SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Showing posts with label Morning Sickness. Show all posts
Showing posts with label Morning Sickness. Show all posts

Saturday, 28 February 2015

7 Cara Kurangkan Loya dan Mual Semasa Mengandung

Saya percaya kebanyakan ibu yang hamil terutamanya pada trimester pertama dan kedua ni seringkali dilanda masalah "Morning Sickness" ataupun alahan seperti loya dan mual-mual, kurang selera makan ataupun ada sesetengahnya tak boleh bau suami sendiri. 

Bila kita dengar cerita ni, mesti tertanya-tanya dalam hati..betul ke alahan atau pembawakan bayi dalam perut tu sampai macam tu? Entah la, tapi pendapat saya kalau tuan yang bercakap tu tak rasa sendiri 'hebatnya' penangan alahan tu, mungkin sukar nak percaya.

Pada kehamilan pertama dahulu, saya juga mengalami alahan yang agak teruk juga tapi lebih kepada loya dan mual-mual, muntah dan kurang selera makan. Jadi saya rasa saya cukup memahami anda jika bercerita dengan loya ketika hamil ni..hehehe

Apakah Punca Ibu Mengandung Loya  dan Mual-mual ?

Sewaktu seseorang wanita itu sedang hamil, pada masa ini terdapat peningkatan pada tahap hormon 'Human Chorionic Gonadotrophin' (hCG) dalam tubuh wanita hamil yang dikeluarkan oleh uri dalam rahim.

Walaubagaimanapun, apabila kandungan semakin membesar kebiasaannya ibu mengandung akan rasa semakin kurang mengalami rasa loya dan muntah kerana semakin 'serasi' dengan kehadiran hormon tersebut dalam tubuh. Manakala, aras hormon yang dikeluarkan juga semakin berkurang. Tetapi ada juga segelintir ibu hamil ini tetap mengalami alahan sehingga hampir waktu bersalin, namun tidak ramai.


7 Petua Hilangkan Loya Semasa Hamil

  1. Minum air masak secukupnya
  2. Kurangkan pengambilan kafein
  3. Elakkan mengambil makanan yang pedas, berlemak dan berminyak
  4. Amalkan mengambil makanan secara sedikit tetepi kerap
  5. Dapatkan rehat yang secukupnya
  6. Untuk mengelakkan bau yang menganggu ketika memasak, buka tingkap dan kipas untuk pengudaraan.
  7. Minum air yang ditambah hirisan halia dan lemon

Tips nombor 7 tu sangat rekomen pada ibu mengandung yang selalu rasa sebu perut atau seringkali mengalami ketidakselesaan perut dan juga angin yang banyak ketika hamil. Tapi kadang malas kan nak buat air halia ni..hehe.. kalau macam saya yang selalu angin dan sebu-sebu perut sewaktu mengandung, telan saja peppermint ginger plus shaklee. Mudah dan senang untuk ditelan ^_^

Bagi ibu-ibu mengandung yang nak mengurangkan loya semasa hamil ni, boleh juga mencuba Peppermint Ginger Plus Shaklee. Antara salah satu kebaikannya mampu melegakan rasa loya dan muntah.



Testimoni Set Ibu Hamil Shaklee :


Saksikan pengakuan Puan Ainul Mustapha dari Shah Alam, Selangor
Beliau masih kekal cergas bertenaga dan masih bersemangat mendaki candi Borobudur 
walaupun ketika itu sedang sarat hamil 7 bulan !

Nak tahu apa rahsia Pn.Ainul ?


 

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! 
sumber: iReach HD.




sila hubungi saya :)

SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com


COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease

Tuesday, 18 March 2014

Petua Menghilangkan Alahan Ketika Mengandung

Wanita hamil biasanya mengalami alahan dalam trimester pertama (1-3 bulan pertama) dan sering dikaitkan dengan muntah, pening kepala, loya, mual dan perut berasa sebu serta tidak selesa. Keadaan ini berlaku terutamanya ketika bangun tidur dimana seseorang wanita itu mungkin berasa pening, mual dan loya. Namun ada juga wanita yang mengalami gejala ini sepanjang hari.




Alahan ketika mengandung ini membuatkan ramai wanita terpaksa menukar perancangan harian supaya maalah itu tidak menjejaskan rutin atau tugasan mereka. Keadaan alahan setiap wanita tidak sama kerana ada yang diduga dengan alahan teruk sehingga terpaksa mengambil cuti dan berehat secukupnya.

Punca utama alahan ketika hamil adalah disebabkan oleh kehadiran hormon hCG, dirembeskan dalam kuantiti yang banyak ketika di awal kehamilan.

Ketahui petua untuk menghilangkan alahan ketika mengandung :

  • Apabila bangun tidur pada waktu pagi, bangun secara perlahan-lahan, makan sedikit biskut biskut dan rehat 10-15 minit kemudian barulah bangun.
  • Makan sedikit tetapi kerap supaya perut tidak kosong. Contohnya, makan sedikit setiap 2 jam walaupun tidak lapar. Jika boleh elakkan mengambil makanan pedas, berlemak atau bergoreng.
  • Jika tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas.
  • Petua menghidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
  • Minum air masak banyak untuk menggantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit.
  • Elakkan minum ketika makan, sebelum dan dan selepas makan. Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
  • Pastikan waktu rehat yang cukup kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
  • Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain (jika ada). pastikan peruntukkan masa untuk berehat.
  • Elakkan berada di tempat panas kerana alahan akan bertambah teruk.
  • Bergerak dengan perlahan dan dapatkan sokongan daripada individu yang rapat antaranya suami, ibu bapa ataupun rakan.

Selain itu, bakal-bakal ibu yang mengalami masalah alahan teruk ketika hamil juga boleh dapatkan produk shaklee ini bagi mengurangkan masalah alahan yang dialami.

Cadangan produk shaklee untuk mengatasi masalah alahan/ morning sickness ketika kehamilan:




Kebaikan Peppermint Ginger Plus :
  • Ia tidak mengganggu bayi kerana ia diperbuat dari bahan semulajadi dan mempunyai sijil KKM. Direka khas oleh pakar herba untuk mengurangkan "morning sickness" para ibu ketika hamil.
  • Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut.
  • Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.



Kebaikan B-Complex :

Kajian menunjukkan bahawa 1/3 daripada wanita yang mengambil Pyridoxine berjaya mengurangkan masalah "morning sickness" yang dihadapi oleh mereka ketika hamil. Pyridoxine ini adalah salah satu komponen dalam Vitamin B iaitu B6. Kebaikan Pyridoxine akan diperolehi secara optimum jika diambil bersama Asid Folik (B9), Niacin (B3) dan Cobalamin (B12).

Tahukah anda, bahawa B-Complex Shaklee mengandungi semua vitamin B yang disebut tadi. Bagus kan?

shopping esell shaklee

OPPSS... NANTI DULU.
Nak menikmati DISKAUN sehingga 20%?
Jom mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE dahulu. 
Selepas ini anda akan terus dapat menikmati harga ahli pada bila-bila masa sahaja.




Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya :)
SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...