SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Saturday 2 November 2013

Atasi Masalah Puting Tenggelam

Salam sayang buat ibu-ibu yang sedang membaca post ini.

Hari ini saya nak share kan tips untuk atasi masalah puting tenggelam di kalangan ibu-ibu, dalam menjayakan misi dan visi untuk breastfeed baby sehingga umur 2 tahun. In shaa allah...

Kebiasaannya masalah puting tenggelam terjadi kepada ibu-ibu muda yang mungkin baru selepas melahirkan anak pertama. Dan saya sendiri ia adalah cabaran terbesar dan pertama yang terpaksa dilalui oleh ibu-ibu. Disini saya kongsikan beberapa tips untuk dicuba oleh para ibu menyusu.

Pinch test adalah ujian yang boleh dilakukan untuk membezakan antara puting rata atau terbalik (inverted nipple) walaupun kedua-dua puting adalah tenggelam. Beberapa cara untuk membantu ibu menyusukan anak dengan lebih mudah sekiranya puting ibu tenggelam adalah:

1) Dapatkan lekapan yang betul - pastikan bayi membuka mulut dengan besar semasa lekapan.

2) Rangsang puting sebelum menyusu

3) Perah sedikit susu dan letakkan di atas puting untuk membantu bayi melekap dengan baik.
Lekapan mulut bayi yang betul


4 ) Gunakan pelbagai posisi termasuk posisi seolah-olah ibu sedang merangkak supaya graviti dapat membantu lebih tisu payudara dapat masuk ke dalam mulut bayi.

5) Menggunakan alatan khas atau picagari yang telah diubah suai untuk menyedut puting keluar sebelum menyusukan anak.

Picagari yang telah diubah suai

credit Anak Hebat Dengan Susu Ibu

Semoga Bermanfat Untuk Semua Ibu-Ibu Menyusu =)

ps: Sha juga berazam untuk susukan my little doter sampai 2 years. Setahun lagi..in shaa allah.. Dengan amalkan konsep penyusuan yang betul (demand n supply) dan amalkan pemakanan yang baik, in shaa allah membantu penghasilan susu. Sha amalkan set menyusu shaklee (ESP, Vit.C, B.complex, Alfalfa), memang terasa full je 'miss b'. Nak cuba, boleh hubungi sha yer. Sha akan guide cara pengambilan sekali khas hanya utk pelanggan sha ;)

SMS@WHATSAPP 012-9362692
EMAIL : irsyahealthyhouse@gmail.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...