SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Showing posts with label Bikin Panas!. Show all posts
Showing posts with label Bikin Panas!. Show all posts

Sunday, 5 October 2014

Benarkah Soya Penyebab Kanser?

Soya Punca Kanser Sejauh Mana Kebenarannya?

soya penyebab kanser

Adakah benar dengan meminum air kacang soya, atau produk berasaskan kacang soya boleh menyebabkan diri anda mendapat kanser payudara? Majoriti rakyat Malaysia menggemari makanan yang berasaskan kacang soya seperti tempe, tauhu, air soya dan lain-lain. Tetapi dalam masa yang sama, kita seringkali dimomokkan dengan kenyataan yang mengatakan soya sebagai punca terjadinya kanser khususnya kanser payudara.

Ini kerana soya mengandungi phytoestrogens, iaitu bahan semulajadi yang seakan-akan hormon estrogen. Oleh kerana hormon estrogen boleh merangsang pembentukan sel-sel kanser, maka ramai yang terus beranggapan demikian. Tetapi sejauh manakah kebenarannya?


soya penyebab kanser payudara

"Walaupun dalam ujikaji di maklmal, phtoestrogens boleh merangsang sel kanser tetapi dalam kajian klinikal ramai saintis gagal membuktikannya. Malah ada kajian klinikal yang mendapati pengamalan produk makanan berasaskan soya boleh merendahkan kebarangkalian mendapat kanser payudara". - Dr.Zubaidi

Pada tahun 2009 di China, para saintis telah menjalankan kajian berdasarkan data lebih 5000 orang wanita Cina yang telah didiagnosis dengan kanser payudara dalam kajian Shanghai Breast Cancer Survival, mendapati bahawa soya merendahkan risiko untuk mendapat semula kanser payudara yang telah dirawat.- The Journal of the American Medical Association 


Satu lagi kajian klinikal telah dijalankan oleh Yayasan Penyelidikan Kesihatan Awam Tokyo, di bawah Kumpulan Penyelidikan Bakteria Asid Laktik dan Kanser Payudara, mendapati pemakanan yang berasakan soya mampu mengurangkan risiko terjadinya kanser payudara di kalangan wanita.

"Ini terbukti kerana komponen di dalam makanan yang berasaskan soya dan LcS mempunyai fungsi yang boleh melindungi daripada kanser payudara dan sekali gus mengatasi masalah kesihatan di kalangan mereka yang mengambilnya". - Dr. Masakazu Toi, Universiti Kyoto

Berdasarkan kenyataan di atas yang dipetik dalam beberapa laporan, pemakanan produk berasaskan kacang soya bukanlah sebab dan punca terjadinya kanser. Soya yang diambil secara sederhana dalam diet harian sebagai sumber protein dan kalsium dapat membantu tubuh kita mendapat manfaat kesihatan yang baik. Inshaallah. Paling penting haruslah memilih soya yang selamat dengan memilih soya organik dan tidak diubah secara genetik (Non-GMO).

Baca sini mengenai SOYA ESP SHAKLEE:



Ingin mencuba soya esp shaklee yang sedap, selamat, berkhasiat dan bermutu tinggi ini?

BELI SEKARANG dan semua ini menjadi milik anda!

PERCUMA satu lagi cannister ESP, bernilai RM150
PERCUMA keahlian shaklee seumur hidup, bernilai RM75
PERCUMA wang BONUS pada bulan hadapan

YA..dengan pembelian 6 cannister ESP sekarang, semua ini menjadi milik anda!
Secara keseluruhannya, anda telah jimat RM435!




Nak order boleh klik sahaja link dibawah ini :

 Saya Nak Order ESP

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anda juga berpeluang untuk membeli produk ini pada harga yang lebih jimat dan mendapat diskaun sehingga 20%.

Daftarlah sebagai ahli shaklee sekarang!


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda boleh hubungi saya untuk sesi konsultansi yang lebih details.

SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease

Sunday, 7 September 2014

Shaklee Penyebab Rahim Bengkak?

Fuh! Shaklee Penyebab Rahim Wanita Bengkak?!!!


