SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Sunday, 20 January 2013

Mulakan Tahun Baru Dengan Nutrien Yang Betul!

Hai semua...Selamat Pagi..

Semoga pagi yang indah ni memberi sejuta makna utk kita menghargai kesihatan yang sihat yang Allah swt berikan pada kita..In Shaa Allah :)

Agak lama jugak IHH tak update blog ni akibat kesibukan yang melanda, menguruskan baby dan sibuk menjalani rutin-rutin orang berpantang. Tak update bukan bermakna tak tengok and tak respond dengan customer-customer IHH yer ;)

Memandangkan tahun 2013 sudah pun menjengah, pihak IHH ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 buat semua customer-customer dan kepada bakal-bakal customer yang sentiasa mengikuti setiap info yang IHH share kan utk tatapan bersama. Diharap tahun baru ini memberi kita lebih motivasi utk memajukan diri dan keluarga. So, apa azam anda semua ??? dah pikirkan ke belum..atau masih carry on dengan azam tahun lepas.. Apa pun IHH, berharap dan berdoa agar semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik & sihat selalu hendaknya. Aminn :)

Oklah, IHH nak share sket rencana kesihatan shaklee di iSihat keluaran Januari 2013, siapa yang dah dapatkan bolehlah hadam sendiri..tapi pada siapa yg masih belum berkesempatan utk membeli majalah ni, harini IHH nak share kan bersama. Al-maklumlah, Sharing is Caring kan :)
Klik gambar utk lebih jelas. tq ;)



Perkara yang perlu anda titikberatkan untuk mengambil nutrien yang betul:

1.Menggabungkan sumber protein sihat ke dalam diet anda
Pilih protein yang bukan dari sumber daging seperti soya. Protein soya membantu untuk membina dan mengekalkan sel-sel yang sihat seperti kulit, otot, tulang, rambut dan kuku. Beberapa kajian menunjukkan soya juga boleh mengurangkan kolestrol LDL.


2.Mengamalkan pemakanan yang lengkap@mengikut piramid makanan
Bekalkan tubuh anda dengan vitamin dan mineral yang mencukupi bagi mencapai kesihatan optimum dengan mengambil pelbagai jenis makanan atau mengambil multivitamin.


3.Mengamalkan Vitamin C dan B
Vitamin C dan B memainkan peranan penting dalam metabolisme tenaga yang meningkatkan tahap tenaga tubuh. Pengambilan asid folik (B9) yang mencukupi amat penting bagi menghalang urat saraf terganggu terutama bagi wanita yang merancang untuk hamil. Vitamin C pula penting dalam meningkatkan sistem pertahanan badan dan dalam tulang yang sihat bagi menyokong gigi, gusi serta seluruh badan.

4. Tambahkan resveratrol dan polyphenols
Kjian mendapati bahawa penambahan resveratrol dan polyphenols ke dalam diet dapat membantu menggalakkan penuaan yang sihatdan meningkatkan tahap tenaga.


5. Aktifkan diri
Bersenam secara teratur penting untuk mengekalkan kesihatan. Bersenam membantu mengekalkan berat dan mengelakkan daripada diserang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kandungan kolestrol tinggi dan penyakit jantung.

6. Belajar menguruskan tekanan dalam kehidupan anda
Pengurusan tekanan penting dalam memelihara tubuh dan otak yang sihat. Tekanan yang tidak terkawal boleh meningkatkan risiko insomnia, keletihan, kemurungan, penyakit jantung dan banyak lagi. Mengamalkan gaya hidup sihat, berfikiran positif dan mempunyai masa utk berseronok dan berehat dapat membantu melegakan tekanan anda.

7. Elakkan merokok dan pengambilan alkohol berlebihan
Merokok dan mengambil alkohol boleh menyebabkan penyakit kronik dan memepercepatkan proses penuaan.
Apa tunggu lagi??? Dapatkan nutrien yg lengkap dari Shaklee sekarang bagi merealisasikan azam tahun baru anda :)


Untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat pesanan, anda boleh:
1. LIKE fanpage IRSYA HEALTHY HOUSE
2. Email ke melurbunga@rocketmail.com
3. SMS di talian 012-9362692
 
 Dapatkan konsultansi PERCUMA apabila anda membeli produk shaklee daripada saya :) 
:
:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::


Friday, 28 December 2012

Sustained Release Vitamin C sudah kehabisan stok?? Saya ada ALTERNATIFNYA...




