SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Showing posts with label kanser. Show all posts
Showing posts with label kanser. Show all posts

Friday, 25 November 2016

Patut Anda Tahu, 8 Jenis Kanser Kerap Menyerang Wanita

Kanser Yang Sering Menyerang Wanita

Ada terdapat banyak jenis kanser

Kanser kulit
Walaupun sebagai orang asia kulit kita lebih berpigmen, anda juga berkemungkinan boleh terkena kanser kulit.
Jenis-jenis kanser kulit termasuk jenis sel basal (kulit nampak seperti lilin, pucat warnanya, mungkin timbul seperti mutiara dan kadangkala tompok bersisik), jenis sel skuamos (kehadirannya juga menyerupai sel basal) atau jenis melanoma (seperti tahi lalat, hanya membesar dengan perimeter tidak sekata, bertambah hitam dan senang berdarah).

Kanser pangkal rahim (serviks)
Ujian saringan PAP dapat mengesan keabnormalan pangkal rahim pada peringkat awal. Ujian lanjutan seperti kolposkopi mungkin dijalankan untuk kepastian. Contoh tisu pangkal rahim diambil untuk kepastian jika ianya kanser rahim.

Kanser ovari
Risiko untuk mendapat kanser telur adalah kecil, tetapi kebarangkaliannya meningkat dengan peningkatan usia terutamanya selepas melangkau usia 60 tahun. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko kanser jenis ini termasuklah kemandulan, makanan kaya dengan lemak, sejarah kanser usus dan payudara, endometriosis serta pembawa gen abnormal BRCA1 dan BRCA2.

Kanser rahim
Risiko kanser rahim meningkat selepas umur 55 tahun, terutamanya mereka di dalam julat di antara 60 hingga 75 tahun dan jarang berlaku di kalangan mereka di bawah 40 tahun.

Kanser faraj dan vulva
Kebanyakan kanser jenis ini berlaku pada mereka berusia melebihi 60 tahun. Sekiranya anda mengalami perkara-perkara berikut di sekitar alat kelamin, dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor dengan segera.
“Kudis, pembengkakan yang tidak hilang-hilang
“Kegatalan
“Pendarahan yang abnormal
“Perubahan pada kulit-kulit di sekitar, seperti perubahan pada tahi lalat
Perokok dan mereka yang dijangkiti virus HPV berisiko tinggi. Biopsi tisu pada luka-luka yang timbul mungkin perlu diambil untuk ujian saringan lanjutan.

Kanser usus dan rektum (kanser kolorektal)
Kanser kolorektal ini perlahan tumbesarannya dan pada kebiasaannya bermula dengan polip di usus sebelum menjadi kanser. Anda dikategorikan sebagai berisiko sekiranya mempunyai waris terdekat (ibu, ayah, adik-beradik) dengan polip atau kanser kolorektal semasa berumur kurang dari 60 tahun, mempunyai penyakit yang melibatkan usus atau diri sendiri mempunyai polip di usus.

Kanser paru-paru
Majoriti pesakit mendapat kanser paru-paru dari aktiviti merokok. Wanita yang merokok mempunyai risiko 12 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat kanser paru-paru jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.
Kanser payudara
Kanser ini adalah antara penyebab kematian utama di kalangan wanita. Kebarangkalian untuk seorang wanita mendapat kanser ini pula adalah satu dalam lapan (1:8). Di antara faktor-faktor yang dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser jenis ini termasuk peningkatan umur, sejarah keluarga dengan kanser payudara (terutamanya di sebelah ibu atau saudara perempuan) serta pembawa gen genetik abnormal BCRA1 dan BCRA2.


Artikel Penuh: 

Wednesday, 23 November 2016

Lelaki Muda Disaran Lakukan Pemeriksaan Buah Zakar, Elak Kanser Testi

Kanser Buah Zakar

Buah zakar atau testis adalah organ yang hanya terdapat pada lelaki, ianya berfungsi untuk menghasilkan sperma dan hormon testoterone. Kanser buah zakar ini boleh menyerang lelaki muda seawal 15 tahun.



Punca kanser buah zakar sehingga kini tidak diketahui jelas, tetapi terdapat faktor yang dikaitkan dengan kegagalan testis untuk turun ke dalam kantungnya, sama ada salah satu atau kedua-duanya.

