SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Saturday 28 December 2013

Cara Mudah Hilangkan Make-Up!

Assalammualaikum, salam sayang semua ;)

Pihak irsyahealthyhouse (IHH) nak share serba sedikit tentang tips kecantikan pulak kali ini. Al-maklumlah, kecantikan dan wanita sangat-sangat la tak boleh dipisahkan..tak gitu ;)

Biasanya, wanita gemar bersolek kan..anda yang sedang membaca ni pon mesti suka bersolek jugak..kan..kan.. ^_^ . Admin sendiri suka jugak bersolek ni, waima hanya secalit lipstik dan bedak tabur je. hehe.. So bila dah make-up ni, kadang-kadang sangat merimaskan bila part cuci-mencuci ni.. make-up taknak hilang lah atau make-up tak hilang habis dan masih ada saki baki di wajah tu kan. Jom ikuti cara mudah membersihkan wajah selepas disolek.

Antara bahan-bahan yang di perlukan :
  • wet wipes
  • pencuci muka
  • kapas
  • toner
Cara - cara menghilangkan make up di wajah :
  • Mula-mula, ambil wet wipes tadi dan sapukan ke muka dan lap bahagian-bahagian make up tadi. Selalunya, admin akan bersihkan kawasan muka dahulu dan kemudian baru bersihkan pulak make up di bahagian mata. Gunakan beberapa helai wet wipes dan pastikan sapu sehingga bersih.
  • Ok, next kita boleh cuci muka dengan pencuci muka. Dan semestinya pilihan saya adalah pencuci muka NUTRIWHITE SHAKLEE. Seeloknya, kita cuci muka dengan air yang sedikit suam.
  • Selepas itu, ambil kapas dan toner. Basahkan kapas dengan toner anda dan sapu ke wajah anda. Selesai sudahhh.. Mudah je kan.

Atau, kalau nak lagi mudah jika anda taknak gunakan wet wipes. Anda juga boleh gunakan yang ini :

Gentle Action MakeUp Remover
Fakta ringkas mengenai Gentle Action Make-Up Remover :
  • Membersihkan kesan solekan dengan berkesan
  • Meninggalkan kesan kulit yang halus, lembut dan berseri
  • Beech Tree Buds bertindak lembut menanggalkan sel-sel kulit mati tanpa meninggalkan kesan
  • Aloe Vera yang menyegarkan
  • Bercahaya, tidak berminyak dan menyenangkan

Nutriwhite Gentle Action Make up remover, formula lembut, tidak berminyak , berkesan untuk membersihkan solekan. Bebas Bau. 

Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Baca ni pulak...

Amacam...menarik tertarik tak? eheehe..jangan pikir lama-lama, kulit kita keyakinan kita, kulit cantik bertambah yakin dengan diri..kalau kulit dahhhh...diri sendiri pon malu kan. Tak perlu berkira sangat..bukan pakai untuk orang lain kan. 

Dah lah tu, setiap bekas ni tahan lama tau..ada yang guna sehingga 9-10 bulan (bergantung pada penggunaan). Jujurnya, saya sendiri pon dah guna hampir 5 bulan pencuci muka nutriwhite shaklee ni..siap share dengan husband tau ;) So, terbukti produk shaklee ni memang sesuai untuk lelaki dan wanita, okay!

Masih ragu-ragu?
jom klik ~> TESTIMONI NUTRIWHITE BEST <~ sekarang!

"Keanggunanmu menyerlahkan keyakinan diri"

Order sekarang!

Hubungi saya...
email | irsyahealthyhouse@gmail.com
sms|whatsapp SHA 012-9362692

note:
setiap pembelian dengan saya akan mendapat konsultansi berterusan dan akan diguide dengan cara pengambilan supplemen shaklee yang betul. Hanya ekslusif utk pelanggan saya sahaja. tqsm :)

Tuesday 17 December 2013

Set Kesuburan Shaklee Bantu Hamil

Assalammualaikum dan Salam Sayang untuk anda semua ;)

Ramai yang bertanya pada saya, shaklee ni takde ke set untuk yang nak hamil or dalam erti kata lainnya, SET KESUBURAN. Al-maklumlah, bila dah berumahtangga ni soal anak mesti dibangkitkan oleh orang-orang sekeliling kita kan, tak kisahlah walaupun baru berkahwin ke atau dah berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Awal-awal perkahwinan bila orang ajukan soalan berkaitan anak, pastinya kita anggap sebagai gurauan nakal...tapi bila dah bertahun asyik bertanya soalan yang sama, pastinya sedikit sebanyak membuatkan kita juga berasa susah hati. Jika anda sudah lama berkahwin dan masih belum menunjukkan tanda-tanda hamil, eloklah berjumpa pakar dulu untuk mengenalpasti masalah-masalah kesihatan, jika ada. :)

