SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Wednesday 8 July 2015

Iftar di Restoran Hotmas Sungai Petani

Sepanjang bulan Ramadhan bagi 1436H, semalam merupakan kali pertama kami sekeluarga berbuka puasa di luar. Kebiasaannya memang akan berbuka dirumah saja, nak ke bazar ramadhan pon rasa malas. Tapi adalah jugak menjengah apa yang menarik di bazar. Namun, semuanya macam tidak kena dengan selera.

Sebenarnya bukan nak bercerita kisah bazar ramadhan, tapi puasa tahun ni merupakan tahun kedua berturut-turut sambut ulang tahun kelahiran dalam bulan Ramadhan. Jika tahun lepas, celebrate birthday dan berbukak puasa di Menara Alor Setar, tahun ini sekali lagi saya diberikan kesempatan menyambut ulangtahun kelahiran didalam bulan yang penuh keberkatan ini. Alhamdulillah, syukur Ya Allah, juga masih memberikan pinjaman oksigen untuk terus bernafas sehingga hari ini.

Jika tahun lepas, hanya saya, suami dan baby rayy. Tahun ini turut disambut bersama dengan mak, ayah dan adik-adik di Restoran Hotmas, Sungai Petani. Agak jauh sebenarnya jika saja-saja nak ke sini dari tempat saya, tapi alang-alang berbuka puasa disini boleh juga diteruskan dengan aktiviti mencari baju raya 2015.

Kami bernasib baik, waktu sampai di Sungai Petani dalam pukul 5.45 petang. Terus pergi ke restoran dan menempah makanan dan minuman untuk berbuka. Alhamdulillah masih ada lagi meja kosong, kebiasaannya kedai ni  selalu penuh. Hari-hari biasa pun memang selalu meja tak cukup. Pelanggan lebih dari bilangan kerusi dan meja yang ada. hehe. Owner kedai ni, ambil inisiatif membuka khemah di luar kedai dan menyediakan ruang tambahan untuk pelanggan berbuka, tak perlu rebut-rebut yer...hihihi

Antara menu special berbuka kami hari ini :)


chicken chop


Lamb Chop... favorite all time :)
Yang lain, antara pilihan hati ialah nasi goreng kambing dan nasi goreng qaseh. Tapi malangnya kedua-dua jenis nasi goreng ni tak sempat nak 'selfie'..hehe.

Dah puas bersantap, maka kami pon meneruskan perjalanan ke butik pakaian untuk mencari baju raya.

selfie dulu :)

Saturday 4 July 2015

Petua Mencegah Bayi Demam Kuning (Jaundis)






Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan uang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu.


Namun, jika bacaannya terlalu tinggi, maka perlu segera dapatkan rawatan di hospital, antara rawatan yang mungkin disarankan oleh doktor adalah seperti kaedah fototerapi. Terdapat juga kaedah lain dapat merawat masalah demam kuning pada bayi anda, ianya bergantung kepada tahap bacaan bilirubin dan saranan oleh doktor pakar.


Tetapi, ada juga yang berpendapat bahawa demam kuning ini boleh dicegah sedari dalam kandungan lagi. Antara petua yang selalu dikongsi yang boleh diamalkan oleh ibu hamil bagi mencegah jaundis adalah seperti :

  • Mengamalkan minum susu kambing setiap hari, boleh diambil semasa sarapan atau sebelum tidur.
  • Mengamalkan makan buahan seperti buah delima.
  • Makan 3 sudu madu tanpa air atau minum air dicampur lima sudu masu setiap hari.
  • Jadikan buah kurma sebagai sarapan setiap hari.
  • Minum air kelapa muda setiap hari ketika hampir bersalin.