#Artikel ini diambil sepenuhnya daripada blog Faizal Fairuz tanpa diedit atau diubah maksudnya.


******************************
UPDATED TERKINI : JAWAPAN RASMI DARIPADA PIHAK SHAKLEE 
6 SEPTEMBER 2014


                 ******************************

As salam

Salam sejahtera kepada semua. Semoga anda sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.

Sentiasa bergerak aktif untuk membakar lebih kalori dan makan secara sederhana. Ingat pesan Nabi Muhammad SAW, 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk air dan 1/3 untuk udara. Jangan semua 3/3 untuk makanan semata mata. Kalau tak ikut sunnah, itulah jadinya pelbagai penyakit kepada diri kita.

Malam ni, ada member saya PM dalam FB bertanyakan isu SHAKLEE PENYEBAB KANSER. Hurmm macam macam isu yang timbul hampir setiap bulan.

Saya jarang melatah hanya disebabkan tajuk tajuk seperti ini. Lazimnya masyarakat kita hanya baca tajuk tetapi tidak baca isi.

Jika dikatakan 'Lembu Boleh Bertelur' pun silap silap terus kita percaya sebab ianya SENSASI berbanding kita bagitahu 'Lembu Boleh Melahirkan Anak Lembu' .... bunyi macam biasa ja kan !!!!

Ok let's back to this topic. Isunya timbul apabila seorang pengguna Facebook yang merupakan seorang Guru telah meletakkan post ini di Wall Facebook miliknya.

Tarikh 3 September 2014
Ok untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah sebenarnya gambar gambar yang diletakkan di Wall facebook itu, boleh tengok di bawah ini;







APA JAWAPAN SAYA?

Sebelum saya memberi pandangan saya, jom kita tengok dulu beberapa jawapan daripada pengguna pengguna Facebook yang lain di laman Facebook milik si 'Cikgu' ini.



CIKGU .... PANDANGAN IKHLAS SAYA

Untuk pengetahuan cikgu, saya bukanlah di sini untuk menidakkan kebenaran yang cuba disampaikan oleh cikgu. Jika saya la menjadi agen yang menjual supplement tersebut kepada cikgu, pasti saya akan memberi maklum balas yang TERBAIK kepada cikgu kembali, mungkin bermula dari awal lagi bila saya nak menjual Set Vitamin tersebut kepada cikgu.

Saya terpaksa mengakui sememangnya bukan semua agen Shaklee mempunyai pengetahuan mengenai kesihatan. Demi mencari sesuap nasi bagi diri sendiri dan keluarga, ramai mengambil langkah untuk buat bussiness. Ada yang suri rumah, kerani dan lain lain yang berbeza dunia mereka dengan bidang kesihatan. Mungkin tidak sesuai untuk saya menjadi wakil kepada agen tersebut untuk meminta maaf kepada cikgu.

Tapi ternyata agen Shaklee tersebut tidak sama dengan saya dan kawan kawan yang lain. Mungkin bila pertanyaan cikgu tidak diendahkan, malah dikatakan membuat fitnah, jika saya menjadi cikgu pun, mungkin saya juga akan marah seperti cikgu. Takut jugak tengok cikgu marah seperti dalam Post di bawah ini;


KITA SAMA SAMA MENCARI REZEKI

Saya juga ramai kawan yang menjual supplement supplement yang lain, tetapi saya sedikit pun tidak pernah memperlekehkan bussiness kawan kawan saya kerana saya sedar rezeki itu datang dari Allah SWT.

Sejauh manapun kita berusaha jika ditakdirkan rezeki itu bukan milik kita, memang selama lamanya tidak akan menjadi milik kita.

Cikgu juga merupakan usahawan produk untuk menurunkan berat badan iaitu Ultra Shape.



Rupa rupanya kita di gelanggang yang sama dengan produk yang berlainan. Semoga niat kita bersama untuk buat bussiness diberkati Oleh Allah SWT.

Mungkin produk kami bukan produk Bumiputera, produk kami datang daripada USA, sebuah negara yang katanya menyokong Yahudi. Mungkin cikgu marah dengan USA sebab serang Palestin. Saya dapat tengok sejak pertengahan bulan Ogos pun cikgu dah menyebarkan propaganda propaganda ini.



