SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Tuesday 30 September 2014

Fakta Mengenai Multivitamin Pertama Dunia



VitaLea Shaklee, Multivitamin Pertama Dunia

Pada tahun 1915, Dr.Forrest C.Shaklee telah mencipta "Vitalized Minerals", iaitu merupakan multivitamin pertama di dunia. Lihat gambar di bawah, perbezaan multivitamin dahulu dan kini yang telah ditambah dengan formulasi zat besi.

  

multivitamin pertama di dunia
Multivitamin pertama pada 1915

multivitamin shaklee
Vitalea kini dengan formulasi zat besi

Perbezaan Vitalea Shaklee dengan Multivitamin Lain

  • Vitalea  Shaklee adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta didunia. Dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan kemudian disingkatkan sebutan kepada "Vita-min". Perkataan vitamin yang kini disebut adalah berasal dari Shaklee.
  • Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya, dari cecair kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vitalea.
  • Setiap tablet Vitalea Shaklee mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.
  • Tablet Vitalea disaluti dengan serbuk nutrisi- spirulina.
  • Vitalea Shaklee merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Ianya dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai "Explo-Tab".
  • Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintergrasi dengan protein untuk penyerapan pantas oleh usus kecil.
  • Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vitalea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.
  • Pada tahun 2000, Vitalea Shaklee telah dipilih oleh Center For Science di Amerika Syarikat sebagai "The Best Multivitamin dalam Public Interest.

Pengedar Shaklee Malaysia

Senarai Pengedar Sah Shaklee Anda

Saya merupakan pengedar shaklee kubang pasu yang merangkumi kawasan Changlun, Sintok, dan Jitra. Selain itu, saya juga melakukan penghantaran sehingga ke Alor Setar dan Sungai Petani pada hujung minggu. Jika anda ingin dapatkan produk shaklee secara terus daripada saya ataupun anda ingin mendaftar sebagai ahli shaklee, hubungi saya di talian 012-9362692.

Selain menghubungi saya bagi kawasan Changlun dan Jitra, Kedah, anda juga boleh menghubungi salah seorang daripada team kami yang berdekatan anda. 

Berikut adalah senarai pengedar-pengedar sah shaklee berdekatan anda. Hubungi mereka untuk tempahan produk shaklee dan juga khidmat nasihat berkaitan kesesuaian produk dengan anda.

Terengganu:

Nama: siti rosnah
Kawasan cod : manir,kuala telemong,kuala berang,kuala terengganu
No.fon :0139156881
Emel : dikna_manja@yahoo.com
Blog : imanvitahouse.blogspot.com

Pahang

Nama: Julianah Jouhari
Kawasan cod : Felda Chemomoi, simpang pelangi bentong, triang
No.fon : 010-9894845
Emel : jueliya_85@yahoo.com

Selangor:

Nama: nura adila
Kawasan cod: kuala selangor, tanjung karang
No.fon :0194473176
Emel: nuraaril@yahoo.com

Kedah:

Nama: nur raihan
Kwsn cod:baling.kroh
No fon.0125813725
Emel:raihan_raiha@yahoo.com


Wakil Pengedar Seluruh Malaysia Diperlukan!

DAFTAR MENJADI AHLI SHAKLEE HARI INI

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya sekarang juga! Hanya Online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar Seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Group Exclusive di Facebook ”



Hubungi kami sekarang!

I'm Your Shaklee Independent Distributor
sha 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

Monday 29 September 2014

Pelbagai Sajian Menyelerakan di Pumpong

Setiap manusia semua mempunyai masa dan jumlah waktu yang sama iaitu 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Tapi bila kesibukan melanda rasa macam perlu lebih waktu sehari tu seperti 24 jam itu tidak mencukupi.

Sejak beberapa minggu ni saya sangat merasai masa itu berlalu terlalu cepat seakan terlalu mencemburui diri saya. Nasiblah kita ni bekerja sendiri, kitalah bos kitalah kuli, which is nak tak nak kita kena buat. Haruslah nak, kata nak dapat percutian percuma ke italy tahun depan bersama shaklee kan. *winkk..kenyit mata cikedd.

Hari ini, seperti biasa saya sememangnya mempunyai jadual yang padat. Tapi hari ini destinasi saya ialah ke Kedah Medical Center, Alor Setar Kedah. Selepas selesai urusan di sana, perut yang berbunyi ini terus minta diisi.

Pada mulanya rancang nak singgah berhenti makan di Nasi Lemak Royal yang terletak di Anak Bukit, berdekatan dengan Istana Anak Bukit. Tak jauh dari KMC tu dalam 15 minit sahaja. Tapi bila sampai di area Pumpong, terus berubah fikiran. Akhirnya, kami singgah di Restoren Dee Pumpong. Terdapat pelbagai jenis aneka lauk di sini. Pertama kali saya masuk, terus rambang mata tak tahu nak pilih, sudahnya tanya pelayan di situ. Hahaha.