Selamat petang :)

Lama saya tak update blog nihh kan, maaf sesangat2 kerana tak sempat nak reply mesej dan soalan-soalan yang diajukan di fanpage dan emel kerana saya telah selamat bersalin dan terpaksa tutup kedai seminggu..hehe. In Shaa Allah, saya akan cuba balas sket sket yer..

Alhamdulillah, Bulan DECEMBER bulan KOLAGEN..ramai yang mesej direct ke phone saya nak order KOLAGEN... masing masing semua nak buat stok, al-maklumlah harga runtuh yang bukan selalu dapat..terpaksa la mintak tolong encik suami dan my mother untuk pos kan barang barang customer.. hehehe..

So, saya tak mau ulas panjang panjang dah tentang KEHEBATAN KOLAGEN nihh, my dear semua boleh baca previous entry erk... Di petang hari ni saya nak bagitau mana mana customer saya yang dah kehabisan stok Vitamin C Plus Sustained Release or dikenali jugak as Vitamin C 500mg (nama lama) yang terlaris di pasaran tuu yang stok akan ada In Shaa Allah on April 2013.

Jom baca sket announcement yang dibuat oleh pihak Shaklee: 
"...Please be informed that Sustained Release Vitamin C plus will only be available in April 2013 due to certain unforeseen circumstances...."
 
Hah..tudya..lamanya nak tunggu kan Bulan April 2013 tuhh, stok makin habis nihh.. Jangan risau.. Jangan risau.. Pihak admin akan sediakan beberapa alternatif untuk pelanggan pelanggan I.H.H... Antara alternatif yang pihak admin suggest kan ialah...Shaklee Chewable Vita C Plus (Vit C chewable yg terbaru ni dah dilengkapkan dengan Citrus Bioflavanoid utk memaksimumkan fungsinya).. TAK PERCAYA??? JOM USHA INFO NI :


Sila klik poster utk lebih jelas dan jemput baca info pada poster ini.. sumber ihsan dari FB Shaklee Malaysia

Pendek kata Chewable Vita C plus ni sama fungsinya  dgn Sustained Release Vita C plus cuma dosnya berbeza.. Jadi kalau anda mmg penggemar Vitamin C dan anda ambilnya utk tujuan kesihatan kulit, antioksida, meningkatkan sistem imun.. anda jangan khuatir sbb Chewable Vita C Plus 100mg menepati tujuan yg anda perlukan.. Cuma anda kene kunyahnya 2-3bj sehari..if taknak kunyah pun takpe.. telan jerr...sizenya lebih kecil....dan yg best.. satu famili boleh consume .. best bukann....Dos yg dicadangkan... ambil 1-2bj sehari dah memadai dah...(Based on RDI,keperluan badan terhadap Vitamin C hanya dlm range 60mg -95mg sehari..bergantung kepada jantina dan status kesihatan)
  
Di samping Chewable Vita C plus.. anda ada alternatif lain.. Contohnya
  •  Jika anda pentingkan kecantikan kulit, anda boleh ambil tambahan Collagen Powder (sbb Collagen Powder mengandungi Vitamin C)
  • Jika anda perlukan imuniti, anda boleh gantikan Vitamin C dengan Nutriferon dan Garlic
  • Jika untuk tujuan antioksida, boleh dapatkan alternatif Carotomax
  • dan yg lebih penting.. ambil lah Vitalea 2bj sehari.. sebab sebiji Vitalea sendiri mengandungi 60mg Vit C..so kalau 2bj, ia memberi anda 120mg Vitamin C (memadai utk memenuhi keperluan harian....cumanya Vitamin C ni mudah musnah..ia larut air.. jadi anda tambahkan dengan pengambila Chewable Vita C Plus 100mg is good enough)
 
Kesimpulannya.. jangan berdukacita bila dengar khabar berita yg Sustained Release Vita C plus bakal tiba April 2013 kerana ada banyak alternatif lain... Shaklee memang terbaikkkk.. I love it..dan oh ya.. promosi Collagen Powder bakal berakhir 31December 2012.. yg ni ramai ambil..Siapa yg buat endah tak endah mmg rugiii.. Jika ia sold out.. jgn menyesal tak sudah...
 
credit to mamafaiz

Thursday, 6 December 2012

Testimoni Alfalfa

Hari ni saya nak share beberapa testimoni daripada beberapa orang dah consume alfalfa dengan beberapa produk lain...


