SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Showing posts with label Keputihan. Show all posts
Showing posts with label Keputihan. Show all posts

Tuesday, 5 May 2015

Keputihan Semasa Mengandung Mengundang Risiko Kematian Bayi


Keputihan semasa mengandung berisiko menyebabkan kematian pada bayi


Keputihan masalah biasa wanita, namun adakah ia juga akan normal bagi ibu hamil. Sebarang masalah yang dihadapi oleh ibu mengandung harus dipantau dan diperiksa segera, dengan ini rawatan segera boleh diambil setelah mengesan perubahan yang tidak normal berlaku.

Keputihan Normal

Perubahan hormon yang dialami oleh ibu hamil tidak mengecualikan mereka menghadapi masalah keputihan atau leukorrhea, iaitu lelehan keputihan yang nipis dan kurang berbau dari vagina. Leukorrhea adalah normal semasa hamil dan tidak perlu dibimbangkan. Hormon estrogen yang membantu aliran darah ke bahagian pelvik dan merangsang selaput lendir badan (leukorrhea) semasa hamil. Ia melindungi saluran kelahiran daripada jangkitan dan mengekalkan flora bakteria yang seimbang dan sihat dalam faraj.




Keputihan Tidak Normal

Namun begitu, masalah keputihan ketika hamil boleh juga menjadi tidak normal apabila keputihan berwarna hijau atau kekuningan, berbau kuat dan disertai kemerahan dan kegatalan. Ia mungkin jangkitan faraj yang paling biasa semasa mengandung seperti candidiasis, juga dikenali sebagai jangkitan yis. Jangkitan ini mudah dirawat. Satu lagi punca lelehan keputihan semasa mengandung yang tidak normal disebabkan oleh penyakit jangkitan seksual (sexually transmitted disease).


Tanda Ibu Hamil Mengalami Keputihan
  • Lelehan menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej
  • Gatal, sakit atau warna kemerah-merahan didalam atau sekeliling faraj atau punggung
  • Sakit apabila bersama suami
  • Sakit semasa membuang air kecil

Rawatan Pencegahan Yang Boleh Dilakukan 


  1. Doktor akan memberi ubat jenis pessari atau krim anti kulit yang sesuai digunakan pada tahap kehamilan. Anda mungkin memerlukan rawatan penuh selama tujuh hari untuk menghapuskan keputihan dengan sempurna.
  2. Sapukan yogurt asli dengan bakteria hidup ke dalam dan disekeliling faraj.
  3. Pakai seluar dalam kapas, seluar panjang yang longgar atau kain.
  4. Jangan berendam dalam mandian panas terlalu lama kerana ini menyediakan persekitaran yang hangat dan lembap yang sangat sesuai untuk pembiakan kulat. Jangan gunakan mandian buih yang mengandungi pewangi.
  5. Lap punggung hingga ke bahagian hadapan sehingga benar-benar kering selepas anda ke tandas.
  6. Pastikan faraj anda cukup basah sebelum anda bersama suami.

PERINGATAN: Perlu diingat, keputihan pada faraj ini berkemungkinan adalahjangkitan kulat dan boleh menyebabkan kegatalan. Jangkitan bakteria ini juga berisiko menyebabkan kematian bayi dalam kandungan. Penggunaan krim untuk disapu pada faraj juga berisiko menyebabkan jangkitan fungal ini menjadi bertambah kronik.


Petua Tradisional Menghilangkan Keputihan

  • Basuh menggunakan air suam yang diletakkan garam. Elakkan mencuci menggunakan sabun atau feminin wash.
  • Basuh dengan air rebusan asam gelugor dan garam. (Juga bagus diamalkan selepas bersalin)
  • Amalkan minum air basuhan beras.
  • Rebus daun sireh dengan buah manjakani dan dibuat sebagai air mencuci.
  • Bersihkan dengan air rebusan sireh.

Selain amalan tradisional diatas, ibu mengandung juga boleh ikhtiar untuk menghilangkan keputihan dengan amalkan 2 biji Garlic Complex shaklee sehari.


Atasi Keputihan Dengan Garlic Complex Shaklee

Bagi wanita hamil, bawang putih boleh membantu melancarkan peredaran darah, menurunkan tekanan darah dan mengurangkan tahap kolesterol. Bawang putih juga berpotensi mengurangkan keletihan semasa mengandung. Selain itu, kajian daripada Universiti Maryland Medical Center, menunjukkan bawang putih ini berupaya memusnahkan bakteria berbahaya seperti kulat dan virus.