Pemandangan pelbagai jenis lauk-pauk, dari dalam kuali sehinggalah ke hujung meja.



Kari kepala ikan..nampak pekat dan menyelerakan.




Akhirnya, kami pilih lauk lala, daging masak hitam, ikan keli, dan 2 jenis kerabu, kerabu togeh dan kacang botol. Air pula, kami pesan teh ais dan limau ais, Ringkas, tapi serius sangat menyelerakan. Anda patut mencubanya sendiri.

Pada mulanya bila tengok kedai macam was-was juga, sedap ke. Tapi betullah kata pepatah 'Jangan menilai sesuatu hanya dari luaran sahaja'. Bila dah masuk dalam kedai ni, memang rambang mata dengan pelbagai lauk yang ada dan paling penting sedap, makan sehingga pinggan licin oiii. Haha. Harga pula, berpatutan. Kami bertiga makan tadi kena RM34.80 termasuk air. Oklah kan, 

Maaflah tak sempat nak tangkap banyak lagi gambar, sibuk menjaga anak dan terkedu tengok lauk yang macam-macam jenis tu. Haha. Makan macam-macam ni balik nanti kita telan alfalfa dan herb-lax pulak tau, buang lelemak yang tidak diperlukan dan buang toksin dalam badan. Baru kekal sihat kan, inshallah. Mudah-mudahan.

Anda tahu restoran sedap di area kedah?
Cuba komen...mai cek nak pi rasa sat.

Sakitnya Sembelit, Punca dan Cara Atasinya

Elak Sembelit Pada Kanak-Kanak


Hati ibu mana yang tidak rasa susah, bila anak-anak tak sihat atau bila kita nampak anak seperti kesakitan. Sembelit pada anak kecil seringkali terjadi, ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti susu formula yang diambil kurang sesuai, kurang minum air masak, kurang pengambilan makanan yang berserat atau usus-malas.

Pentingnya ibu bapa mengambil berat tentang diet dan corak pemakanan anak anda bagi memastikan tahap kesihatan mereka sentiasa dalam keadaan terbaik. Kanak-kanak seharusnya diberikan pemakanan seimbang yang mengandungi semua nutrisi dan mengandungi makanan yang tinggi dengan serat untuk membantu sistem penghadaman yang baik. Namun, ketika awal perkembangan anak-anak yang sedang mengekspolarasi perkara baru mereka selalunya mengelakkan untuk makan seterusnya nutrisi seimbang yang diperlukan semakin berkurang.

Jadi untuk meningkatkan kesihatan dan memenuhi keperluan nutrisi anak-anak, ibu boleh berikan MealShakes Shaklee kepada mereka. Mealshake shaklee mengandungi nutrien yang mencukupi bagi membantu menguatan tahap sistem imuniti dan menyokong lapisan perlindungan yang lebih kukuh bagi sistem penghadaman serta mengandungi serat bagi membantu melawaskan pembuangan najis seterusnya mengelakkan sembelit pada anak-anak.


Khasiat dan Manfaat Mealshakes Shaklee:
  • Mealshakes mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.
  • Mealshakes mengandungi anti oksidan iaitu vitamin A, C, E, Zink, Selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan juga anti-penuaan.
  • Mealshakes mengandungi protein untuk membina sel-sel kulit, kuku, rambut, organ dan darah.
  • Mealshakes mengandungi vitamin B yang lengkap untuk membina sel-sel darah merah yang sihat.
  • Mealshakes mengandungi fiber atau serat yang memberikan rasa kenyang ketika lapar terutamanya di pagi hari.
  • Mealshakes membantu melawaskan pembuangan air besar bagi mereka yang mengalami sembelit.
  • Mealshakes mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran.

Bagi ibu-ibu yang ingin membantu dan mengatasi masalah anak-anak yang menghadapi masalah sembelit atau pelawasan yang kurang lancar, boleh dapatkan Mealshakes sekarang. Harga bagi satu tong Mealshakes, RM 113.75. Promosi sepanjang bulan september ini, dengan pembelian sebanyak 3 tong anda akan mendapat percuma lagi satu tong mealshake. 



Nak Order? 
Klik kuat-kuat:


 Saya Nak Order Mealshakes Shaklee

Hubungi kami sekarang!

