SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Showing posts with label Tanda-tanda hampir bersalin. Show all posts
Showing posts with label Tanda-tanda hampir bersalin. Show all posts

Wednesday, 16 December 2015

Tips Mudah Bersalin Normal




Tips Mudah Melahirkan Anak Secara Normal.


Semakin hampir dengan tarikh dijangka bersalin, bakal ibu dan bapa pastinya rasa tak sabar dan teruja untuk menyambut kelahiran 'orang baru' dalam keluarga. Dalam keriangan itu, pastinya emosi si Ibu juga sedikit gemuruh untuk menghadapi saat-saat kontraksi dan kelahiran tersebut.

Ada banyak petua yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu hamil untuk memudahkan proses bersalin. Antaranya ibu hamil boleh amalkan tips yang saya kongsikan ini:

Petua Mudah Bersalin Normal
gambar: google


Minum air kelapa
Sebaik sahaja usia kandungan masuk tujuh bulan, banyakkan minum air kelapa agar bayi mudah dilahirkan. Ada sesetengah orang tua kata minum air kelapa, nanti anak lahir bersih. Wallahualam.

Makan kurma
Sepanjang hamil, ibu sememangnya digalakkan memakan kurma. Kurma terkenal sebagai pembekal tenaga segera. Ia juga berperanan membekalkan tenaga ketika ibu sedang sakit kontraksi dan mengecutkan rahim.

Telur Ayam
Untuk memudahkan bersalin, ibu hamil disarankan agar makan sebiji telur ayam kampung mentag setiap pagi seminggu sebelum tiba saat untuk melahirkan. Inshaallah proses kelahiran menjadi mudah.

Minyak kelapa dara
Amalkan minum satu sudu minyak kelapa dara setiap hari.

Makan bendi
Semasa hamil, ibu-ibu digalakkan makan kacang bendi. Lendir yang ada pada bendi dipercayai dapat memudahkan proses bayi keluar dari rahim ketika melahirkan. Sebelum makan, pastikan ia direbus terlebih dahulu ya.

Klik untuk lebih info dan petua melahirkan bayi dengan mudah


Sepanjang saya mengandungkan anak pertama dan kedua, saya memang mengamalkan petua ini kecuali makan telur ayam kampung tu. Rasa tak lalu pulak kalau nak kena telan mentah-mentah macam tu. Kalau awak rasa lalu nak telan, apa salahnya cuba, boleh kongsikan apa rasanya nanti ;)

Selain saya amalkan petua untuk memudahkan proses kelahiran ini, saya juga turut amalkan pengambilan vitamin ketika hamil. Itu antara usaha saya bagi memastikan anak yang saya kandungan ini sihat dan sempurna. Selebihnya itu urusan Allah taala.
comelnya baby....
sumber: google

Malah sebelum saya melahirkan anak kedua, saya masih sempat membancuh ESP Shaklee untuk diminum agar saya tidak kelaparan di dalam wad bersalin (labour room) dan sekaligus ianya dapat berikan saya tenaga segera dan kudrat untuk 'berjuang' dalam melahirkan seorang lagi khalifah Allah.

Hasilnya, tak sampai 15 minit saya sudah melahirkan seorang bayi lelaki. Alhamdulillah.

Saturday, 27 September 2014

Petua Mudah Melahirkan Bayi



Panduan memudahkan kelahiran


Dulu sebelum berkahwin, saya terasa seriau apabila golongan ibu-ibu bercerita mengenai pengalaman yang mereka lalui ketika bersalin. Pada ketika itu, memang saya kurang faham mengenai apa yang mereka bincangkan. Tapi rasa itu masih tebal sehinggalah saya sendiri telah melalui detik indah ketika melahirkan puteri sulung pada tahun 2012, Sebenarnya tidaklah teruk sangat apa yang saya fikirkan. Mesti anda juga merasai seperti saya dulu kan ;) *Winkk..winkk

Jom ikuti sedikit panduan untuk memudahkan kelahiran bagi bakal-bakal ibu yang mungkin sedang menghitung hari untuk melahirkan tu.

1. Senaman kegel
Senaman ini baik untuk menjadikan otot vagina lebih anjal. Dengan yang demikian, otot berkenaan boleh mengembang dengan lebih baik apabila tiba proses kelahiran. Selain itu, senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot rahim.

Nota: Antara teknik senaman kegel ialah anda boleh menahan air kencing separuh jalan dan kira sampai 10 dan kemudian dilepaskan bakinya.

2. Teknik pernafasan
Teknik pernafasan amat penting untuk dikuasai kerana ia dapat membantu ketika anda menahan sakit dan sewaktu proses meneran. Di minggu-minggu terakhir, anda sangat digalakkan melakukan senaman secara tetap seperti berjalan-jalan selama 30 minit selapas makan malam sambil berlatih melakukan teknik pernafasan yang bakal anda aplikasikan ketika dalam proses kelahiran.

Nota: Ketika anda meneran jangan buka mulut dan mengeluarkan bunyi atau bernafas melalui mulut. Kerana ianya membuatkan anda lebih cepat letih dan kehilangan tenaga.