Menurut kajian dari Universiti of Pittsburgh Medical Center, bawang putih sangat sesuai dan berpotensi dalam membantu merawat jangkitan faraj, termasuk sindrom keputihan semasa mengandung. Garlic Shaklee berfungsi seperti antibiotik semulajadi dan memusnahkan bakteria penyebab keputihan.

Jangan biarkan keputihan anda semakin teruk. Jadi tunggu apa lagi, jom tempah Garlic Complex anda sekarang.


Buat Pembelian Sekarang


atau boleh hubungi saya untuk tempahan dan konsultasi atau COD :

SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com


COD Area: 





*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak


Nikmati DISKAUN sehingga 20% sekarang !
Daftarlah sebagai ahli shaklee.



-------------------------------------------------------------------------------------------------



Wednesday, 22 May 2013

Keputihan Jangan Pandang Remeh

Salam Sayang Semua ^_^

Topik untuk entry kali ni adalah berkaitan dengan keputihan. Sesuatu yang seringkali berdamping dengan insan yang bergelar wanita..terutamanya ketika menjelang waktu period atau selepasnya..ataupun ketika sedang hamil dan selepas kelahiran.


Apa itu Keputihan?

Keputihan adalah cecair atau lendir yang dikeluarkan oleh vagina. Keputihan yang normal adalah berwarna putih atau jernih dan jika keputihan selain warna itu dan berbau atau menagalami gatal-gatal dibahagian tersebut, kemungkinan telah berlaku jangkitan. Dan kebanyakan jangkitan yang berlaku adalah disebabkan oleh kulat. Jadi jangan pandang remeh yer keputihan anda!

Lazimnya, keputihan berlaku sewaktu kita stress ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah. Manakala wanita hamil juga mengalami masalah ini dan dikhuatiri mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil.

Jom lihat, apakah disebalik warna keputihan anda.

1. Jernih
Jika lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau kerana keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Selalunya lelehan berwarna jernih seperti ini akan keluar dua minggu menjelang haid, sekitar waktu subur dan apabila hormon estrogen berlebihan mahupun stress. Keputihan ini juga seringkali dialami oleh kebnayakan wanita hamil.

2. Putih
Lelehan berwarna putih, berair dan berbau busuk. Malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan anda menderita jangkitan yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans.

Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita.

3. Putih Pekat
Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tak menyenangkan, kemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Jangkitan juga turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.



4. Coklat
Lelehan berwarna coklat dan berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna tersebut timbul akibat pendarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar menjadi warna coklat.

5. Kuning Kehijauan
Jika keluar lelehan berupa kuning kehijauan, berbuih, gatal, berbau busuk, sangat banyak dan sakit disekitar kawasan bahagian intim serta kemerahan pada vagina, kemungkinan besar anda mengalami jangkitan yang disebabkan oleh kuman protozoa trichomonas vaginalis.

6. Kuning
Jangkitan yang disebabkan oleh nisseria gonorrhoe mungkin berlaku apabila lelehan yang keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan; sakit di daerah sekitar kemaluan serta sakit ketika anda membuang air kecil.

Masalah keputihan ini boleh bertambah serius jika tidak ditangani segera. Jika anda masih bujang, ia juga berpontensi mengganggu tahap kesuburan apabila berkahwin kelak.
Jika anda berjumpa doktor atau pakar, mereka akan memberikan antibiotik kepada anda.

Anda juga boleh berikhtiar dengan meminum air rebusan pegaga, atau membasuh 'Miss V' anda dengan air sireh yang telah direbus. Selain itu juga, dengan mengamalkan alfalfa juga, in shaa Allah dapat membantu menyelesaikan masalah keputihan anda ini. Alfalfa adalah sejenis tumbuhan yang kaya dengan zat dan mineral antaranya kalsium, magnesium, zat besi, phosphorus, pottasium, chlorine dan juga vitamin k.



Selain membantu merawat keputihan, alfalfa juga bertindak sebagai...

  • Milk booster kepada ibu yang menyusukan
  • Menghasilkan agen anti-radang untuk merawat gout dan arthritis
  • Merendahkan kandungan gula bagi penghidap diabetis dan meransang penghasilan insulin
  • Merawat jangkitan kulat

klik link di bawah untuk melihat testimoni pengguna alfalfa:



Untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat pesanan, anda boleh:
1. LIKE fanpage IRSYA HEALTHY HOUSE
2. Email ke melurbunga@rocketmail.com
3. SMS di talian 012-9362692
 Dapatkan konsultansi PERCUMA apabila anda membeli produk shaklee daripada saya :) 






:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...