SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Showing posts with label migrain. Show all posts
Showing posts with label migrain. Show all posts

Tuesday, 7 June 2016

Ketahui 9 Penyebab Migrain dan Cara Mengatasinya

Kenali Jenis Sakit Kepala dan Cara Merawat Migrain

Pernah tak anda merasa sakit kepala yang sukar digambarkan?

Kepala terasa lebih berat dari biasa, malah adakalanya ia berdenyut di sebelah kiri atau kanan kepala atau ada juga di sekitar kening dan mata.

Entry terdahulu saya pernah kongsikan mengenai jenis sakit kepala yang disebabkan sinus (resdung) dan tekanan. Namun, apakah yang dikatakan sakit kepala migrain ini. Jom baca info lebih lanjut.



Apakah Migrain

Migrain berlaku disebabkan saluran darah dalam otak mengembang dan menguncup. Jika seseorang mengalami migrain, ia akan merasakan sakit kepala yang berdenyut dan amat menyakitkan, disusuli dengan rasa loya, muntah-muntah dan menjadi terlalu sensitif kepada cahaya dan bunyi.

Saya sendiri juga pernah mengalami sakit migrain yang agak teruk sebelum ini dan boleh dikatakan agak kerap juga mengalami migrain. Ketika migrain menyerang, memang tidak mampu membuat sebarang kerja kerana sakit yang agak teruk rasanya. Apa yang boleh saya lakukan ketika diserang migrain adalah rehatkan diri secukupnya.

Ciri-ciri Migrain

  • Rasa sakit berdenyut-denyut dibahagian sebelah kepala. (Atau kedua-dua bila di tahap kronik)

  • Sakit dibahagian belakang mata

  • Loya, muntah-muntah atau kedua-duanya

  • Sakit kepala akan menjadi lebih teruk apabila anda terdedah kepada cahaya, bunyi bising atau bau.

  • Kesakitan mungkin bertambah buruk semasa melakukan aktiviti fizikal

  • Rasa sakit sederhana tapi mungkin bertambah buruk sehingga anda terpaksa berhenti daripada melakukan aktiviti harian anda.

Penyebab dan Punca Berlakunya Migrain

  1. Persekitaran
    Terkena asap rokok, habuk, bunyi bisinh, bau yang kuat dan cahaya terang dari televisyen dan sebagainya.

  2. Makanan :
    Elakkan makanan tertentu jika anda mengalami migrain selepas memakannya.
    Contoh makanan penyebab migrain: makanan yang kaya MSG atau nitrat, kafein, coklat, buah-buahan sitrus (oren,limau), kekacang, susu dan produk tenusu, daging, makanan diperam atau jeruk, produk gandum termasuk roti dan pasta dll.

  3. Hormon : Mengalami hadi dan menopos

  4. Psikologi : Mengalami keletihan, kemurungan, stress dan sebagainya.

  5. Kurang tidur atau tidur tidak tetap

  6. Paras gula dalam darah rendah

  7. Perubahan cuaca

  8. Ubat-ubatan : 
    Ada mengambil ubat perancang keluarga, ubat tidur, rawatan hormon dan lain-lain ubat untuk kesihatan.

  9. Berpuasa

Petua dan Cara Merawat Migrain

  • Berehat atau tidur dalam bilik gelap

  • Rendam tangan dalam air sejuk/ais

  • Gunakan bahan rempah (kacang hijau, garam kasar, lada hitam)
    Campur ketiga-tiga bahan tersebut dan letakkan atas surat khabar. Kemudian pijak bahan tersebut sambil berselawat. Inshaallah.

  • Baring kepala dibawah, kaki ke atas

  • Sujud

  • Berurut/ berbekam/ akupuntur

  • Kawal pernafasan

Merawat Migrain dengan Vitamin Semulajadi


Ostematrix


Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darahMagnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing...


B.Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. ...


Testimoni Set Migrain Shaklee

Testimoni 1:

"Macam hubby fiza dulu ada migrain kronik.. Setiap hari sakit kepala.. Konsisten ostematrix dan bcomplex and now totally bebas migrain.. Dia pun tak perasan bila migrain tu hilang, langsung takde.."
Testimoni Set Migrain Shaklee

Testimoni 2:

"Adik makan bcomplex dan ostematrix dah jarang dapat migrain sekarang"

Testimoni Set Migrain Shaklee

Anda berminat nak cuba vitamin semulajadi ini? Hanya whatsapp 012-9362692 dan buat tempahan sekarang.

Monday, 12 November 2012

Atasi Migrain Dengan Ostematrix dan B-Complex



migrain dan sakit kepala ni antara masalah yang sering diutarakan....."aku ada masalah sakit kepala lah..migrain la.. shaklee ada ubat tak"... saya tak jual ubat yer..mintak maaf .....kalau nak diikut jalan singkat..senang je... telan panadol ke..telan painkiller..reda lah migrain tu kan .kan ..tapi kesan jangka panjang kepada kesihatan?badan je lah yang tahu yer..... saya tak kata supplemen Shaklee ni wajib kene ambil...tapi ianya sebagai alternatif..apa2 pun kita kena lah tahu punca2 maka dapatla cari jalan penyelesaian..kan kan..

Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:

  • § Sakit kepala kerana tekanan
  • § Sakit kepala kerana sinus
  • § Sakit kepala kerana migraine


Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.

Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.
Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:

  • Kekurangan zat dan nutrisi
  • Faktor keturunan
  •  Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  • Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  • Terlalu banyak mengambil kafein
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat


Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.

Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan. Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain. 

Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin yang sesuai utk merawat migrain:

~Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium,Magnesium,Vitamin D



Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing...

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. ...

sumber: mamafaiz




Untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat pesanan, anda boleh:
1. LIKE fanpage IRSYA HEALTHY HOUSE
2. Email ke melurbunga@rocketmail.com
3. SMS di talian 012-9362692
 
 Dapatkan konsultansi PERCUMA apabila anda membeli produk shaklee daripada saya :) 
:
 
:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::



 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...