I'm Your Shaklee Independent Distributor
Pengedar Sah Shaklee Changlun-Jitra (Kubang Pasu)

sha 012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com


COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease




Sunday 28 September 2014

Kulit Cantik dengan B-Complex

Kelebihan B-Complex Shaklee Untuk Kecantikan Kulit


Ramai yang sedia maklum, kalau nak cantik kena makan vitamin c dan vitamin e. Tapi sebenarnya ramai yang terlupa dan tidak kurang juga ada yang tidak tahu, sebenarnya B-Complex juga memainkan peranan dalam mencantikkan kulit wajah.

Saya pernah melihat dalam sebuah rancangan televisyen yang menjemput Anuar Zain sebagai artis jemputan dan beliau telah berkongsi rahsianya untuk kekal cergas dan miliki kulit yang cantik (elok) beliau amalkan makan b-complex setiap hari. Tidak kurang juga artis lelaki yang kacak bergaya, Asraf Muslim juga mengamalkan B-Complex sebagai supplemen harian beliau. Semestinya B-Complex Shaklee menjadi pilihan beliau. Baca kisah Asraf Muslim mengaku amalkan supplemen shaklee.


B Complex Shaklee Lengkap Asid Folik
B Complex Shaklee Lengkap Asid Folik


B Complex penting dalam pembentukan sel darah merah yang sihat, membantu mengurangkan migrain, atasi keletihan, tekanan, insomia, mencegah rekahan mulut dan lebih penting kepada ibu hamil kerana B Complex Shaklee mengandungi asid folik juga. Apa fungsi B complex untuk kecantikan pulak?

Peranan vitamin B Complex Shaklee dalam kecantikan kulit:
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
  • Menghilangkan garis halus di wajah

Nak order?
Klik kuat-kuat!


 Saya Nak Order B Complex Shaklee

Hubungi kami sekarang!

I'm Your Shaklee Independent Distributor
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Kubang Pasu!
(UUM-Sintok, Changlun, Jitra)

sha 012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com
Instagram: @Vitamin_Station


COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease

Hodohnya Garisan Hitam Di Perut

Garisan Di Perut Semasa Mengandung (Linea Nigra)

Semasa mengandung, wanita biasanya akan mengalami beberapa perubahan pada dirinya, ini disebabkan perbezaan hormon ketika hamil. Munculnya pigmentasi tompok gelap pada muka dan leher, jaringan urat (spider veins), tanda regangan pada kulit (stretch-mark), bintik-bintik dan jerawat ketika hamil dan munculnya garisan gelap di perut (linea nigra).


 

Para ibu sekalian, perasan tak munculnya garisan gelap seperti gambar di atas ini semasa anda hamil? Semakin kandungan membesar, semakin jelas garisan gelap ini. Buat pengetahuan ibu semua, garisan gelap di peut semasa hamil ini dipanggil sebagai Linea Nigra.

Linea Nigra ialah garisan menegaj berwarna gelap dengan kelebaran sehingga satu sentimenter yang terbentuk pada tengah-tengah perut, biasanya merentasi pusat. Ia disebabkan oleh pigmentasi pada kulit disebabkan hormon estrogen meningkat dan menyebabkan otot abdomen anda meregang bagi memudahkan pembesaran bayi. Namun, bakal-bakal ibu semua tak usah khuatir kerana ianya bukan bersifat kekal. Pigmentasi ni akan semakin pudar dalam masa beberapa minggu selepas anda melahirkan.

Nikmati segala apa yang dianugerahkan kepada kita sebagai seorang wanita yang melalui beberapa proses ini yang tidak mungkin dapat ditanggung oleh seorang lelaki gagah pun. Beruntungnya kita, saat kita melahirkan bayi kita nanti, kita juga "bersih" daripada dosa-dosa masa lalu. Allah swt mengampunkan dosa-dosa kita, sama bersih seperti bayi kita nanti. Allahuakhbar,

Saturday 27 September 2014

11 Manfaat Utama Zinc Complex Shaklee

Kelebihan dan manfaat utama zinc shaklee


Jika ditanya mengenai supplemen penting untuk lelaki, saya akan cadangkan zinc complex shaklee dan vitamin e. Zinc complex ini adalah antara produk shaklee yang harganya sangat berpatutan, iaitu RM33.75 dan penggunaannya boleh tahan sehingga empat bulan. Zinc Complex dan Vitamin E bukan sahaja memainkan peranan dalam meningkatkan tahap kesuburan lelaki tetapi lebih dari itu. Ketahui manfaat dan kepentingan zinc complex shaklee:

  • Mengaktifkan 200 jenis enzim
  • Membentuk kolagen
  • Memperbaiki diabetes
  • Bintik Putih dikuku
  • Mempertingkatkan sistem imun
  • Mempercepatkan pemulihan luka
  • Memperbaiki masalah prostat
  • Kemampuan seks lelaki
  • Ovulasi wanita
  • Memperbaiki Radang kulit
  • Mengekalkan deria bau