Kanser buah zakar boleh dibahagikan kepada 2 kategori, iaitu:

  • Seminoma
  • Non-seminoma
Seminoma adalah kanser yang dibentuk sel germa primer yang membesar dengan perlahan dan secara relatifnya tidak merebak. Manakala non-seminoma pula berpunca daripada sel germa yang lebih matang dan agresif, ianya juga adalah kombinasi beberapa jenis kanser yang berbeza.

Tanda dan Simptom Kanser Buah Zakar (testis)

  1. Bengkak pada salah satu buah zakar.
  2. Sebarang pembesaran atau pengecutan saiz buah zakar.
  3. Berlaku perubahan yang tidak konsisten pada buah zakar, biasanya kekerasan.
  4. Rasa buah zakar lebih berat.
  5. Rasa sakit dibahagian bawah perut atau pangkal paha.
  6. Cecair tiba-tiba berkumpul pada buah zakar.
  7. Rasa tidak selesa pada testis atau skrotum (kantung buah zakar).
  8. Pembesaran atau kelembutan pada bahagian dada.



Monday, 21 November 2016

Wanita Kumpulan Darah 'A' Dikaitkan Dengan Kanser Ovari

Kanser Ovari Menyerang Wanita Dalam Senyap

Kanser Ovari merupakan kanser yang timbul daripada ovari, iaitu sepasang organ yang menghasilkan benih dan hormon wanita. Kanser ovari, kanser rahim dan kanser pangkal rahim adalah berbeza.

Ia biasanya berlaku dikalangan wanita berusia 40-an ke atas dan memuncak dikalangan umur 55 ke 60 tahun, tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita remaja kurang dan pada 20 tahun.


Kebanyakan kanser ovari merupakan kanser yang timbul daripada permukaan ovari (epithelial cancer) dan sebahagian kecil berasal daripada sel-sel benih telur (germ cell cancer).

Kanser ini sukar dikesan kerana kedudukan organ yang jauh ke dalam pelvis, menyebabkan proses saringan tidak dapat dilakukan berbanding pangkal rahim (serviks) dan juha endometrium (dinding rahim).

Siapa yang berisiko mendapat kanser ovari?

  • Mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi kanser ovari seperti ibu atau adik-beradik.
  • Wanita yang mencapai akil baligh awal dan lewat menopos
  • Wanita yang tidak pernah hamil (ovari direhatkan semasa kehamilan)
  • Wanita yang hamil pada usia lewat
  • Wanita kumpulan darah 'A' juga dikaitkan dengan kanser ovari. 



Gejala, Tanda dan Simptom Kanser Ovari


  • Kembung perut
  • Cirit atau sembelit
  • Bengkak di perut
  • Perut membesar (cecair yang terhasil dari kanser ovari)

Kanser ovari biasanya tidak mempunyai sebarang gejala spesifik pada peringkat awal. Kebiasaannya ia sudah pun merebak apabila diketahui.

Memandangkan tiada ujian saringan khas untuk mengesan kanser ovari, anda dinasihatkan buat pemeriksaan lanjutan dengan doktor sekiranya gejala seperti yang dinyatakan ini.

Bagaimana


Statistik yang dikeluarkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada tahun 2013 menunjukkan kira-kira 17.9 daripada 100 000 wanita dalam kalangan usia reproduktif di negara ini berisiko mengalami kanser pangkal rahim setiap tahun.

Sebanyak 2126 wanita pula berkemungkinan menghidap penyakit ini setiap tahun dengan kadar kematian adalah 631 orang dan menjelang 2025, dijangkakan 3502 wanita akan terdedah dengan kanser ini dengan jumlah kematian mencecah 1118 orang.

Menurut Ketua Pegawai Perubatan Pusat Saringan Kanser, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. Dalilah Kamaruddin, statistik tersebut secara tidak langsung menunjukkan bahawa kanser pangkal rahim semakin serius.
Tambah beliau, kanser pangkal rahim kini berada di tangga ketiga carta selepas kanser payu dara dan kanser korektoral (usus)
“Di Malaysia hari ini sebanyak 60 peratus pesakit kanser pangkal rahim yang dikesan sudah berada pada tahap tiga dan empat.