Dan jika anda ingin berusaha dan berikhtiar untuk hamil, saya sarankan anda untuk mencuba SET KESUBURAN SHAKLEE. Salah satu punca ketidaksuburan seseorang itu, adalah juga disebabkan kekurangan nutrien yang diperlukan dalam badan dan sistem reproduksif untuk membantu proses persenyawaan!


Set Kesuburan Shaklee untuk suami mengandungi Vita-lea, B-Complex, Vita-C,Vitamin E dan Zink

Set Kesuburan Shaklee untuk isteri mengandungi Vita-lea, B-Complex, Vita-C, Alfalfa dan GLA Complex

Apa fungsi setiap vitamin ni dalam kesuburan?

Multivitamin dan Multimineral (Vita Lea) membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Pendekatan ia memenuhi ruang-ruang kosong dalam tubuh kita di mana mungkin kita tak cukup vitamin/mineral dari diet kita. Jadi bila badan dah cukup nutrien, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.

Vitamin B Complex penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida.

Vita C pula untuk pembinaan dan pemulihan sel. Serta menguatkan system imun badan.

Alfalfa untuk wanita membantu dalam hal-hal organ kewanitaan dan menyelesaikan masalah seperti keputihan dan sebagainya. Alfalfa juga bertindak sebagai ‘kacip fatimah’ tau…eheehe

Vitamin/produk yang memainkan peranan dalam kesuburan ini adalah GLA Complex untuk wanita dan Zinc Complex untuk suami. Bagaimana kedua-dua ini berfungsi?


GLA Complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antaa kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari. Zinc pula membantu menguatkan sperma.



Dengan gabungan nutrien diatas ini, memberikan anda lebih sinar untuk menimang cahayamata. In shaa allah. Yang penting jangan putus asa, teruskan berusaha dan berdoa pada-Nya!

Testimoni pelanggan saya yang sudah hamil setelah mencubanya. Jom baca.



set kesuburan shaklee


Syukur alhamdulillah :)

Lagi testimoni berjaya hamil dengan set kesuburan shaklee!

Anda pula bagaimana? Ingin berikhtiar seperti mereka? jom hubungi saya dan dapatkan FREE CONSULTATION mengenai Set Kesuburan Shaklee ini sekarang!!!

contact me:
sms|whatsapp : 012-9362692
email : irsyahealthyhouse@gmail.com
FB Page : Irsya Healthy House

note : setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda layak untuk mendapat consultation berterusan, cara pengambilan supplemen yang betul dan dapatkan tips-tips ekslusif secara percuma.

Sunday 8 December 2013

Punca Ketidaksuburan Wanita

Salam sayang semua pembaca setia IrsyaHealthyHouse =)

Topik untuk hari ini adalah berkaitan tentang masalah dan punca ketidaksuburan yang mungkin mengganggu wanita yang sedang berusaha untuk mengandung di luar sana.

Tahukah anda, bahawasanya pada kehidupan masa kini, 11% daripada manusia mengalami masalah reproduktif dan berhadapan dengan ketidaksuburan pasangan. Jika anda berumur 35 tahun dan ke atas, tidak mencapai kehamilan selepas enam bulan mencuba perlulah berjumpa dengan doktor pakar perubatan. Manakala jika anda wanita muda yang belum hamil selepas setahun mencuba, juga harus mendapatkan khidmat doktor.

Terdapat beberapa sebab dan masalah mengapa ini semua berlaku. Antaranya:

1. Terlalu obes
Disebabkan peningkatan berat badan yang sering berlaku secara mendadak setelah berkahwin dan secara tidak langsung pusingan kitaran haid turut mengalami gangguan. Masalah ini akan membuatkan mereka langsung tidak subur ataupun kurang subur kerana persenyawaan tidak berlaku disitu.

