vitamin/mineral dari diet kita. Jadi bila badan dah cukup nutrien, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.

Vitamin B Complex penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida.

Vita C pula untuk pembinaan dan pemulihan sel. Serta menguatkan system imun badan.

Alfalfa untuk wanita membantu dalam hal-hal organ kewanitaan dan menyelesaikan masalah seperti keputihan dan sebagainya. Alfalfa juga bertindak sebagai ‘kacip fatimah’ tau…eheehe

Vitamin/produk yang memainkan peranan dalam kesuburan ini adalah GLA Complex untuk wanita dan Zinc Complex untuk suami. Bagaimana kedua-dua ini berfungsi?


GLA Complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antaa kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari. Zinc pula membantu menguatkan sperma.



Dengan gabungan nutrien diatas ini, memberikan anda lebih sinar untuk menimang cahayamata. In shaa allah. Yang penting jangan putus asa, teruskan berusaha dan berdoa pada-Nya!

Testimoni pelanggan saya yang sudah hamil setelah mencubanya. Jom baca.



set kesuburan shaklee


Syukur alhamdulillah :)

Lagi testimoni berjaya hamil dengan set kesuburan shaklee!

Anda pula bagaimana? Ingin berikhtiar seperti mereka? jom hubungi saya dan dapatkan FREE CONSULTATION mengenai Set Kesuburan Shaklee ini sekarang!!!

contact me:
sms|whatsapp : 012-9362692
email : irsyahealthyhouse@gmail.com
FB Page : Irsya Healthy House

note : setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda layak untuk mendapat consultation berterusan, cara pengambilan supplemen yang betul dan dapatkan tips-tips ekslusif secara percuma.

Wednesday, 5 December 2012

Makanan, Kesihatan & Lelaki

Dalam bab makanan, wanita memerlukan nutrien tertentu untuk proses kehamilan atau melindungi diri dari serangan kanser payu dara.  Lelaki juga begitu, mereka memerlukan makanan yang mempunyai nutrien tertentu untuk membantu mencegah kanser prostat dan sebagainya.

Pakar pemakanan American Dietetic Association, Christine Gerbstadt menjelaskan bahawa makanan yang bagus untuk sistem kardiovaskular juga berguna untuk alat reproduksi lelaki.  Di bawah ini disenaraikan lapan makanan yang bernutrisi tinggi yang sangat baik untuk lelaki:


1.  Tiram
Tiram mengandungi zink yang berkuasa untuk memperbaiki sel tubuh.    Ianya mempu mempertahankan sel tubuh dari sebarang kerosakan yang menyebabkan kanser prostat.  Ia juga mampu untuk memelihara sistem reproduksi lelaki termasuk penghasilan sperma.

2.  Pisang

Pisang mengandungi potassium, magnesium dan vitamin B6yang tinggi.  Potassium mampu membantu tubuh mengawal sistem saraf, degupan jantung dan tekanan darah.  Gabungan potassium dan magnesium berupaya untuk mengurangkan risiko serangan strok.  Vitamin B6 pula mampu meningkatkan sistem imun tubuh, membentuk sel darah merah, memastikan sistem saraf berfungsi dengan baik dan meningkatkan metabolisma protein dalam tubuh.
3.  Brokoli
Brokoli kaya dengan vitamin C, beta kerotina, potassium dan sulphoraphane.  Sulphoraphane mengandungi zat antikanser.  Menambahkan brokoli dalam menu harian dapat membantu mencegah kanser kolon dan kanser prostat.  Kajian yang dijalankan di Universiti Harvard mendapati, amalan memakan kubis dan brokoli mampu menghalang serangan kanser pundi kencing di kalangan lelaki.

4.  Kacang Brazil

Kacang besar dari Brazil memiliki magnesium dan antioksidan yang berkuasa untuk mencegah penyakit jantung dan kanser selain memelihara kesihatan prostat.  Manakalai selenium yang terdapat dalam kacang tersebut dapat membantu mengurangkan kadar LDL, sejenis kolesterol tidak baik di dalam tubuh.

5.  Sayuran bewarna oren

Vitamin C dan beta kerotina yang terkandung dalam sayuran bewarna oren seperti labu dan lobak merah adalah antioksidan yang
baik dalam melindungi kulit daripada sinaran matahari yang merosakkan.  Sebagai agen penghasilan kulit sihat, vitamin C menghasilkan kalogen, manakala beta kerotina pula mengandungi vitamin A yang membantumemperbaiki sel kulit.

6.  Stik sirloin

Stik sirloin mengandungi zat besi yang tinggi.  Zat besi ini sangat penting dalam membantu tubuh membekalkan oksigen ke seluruh sel tubuh.  Stik sirloin juga adalah pembekal protein yang baik.