Petua Mudah Melahirkan Bayi



Panduan memudahkan kelahiran


Dulu sebelum berkahwin, saya terasa seriau apabila golongan ibu-ibu bercerita mengenai pengalaman yang mereka lalui ketika bersalin. Pada ketika itu, memang saya kurang faham mengenai apa yang mereka bincangkan. Tapi rasa itu masih tebal sehinggalah saya sendiri telah melalui detik indah ketika melahirkan puteri sulung pada tahun 2012, Sebenarnya tidaklah teruk sangat apa yang saya fikirkan. Mesti anda juga merasai seperti saya dulu kan ;) *Winkk..winkk

Jom ikuti sedikit panduan untuk memudahkan kelahiran bagi bakal-bakal ibu yang mungkin sedang menghitung hari untuk melahirkan tu.

1. Senaman kegel
Senaman ini baik untuk menjadikan otot vagina lebih anjal. Dengan yang demikian, otot berkenaan boleh mengembang dengan lebih baik apabila tiba proses kelahiran. Selain itu, senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot rahim.

Nota: Antara teknik senaman kegel ialah anda boleh menahan air kencing separuh jalan dan kira sampai 10 dan kemudian dilepaskan bakinya.

2. Teknik pernafasan
Teknik pernafasan amat penting untuk dikuasai kerana ia dapat membantu ketika anda menahan sakit dan sewaktu proses meneran. Di minggu-minggu terakhir, anda sangat digalakkan melakukan senaman secara tetap seperti berjalan-jalan selama 30 minit selapas makan malam sambil berlatih melakukan teknik pernafasan yang bakal anda aplikasikan ketika dalam proses kelahiran.

Nota: Ketika anda meneran jangan buka mulut dan mengeluarkan bunyi atau bernafas melalui mulut. Kerana ianya membuatkan anda lebih cepat letih dan kehilangan tenaga.

3. Urutan perineal
Untuk mengurangkan risiko koyak ketika meneran, anda digalakkan untuk melakukan urutan dibahagian perineum bermula dari minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan. Cara urutan, digalakkan untuk memulakan di antara bahagian dubur dan faraj dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semulajadi seperti minyak kelapa dara dan minyak zaitun. Pastikan jari anda benar-benar bersih sebelum melakukan urutan tersebut.

Nota: Elakkan menggunakan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

4. Keadaan yang selesa
Ketenangan fikiran dan kemantapan mental serta emosi sangat penting. Proses kelahiran akan berlangsung dengan lancar sekiranya anda berada dalam keadaan yang selesa. Cuba tenangkan diri sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital.

Nota: Pastikan segala kelengkapan anda dan bayi sudah tersedia di dalam beg pakaian.

5. Rehat Secukupnya
Lazimnya, di akhir kehamilan wanita hamil lazimnya mengalami kesukaran untuk tidur. Pastikan jumlah jam tidur anda mencukupi.

Nota: Penting untuk kekal bertenag semasa melahirkan nanti.

6. Makan secukupnya
Apabila semakin hampir dengan tarikh jangkaan bersalin, pastikan anda makan secukupnya. Ini sangat penting bagi memastikan anda mempunyai tenaga untuk proses meneran.

Nota: Jika tidak mempunyai selera, banyakkan makan kurma untuk beri tenaga tambahan kepada tubuh.

7. Lakukan aktiviti ringan
Elakkan hanya berbaring di atas katil sahaja. Amalan sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses kelahiran. Malah, jangka masa proses kelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak. Keadaan sebegini berupaya membantu bayi masuk ke saluran peranakan dengan betul.

Nota: Berjalan sekitar rumah atau sekitar bilik bersalin sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi "turun".

8. Baring mengiring ke kiri
Berbaring mengiring ke kiri adalah lebih baik daripada berbaring terlentang kerana posisi ini akan memberi sedikit tekanan kepada bayi untuk membantunya menolak "keluar" dengan cepat.

Nota: Amalan ini diyakini mampu mempercepatkan bukaan serviks.

9. Teman kuat semangat
Saat anda berdepan dengan segala macam tekanan untuk melahirkan, keberadaan suami di sisi pastinya dapat mengurangkan serba sedikit tekanan yang dialami. Namun, suami perlulah mempunyai semnagat yang kental agar dia mampu memberi sokongan ketika anda berhadapan dengan kesakitan untuk melahirkan bayi.

Nota: Selain suami, anda boleh meminta ibu atau ahli keluarga yang lain untuk menemani.

10. Berdoa
Sebagai seorang muslim, pohonlah kepada Allah swt untuk mempermudahkan segala urusan pelahiran ini.

Nota: Mohon maaf pada suami, ibu ayah dan keluarga mertua dan semua orang.


