SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Sunday 3 November 2013

Kawal Pengambilan Gula Dalam Diet

Salam sayang buat semua pembaca IrsyaHealthyHouse =)

Kisah Gula dan Diet

Opsss.. topik kali ini tiada kena mengena dengan bajet 2014 ye. Dan bukan kerana isu subsidi gula ditarik balik. Hehe. Tapi ini hanyalah sekadar sebuah perkongsian dan maklumat bersama. *peace

Apabila sebut saja gula, tergambar butiran putih dan kemanisan yang diberikan oleh bahan komoditi itu. Namun kesan kepada kesihatan bukan saja pahit sekiranya diambil secara berlebihan, malah boleh menjadi racun kepada tubuh.

Mengikut kajian Persatuan Diabetik dan Dietetik Amerika, pengambilan gula putih yang berlebihan dikaitkan dengan pelbagai masalah penyusutan kesihatan antaranya
♥insomnia,
♥alahan,
♥pening,
♥rambut gugur,
♥jerawat,
♥keradangan kulit,
♥gigi reput,
♥kemurungan melampau,
♥darah tinggi,
♥diabetes,
♥penyakit kardiovaskular,
♥sindrom metabolik,
♥kanser kolon dan
♥kanser pankreas

Ia juga dikaitkan dengan perubahan 'mood' yang ketara, perubahan personaliti, kulit kering, penuaan pramatang, mudah marah, meningkatkan masalah asthma, arthritus, penyakit jantung, kolestrol, batu hempedu dan masalah endokrin.

Jika dibandingkan zaman lalu dan kini, pengambilan gula meningkat dengan lebih pantas berbanding populasi dunia iaitu pertambahan sebanyak 1% pada setiap tahun.

Apatah lagi kebanyakkan makanan berproses yang dijual mempunyai kandungan gula tersembunyi. Inilah sebabnya kita perlu mengawal pengambilan dalam diet seharian bagi mengelak masalah kesihatan pada masa akan datang.

Credit : Harian Metro, 28/10/2013

Kesimpulannya, manisnya gula itu tidak semanis kesannya yang mana bukan diukur untuk setahun dua tetapi bertahun-tahun.

Take note part penyakit yang berpunca dari pengambilan gula berlebihan ini, saya teringat supplemen shaklee yang banyak membantu ramai diluar sana dalam menurunkan darah tinggi, mengawal diabetis dan lain-lain penyakit. Jom lihat fungsi vivix:

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...