3. Urutan perineal
Untuk mengurangkan risiko koyak ketika meneran, anda digalakkan untuk melakukan urutan dibahagian perineum bermula dari minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan. Cara urutan, digalakkan untuk memulakan di antara bahagian dubur dan faraj dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semulajadi seperti minyak kelapa dara dan minyak zaitun. Pastikan jari anda benar-benar bersih sebelum melakukan urutan tersebut.

Nota: Elakkan menggunakan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

4. Keadaan yang selesa
Ketenangan fikiran dan kemantapan mental serta emosi sangat penting. Proses kelahiran akan berlangsung dengan lancar sekiranya anda berada dalam keadaan yang selesa. Cuba tenangkan diri sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital.

Nota: Pastikan segala kelengkapan anda dan bayi sudah tersedia di dalam beg pakaian.

5. Rehat Secukupnya
Lazimnya, di akhir kehamilan wanita hamil lazimnya mengalami kesukaran untuk tidur. Pastikan jumlah jam tidur anda mencukupi.

Nota: Penting untuk kekal bertenag semasa melahirkan nanti.

6. Makan secukupnya
Apabila semakin hampir dengan tarikh jangkaan bersalin, pastikan anda makan secukupnya. Ini sangat penting bagi memastikan anda mempunyai tenaga untuk proses meneran.

Nota: Jika tidak mempunyai selera, banyakkan makan kurma untuk beri tenaga tambahan kepada tubuh.

7. Lakukan aktiviti ringan
Elakkan hanya berbaring di atas katil sahaja. Amalan sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses kelahiran. Malah, jangka masa proses kelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak. Keadaan sebegini berupaya membantu bayi masuk ke saluran peranakan dengan betul.

Nota: Berjalan sekitar rumah atau sekitar bilik bersalin sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi "turun".

8. Baring mengiring ke kiri
Berbaring mengiring ke kiri adalah lebih baik daripada berbaring terlentang kerana posisi ini akan memberi sedikit tekanan kepada bayi untuk membantunya menolak "keluar" dengan cepat.

Nota: Amalan ini diyakini mampu mempercepatkan bukaan serviks.

9. Teman kuat semangat
Saat anda berdepan dengan segala macam tekanan untuk melahirkan, keberadaan suami di sisi pastinya dapat mengurangkan serba sedikit tekanan yang dialami. Namun, suami perlulah mempunyai semnagat yang kental agar dia mampu memberi sokongan ketika anda berhadapan dengan kesakitan untuk melahirkan bayi.

Nota: Selain suami, anda boleh meminta ibu atau ahli keluarga yang lain untuk menemani.

10. Berdoa
Sebagai seorang muslim, pohonlah kepada Allah swt untuk mempermudahkan segala urusan pelahiran ini.

Nota: Mohon maaf pada suami, ibu ayah dan keluarga mertua dan semua orang.


Selamat Bersalin
Selamat Berpantang
^_^

Tuesday, 27 November 2012

[INFO] Tanda-Tanda Hampir Bersalin

Hari ni Irsya Healthy House (IHH) just nak share sedikit info dengan kawan-kawan blog, yang bakal-bakal jadi mommy tak lama lagi tu..IHH ucapkan tahniah la..hehe..harap-harap masih tak terlambat la kan... 
Pada yang dah bergelar mommy tu, boleh baca dan komen-komen tentang pengalaman masing-masing...mesti best kan boleh bertukar cerita tambahan pulak bila nak sambut anak sulung kan ;)
So, admin IHH sendiri yang bakal bergelar ibu ni ada la buat reviews sikit tentang tanda-tanda hampir bersalin ni sebagai langkah persediaan dan menambah pengetahuan memandangkan admin pun hanya menunggu hari jer, sekarang dah 38Week 4 days...huhu (doakan Irsya selamat yer ;) )

Jom baca tentang tanda-tanda hampir bersalin ni...
*berdasarkan pembacaan dibuku-buku dan nasihat nurse-nurse di klinik kesihatan ;)


Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
- sakit perut, memulas
- kerap buang air besar
- kerap terkentut
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

- Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.

- Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang

- Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.

- Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
- Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
- Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Ciri-ciri Kontraksi

- Pengecutan otot rahim ini seperti ombak, bergerak dari bahagian atas rahim ke bahagian bawahnya.

- Sakitnya mungkin bermula dari bahagian bawah belakang anda dan bergerak ke depan perut atau sebaliknya.
- Sesetengah wanita menerangkan kesakitan ini seperti sakit sindrom pra haid yang kuat.
- Sakitnya tidak surut dalam tempoh yang lama
- Semakin kerap, paling kurang 15 minit sekali bertambah hingga 5 atau 3 minit sekali.
- Setiap kali sakit, bertambah lama tempoh sakitnya, (sehingga 45 saat).
- Semakin kuat sakitnya
- Jika anda berjalan, sakit ini semakin terasa kuat.
- Berbaring tidak mengurangkannya.
- Servik menipis dan terbuka.
Pecah air ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.


*Nurse kat klinik kesihatan tempat IHH selalu check up pesan, tak kira la air tu banyak atau sikit tapi bila rasa asyik meleleh jer..memang kena SEGERA KE HOSPITAL sebab kadang-kadang air ketuban tu ada yang dah mula bocor..so bila ada yang bocor dan tak amik langkah yang sepatutnya, takut kuman masuk dan serang bayi dalam kandungan kita :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...