SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Wednesday 22 May 2013

Keputihan Jangan Pandang Remeh

Salam Sayang Semua ^_^

Topik untuk entry kali ni adalah berkaitan dengan keputihan. Sesuatu yang seringkali berdamping dengan insan yang bergelar wanita..terutamanya ketika menjelang waktu period atau selepasnya..ataupun ketika sedang hamil dan selepas kelahiran.


Apa itu Keputihan?

Keputihan adalah cecair atau lendir yang dikeluarkan oleh vagina. Keputihan yang normal adalah berwarna putih atau jernih dan jika keputihan selain warna itu dan berbau atau menagalami gatal-gatal dibahagian tersebut, kemungkinan telah berlaku jangkitan. Dan kebanyakan jangkitan yang berlaku adalah disebabkan oleh kulat. Jadi jangan pandang remeh yer keputihan anda!

Lazimnya, keputihan berlaku sewaktu kita stress ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah. Manakala wanita hamil juga mengalami masalah ini dan dikhuatiri mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil.

Jom lihat, apakah disebalik warna keputihan anda.

1. Jernih
Jika lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau kerana keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Selalunya lelehan berwarna jernih seperti ini akan keluar dua minggu menjelang haid, sekitar waktu subur dan apabila hormon estrogen berlebihan mahupun stress. Keputihan ini juga seringkali dialami oleh kebnayakan wanita hamil.

2. Putih
Lelehan berwarna putih, berair dan berbau busuk. Malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan anda menderita jangkitan yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans.

Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita.

3. Putih Pekat
Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tak menyenangkan, kemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Jangkitan juga turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.



4. Coklat
Lelehan berwarna coklat dan berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna tersebut timbul akibat pendarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar menjadi warna coklat.

5. Kuning Kehijauan
Jika keluar lelehan berupa kuning kehijauan, berbuih, gatal, berbau busuk, sangat banyak dan sakit disekitar kawasan bahagian intim serta kemerahan pada vagina, kemungkinan besar anda mengalami jangkitan yang disebabkan oleh kuman protozoa trichomonas vaginalis.

6. Kuning
Jangkitan yang disebabkan oleh nisseria gonorrhoe mungkin berlaku apabila lelehan yang keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan; sakit di daerah sekitar kemaluan serta sakit ketika anda membuang air kecil.

Masalah keputihan ini boleh bertambah serius jika tidak ditangani segera. Jika anda masih bujang, ia juga berpontensi mengganggu tahap kesuburan apabila berkahwin kelak.
Jika anda berjumpa doktor atau pakar, mereka akan memberikan antibiotik kepada anda.

Anda juga boleh berikhtiar dengan meminum air rebusan pegaga, atau membasuh 'Miss V' anda dengan air sireh yang telah direbus. Selain itu juga, dengan mengamalkan alfalfa juga, in shaa Allah dapat membantu menyelesaikan masalah keputihan anda ini. Alfalfa adalah sejenis tumbuhan yang kaya dengan zat dan mineral antaranya kalsium, magnesium, zat besi, phosphorus, pottasium, chlorine dan juga vitamin k.



Selain membantu merawat keputihan, alfalfa juga bertindak sebagai...

  • Milk booster kepada ibu yang menyusukan
  • Menghasilkan agen anti-radang untuk merawat gout dan arthritis
  • Merendahkan kandungan gula bagi penghidap diabetis dan meransang penghasilan insulin
  • Merawat jangkitan kulat

klik link di bawah untuk melihat testimoni pengguna alfalfa:



Untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat pesanan, anda boleh:
1. LIKE fanpage IRSYA HEALTHY HOUSE
2. Email ke melurbunga@rocketmail.com
3. SMS di talian 012-9362692
 Dapatkan konsultansi PERCUMA apabila anda membeli produk shaklee daripada saya :) 






:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Wednesday 8 May 2013

JANGAN ABAIKAN PENGAMBILAN ASID FOLIK


APA ITU ASID FOLIK dan KEPENTINGANNYA?


Asid folik adalah vitamin yang WAJIB diambil oleh wanita-wanita yang sedang hamil dan yang merancang untuk kehamilan. Ia adalah salah satu vitamin yang wujud dalam kelompok Vitamin B.

Ia juga boleh didapati secara semulajadi dalam sayuran hijau seperti ayam, asparagus dan brokoli, dan kekacang sebagai folat.

Vitamins B with Folic Asid

Pengambilan asid folik juga telah disarankan oleh para doctor agar diambil 3 bulan sebelum anda dan pasangan merancang untuk mengandung dan diteruskan sehingga hamil trimester pertama dan diharuskan mengambil sepanjang kehamilan.

Pengambilan vitamin asid folik yang kurang sebelum hamil dan awal kehamilan boleh meningkatkan risiko mempunyai kehamilan yang terjejas oleh kecacatan tiub neural seperti spina bifida, dimana ia terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna yang boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal,ataupun Anencephaly iaitu otak dan tempurung tidak terbentuk sempurna.

"Vitamin B12 is essential for the functioning of the nervous system and for the production of red blood cells," says Duane Alexander, MD, director of the National Institute of Child Health and Human Development, which funded the study. "The results of this study suggest that women with low levels of B12 not only may risk health problems of their own, but also may increase the chance that their children may be born with a serious birth defect."


12 minggu yang pertama dalam kehamilan, otak dan system saraf bayi anda sedang berkembang dan membentuk dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah amat penting untuk mengambil asid folik setiap hari.

Anda boleh mengambil langkah-langkah sebelum dan semasa hamil untuk mengurangkan risiko mempunyai bayi yang dilahirkan dengan kecacatan kelahiran. Langkah-langkah tersebut termasuklah mengambil multivitamin setiap hari dengan asid 
folik (400 mg), tidak merokok dan tidak minum alcohol semasa mengandung.


Jadi, anda diluar sana, yang sedang membaca jom sebarkan tentang kesan dan akibat kekurangan asid folik ni pada wanita-wanita disekeliling anda.


Jangan ambil mudah bekalan asid folik anda.

Cegah ianya sebelum terjadi.



hubungi saya untuk konsultansi PERCUMA!

SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD Area: 





*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...