SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Tuesday 27 November 2012

[INFO] Tanda-Tanda Hampir Bersalin

Hari ni Irsya Healthy House (IHH) just nak share sedikit info dengan kawan-kawan blog, yang bakal-bakal jadi mommy tak lama lagi tu..IHH ucapkan tahniah la..hehe..harap-harap masih tak terlambat la kan... 
Pada yang dah bergelar mommy tu, boleh baca dan komen-komen tentang pengalaman masing-masing...mesti best kan boleh bertukar cerita tambahan pulak bila nak sambut anak sulung kan ;)
So, admin IHH sendiri yang bakal bergelar ibu ni ada la buat reviews sikit tentang tanda-tanda hampir bersalin ni sebagai langkah persediaan dan menambah pengetahuan memandangkan admin pun hanya menunggu hari jer, sekarang dah 38Week 4 days...huhu (doakan Irsya selamat yer ;) )

Jom baca tentang tanda-tanda hampir bersalin ni...
*berdasarkan pembacaan dibuku-buku dan nasihat nurse-nurse di klinik kesihatan ;)


Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
- sakit perut, memulas
- kerap buang air besar
- kerap terkentut
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

- Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.

- Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang

- Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.

- Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
- Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
- Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Ciri-ciri Kontraksi

- Pengecutan otot rahim ini seperti ombak, bergerak dari bahagian atas rahim ke bahagian bawahnya.

- Sakitnya mungkin bermula dari bahagian bawah belakang anda dan bergerak ke depan perut atau sebaliknya.
- Sesetengah wanita menerangkan kesakitan ini seperti sakit sindrom pra haid yang kuat.
- Sakitnya tidak surut dalam tempoh yang lama
- Semakin kerap, paling kurang 15 minit sekali bertambah hingga 5 atau 3 minit sekali.
- Setiap kali sakit, bertambah lama tempoh sakitnya, (sehingga 45 saat).
- Semakin kuat sakitnya
- Jika anda berjalan, sakit ini semakin terasa kuat.
- Berbaring tidak mengurangkannya.
- Servik menipis dan terbuka.
Pecah air ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.


*Nurse kat klinik kesihatan tempat IHH selalu check up pesan, tak kira la air tu banyak atau sikit tapi bila rasa asyik meleleh jer..memang kena SEGERA KE HOSPITAL sebab kadang-kadang air ketuban tu ada yang dah mula bocor..so bila ada yang bocor dan tak amik langkah yang sepatutnya, takut kuman masuk dan serang bayi dalam kandungan kita :)

Thursday 22 November 2012

Makanan Berkhasiat Selepas Bersalin



Mengikut pantang larang selepas bersalin yang sering diamalkan sejak dahulu kala, banyak makanan tidak boleh dimakan semasa dalam tempoh berpantang.  Ini sebenarnya melambatkan proses pemulihan selepas bersalin kerana si ibu tidak mendapat bekalan protein, vitamin dan zat galian yang cukup untuk membantu pemulihan badan.  Ia juga akan mengurangkan penghasilan susu.

Mengikut petikan dari buku tulisan Dr. Mohd Azhar Mohd Nor dari buku yang bertajuk Diari Kehamilan, semasa dalam tempoh berpantang, memakan makanan berkhasiat dapat membantu untuk badan pulih dengan cepat.  Makanan yang harus dimakan adalah makanan yang kaya dengan protein, vitamin dan zat galian.  Disamping menyihatkan badan, ia juga menyumbang kepada penghasilan susu badan.  Anda juga perlu meminum air yang mencukupi kerana ia akan membantu penghasilan susu yang banyak dan mencukupi untuk bayi.

Ramai para ibu yang bimbang jika tidak menjaga pemakanan ditakuti luka di dalam badan dan luka guntingan akan bernanah jika tidak menjaga pemakanan, tetapi mengikut Dr. Mohd Azhar Mohd Nor, nanah tidak terjadi disebabkan oleh pemakanan, tetapi ia terjadi akibat dari jangkitan kuman.  Jika luka guntingan anda bernanah, anda haruslah berjumpa doktor dan biasanya doktor akan memberikan antibiotik untuk mengubati dan mencegah dari terjadinya jangkitan kuman.


Oleh itu, untuk para  ibu zaman moden ini , anda perlulah bijak untuk menggabungkan kaedah berpantang cara tradisional dan moden.  Kaedah berpantang cara tradisional masih boleh terus diamalkan tetapi haruslah ditambah dengan pemakanan yang berkhasiat.

