SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Showing posts with label Resepi Masakan. Show all posts
Showing posts with label Resepi Masakan. Show all posts

Wednesday, 15 April 2015

Resepi Cheesekut Paling Mudah


Sebenarnya, teringin nak buat tapi belum terbuat-buat lagi. Jadi sebelum resepi hilang mari kita salin dalam blog supaya bila bahan ada dan kerajinan tu muncul boleh la godek balik kan. Kalau korang rajin nak buat, mai hantaq sikit kat buyong ni yer...hehe ;)




Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Cream cheese (250g)
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • biskut deluxe crackers (original flavour)
  • nestum
  • Susu segar dutch lady (untuk celup biskut)


Cara penyediaan :
  1. pukul cream cheese guna stand mixer sampai hancur
  2. masukkan 1/2 tin susu pekat (boleh kurang atau lebihkan jika suka manis)
  3. putar bahan hingga sebati
  4. ambil biskut dan celupkan ke dalam susu segar (jangan terlalu lembik sangat)
  5. susunkan biskut ke dalam loyang (tak perlu patahkan)
  6. sapukan cream cheese yang dipukul tadi ke atas susunan biskut dalam loyang dan taburkan nestum
  7. ulang semula step yang sama, celup biskut, susun dalam loyang, sapu cream cheese dan tabur nestum
  8. bila dah siap susun, lebihkan cream cheese dan nestum di bahagian topping atas.
  9. sejukkan dalam peti ais.

Taraaa..siap dah boleh makan ^_^

kredit resepi : facebook aneka resepi dan kuih muih

Thursday, 18 September 2014

Resepi Labu Panggang

Resepi mudah labu bakar


Bahan:

  1. Sebiji labu
  2. Serbuk lada hitam
  3. Garam halus
  4. Mentega
  5. Aluminium foil


Cara penyediaan:

■ Potong buah labu kepada 10-12 belah (ikut suka dan kebesaran buah labu anda)

■ Taburkan sedikit serbuk lada hitam dan garam di setiap hirisan buah labu.

■ Kemudian, letakkan hirisan mentega ke atas hirisan buah labu.

■ Setiap hirisan buah labu itu tadi hendaklah diletakkan dalam aluminium foil dan dibalut elok.

■ Selepas dibalut, bolehlah bakar dengan api yang kecil.

Rupa labu yang dibungkus dalam aluminium foil.


Sedap! Labu yang sedia untuk dimakan.

Selamat Mencuba ^_^


Saturday, 26 July 2014

Resepi Karamel Sedap


Custard Caramel Marvelous

Bahan A (Caramel)

  • 50gm gula pasir


Sediakan Karamel

  1. Masak gula pasir dalam periuk sehingga larut dan jadi perang sedikit.



Bahan B (Kastard)

  • 3 biji telor
  • 30 gm gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air masak
  • esen vanilla


Caranya:

  1. Pukul campuran telor dan gula sebentar.
  2. Masukkan susu cair, secawan air dan sedikit esen vanilla.
  3. Kacau sehingga rata (pukul perlahan)
  4. Masukkan dalam acuan karamel.
  5. Kukus selama 30 minit


Dan ini hasilnya....



SELAMAT MENCUBA ^_^
posted from Bloggeroid

Tuesday, 8 July 2014

RESEPI : Cara Buat Laksam yang Mudah dan Sedap

Resepi ini perkongsian daripada rakan facebook saya, cara buat laksam yang mudah dan sedap ;)


Resepi laksam (12 gulung)
  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tpg gandum
  • sedikit garam
  • 4 3/4 cawan air suam
  • 3 sudu besar minyak masak

campur semua bahan2 diatas sehingga sebati...ketepikan sebentar

* panaskan periuk kukusan..sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang disapu dengan minyak masak
* masukkan bancuhan tpg tadi dlm loyang atau tudung periuk ...jgn tebal jgn nipis...agak2 la ye..kalau saya guna 3 senduk setiap adunan ...kukus dlm 5 minit..
*angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dgn air paip supaya sejuk..
Air paip dialirkan pada bahagian bawah periuk setelah laksa tu masak supaya mudah dikluarkan dr loyang

* guna hujung sudu atau bende yang boleh cungkil laksam ni kluar dr loyang...terus gulung dr loyang tersebut hingga habis..
*kukus lagi adunan laksam tadi shingga habis..



Kuah laksam 6 orang makan

  • 3 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan tuk kuah nanti
  • 2 biji bwang sederhana besar
  • 2 ulas bawang putih.. 
  • sedikit je halia
  • 1/2 sdu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
  • sedikit belacan
  • 1/2 periuk santan pekat (agak2 6 org mkn + tambahan)
  • garam , gula
  • 2 keping asam gelugur


* ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan 
* bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar bersama2 dgn isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dlm blender supaya senang kisaran..
* masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi ..masukkan baki air rebusan ikan 
* kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula
* masak hingga mendidih..dgn api sederhana


Nota: belacan bakar- jika suka masukkan dlm laksam

Dihiris halus :
  • ulaman
  • kacang panjang
  • timun
  • tauge
  • kobis


Sambal laksam :
Semuanya kisar/tumbuk halus
  • sambal lada
  • sedikit belacan
  • lada merah
  • cili api merah
  • garam sikit 

sedapnya...laksam ;)

Selamat Mencuba
Selamat Menjamu Selera




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...