Kanser ovari adalah sejenis kanser yang bermula di dalam ovari. Wanita mempunyai dua ovari, satu di setiap sebelah uterus.




Ovari - setiap satu kira-kira saiz badam - menghasilkan telur (ova) dan juga hormon estrogen , progesteron dan testosteron.


Kanser ovari sering terjadi tanpa gejala sehingga ia telah merebak di dalam pelvis dan abdomen. Pada peringkat ini, kanser ovari adalah sukar untuk dirawat dan sering membawa maut.



Tanda-tanda dan gejala-gejala kanser ovari mungkin termasuk:


  1. Tekanan abdomen, cepat kenyang, bengkak atau kembung.
  2. Rasa tidak selesa atau sakit pelvis.
  3. Senak berterusan, angin atau mual.
  4. Perubahan tabiat membuang air besar seperti sembelit.
  5. Perubahan tabiat pundi kencing, termasuk keperluan yang kerap untuk membuang air kecil.
  6. Hilang selera makan atau cepat rasa kenyang.
  7. Peningkatan lilitan perut atau pakaian terasa lebih ketat di sekeliling pinggang anda.
  8. Tiada tenaga/stamina.
  9. Sakit pinggang.




Punca Kanser Ovari



Ia tidak jelas apa yang menyebabkan kanser ovari.


Secara umumnya , kanser bermula apabila sel-sel yang sihat yang mengalami mutasi genetik (perubahan gen) yang bertukar sel-sel normal menjadi sel-sel yang tidak normal.


Sel-sel yang sihat membesar dan membiak pada kadar yang ditetapkan, akhirnya mati pada masa yang ditetapkan . Walau bagaimanapun , sel-sel kanser membesar dan membiak di luar kawalan, dan mereka tidak mati apabila sepatutnya.


Apabila sel-sel yang tidak normal berkumpul , mereka membentuk jisim (ketumbuhan). 
Sel-sel kanser ini menyerang tisu yang berhampiran dan merebak dari tumor asal dan tersebar di tempat lain dalam badan (metastasis



Kanser Ovari Menyebabkan Wanita ini Rahimnya Dibuang, Badan lemah





Leya nak bagi testimony Vivix sebagai seorang pesakit kanser… Leya kanser ovary… Selepas second line kemo, Leya ambil Vivix.. Leya dibuang semua peranakan..

Jadi doktor cakap badan Leya akan jadi orang-orang tua sebab tak datang period… Memang Leya sakit lutut, sakit pinggang, susah tidur, sakit tempat operation,kebas kaki tangan sampai ke muka dan yang paling tak tahan panas badan sampai tak boleh buat apa…asyik mandi je.. Doc cakap semua effect menopause… lebih teruk sebab muda baru umur 27 tahun dibuang secara operation..

Lepas Leya ambil Vivix, Alhamdulillah dengan izin Allah serasi dengan badan Leya.. Seminggu Leya rasa makin kurang lenguh-lenguh badan, tapak kaki Leya tak rasa menyucuk-nyucuk lagi.. Bab solat happy sangat sebab boleh berdiri ebab kadang-kadang Leya terpaksa dolat duduk sebab Leya tak mampu nak pijak lantai sekalipun.

Alhamdulillah, semuanya semakin ok.. Dah 3 bulan Leya amalkan.. Sekarang Leya makin aktif.. Sekarang Leya dah tak nampak muka sedih mak abah dan husband bila diorang tengok Leya makin aktif.. Syukur sangat..

~Puan Leya






Sumber:

Friday, 18 November 2016

Aktiviti Seksual Faktor Penyumbang Kanser Tekak Meningkat

Kanser Tekak


Menurut Pakar Bedah Kanser Kepala dan Leher dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Mohd Razif, kanser kepala dan leher dirujuk sebaai satu kumpulan kanser di bahagian bawah otak hinga ke bahagian esofagus. 

Ia merangkumi bibir, rongga mulut (termasuk lidah), rongga hidung, tekak, peti suara dan salur pemakanan. Kadangkala, ia melibatkan kes kombinasi denan otak yan turut memerlukan perhatian pakar neurologi.