**Cadangan Makanan Tambahan yang boleh diambil ketika berpantang:



1. B complex
 anti stress (elakkan dari gila meroyan)

2.
Vitalea
memberi tenaga dan kecergasan

3.
Alfalfa :  
membantu pelawasan dan senang untuk membuang  (juga membanyakkan susu)

4.
Vitamin C :
 membantu wajah ibu berseri dan hilang segala muka yang pucat dan tidak bermaya 

5. Zinc Complex : 
membantu percepat proses penyembuhan luka

 
Untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat pesanan, anda boleh:
1. LIKE fanpage IRSYA HEALTHY HOUSE
2. Email ke melurbunga@rocketmail.com
3. SMS di talian 012-9362692
Dapatkan konsultansi PERCUMA apabila anda membeli produk shaklee daripada saya :) 


:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Tuesday 20 November 2012

Apa itu Vivix?

Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat & tumbuh-tumbuhan lain. 

Apa yg terkandung dlm Vivix ni sehinggakan ia dikatakan sangat bestt.?
Vivix ia mengandungi resveratrol. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan.

>>Saintis mendapati Orang Perancis makan makanan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui: Rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terdapat dalam wain merah...

Apakah itu Resveratrol?
• Antioksidan yang kuat,
• Anti-inflamasi
• Anti-kanser

.Satu hidangan Vivix™ mengandungi sama banyak resveratrol yang terdapat dalam 100 gelas wain merah..Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),


   



Untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat pesanan, anda boleh:
1. LIKE fanpage IRSYA HEALTHY HOUSE
2. Email ke melurbunga@rocketmail.com
3. SMS di talian 012-9362692
 Dapatkan konsultansi PERCUMA apabila anda membeli produk shaklee daripada saya :) 
:
:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::



 

Monday 12 November 2012

Atasi Migrain Dengan Ostematrix dan B-Complex



migrain dan sakit kepala ni antara masalah yang sering diutarakan....."aku ada masalah sakit kepala lah..migrain la.. shaklee ada ubat tak"... saya tak jual ubat yer..mintak maaf .....kalau nak diikut jalan singkat..senang je... telan panadol ke..telan painkiller..reda lah migrain tu kan .kan ..tapi kesan jangka panjang kepada kesihatan?badan je lah yang tahu yer..... saya tak kata supplemen Shaklee ni wajib kene ambil...tapi ianya sebagai alternatif..apa2 pun kita kena lah tahu punca2 maka dapatla cari jalan penyelesaian..kan kan..

Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:

  • § Sakit kepala kerana tekanan
  • § Sakit kepala kerana sinus
  • § Sakit kepala kerana migraine


Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.

Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.
Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:

  • Kekurangan zat dan nutrisi
  • Faktor keturunan
  •  Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  • Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  • Terlalu banyak mengambil kafein
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat


Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.

Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan. Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain. 

Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin yang sesuai utk merawat migrain:

~Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium,Magnesium,Vitamin D



Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing...

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. ...

sumber: mamafaiz




Untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat pesanan, anda boleh:
1. LIKE fanpage IRSYA HEALTHY HOUSE
2. Email ke melurbunga@rocketmail.com
3. SMS di talian 012-9362692
 
 Dapatkan konsultansi PERCUMA apabila anda membeli produk shaklee daripada saya :) 
:
 
:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::



 

[INFO] 7 sebab kenapa kita perlukan Makanan Tambahan atau suppelements


Assalamualaikum..salam pd semua..entry kali ni, nak jelaskan kat semua org..actually ramai yg tanya saya..nape nak kena ambik supplements? padahal kita leh dapat itu semua dari makanan harian..sumber asli..fresh..hmmm..tak mo komen panjang2..this 7 sebab is antara sebab nya kita semua perlukan supplements dalam hidupan harian..
(sumber : surijunior

1 -Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar
 Dari saat anda menghidupkan enjin kereta anda telah pun terdedah kepada pencemaran. Tahukah anda pemeluwapan dari bahan-bahan didalam kereta terutama dari dashboard kereta anda itu mengandungi bahan kimia berbahaya? YA, ia mengandungi karsinogen, agen penyebab kanser. Bagaimana pula dengan Cat rumah! Asap Rokok! Asap kenderaan! Jika di senaraikan semua puncanya, nanti ada pula yang memakai sut pelindung dan berkurung didalam rumah.

2 - Tubuh badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien
 Apabila tubuh badan kita tidak sihat, kita memerlukan lebih nutrient yang membekalkan antioksidan dan menigkatkan imun sistem seperti Vitamin C, Vitamin E dan lain-lain. Sekiranya kita mengalami kecederaan, pengambilan nutrien protein adalah sangat kritikal bagi membantu proses baik pulih sel yang rosak dan proses penghasilan sel-sel baru.Untuk Ibu-ibu hamil dan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, jumlah nutrien harian yg diperlukan adalah lebih tinggi dosnya berbanding dengan individu yang tidak hamil atau menyusukan.

