SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Friday 21 October 2016

Luka Bersalin Pembedahan (Cser) Cepat Kering, Hari ke-5 Dah Boleh Pakai Bengkung!

Pembedahan caesarean (juga dikenali sebagai c-section) adalah pembedahan di mana pakar obstetrik (perbidanan) membuat potongan pada perut dan rahim (uterus) agar bayi anda boleh dilahirkan. 

Pembedahan ini adalah pembedahan besar yang paling biasa di kalangan wanita. 

Apakah perbezaan diantara pembedahan caesarean yang dirancang dan tidak dirancang?

Pembedahan caesarean yang dirancang (elektif) dijadualkan sebelum anda sakit hendak bersalin.

Pembedahan caesarean kecemasan pula tidak dirancang, dan boleh berlaku jika:
  • Anda sedang merancang pembedahan caesarean, tetapi air ketuban anda pecah, atau anda tiba-tiba sakit hendak bersalin sebelum tarikh pembedahan. Ataupun jika anda merancang untuk bersalin secara normal, tetapi proses kelahiran terhenti, atau berlangsung sangat lambat. Dalam kes ini, pembedahan akan dijalankan dalam masa beberapa jam, jika anda dan bayi anda berada dalam keadaan selamat.
  • Berlakunya komplikasi serius terhadap anda ataupun bayi ketika dalam kehamilan atau ketika proses pelahiran sudah bermula, namun ianya tidaklah mengancam nyawa anda ataupun bayi anda. Kes ini lebih memerlukan tindakan segera, dan pembedahan caesarean biasanya akan dijalankan dalam masa kira-kira 75 minit daripada waktu keputusan dibuat, bergantung kepada komplikasi tersebut.
  • Anda atau bayi anda menghadapi komplikasi ketika dalam kehamilan atau semasa proses pelahiran yang mengancam nyawa. Bayi anda perlu dilahirkan secepat mungkin, dan pembedahan seharusnya dilakukan dalam tempoh 30 minit ataupun kurang daripada waktu keputusan dibuat, bergantung kepada komplikasi tersebut.

Jika anda berisiko tinggi mengalami darah beku, pakar obstetrik mungkin mencadangkan supaya anda mengambil suntikan heparin low-molecular-weight (LMWH) selama 10 hari selepas bersalin. LMWH ialah sejenis penipis darah yang dipanggil anticoagulant.

Penjagaan Luka Pembedahan Bersalin C-ser


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...