Selamat Bersalin
Selamat Berpantang
^_^

Friday 26 September 2014

Krim Herbal Blend Shaklee Yang Super Mujarab!

Herbal Blend MultiPurpose Cream Shaklee

Hilang segala penat lelah yang terpaksa ditempuh berjam-jam tadi, disebabkan saya tak sabar sangat nak berkongsi dengan anda semua tentang kehebatan herbal blend shaklee ini. Sesuai dengan nama yang multipurpose itu, sungguh diakui saya sendiri dengan fungsinya sangat pelbagai. Pastinya ianya tidak sama seperti krim lotion lain yang ada dipasaran. Paling menarik, harga herbal blend shaklee ini hanyalah RM27.50 sahaja dan boleh tahan sehingga 6 bulan dan lebih, bergantung kepada penggunaan anda.

Shaklee Herbal Blend Multipurpose, telah diuji secara klinikal dimana ia dapat melembutkan kulit kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. Krim Herbal Blend ini terasa dingin, bermenthol dan tidak berminyak apabila dipakai. Sejajar dengan motto shaklee iaitu semulajadi, maka bahan yang digunakan dalam penghasilan cream herbal blend ini juga pastilah dihasilkan dari tumbuhan extrak herba semulajadi seperti sage, horse chesnut yarrow dan rosemarry.


Testimoni Herbal Blend Shaklee

Apa yang membuatkan saya jatuh hati pada herbal blend multipurpose cream shaklee?

Pengalaman saya sendiri menggunakan herbal blend shaklee ini adalah ketika suami saya yang ketika itu sering digigit oleh semut charlie dan luka akibat kerja. Alhamdulillah, selepas sapu krim ini tempat bisa yang terkena semut charlie itu cepat kering dan sembuh. Buat pengetahuan anda, jika terkena bisa semut charlie ini amat sakit, pedih dan terasa seaka kebas, tetapi dengan krim herbal blend ini tidak menyakitkan malah apabila disapu, ianya terasa sejuk sahaja.

Antara testimoni lain, saya juga sapukan krim shaklee ini pada anak saya jika dia digigit nyamuk, ruam-ruam atau naik bintik merah dan juga ketika dia tercedera ketika bermain. Saya akan sapukan nipis pada bahagian tersebut dan ianya sememangnya mujarab. Paling penting sebagai seorang ibu, pastinya saya inginkan yang terbaik dan saya memilih untuk tidak menggunakan sebarang krim atau lotion yang mengandungi steroid yang sangat berbahaya untuk anak kecil seperti anak saya ini. Dengan shaklee saya yakin lebih semulajadi dan selamat.

Nak Order? Klik kuat-kuat:


 Saya Nak Order Herbal Blend Cream Shaklee

Hubungi kami sekarang!

I'm Your Shaklee Independent Distributor
Pengedar Sah Shaklee Changlun-Jitra (Kubang Pasu)

sha 012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com


COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease

Jejak Kasih di Branch Penang

Branch Shaklee Pulau Pinang

Sejak berpindah dan sejak urusan tempahan shaklee hanya menggunakan online sepenuhnya, maka jarang sangat pergi menjengah ke branch shaklee sekarang ni. Tapi, kebetulan hari ini ada urusan di Taiping, Perak jadi saya bercadang untuk singgah dan ambil tempahan barang pelanggan terus di kaunter.

Kalau dulu branch shaklee penang ini agak sempit dan hanya mempunyai kaunter yang terhad, tetapi branch yang baru ini sangat selesa, luas dan kaunter semakin bertambah. Shaklee perlukan tempat yang lebih luas dan besar sebab ternyata ramai pengguna tegar yang mengakui keberkesanan produk shaklee ini. Maka tiada sebab untuk mereka bertukar kepada jenama lain.

Alamat branch shaklee (penang) yang baru :

No. 81, 83 & 85,
Jalan Todak 6
Pusat Komersial Sunway Perdana
13700 Seberang Jaya,
Pulau Pinang.

Tel : 604-383 8261
Fax : 604-383 8560

Thursday 25 September 2014

Bila Chipset Motherboard Laptop Rosak

Gadget yang penting selain handphone, ialah laptop. Betul tak? Mestilah betul dengan laptop or komputer tu lah kita nak buat kerja kan. Ke saya yang perasan penting sorang diri nih? Hahaha.

Nak jadi cerita, sejak awal bulan ni saya diduga dengan laptop rosak. Bayangkan tengah buat kerja tiba-tiba terus terpadam tak hidup-hidup dah. Memang rasa nak menangis pon ada. Kenangan betul laptop tu, sejak dari zaman belajar dulu. Huhu.