Owh baru saya perasan, rupa rupanya cikgu sejak dari awal lagi telah membenci kami. he he he. Tak baik benci teruk teruk nanti akan jatuh sayangnya !!!!

BEGINILAH CIKGU .....

Apa yang berlaku antara cikgu dan agen Shaklee tersebut biarlah menjadi isu cikgu dengan agen tersebut.

Sebab jika saya, saya memang tak boleh nak terima bulat bulat apa yang cikgu cuba propagandakan. Ini berdasarkan sebab;

1. Bukti yang cikgu tunjukkan adalah tidak telus kerana kenapa perlu sembunyikan nama pengadu yang bermesej dengan cikgu.

2. Cikgu juga merupakan usahawan produk supplement kesihatan iaitu Ultra Shape. Saya juga agak 'curious' dengan produk cikgu kerana saya tak pasti adakah ia telah menjalani beribu ribu ujian klinikal seperti mana produk Shaklee? Yang lebih membimbangkan adakah cikgu juga turut mengambil produk tersebut? Saya juga boleh katakan cikgu mungkin berpenyakit kerana produk tersebut !!!!!

Cikgu kata cikgu ambil supplement Shaklee awal Ramadhan (awal Bulan Julai) dan STOP 29 Ogos 2014.


Tapi dalam pertengahan Bulan Ogos cikgu dah mula membenci Shaklee dengan mengatakan Shaklee membantu Israel !!!! Dalam membenci cikgu masih makan supplement Shaklee sehingga 29 Ogos 2014. Hurmm .....

3. Adakah mungkin rahim cikgu sememangnya dah bengkak sebelum ini, mungkin rahim cikgu yang bermasalah sebelum ini. Adakah terdapat sebarang pembuktian yang rahim cikgu ok sebelum ini?

Saya bukan berniat hendak membuktikan cikgu tidak bersalah. Tetapi saya juga orang yang bekerja dalam kesihatan. Dalam masa 2 bulan cikgu makan supplement Shaklee cikgu dah membuat anggapan semua ini disebabkan oleh Shaklee !!!


Cikgu perlu buktikan dengan apa jua kajian klinikal yang mana makanan tambahan boleh memberi kesan kepada pembengkakan Rahim jika diambil dalam tempoh hanya 2 bulan ?!!!!

Saya mungkin akan menjadi lebih hormat kepada cikgu jika cikgu dapat buktikan sememangnya hanya supplement Shaklee yang telah menyebabkan cikgu jadi seperti itu. Buat ujian, buat pemeriksaan. Ini baru setakat mendapatkan pemeriksaan di klinik yang 'pakar', cikgu telah membuat persepsi sendiri. Lagipun doktor tu hanya bagi kat cikgu Asid Folik dan Kalsium kan .... !!!! 

Untuk seorang pesakit itu dikatakan mempunyai kencing manis sekalipun, ia bukan mengambil masa 2 - 3 bulan tetapi penyakit itu hanya dapat dikesan setelah 5 - 10 tahun lamanya. 

CIKGU ...... CIKGU ....... CIKGU .......

Jika benarlah bagai di kata, cikgu mungkin ada yang tidak serasi dengan beberapa nutrisi yang terdapat dalam supplement Shaklee.

Mungkin jugak cikgu turut mengambil supplement lain.

Mungkin jugak cikgu berdendam dengan Agen Shaklee tersebut.

Mungkin juga sebab cikgu marah Shaklee yang katanya menyokong Israel.

Kalau nak dibandingkan kes cikgu ini, banyak lagi testimoni lain yang membuktikan sebaliknya. 



Saya telah menggunakan penaakulan fikiran saya yang waras dalam membantu cikgu mencari penyelesaian terbaik. Mungkin saya boleh marah dan maki cikgu menggunakan cara yang digunakan oleh cikgu, tetapi sebagai lelaki yang ada 9 akal tak mungkin saya berbuat demikian.

Saya tidak bertanding untuk membuktikan cikgu bersalah atau berniat untuk membuatkan cikgu menukar persepsi cikgu. 