2. Gangguan pada pangkal rahim atau Cervical Mucosa (CM)
Ini berkaitan dengan mukus pangkal rahim yang tidak mencukupi. Mukus adalah konsep yang sangat diperlukan kerana sperma dipelihara oleh CM dan juga dibawa oleh CM. Satu lagi masalah yang boleh ditentukan adalah dengan pemeriksaan CM apabila wanita alah dengan sperma lelaki. Ini secara tidak langsung akan merosakkan dan memusnahkan sperma itu sendiri.

3. Endometriosis/ tisu dari selaput dalam rahim tumbuh di luar rahim
Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam raim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid

Oleh itu, campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar darah kotor atau darah haid. Gejala-gejala biasa yang sering dialami oleh pesakit endometriosis antaranya inflamasi, sakit ketika haid, haid yang banyak, ketulan darah yang besar, ovarian cyst, sakit ketika buang air besar, darah berketul-ketul sebelum haid, pendarahan yang luar biasa, ketidaksuburan, senggugut yang teruk di pengakhiran haid, sakit di bahagian ari- ari dan sakit ketika bersama pasangan.

4. Gangguan pada hormon
syndrome polycystic atau PCOS adalah gangguan hormon yang boleh menjejaskan keupayaan wanita untuk hamil. Wanita yang mempunyai PCOS menghasilkan lebihan hormon lelaki iaitu androgen seperti testosteron dalam ovari. Ovari polisistik terbentuk apabila terdapat banyak sista yang wujud dalam corak bergugus yang teraturdengan sendiri, malah kelihatan seperti segugus buah anggur. Sista ini merupakan folikel yang gagal untuk membesar dan tidak mengeluarkan ovum atau tidak mengalami pengovulan. Saiznya berukuran sebesar 2-8 mm sahaja.

Tanda sindrom PCOS ini termasuklah haid tidak teratur, berat badan berlebihan (obes) dan ciri hormon androgen berlebihan dalam badan. Selain itu, penyebab wanita penghidap PCOS ialah faktor genetik atat keturunan, kegagalan pengovulan kerana tekanan perasaan dan diet yang salah, kegagalan badan untuk bertindak balas dengan insulin dan kerintangan insulin.

Wanita yang menghidap PCOS akan mengalami masalah kesihatan jangka panjang seperti berisiko lima kali ganda untuk mendapat kanser rahim, tiga kali ganda untuk mendapat kanser ovari, mudah mendapat penyakit diabetes dan mempunyai masalah sukar untuk hamil.

5. Gangguan ovulasi
Wanita perlu mengeluarkan telurnya untuk proses ovulasi. Proses ovulasi terjadi apabila sperma telah melekat di dinding rahim. Apabila ini berlaku maka terjadilah proses persenyawaan antara sperma dan ovum. Jika berlaku gangguan antara salah satu proses di atas maka ini menyebabkan berlakunya gangguan pada ovulasi tersebut. Faktor-faktor lain yang menyebabkan gangguan ovulasi adalah penggunaan alkohol, makan yang berlebihan dan lain- lain.

6. Penyakit/ kemusnahan saluran tiub fallopian

Penyakit kelamin boleh menyebabkan kerosakan pada tiub. Antara penyakit tersebut adalah chlamydia atau gonorrhea. Tiub mungkin juga telah rosak semasa pembedahan sebelumnya apabila ektopik memerlukan pembedahan dan tiub tidak boleh di simpan ataupun telah rosak disebabkan kehamilan ektopik. Endometriosis juga boleh merosakkan tiub.

7. Gangguan rahim
Rahim adala tempat di mana janin membesar. Janin memerlukan tempat yang cukup sempurna untuk pembedahan yang normal. Fibroid adalah ketumbuhan di mana ia berlaku di dalam rahim. Kebanyakan masalah rahim boleh dirawat dengan kaedah pembedahan.

Credit to, Dr. Rushmini Maris Bt. Ismail, Majalah Wanita

Saya juga ingin mengesyorkan kepada semua, yang sedang berikhtiar untuk hamil agar mencuba 
SET KESUBURAN SHAKLEE ...
 in shaa Allah, mampu meningkatkan tahap kesihatan dan kesuburan anda!

Dapatkan FREE CONSULTATION anda sekarang.

Hubungi saya di...
email | irsyahealthyhouse@gmail.com
sms/ whatsapp | 012-9362692

note:
 setiap pembelian dengan saya, anda akan diberikan jadual makan supplemen dengan betul dan saya akan guide cara pengambilan anda. Disamping itu juga, semestinya saya akan share kan tips- tips ekslusif di dalam secret group, hanya untuk pelanggan saya sahaja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...