testimoni pertama:

set suami isteri_ alfalfa & vita E



testimoni kedua:
turunkan berat badan_alfalfa & lecithin



testimoni ketiga:

susu bertambah_ alfalfa & set B





Anda pula bagaimana? Jom cuba ALFALFA, raja segala tumbuhan yg mempunyai 1001 khasiat...
Jangan berlengah lagi..hubungi saya utk dapatkan set yg bersesuaian utk anda :)



Untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat pesanan, anda boleh:
1. LIKE fanpage IRSYA HEALTHY HOUSE
2. Email ke melurbunga@rocketmail.com
3. SMS di talian 012-9362692
 
 Dapatkan konsultansi PERCUMA apabila anda membeli produk shaklee daripada saya :) 
:
:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::



Wednesday, 5 December 2012

Makanan, Kesihatan & Lelaki

Dalam bab makanan, wanita memerlukan nutrien tertentu untuk proses kehamilan atau melindungi diri dari serangan kanser payu dara.  Lelaki juga begitu, mereka memerlukan makanan yang mempunyai nutrien tertentu untuk membantu mencegah kanser prostat dan sebagainya.

Pakar pemakanan American Dietetic Association, Christine Gerbstadt menjelaskan bahawa makanan yang bagus untuk sistem kardiovaskular juga berguna untuk alat reproduksi lelaki.  Di bawah ini disenaraikan lapan makanan yang bernutrisi tinggi yang sangat baik untuk lelaki:


1.  Tiram
Tiram mengandungi zink yang berkuasa untuk memperbaiki sel tubuh.    Ianya mempu mempertahankan sel tubuh dari sebarang kerosakan yang menyebabkan kanser prostat.  Ia juga mampu untuk memelihara sistem reproduksi lelaki termasuk penghasilan sperma.

2.  Pisang

Pisang mengandungi potassium, magnesium dan vitamin B6yang tinggi.  Potassium mampu membantu tubuh mengawal sistem saraf, degupan jantung dan tekanan darah.  Gabungan potassium dan magnesium berupaya untuk mengurangkan risiko serangan strok.  Vitamin B6 pula mampu meningkatkan sistem imun tubuh, membentuk sel darah merah, memastikan sistem saraf berfungsi dengan baik dan meningkatkan metabolisma protein dalam tubuh.
3.  Brokoli
Brokoli kaya dengan vitamin C, beta kerotina, potassium dan sulphoraphane.  Sulphoraphane mengandungi zat antikanser.  Menambahkan brokoli dalam menu harian dapat membantu mencegah kanser kolon dan kanser prostat.  Kajian yang dijalankan di Universiti Harvard mendapati, amalan memakan kubis dan brokoli mampu menghalang serangan kanser pundi kencing di kalangan lelaki.

4.  Kacang Brazil

Kacang besar dari Brazil memiliki magnesium dan antioksidan yang berkuasa untuk mencegah penyakit jantung dan kanser selain memelihara kesihatan prostat.  Manakalai selenium yang terdapat dalam kacang tersebut dapat membantu mengurangkan kadar LDL, sejenis kolesterol tidak baik di dalam tubuh.

5.  Sayuran bewarna oren

Vitamin C dan beta kerotina yang terkandung dalam sayuran bewarna oren seperti labu dan lobak merah adalah antioksidan yang
baik dalam melindungi kulit daripada sinaran matahari yang merosakkan.  Sebagai agen penghasilan kulit sihat, vitamin C menghasilkan kalogen, manakala beta kerotina pula mengandungi vitamin A yang membantumemperbaiki sel kulit.

6.  Stik sirloin

Stik sirloin mengandungi zat besi yang tinggi.  Zat besi ini sangat penting dalam membantu tubuh membekalkan oksigen ke seluruh sel tubuh.  Stik sirloin juga adalah pembekal protein yang baik.

7. Ikan

Ikan seperti ikan salmon, tuna (tongkol) dan mackerel kaya dengan omega 3 dan vitamin D yang berkhasiat untuk mencegah kanser, diabetes jenis 2, sakit tulang dan tekanan darah tinggi.  Omega 3 juga berkuasa untuk menurunkan paras lemak dalam darah, mengurangkan sakit kepala dan mengubati arthritis.

8.  Beri dan ceri 

Semua jenis beri seperti blackbery, bluberri, strawberi, rasberi,
cranberi dan ceri kaya dengan flavonoid dan antosianin yang berguna untuk tubuh.  Amalan memakan beri dan ceri akan menguatkan fungsi otak yang semakin berkurangan akibat pertambahan usia.