Mungkin cikgu boleh renung kembali Posting yang cikgu buat dalam facebook cikgu sendiri;


Wallahua'lam

*************************
Sumber : Blog Faizal Fairuz

I'M YOUR SHAKLEE DISTRIBUTOR
SHA 012-936 2692
irsyahealthyhouse@gmail.com
FANPAGE: IRSYA HEALTHY HOUSE
INSTAGRAM : VITAMIN_STATION

Saturday, 8 February 2014

Vitamin Shaklee Turun Harga?

Salam sayang semua ^__^

Sha ada berita baik untuk korang semua terutamanya penduduk sabah sarawak yang merupakan peminat tegar vitamin shaklee ni.

Nak tahu apa?

Bermula 1 Februari 2014, semua harga vitamin shaklee di sabah dan sarawak akan turun! Lebih teruja lagi, harganya sama seperti di semenanjung. Yeahhh!!! Seronok kan. Tiada lagi jurang perbezaan harga antara semenanjung dan di sabah dan sarawak.


Rata-rata sekarang ini, dengan kos sara hidup yang kian meningkat dan kos-kos lain yang terpaksa ditanggung. Shaklee bertindak menurunkan harga di negeri sabah dan sarawak. Berita ini memang sangat dinanti-nantikan oleh peminat vitamin shaklee disana.

Ingin dapatkan senarai harga vitamin shaklee yang terkini?
emailkan kepada kami butiran anda.

Sebarang pertanyaan dan tempahan
Sila Hubungi :
sha 012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

Saturday, 18 January 2014

7 Bahaya Supplemen Alfalfa Yang Patut Anda Fahami

Salam Sayang Semua

" Perasan atau tidak.. produk SHAKLEE kerap juga dikecam oleh mereka2 yang mempunyai penyakit hati..

Sekarang ni dah menjadi trend, kecaman dibuat mengikut promo.. bila promo ESP.. keluar segala fatwa mengata kan soya punca cancer, soya bukan makanan sunah, soya itu soya ini..


Bila promo MEALSHAKE, dikata kan dedak ayam, bahaya untuk anak2 itu ini.. Bila promo ALFALFA dikatakan makanan kuda.. tak selamat dimakan dan pelbagai fakta yang cuba diubah.. 


Saya hanya mampu tersenyum dan terus terus tersenyum dan mengambilnya dari sudut positif.. Bagi saya terima kasih kerana anda telah menjadi sebahagian PROMOTER secara SENYAP untuk produk kami.. dari orang tak tahu orang search dan mencari kami untuk tahu tentang barang tersebut..

Produk yang BERMASLAH TAK AKAN MAMPU bertahan lebih 50 TAHUN di pasaran dunia.. Senang sahaja bukan.. tapi SHAKLEE dah berada LAMA di pasaran.. walaupun fitnah terus ditaburkan.. ianya semakin mendapat sambutan..

Terima kasih kepada mereka2 yang telah mempromosikannya secara TIDAK LANGSUNG.. I LIKEEE...!!" - Master Zura.

_________________

Kontroversi yang timbul ini adalah disebabkan oleh salah satu artikel di dalam blog Dr.Zubaidi, bertajuk "Bahayakah Menggunakan Supplemen ALFALFA?"

Ramai yang baca dan membuat pelbagai andaian sendiri tanpa membuat pertanyaan yang sepatutnya kepada kami selaku pengedar sah shaklee atau ajukan terus kepada pihak shaklee Malaysia dan lebih teruk sebenarnya TAK FAHAM PUN APA YANG DIBACA itu! Kemudian sebarkan dengan andaian yang dibuat-buat faham tu. Kenapa artikel yang sebagus itu, orang tidak dapat memahami dengan jelas? Sebabnya baca separuh jalan or main scroll je lepas tu nampak la perkataan "bahaya", kemudian terus "barred in our mind- BAHAYA"

Saya malas nak cakap banyak, saya ringkaskan artikel tersebut kedalam bentuk "point" untuk memudahkan anda memahami dengan lebih jelas. Takutkah nak ambil supplemen Alfalfa ni?
________________________________________

1. Statement Dr Zubaidi, tak salah amik supplement dan pastikan amik dari company yg dipercaya

dipetik daripada blog dr.zubaidi


JAWAPAN: Memang betul dan shaklee adalah company nutrisi yang sudah lebih 50 tahun bertapak maka tiada ragu sebab ia melabur berbillion dollar sebelum mengeluarkan sesuatu produk untuk penyelidikan.

