SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Wednesday 3 August 2016

15 Tanda Anda Alami Rabun Silau, No #3 Mungkin Paling Kerap Terjadi Tanpa Anda Sedar

Sekarang kalau dilihat pada trend, ramai yang suka mengayakan spek mata besar atau bulat. Adakah ia hanya sekadar trend atau anda memang mempunyai masalah mata seperti rabun atau silau?



Hakikatnya, masih ramai yang berkaca mata dan mempunyai masalah seperti rabun dan silau yang tinggi berusaha untuk bebas dari terus menerus memakai spek mata. 

Jika berkemampuan boleh terus dapatkan rawatan laser. Tapi kalau kurang berkemampuan, kena teruskan jugalah pakai spek mata tu walau rasa rimas, susah untuk mengayakan pelbagai gaya tudung atau asyik terpaksa bertukar ganti spek, maklumlah kadang terpijak terduduk tu antara fenomena biasa kan..

Antara lain masalah bila rabun dan silau ni adalah rasa gerun dan kurang selesa memandu terutamanya ketika waktu malam. 

Apa itu Rabun Silau?


Rabun silau dipanggil Astigmatisme dalam istilah perubatan, berlaku adalah disebabkan oleh imej yang terbentuk lebih dari satu titik fokus oleh permukaan kornea yang tidak rata. Apabila ini berlaku, cahaya yang masuk tidak dapat difokuskan pada satu titik sahaja lalu membentuk imej yang kurang jelas.

Gejala Yang Kerap Dihidapi Oleh Penghidap Rabun Silau:

  1. Imej atau objek yang dilihat adalah kurang jelas
  2. Berasa perit pada bahagian mata
  3. Sakit kepala dimana tahap kesakitan sakit kepala yang berbeza-beza mata
  4. Mudah merasa letih
  5. Mata tidak selesa
  6. Imej dekat dan jauh kelihatan kabur
  7. Sensitif pada cahaya
  8. Ketegangan mata
  9. Mata berair
  10. Pandangan berlapis
  11. Penglihatan upside down
  12. Pandangan terherot
  13. Juling
  14. Susah memandu waktu malam, kadang pandangan nampak dua
  15. Mata sering berkelip atau sering menutup mata

Cara Mengatasi Masalah Rabun Silau
  • Lihat pokok hijau dalam tempoh 10 minit pada setiap pagi. Berdiri pada satu posisi dan fokus kepada titik tersebut.
  • Elakkan membaca buku atau melihat skrin telefon dalam suasana cahaya yang samar.
  • Banyakkan makan makanan yang mengandungi sumber Vitamin A seperti minum jus lobak merah tanpa ais atau gula.
  • Jangan lihat skrin komputer terlalu lama. Rehatkan mata setiap 30 minit dengan cara pejam dancelit berulangkali untuk meregangkan otot mata.
  • Makan supplemen Vitamin A untuk membantu kesihatan mata.

Pengambilan Vitamin A untuk Kesihatan Mata


Seseorang yang kekurangan vitamin A dapat terkena xeroftalmia, dimana bola mata menjadi kering, kornea mengeras dan pembengkakan kelopak. Jika tidak diatasi, ianya boleh menyebabkan kebutaan kekal.

Fungsi lain vitamin A adalah mencegah pembentukan radikal bebas yang dapat merosakan sel retina dan kanta. Ia juga bermanfaat sebagai pencegah katarak dan penyakit retina seperti degenerasi makula.

Pengambilan vitamin A harus diambil dengan dos yang sepatutnya iaitu 7500mcg sehari atau mengikut keperluan dan usia. Jika terlebih pengambilan dikhuatiri boleh menyebabkan keracunan.

Carotomax Pilihan Tepat untuk Mata Sihat


Jadi elok sangatlah jika anda mengambil carotomax sebagai supplemen harian anda untuk kembalikan mata anda agar lebih sihat dan mengurangkan power spek akibat rabun silau...


Carotomax adalah beta karotena merupakan preskipsi vitamin A yang didapati selamat untuk pengambilan berbanding vitamin A.

Secara umumnya, carotomax membantu:
  • kesihatan retina mata
  • kesihatan tulang
  • kesihatan tisu kulit
  • pembentukan sel darah putih dan sel darah merah
  • pembentukan membran mukus
  • mengekalkan sistem imunisasi badan yang sihat



23 comments:

  1. tq sangat berguna info ini.....

    ReplyDelete
  2. Cth :- kite sedang bawa moto then mata kite terkena cahaya matahari lepastu kita nak belok nampak kabur² if mata kite dh berair pastu xnampak jalan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...