3 - Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas atau tercemar
 Manusia lazim memilih sayuran atau buah-buahan yang tampak segar tanpa cela apabila membeli di pasaraya. Tahukah anda, kebiasaannya sayuran dan buah-buahan yang anda nampak lazat dan fresh itu boleh mengundang bahaya? Kebanyakan sayuran dan buah-buahan yang terdapat dipasaran kini diselaputi dengan racun serangga yang berbahaya dan bahan pengawet untuk membolehkan ia bertahan lama. Penggunaan baja kimia pula kini semakin meluas digunakan.Pastikan anda memilih sayuran atau buah-buahan yang ditanam secara ORGANIK.

4 - Mengamalkan gaya hidup tidak sihat
 Waktu berkerja lazimnya bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir seawal jam 5 petang (8 jam waktu berkerja dan 1 jam waktu rehat). Namun apa yang jelas kini, terutama bagi warga kota keluar rumah seawal jam 7 bersesak didalam LRT atau menyerah diri pada kesesakan di jalan raya dan pulang pula sehingga lewat jam 9... tiba dirumah setelah bersesak jam 10 malam...WOW!!

Bersesak dalam LRT = STRESS
Jalan Jammed = STRESS
Kerja Banyak = STRESS

STRESS ---> Membawa kepada kemusnahan Vitamin B dan Vitamin C kerana kedua-dua vitamin ini sangat FRAGILE! Bila pulang jam 10, kemudian anda semua dinner? hehehe... Inilah punca ramai yang perut boroi dan ia semakin menjadi kelaziman. Tidak cukup dinner, tambah dengan supper di Uptown/downtown.

Makan lewat malam = pengumpulan lemak berlebihan + peningkatan cholestrol = BOROI

Dan rutin harian inilah yang terus dan terus anda lakukan...jadi tidak hairanlah penyakit High BP dan High Cholestrol kini mula menyerang individu diperingkat umur yg masih muda.

5 - Kebanyakan rakyat Malaysia makan ikut selera rasa
 Nasi lemak lazimnya dimakan diwaktu pagi untuk dijadikan santapan sarapan pagi. Namun kerana kelazatannya dan lemaknya nasi itu, ia kini dinikmati tidak kira masanya. Pelbagai gaya nasi lemak yang kita boleh dapatkan 24 jam terutama di kedai2 mamak. Fast Food pula kini menjadi budaya rakyat Malaysia. Jika dulu susah nak cari Fast Food sekarang kiosknya tumbuh bagai cendawan selepas hujan.. SEDAP dan CEPAT!

Bagi yang membesar di Melaka atau negeri sembilan, masakan berbasekan santan adalah suatu kemestian. Pertambahan calori amatlah mudah ya, manakala untuk membakarnya pula mengambil masa yang lama dan bergantung pula aktiviti apa yg dilakukan.

6 - Gangguan Penyerapan Nutrisi daripada Makanan
 Anda penggemar makanan/minuman berkaffein? Tahukah anda kaffein boleh menghalang penyerapan Vit D dan Calcium kedalam tubuh? Ia juga turut menganggu menyerapan penyerapan beberapa nutrient penting dalam tubuh.

7 - Kehilangan nutrien dalam makanan
Mungkin anda rasa anda telah berikan yang terbaik buat keluarga anda. Menyediakan makanan kegemaran suami dan anak-anak adalah perkara yang sangat menyeronokkan. Tapi, adakah anda pasti anda berjaya mengekalkan nutrisi yang terdapat di dalam makanan tersebut? Bahan-bahan segar dari ladang akan kehilangan nutrisi ketika proses pengasingan, pembungkusan dan penghantaran. Kemudian, sampai dirumah disimpan di dalam peti sejuk - hilang sedikit nutrisi lagi.. sayuran dipotong dan terdedah akan penyebabkan pengoksidaan vitamin c, hilang nutrisi lagi.. cara memasak? menggoreng? memasak terlalu lama? jadi apa pula yang tinggal ya?

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu dia 7 sebab yang perlu anda renung2kan Bagi saya,saya dah memilih yang terbaik.. Supplemen dari jenama Shaklee, 50tahun menjadi perintis di dunia pasaran suplemen... Anda bagaimana?

"Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya, apabila anda melihatnya; kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutirisi Shaklee telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama lebih 50 tahun. Alamilah kehebatan kesihatan dengan Nutrisi Shaklee."~Shaklee website


Anda yg lain bagaimana? Masih terfikir2 lg nak ambik makanan tambahan atau pon tidak? Tak rugi mencuba demi permulaan kehidupan dengan kesihatan yg baik seisi keluarga..bak kata pepatah, sediakan payung sebelom hujan..pelaburan yg berbaloi..bila seisi keluarga anda sihat, kehidupan lebih ceria kan..setiap masalah ade penyelesaiannya..insyaallah..segalanya dengan izin Allah jua :)
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...