Kebetulan dah rosak laptop tu terus bercadang nak tambah yang baru. Kononya nak cuba la pulak Macbook keluaran Apple tu. Maklumlah kawan-kawan sekeliling selalu sangat sogokan kepala otak ni dengan kehebatan dan kecanggihan serta kepantasan yang ada pada produk apple ni, lebih-lebih lagi macbook yang super nipis ni. Hah, nampak tak. Ini bukan kacang lupakan kulit tau. Cuma sampaikan hasrat hati je. *sengih macam kerang bushukk :p




Apa pun masih tetap sayang sama laptopku miss toshi. Terpaksalah hantar pergi 'spa' baiki apa yang patut. Rupanya chipset motherboard yang bermasalah.

Nak tahu puncanya?

Sebab terlebih muatan elektrik. Adik caj powerbank, saya caj handphone, pastu pakai pulak cooler pad dan tetikus. Hah nampak tak, banyak sungguh! Yang lain-lain okay, cuma power bank tu dinasihatkan janganlah caj dekat laptop tambah pulak laptop lama macam saya ni. Jadikan pengajaran okay. Tapi sempatlah melayang rm500 jugak baiki. *sob..sob sedih amat.

Terselamatlah gambar-gambar terutama gambar kahwin ku dalam laptop tu. Jadi pengajaran juga, silalah pergi print gambar lepas dah berposing bagai tu. Jangan nanti ada masalah baru menggelabah. *toinkk..kena batang hidung sendiri

Begitulah kisahnya laptop aku yang rosak dengan impian nak tukar ke macbook yang tak kesampaian lagi buat masa entry ni ditulis. Hahaha

Set Kecantikan Shaklee

Cara semulajadi untuk kulit yang berseri, gebu dan muda!


Set kecantikan shaklee sesuai untuk semua & boleh diambil oleh wanita dan juga lelaki yg mempunyai masalah seperti:

■ kulit berjerawat
■ kulit berminyak
■ liang pori besar
■ eyebag dan kedutan di wajah
■ kulit kusam
■ kulit kering
■ kulit terbakar (sunburn)
■ kulit sensitif
■ tona kulit tak sekata
■ parut jerawat
■ bekas parut berlubang
■ jeragat
dan lain-lain masalah berkaitan kulit wajah.


Set Kecantikan kulit shaklee, Atasi masalah jerawat jeragat parut, irsyahealthyhouse

Sebenarnya, tanpa kita sedari penggunaan bahan kosmetik yang mengandungi pelbagai bahan-bahan yang boleh merosakkan sel-sel kulit muka kita juga merupakan penyebab dan faktor penyumbang kepada masalah kulit muka. Ada produk yang menipiskan kulit wajah sehinggakan lapisan kulit tidak dapat mengawal pengeluaran minyak dan jerawat. Akibatnya, kesan parut jerawat tersebut akan meninggalkan bekas hitam.

Oleh itu, sangat penting kita menjaga penjagaan wajah kita secara dalaman dan luaran. Semestinya menggunakan produk yang semulajadi. Untuk penjagaan wajah kita dari dalaman, saya sarankan anda untuk mencuba set kecantikan kulit shaklee ini. Antara sebab utama kenapa anda perlu memilih set kecantikan ini,
✔Halal
✔Semulajadi
✔Berkesan
✔Selamat
✔Mempunyai kelulusan KKM


Testimoni Set Kecantikan Shaklee








Nak Order? Klik kuat-kuat:


 Saya Nak Order Collagen Powder Shaklee

Hubungi kami sekarang!

I'm Your Shaklee Independent Distributor
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Changlun-Jitra (Kubang Pasu)

sha 012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com


COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease

Wednesday 24 September 2014

WordlessWednesday #4 : Tempat Menarik di Cameron Highland

Antara tempat menarik yang patut anda lawati ketika berada di Cameron Highland:
  • Cactus Valley
cactus3
Cactus Valley
sumber: jomjalan
  • Cameron Lavender
Cameron Lavender
sumber: jomjalan
  • Rose Center Cameron Highland

Rose Center
sumber: cutiorangmalaysia

  • Taman Rama-Rama Cameron Highland
Taman Rama-Rama
sumber: cutiorangmalaysia

  • Taman Agroteknologi Mardi
  • Ladang Teh Boh, Habu
  • Pasar Malam Brinchang
  • Gunung Brinchang
  • Ladang Strawbery
  • Muzium Time Tunnel

Cara minum kolagen shaklee

Cantik itu subjektif. Tapi kebanyakan wanita kurang berkeyakinan kerana merasakan diri mereka 'kurang cantik' dan sempurna. Apatah lagi apabila melibatkan kawasan muka, masalah jerawat, tona kulit tak sekata, kedutan halus mula nampak dan lain-lain, menambahkan lagi keyakinan diri. Jadinya ini adalah masa yang sangat sesuai untuk anda mencuba Shaklee Collagen Powder, yang terbukti berkesan dengan ujian klinikal selama 8 minggu pengambilan.