Selain daripada petua yang dikongsi ini, ibu hamil juga boleh mencuba set vitamin ibu hamil shaklee untuk membantu mencegah demam kuning juga, macam yang diperkatakan oleh mereka ini :





Apa-apa pun, ini adalah sebahagian daripada ikhtiar kita dalam mencegah demam kuning pada anak yang bakal dilahirkan nanti. Tidak ada salahnya mencuba petua yang dikongsikan ini. Semoga bermanfaat untuk semua ibu-ibu :)

nota kaki: pernah rasa berpisah dengan anak selepas beberapa hari bersalin sebab masalah jaundis ni. sedih sangat rasa hati tu. so kali ni harap sangat tiada masalah jaundis yang tinggi sehingga kena buat rawatan fototerapi di hospital.


Wednesday 1 July 2015

Zinc Bantu Sembuhkan Luka Bersalin atau Pembedahan dengan Cepat

Sejak saya berkecimpung dalam dunia makanan tambahan ni, semakin luas pergaulan saya dengan rakan-rakan sosial terutamanya team susur galur kami. Dengan pelbagai latar belakang, sedikit sebanyak kami dapat berkongsi info mengenai apa jua terutamanya bidang kesihatan dan keibubapaan.

Antara yang menjadi topik yang pernah dibualkan kami adalah berkenaan penjagaan selepas bersalin terutamanya ibu yang melahirkan bayi menggunakan kaedah pembedahan. Saya bersalinkan baby rayy secara normal, jadi bila kawan-kawan memperkata tentang luka pembedahan ni saya memang kurang arif. Tapi bagaimanapun saya tertarik dengan seorang rakan yang juga seorang doktor perubatan bahawa, elakkan mengambil pati ikan haruan.

Kenapa?

Beliau kata, memang luka seperti cepat sembuh tetapi hakikatnya luka yang sembuh itu hanya dibahagian luar dan tidak dibahagian lapisan dalam. Ternyata rakan-rakan yang berpengalaman bersalin pembedahan (ceaser) bersetuju.

Sewaktu saya berpantang 3 tahun lepas, saya ada juga mengamalkan makan sup ikan haruan dan mengambil pati ikan haruan tetapi itupun setelah hampir sebulan bersalin. Namun, saya tidaklah gusar sangat mengenai luka bersalin tu kerana dengan izin Allah luka saya tidaklah banyak ataupun teruk dan saya juga turut mengamalkan set berpantang shaklee yang mengandungi vitamin seperti zinc, protein dan vitamin c yang sangat membantu menyembuhkan luka dengan cepat.

Rebut Peluang Dapatkan Emas Secara PERCUMA

Semalam baru selesai closing untuk bulan jun.
Hari ni dah masuk bulan Julai. Bulan kelahiranku..hehehe.
happy birthday to me ^_^

gambar: birthdaycakemster.com

Bukan setakat bulan kelahiranku, tapi bulan Julai juga bermakna untuk diri ini yang berjaya naik rank pada bulan ini juga. Hehe..kenangan yang tak boleh dilupakan, bagaimana kuat dan gigih untuk mencapai tahap ni.

Ok, itu kisah Julai yang lepas. Kali ni saya nak berkongsi pula kisah permulaan Julai bagi tahun 2015 ni. Hah...nak dijadikan cerita, super upline saya merangkap atuk dan nenek la dalam susur galur keluarga Shaklee ni ada buat tawaran meleleh baq hang... memang sangat rugi kalau tak rebut peluang ni. Tak perlu labur modal ratusan atau ribuan ringgit tetapi hanya perlukan komitmen dan usaha gigih je dan hadiahnya berupa EMAS! *bllinkk blinnkk



gambar sekadar hiasan..hihi

gambar: kedaiemasnazman.blogspot.com

Fuh! Gila tak suka...paling koman pon nilai emas sekarang RM160 segram kan. Oklah tu orang nak bagi percuma. Rebut saja peluang yang ada, apa salahnya mencuba nasib kan. hehehe. kawan-kawan tolong doakan saya yer, mana tau rezeki baby dalam perut ni.Amin ^_^


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...