7. Ikan

Ikan seperti ikan salmon, tuna (tongkol) dan mackerel kaya dengan omega 3 dan vitamin D yang berkhasiat untuk mencegah kanser, diabetes jenis 2, sakit tulang dan tekanan darah tinggi.  Omega 3 juga berkuasa untuk menurunkan paras lemak dalam darah, mengurangkan sakit kepala dan mengubati arthritis.

8.  Beri dan ceri 

Semua jenis beri seperti blackbery, bluberri, strawberi, rasberi,
cranberi dan ceri kaya dengan flavonoid dan antosianin yang berguna untuk tubuh.  Amalan memakan beri dan ceri akan menguatkan fungsi otak yang semakin berkurangan akibat pertambahan usia.

Set Men's Vital Health Shaklee membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki.


Kebaikan:
  • Memelihara kesihatan prostat
  • Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
  • Memelihara jantung yang sihat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal
  • Mengawal tahap kolesterol yang sihat  


Untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat pesanan, anda boleh:
1. LIKE fanpage IRSYA HEALTHY HOUSE
2. Email ke melurbunga@rocketmail.com
3. SMS di talian 012-9362692
 
Dapatkan konsultansi PERCUMA apabila anda membeli produk shaklee daripada saya :)  
 
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
 

Thursday, 8 November 2012

Tingkat KESUBURAN dengan ALFALFA, VITAMIN E & ZINC





Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan utk menimang cahaya mata dan sebagai pengikat kasih sayang antara suami isteri. Ada pasangan yang begitu senang utk conceive tp ada juga pasangan yang telah berkahwin lebih dari setahun masih belum dikurniakan zuriat. Pastinya keadaan ini menimbulkan sedikit tekanan terhadap pasangan.

Begitu juga yang telah mempunyai anak tetapi mahu menambah lagi bilangan ahli keluarga. Ramai juga yang mengalami masalah utk conceive anak seterusnya. Masalah-masalah ini berkaitan dengan ketidaksuburan.
 

Faktor-faktor wanita tidak subur:

  • Kegagalan berovulasi, atau menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
  • Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan, atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
  • Penyakit berkaitan kelamin.
  • Penyakit berkaitan masalah pelvik.
  • Merokok.
  • Pengambilan kafein yang berlebihan.
  • Terlalu gemuk atau terlalu kurus.
  • Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).
Faktor-faktor lelaki tidak subur:

  • Bilangan sperma yang sedikit (low sperm count)
  • Sperma kurang cergas
  • Sperma yang tidak sempurna
  • Sekatan pada saluran semen
  • Pemakaian seluar dalam yang ketat menyebabkan bahagian testis menjadi panas dan menurunkan tahap penghasilan sperma.
Faktor-faktor kedua-dua lelaki dan perempuan tidak subur:

  1. Kesan dari tekanan perasaan, sakit jiwa dan pelbagai masalah berkaitan emosi.
  2. Pendedahan terhadap punca radiasi.
  3. Pencemaran contohnya disebabkan oleh racun (rumpai, serangga, etc) dan sebarang racun lain.


Vitamin-vitamin yang dicadangkan demi meningkatkan kesuburan:

  • Vitamin E - membantu menstabilkan hormon reproduktif pada kedua2 lelaki dan wanita.
  • Zinc - meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma pada lelaki.
  • Vitamin C - Berperanan dalam pembentukan sperma.
  • B Complex - Memberi ketenangan jiwa dan menstabilkan hormon.
  • Alfalfa- membantu memberikan keselesaan ketika bersama


Bagi yang ingin mencuba vitamin bagi meningkatkan kesuburan, saya cadangkan kedua-dua suami isteri mengambil set A yang terdiri dari Vita Lea (multivitamin), B Complex dan Vitamin C, ditambah dengan Alfalfa untuk isteri, membantu memberi keselesaan bersama.

Untuk suami, tambah satu lagi pengambilan zinc dan vitamin E bagi membantu penghasilan sperma yang banyak dan memberi lebih tenaga.


Di samping itu. kurangkan minum dan makan dari sumber kafein sekiranya anda penggemar kopi, berhenti merokok dan berendamlah dengan air sejuk, kerana berendam air panas boleh merencatkan penghasilan sperma.

Sila dapatkan nasihat doktor pakar sekiranya anda mahu mengambil sebarang ubat untuk subur atau menjalani rawatan kesuburan. Saya doakan pasangan suami isteri yang sah dipermudahkan untuk mendapatkan cahaya mata dan bahagia bersamanya :)




BERMINAT? Sila hubungi saya di talian 012-9362692 atau e-mail: melurbunga@rocketmail.com
 Dapatkan konsultansi PERCUMA apabila anda membeli produk shaklee daripada saya :) 
:

:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...