Antara punca yang dikaitkan dengan kanser kepala dan leher adalah tabiat merokok, pengambilan minuman beralkohol, amalan mengunyah pinang, sirih dan juga gambir serta beberapa jenis virus seperti virus papiloma manusia (HPV).

Penemuan kanser tekak yang berpunca dari virus HPV, dikaitkan dengan amalan mempunyai ramai pasangan seksual selain mengamalkan seks oral dengan pasangan mereka.

Simptom dan Tanda-Tanda:

  • Pembesaran nodus limfa di luar bahagian leher
  • Sakit tekak
  • Perubahan suara
  • Kesukaran menelan
  • Bengkak di kawasan leher
  • Pertuturan terjejas
  • Sakit di bahagian telinga


Namun jika ia berkaitan kanser, keadaan ini kelihatan lebih kronik. Ia mungkin dapat dilihat dengan jelas melalui benjolan atau kesakitan di bahagian teka, leher yang tida sembuh untuk tempoh yang lama.

Rawatan

Bergantung pada jenis kanser tersebut dan tahap penyakit yan dialami. Terdapat 4 kemungkinan untuk rawatan kanser, iaitu:
  • Pembedahan
  • Radioterapi
  • Kemoterapi
  • Gabungan rawatan di atas
Pesakit yang berada tahap awal 1 dan 2 mempunyai peratusan yan tinggi untu sembuh semula.


Elak Kanser Tekak Menyerang Semula


Jika anda ingin ikhtiar dan mencegah agar sel-sel kanser aktif semula, saya sarankan agar anda mencuba tonik sirap merah, vivix shakleee ini. Walaupun harganya agak mahal, tapi khasiat di dalam kandungannya terbukti membantu merencatkan sel kanser.

Menurut laporan kajian pada Oktober 2013, oleh University of Missauri, lebih banyak sel kanser yang mati jika pesakit dirawat menggunakan gabungan Resveratrol dan radioterapi, berbanding rawatan radioterapi sahaja.

Kandungan resveratrol dalam vivix dapat menghalang sel kanser daripada merebak dan menggalakkan proses membunuh sel-sel yang tidak normal dalam badan.

Hubungi saya, untuk dapatkan vivix shaklee sekarang. whatsapp 012-9362692.





Olahan sumber:

Friday, 26 August 2016

Awalnya Tiada Harapan, Namun Kini Mereka Antara Survivor Kanser Yang Berjaya Melawan

Vivix Shaklee dan Testimoni Kanser dan Penyakit Kronik

BAGAIMANA VIVIX BOLEH MEMBANTU PESAKIT KANSER?

Vivix mengandungi resveratoral yang terbukti melalui kajian-kajian saintifik boleh membantu membetulkan sel-sel yang rosak (seperti sel kanser). Apabila sel-sel rosak telah dibetulkan, mereka akan mematikan diri sendiri dengan sendirinya (Apoptosi) dan menyebabkan kanser berkurang dan akhirnya hilang.
Vivix bukanlah sejenis ubat yang mengandungi dadah, malah ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia. Ia dibuat daripada 4 ekstrak botani iaitu:
Menurut laporan daripada kajian terbaru yang dibuat oleh University of Missouri pada tahun October 2013; lebih banyak sel kanser yang mati jika pesakit dirawat menggunakan gabunagn resveratrol (kandungan utama Vivix!) dan radioterapi berbanding rawatan dengan radioterapi sahaja.
Testimoni Survivor Pesakit Kanser Yang Mengambil Vivix




Wednesday, 24 August 2016

Najis Berdarah Simptom Kanser Kolon, Jalani Kolonoskopi Untuk Kesihatan Usus

Kanser kolon atau usus ini biasanya dialami oleh penduduk negara maju dan membangun. Di Malaysia, penyakit jenis ini sering menyerang dan kerap dihidapi penduduk.

Kanser usus boleh menyerang siapa sahaja. Risiko mendapat kanser usus bagi lelaki dan wanita lebih kurang sama tetapi kanser yang bahagian rektum lebih banyak dihadapi wanita.

Setiap penyakit pastinya ada penawar jika dapat dikesan awal. Misalnya jika terdapat simptom seperti najis berdarah janganlah ambil ringan atau beranggapan ia buasir dan selagi tidak menyakitkan, tidak mahu berjumpa doktor.