Shaklee Collagen Powder merupakan produk collagen yang terbaik di pasaran dan dijual pada harga berpatutan. Tambah pula dengan promosi bulan ini kan, dapatkan shaklee collagen powder pada harga berbaloi-baloi dengan kesan yang sangat menakjubkan!

Apa beza Kolagen Shaklee?

■ Kolagen Shaklee diproses menggunakan hydrolisis air secara 100%.

■ Kolagen shaklee adalah produk collagen Marine Collegen terbaik dan bermutu tinggi kerana kandungan utama dalam kolagen shaklee adalah sisik ikan merah (Red Snapper Scale). Berbeza dengan produk collagen yang lain bersumberkan buah-buahan atau haiwan seperti ayam, lembu dan khinzir.

■ Ianya mudah diserap kerana kolagen shaklee mempunyai berat dalton yang rendah. Ianya tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi, maka sangat mudah untuk diserap oleh badan.

■ Terbukti berkesan dengan penggunaan selama 8 minggu.. Mempunyai ujian klinikal.

collagen powder shaklee



Cara bancuhan Collagen Shaklee

Kolagen Shaklee boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda. Jangan bancuh dengan air panas kerana dikhuatiri memusnahkan kandungan kolagen yang halus itu.

shaklee collagen powder, collagen shaklee
Strukur kolagen shaklee (putih) yang halus, dicampur dengan minuman kegemaran.
shaklee collagen powder, collagen shaklee
Collagen Shaklee yang diminum bersama minuman kegemaran.

Selain diminum, kolagen shaklee juga boleh dibuat sebagai masker. Hanya gunakan sedikit sahaja, sesudu kecil teh dan campurkan sedikit air mineral. Kacau dan tempeklah di muka anda. Biarkan sehingga kering. Kemudian basuh, taraaa...terus rasa kegebuan dan kecantikan muka terserlah. ^_^

Jangan biarkan saya terus bercerita tentang kebaikan dan khasiat collagen shaklee ini, anda harus mencubanya sendiri. Rugi sungguh kalau anda tak merasai sendiri selepas apa yang saya kongsikan ini.

Entry lain berkaitan shaklee collagen powder:
Atasi tua sebelum usia
Kesan kekurangan kolagen dalam badan
Testimoni pengguna collagen shaklee


Nak Order? Klik kuat-kuat:


 Saya Nak Order Collagen Powder Shaklee

Hubungi kami sekarang!

I'm Your Shaklee Independent Distributor
Pengedar Sah Shaklee Changlun-Jitra (Kubang Pasu)

sha 012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com


COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease

Tuesday 23 September 2014

Lindungi Tulang Anda

Langkah menjaga tulang belakang dengan postur badan yang betul



Ramadhan yang lepas, ayah saya diserang sakit di bahagian tulang belakang sehingga susah untuk berjalan mahupun bangun. Pergerakannya sangat terbatas. Ayah mula sakit selepas bukak puasa, tapi kami tak sedar sebab ayah ada dalam bilik. Bayangkan ayah nak panggil kami, nak bergerak buka pintu memakan masa sehingga 60 minit!

Pagi itu, selepas bersahur kami terpaksa bawak juga ayah ke hospital. Tiada persiapan atau surat rujukan dari doktor dan terpaksa melalui beberapa proses, maka kami sepakat untuk bawak ayah ke hospital swasta sahaja. Ayah saya terpaksa menjalani beberapa ujian dan pemeriksaan kesihatan termasuklah masuk ke dalam CT scan tu.

Ternyata tulang belakang ayah sedikit bermasalah. Kurang pasti istilah klinikalnya tapi bahasa yang mudah untuk difahami ialah tulang ayah sedikit lari dan juga kurang bendalir di sendi. Selama beberapa hari ayah di tahan di wad, ayah terpaksa menerima beberapa rawatan sesi fisioterapi.

Apa yang saya ingin kongsikan kepada anda, bukanlah kisah tentang ayah saya tu tapi lebih kepada kepentingan menjaga kesihatan tulang belakang sejak kita muda lagi. Penjagaan tulang belakang yang sempurna dapat mengelakkan masalah sakit belakang. 