Set Men's Vital Health Shaklee membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki.


Kebaikan:
  • Memelihara kesihatan prostat
  • Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
  • Memelihara jantung yang sihat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal
  • Mengawal tahap kolesterol yang sihat  


Untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat pesanan, anda boleh:
1. LIKE fanpage IRSYA HEALTHY HOUSE
2. Email ke melurbunga@rocketmail.com
3. SMS di talian 012-9362692
 
Dapatkan konsultansi PERCUMA apabila anda membeli produk shaklee daripada saya :)  
 
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
 

Tuesday, 4 December 2012

Congratulations Kepada Pemenang GiveAway Irsya Healthy House



Salam pagi :)

Hari ni Irsya Healthy House akan mengumumkan pemenang-pemenang yang telah menyertai First GiveAway By Irsya Healthy House sejak dilancarkan pada 26hb November 2012 dan berakhir semalam, 3hb Disember 2012

Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang :)

Kepada yg tak berjaya, boleh cuba next giveaway yaaa :)
*In Shaa Allah*

SENARAI NAMA PEMENANG 
FIRST GIVEAWAY BY IRSYA HEALTHY HOUSE:




PERHATIAN KEPADA PEMENANG BERTUAH:

1) Sila PM admin I.H.H di FANPAGE details anda seperti NAMA, ALAMAT, NO.TELEFON bagi urusan pengeposan hadiah.
2) Anda jugak layak mendapat 10% diskaun untuk setiap pembelian fullpack, HANYA SAH SEBELUM 31 DISEMBER 2012. *Tidak termasuk promo utk bulan ini*

TQ
***** 

_Mohon maaf atas salah silap & segala kekurangan sepanjang giveaway ini dijalankan. Sesungguhnya yang baik itu datang dari-Nya dan yang kurang itu datang dari pihak admin sendiri._

Atasi Masalah Rambut gugur

Masalah keguguran rambut hari ini bukan sahaja berlaku pada golongan lelaki malah golongan wanita juga terdedah dengan risiko rambut gugur. Jom kita tengok jenis-jenis keguguran rambut di kalangan wanita :

1) Akibat Hormon
Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan keguguran rambut. 90% wanita yang putus haid mengalami   keguguran rambut.

2) Keguguran rambut pra-matang
Masalah ini berlaku akibat rambut mula gugur secara beransur-ansur sewaktu remaja dan akhirnya mengakibatkan kebotakan. Bagi kes-kes serius, ia mungkin mengakibatkan kehilangan rambut apabila individu mencapai umur 30 tahun.

3) Selepas bersalin
Kebanyakan para ibu akan berhadapan dengan masalah keguguran rambut yang agak ketara selepas bersalin. Rambut yang gugur selepas bersalin adalah rambut yang kebiasaannya akan gugur sewaktu sembilan bulan kehamilan tetapi tidak gugur dan kini akan gugur dari bulan ke-2 hingga ke-6 selepas bayi dilahirkan. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir 40% wanita yang mengandung dan boleh menjadi suatu pengalaman yang menakutkan serta mengecewakan bagi wanita. Walaupun rambut baru tidak dihasilkan, folikel-folikel kekal hidup. Secara tidak lansung ia memberi harapan bahawa rambut baru masih boleh tumbuh. Namun, sekiranya TIDAK DIRAWAT, ia boleh menjadi kehilangan rambut yang kekal. Keguguran rambut juga ketara pada wanita-wanita yang menyusukan bayi mereka.


Semestinya para wanita yang mengalami masalah keguguran rambut ini ingin mencari jalan penyelesaiannya. Pengambilan suplement adalah penting untuk rambut. Ia adalah kaedah merawat dari dalam.



testimoni seseorang yang pernah mencubanya :




Jom kita tengok set penjagaan rambut yang berkesan :
1) Zinc

2) Energizing Soy Protein (ESP)

3) Multivitamin

4) Revitalizing syampoo





p/s : jika anda kekangan bajet, anda boleh mencuba 2 supplement WAJIB iaitu ZINC dan ESP..tetapi jika anda mempunyai bajet yang banyak seeloknya anda mengambil ke semua set ini untuk kesan yang maksimum..;)

sumber


Untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat pesanan, anda boleh:
1. LIKE fanpage IRSYA HEALTHY HOUSE
2. Email ke melurbunga@rocketmail.com
3. SMS di talian 012-9362692
 Dapatkan konsultansi PERCUMA apabila anda membeli produk shaklee daripada saya :) 
:
:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...