Sikap sambil lewa anda mungkin menyebabkan penyakit sudah berada pada tahap lanjut dan pastinya lebih sukar untuk diselamatkan. Malah jika dibiarkan ia juga boleh membawa maut.

Kanser kolon terbentuk apabila ada ketumbuhan kecil dinamakan polip. Polip berasal daripada sel menyelaputi usus dan rektum iaitu dinding usus.

Kehadiran Polip Dalam Usus Boleh Mencetuskan Kanser

Apakah Penyumbang Kepada Kanser Kolon (Usus)
  • Sejarah keluarga
  • peningkatan usia
  • merokok
  • obesiti
  • kencing manis
  • alkohol dan
  • pengambilan makanan yang diawet


Menurut American College of Gastroenterology, jika anda mempunyai saudara terdekat (ibu bapa atau adik beradik) menghidap kanser kolon (kanser usus) pada usia sekitar 60 tahun, anda perlu mula menjalani pemeriksaan usus atau kolonoskopi pada umur 40 tahun.





Faktor/risiko menghidap kanser usus:
1. Diet tidak seimbang iaitu kerap mengambil makanan banyak lemak dan kurang makan serat.
2. Kegemukan.
3. Bekas pesakit kanser kolon yang sudah menjalani pembedahan membuang kanser berkenaan.
4. Pesakit pernah mempunyai polip dalam usus. Tidak semua polip berisiko mendapat kanser usus. Cuma satu polip iaitu adenomatous dipercayai penyebab kanser.
5. Risiko mendapat kanser usus meningkat apabila semakin bertambah umur. Mereka yang berusia lebih 40 tahun ada risiko.
6. Gaya hidup sedentari iaitu kurang bersenam.
Gejala biasanya bergantung pada bagaimana kanser itu terjadi, antaranya:
1. Keluar darah melalui dubur - bergantung pada di mana usus itu berada. Jika kanser terjadi di bahagian berdekatan dubur, darah yang keluar berwarna merah terang dan cair. Jika berlaku di sebelah kanan, darah biasanya bercampur najis dan ia berwarna lebih pekat.
2. Perubahan tabiat buang air besar. Kadangkala pesakit mengalami cirit-birit dan diselang seli dengan keadaan normal juga sembelit. Pesakit juga kadangkala tidak puas buang air besar iaitu terasa ingin membuang air besar tetapi tiada apa yang keluar.
3. Sakit perut lebih kepada bahagian kiri abdomen.
4. Berat badan berkurangan tanpa sebab.
5. Muka pucat, kurang darah (anemia), letih dan tidak bermaya.
6. Kurang 10 peratus pesakit mengalami penyumbatan usus.
Mengurangkan risiko kanser usus:
1. Mengamalkan hidup sihat iaitu mengambil makanan berkhasiat dengan melebihkan sayuran dan buah-buahan.
2. Mengurangkan makanan lemak haiwan seperti kambing dan lembu.
3. Mengekalkan berat badan seimbang.
4. Bersenam.
5. Tidak merokok.
6. Tidak mengambil minuman keras.
Empat rawatan utama untuk kanser usus
• Pembedahan.
• Radioterapi.
• Kemoterapi.
• Target terapi.

Rawatan Alternatif Kanser Usus Dengan Vivix
Supplemen yang sangat dicadangkan untuk rawatan alternatif Kanser Usus ialah Vivix. Menurut kajian, pengambilan Vivix yang kaya dengan resvetrol berupaya  merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon di dalam tubuh.

Friday, 19 August 2016

Dapatkan Rawatan Kesuburan Setelah 5 Tahun Berkahwin, Akhirnya Doktor Sahkan Menghidap Barah Rahim

Rahim adalah organ reproduktif yang berfungsi sebagai tempat membesarkan janin atau kandungan. Organ ini berbentuk buah pear dan terdiri daripada bahagian badan (uterine body) dan bahagian pangkal rahim (serviks). Sempadan yang memisahkan bahagian badan rahim dan pangkal rahim dipanggil istmus.