2. FDA (badan berkuasa di US) menyatakan penggunaan DAUN ALFALFA mungkin SELAMAT tetapi penggunaan dari BIJI BENIH mungkin TIDAK SELAMAT kerana kemungkinan boleh beri tindak balas autoimmune pada pesakit lupus erythematosus (SLE)

dipetik daripada blog dr.zubaidi

JAWAPAN: alfalfa shaklee dari sumber daun alfalfa. Dan sebagai langkah selamat sudah juga dinyatakan dalam botol shaklee bahawa TIDAK BOLEH DIAMBIL OLEH PESAKIT SLE. Dah nyata dan jelas kat situ, maka tiada keraguan kenapa pula ia tidak boleh diambil oleh orang biasa?

3. Makan alfalfa secara berlebihan boleh memudaratkan jadi mudah dapat ruam atau sunburn.


JAWAPAN: sebab itu ada sukatan kat botol. Maximum adalah 10 biji sehari. Shaklee dah kaji kenapa hanya max 10. Kalau makan 50 biji sehari memang mudarat kena tanggung sendiri. Maka itulah pentingnya consultation yang betul bukan makan supplement ikut sedap je tanpa mengikut arahan penggunaan.

4. Pesakit yang mengambil ubat-ubat tertentu diminta consult doktor dahulu sebelum mengambil alfalfa.


JAWAPAN: memang betul apa-apa supplement pun jika kita ada mengambil ubatan doktor yang kita sendiri tidak pasti maka silalah rujuk doktor kerana alfalfa adalah herba. Tapi makan maajun tak pulak nak tanya doktor boleh ke makan eh?

5. Penggunaan alfalfa dalam KUANTITI YANG BESAR DAN BERPANJANGAN tidak selamat pada ibu hamil dan ibu menyusu.


dipetik daripada blog dr.zubaidi

JAWAPAN: memang kita tidak pernah consult suruh bagi makan alfalfa pada ibu hamil tetapi pada ibu menyusu dibolehkan ikut dos. Baca balik artikel tu kata kuantiti besar dan berpanjangan.

6. Pesakit kanser, fibroid tidak digalak amik alfalfa, tetapi belum dibuktikan dari segi kajian klinikal.


JAWAPAN: memang kita pun tak galakkan pesakit2 ini amik alfalfa walau belum terbukti ada kajian klinikal mengenainya.

7. Pesakit yang mengambil ubat cair darah tidak digalakkan ambil alfalfa.


dipetik daripada blog dr.zubaidi

JAWAPAN: Kandungan vitamin K dalam alfalfa boleh memekatkan darah maka memang sesiapa yang mengambil UBAT CAIR DARAH (WARFARIN) memang kita tak benarkan ambik alfalfa.

________________________________
OKAY, sha dah jelaskan serba sedikit tentang kontroversi alfalfa ni. Harap anda jadilah pengguna yang bijak. Jika dapat sesuatu info atau inginkan lebih kepastian pastikan anda bertanya terus kepada pihak shaklee atau pengedar sah shaklee anda. Sememangnya SHAKLEE IS DIFFERENCE berbanding syarikat supplemen lain, kalau tak kan la mampu tahan lebih 50 tahun. Pendek kata jangan cepat melatah apabila disogokkan dengan info-info sebegini. Makanya, tidak perlu ragu-ragu tentang supplemen ALFALFA SHAKLEE ini.

Pastikan anda mendapat consultation before dan after sales yer. Jika anda membeli dengan sha, pastinya anda akan dapat servis terbaik beserta FREE CONSULTATION & GROUP EXCLUSIVE untuk pelanggan-pelanggan sha.

NAK ORDER? Hubungi...

Sha 012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...