Tips dalam penjagaan tulang belakang yang boleh anda praktikkan :

Posisi mengangkat barang :

a. Cara betul:
  • Bengkokkan kaki, bukannya tulang belakang anda. Bawa beban rapat pada tubuh anda. Keraskan otot perut sewaktu mengangkat.
  • Dapatkan bantuan orang lain sekiranya anda sukar mengangkat berseorangan.

b. Cara salah:
  • Elakkan membongkok atau memusing pinggang anda semasa mengangkat beban yang berat.
  • Elakkan mengangkat beban terlalu jauh dari badan.
  • Jangan mengangkat beban melebihi paras bahu. Keadaan ini menyebabkan ketegangan melampau kepada tulang belakang anda.
  • Elakkan dari mengangkat secara pergerakan mengejut.

Posisi ketika duduk:

a. Cara betul:
  • Rapatkan punggung dan sandarkan belakang anda pada penyandar tempat duduk sepenuhnya untuk mengurangkan tekanan pada cakera tulang belakang.
  • Pastikan ketinggian tempat duduk anda sesuai dan kedudukan paha anda selari dengan lantai.
  • Campurkan aktiviti anda dengan senaman/ regangan/ berjalan.

b. Cara salah:
  • Elakkan duduk terlalu jauh dengan meja kerja anda dan elakkan duduk di atas kerusi yang terlalu tinggi.
  • Elakkan membongkok ketika duduk.
  • Pastikan anda tidak menggelonsor ketika duduk.

Posisi ketika memandu:

a. Cara betul:
  • Duduk tegak dan gerakkan tempat duduk ke hadapan supaya lutut anda selaras dengan pinggang.
  • Sokong bahagian bawah belakang anda menggunakan tuala yang digulung atau penyokong lumbar jika perlu.
b. Cara salah:
  • Elakkan memandu terlalu lama tanpa berehat.
  • Menekan pedal dan memegang streng terlau jauh akan menyebabkan ketegangan otot.


Posisi ketika tidur:

a. Cara betul:
  • Tidur diatas kati yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras.
  • Apabila tidur mengiring, bengkokkan sedikit lutut supaya bersentuhan atau tidur terlentang, lapikkan bantal di bawah lutut.

b. Cara salah:
  • Elakkan tidur meniarap kerana akan menyebabkan sakit belakang.
  • Elakkan tidur di atas sofa atau di ruang tamu untuk jangka masa yang panjang.

Pentingnya menjaga struktur dan lindungi tulang belakang kita seawal masih muda dan sihat. Jangan tunggu dah sakit baru tahu kepentingan menjaga tulang belakang. Bagi yang mempunyai masalah berkaitan sendi dan tulang boleh amalkan set sendi shaklee untuk membantu pergerakan sendi lebih lancar dan memelihara bendalir sendi.



DTX Complex Shaklee

Tingkatkan Fungsi Hati Dengan DTX Complex Shaklee


Tonik hati dengan DTX Complex Shaklee
Dtx Complex dan Ramuan yang dipaten.
sumber gambar: supplemensihatsemulajadi

DTX Complex mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik, ekstrak daripada Schizandra dan cendawan Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu).

Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi, serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati. Namun, hati mampu membaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai industri pemprosesan dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikal.

Fungsi hati:

1. Rembesan hempedu
  • Cecair rembesan disimpan didalam pundi hempedu untuk dikeluarkan ketika perlu ketika penghadaman,
  • Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak, ia memecahkan kepada lapisan yang lebih kecil.
  • Hempedu membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak (A, D, E. F, K) dan membantu mengasimilasikan kalsium.
  • Hempedu menukarkan beta karotena kepada vitamin A.


2. Bertindak sebagai detoksifikasi
  • Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolisme protein.
  • Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuklah sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik. Bahan ini kemudian dikumuhkan dari buah pinggang.
  • Untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mestilah mempunyai fungsi buah pinggang yang betul.

3. Mengawal paras gula dalam darah
  • Dengan menukarkan tiroksina -hormon tiroid, ke dalam bentuk yang lebih arif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme.
  • Hati mewujudkan GTF (faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul.
  • Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga. Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin.

Tonik hati dengan DTX Complex Shaklee

4. Penting dalam metabolisme lemak
  • Penting di dalam sintesis asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolestrol, lipoprotein dan phospholipid dan ketiak pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
  • Makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.

Sumber: Buku Nutrisi Shaklee



Testimoni pengguna tonik hati Dtx Complex Shaklee :

Tonik hati dengan DTX Complex Shaklee


Tonik hati dengan DTX Complex Shaklee

Harga DTX Complex Shaklee:
RM155 (90tabs)




Kalau Nak Order Klik Kuat-Kuat:


 Tempah Dtx Complex Shaklee

Hubungi kami sekarang!

I'm Your Shaklee Independent Distributor
Pengedar Sah Shaklee
sha 012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...