Apabila disebut kanser rahim, ia merujuk kepada kanser yang terjadi atau berasal daripada bahagian badan rahim. Ada dua bahagian utama badan rahim iaitu:
  • selaput dinding rahim ataupun endometrium
  • dinding rahim, terdiri daripada tiga lapisan otot dan stroma

3 Jenis Kanser Rahim:

  1. Endometrium (Selaput dinding rahim)
  2. Leiomyosarcoma, kanser berasal daripada otot dinding rahim iaitu liomiosarkoma
  3. Karsinosarkoma, kanser yang berasal daripada kedua-dua komponen selaput dan dinding rahim.

Ikuti kisah Puan Amelia yang berusaha dapatkan rawatan untuk kesuburan namun akhirnya, setelah pemeriksaan lanjut doktor sahkan beliau menghidap barah rahim.

"Pada usia 26 tahun, Amelia tidak menyangka yang dia menghidap kanser rahim. Ia bermula apabila dia ingin mendapatkan rawatan kesuburan di hospital swasta disebabkan sukar hamil setelah lima tahun berkahwin. 
Alangkah terkejutnya Amelia apabila selepas membuat pemeriksaan imbasan ultrabunyi, doktor mendapati terdapat terdapat perubahan pada bahagian dinding rahim yang menyebabkan dia terpaksa menjalani pemeriksaan biopsi iaitu pengambilan tisu rahim. 
Memang benar seperti yang dijangka kerana terdapat sel kanser pada bahagian dinding rahim yang menyebabkan dia terpaksa menjalani rawatan. Mujur Amelia segera ke hospital kerana kanser masih berada pada tahap awal, jadi rawatan hanya menerusi ubat-ubatan dan bukannya pembuangan rahim."

"Kanser rahim adalah salah satu kanser yang mampu dikesan seawal tahap satu. Malah bagi individu yang berusia di bawah 30 tahun, rawatan susulan mampu memberikan tahap penyembuhan pada kadar yang cepat serta tidak perlu menjalani pembedahan pembuangan rahim".-Pakar Ginekologi Onkologi Hospital Serdang, Dr.Andi Anggeriana Andi Asri, 

Kanser rahim juga mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan pengedaran serta kandungan hormon estrogen yang tidak seimbang atau dipanggil sindrom ovari polisistik (PCOS) iaitu gangguan hormon paling tinggi dalam kalangan wanita yang berada pada peringkat subur. Ia juga menjadi salah satu faktor ketidaksuburan wanita.

Tanda-Tanda Barah Rahim

  • Mengalami pendarahan selepas melakukan hubungan seks (postcoital bleeding)
  • Keluar lendir berdarah dari kemaluan
  • Pendarahan dipertangahan kitaran haid
  • Pendarahan selepas monopos (putus haid)
  • Hilang selera makan yang teruk
  • Hilang berat badan mendadak
Jika anda mengalami gejala atau tanda seperti ini, dinasihatkan agar berjumpa doktor untuk pemeriksaan segera.

Rawatan Barah Rahim


Biasanya terdapat 3 jenis rawatan iaitu
  1. Pembedahan
  2. Radioterapi
  3. Kemoterapi
Bagaimanapun, doktor akan memberi kaunseling kepada pesakit mengenai setiap rawatan yang dipilih dan bersesuaian dengan keadaan pesakit tersebut.

Namun, untuk rawatan kanser rahim tahap empat hanya dapat dilakukan menerusi pembedahan pembuangan rahim termasuk tiub fallopio dan ovari. Manakala kanser tahap lanjut, pesakit dinasihatkan menjalani kemoterapi atau radioterapi bagi mengelak sel kanser merebak ke kawasan lain.

Untuk mengesan dan mencegah kanser rahim daripada terjadi dan merebak, anda dinasihatkan agar melakukan pemeriksaan pap smear setiap tahun. Selain itu, boleh juga mengamalkan gaya hidup sihat dan jangan bertukar pasangan.

Sekiranya, anda mempunyai risiko besar untuk mempunyai kanser rahim akibat keturunan, saya sarankan agar mencuba supplemen yang bersifat antioksidan seperti Vivix yang kaya dengan resveratrol.



Bagi anda yang berminat untuk dapatkan vivix boleh hubungi saya di talian 012-9362692.




Rujukan:
1) http://www.hmetro.com.my/node/18060

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...