SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Monday, 7 July 2014

Buffet Ramadhan Menara Alor Setar 2014

Rakan-rakan saya ada beritahu yang 10 ramadhan terawal ni ramai yang rajin memasak untuk waktu berbuka dan waktu bersahur. Lepas tu pada 10 ramadhan keatas, rasa rajin makin berkurang sehinggalah ke penghujung ramadhan. Betul ke?

Kalau rasa 'kurang rajin nak memasak, anda boleh mencuba buffet Ramadhan di Menara Alor Setar ini. Untuk dewasa, RM57 dan kanak-kanak yang berusia 7-12 tahun hanya dikenakan caj RM28. Harga buffet ni dah termasuk harga tiket tau.

Kalau korang berminat boleh terus pergi ke Menara Alor Setar, di bawah tu nanti ada kaunter khas Restoran Berputar ni. Anda boleh buat bayaran disitu, mereka hanya terima cash only. Menu dia berubah setiap hari, boleh refer gambar dibawah ini. Atau nak lebih details boleh hubungi nombor seperti yang tertera.

buffet ramadhan 2014 menara alor setar
klik gambar untuk lebih jelas

Untuk booking anda boleh menghubungi mereka :

012-471 7332 / 013-505 0441

Selamat Berbuka Puasa :)

Nota kaki : Alhamdulillah merasa jugak saya nak makan di restoran berputar ni, sebab en.suami ajak dan surprise sempena birthday saya. Tunggu next entry okay. So far makanan dia okaylah, banyak jenis tapi mungkin hari yang kami pergi tu menu dia 'kurang gempak', banyak sangat makanan berkuah. Hehe. Bukan komplen cuma bila kita makan di tempat eklusif macam ni haruslah expectation kita tu agak tinggi kan. Mungkin boleh diperbaiki untuk masa akan datang. :)
Thanks pada en.suami yang sudi bawak dan pada crew Restoran Berputar 360' Menara Alor Setar yang sama-sama menjayakan 'surprise' Birthday.

P/s : Anda ada tempat menarik untuk dikongsi? Jangan lupa tinggalkan komen.

Saturday, 5 July 2014

Segmen : Cik akak mencari bloglist julai 2014

Saya harap saya ada peluang masuk dalam Bloglist Blog Cik Akak untuk Julai 2014 ^_^

Saja cuba nasib. Harap-harap bertuah la. 
*WINK WINK ;)

 Segmen Cik Akak mencari bloglist julai 2014
Hijau itu ketenangan ^_^

Klik gambar untuk join juga ;)

Innalillah...

Setiap pertemuan akan ada perpisahan
Setiap yang hidup pasti akan mati.
Itulah dinamakan takdir sebuah kehidupan.

Salam takziah buat keluarga arwah biduanita negara, Datuk' Sharifah Aini yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi 7 ramadhan, 1.26 pagi tadi akibat jangkitan pada paru-paru. Arwah meninggal pada usia 61 tahun di Pusat Perubatan Pakar Damansara 

Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.

Sedikit perkongsian terakhir dari arwah buat peminat-peminat beliau.
Terasa begitu tenang, tetapi penuh kesyahduan dan terharu.
Sebak hati saat membacanya.

pesanan akhir arwah datuk sharifah aini
Innalillah.. Al-fatihah

pic. credit : Berita harian online


Nota kaki : Saya dan Allahyarham kak Pah berkongsi tarikh lahir, cuma berbeza tahun.

Friday, 4 July 2014

Badan Cergas dan Bertenaga!

Salam Ramadhan. Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari ke-6 umat Islam berpuasa bagi 1435H. Rasa macam mana? Masih terasa letih, lemau dan kurang bertenaga? Jom saya kongsikan kepada anda bagaimana kekal bertenaga dan cergas ketika puasa.

Mudah saja untuk kekal bertenaga dan cergas sepanjang hari walaupun berpuasa, jangan malas bangun sahur, sewaktu berbuka elakkan minum minuman ais atau sejuk dan jangan minum dengan banyak (sehingga kenyang), elakkan ambil makanan yang terlalu berat ketika berbuka dan makan dalam kuantiti sedikit tapi kerap sepanjang waktu berbuka puasa sehingga ke waktu sahur.

Dan cara saya kekal cergas sepanjang hari adalah dengan pengambilan Cinch Energy Tea ini :)

cinch energy tea shaklee
Rahsia kekal Cergas walaupun berpuasa!

pic. credit: ibuvitaminshop.com


Kelebihan dan manfaat Cinch Energy Tea

Testimoni Cinch Energy Tea

Harga Cinch Energy Tea Mix Shaklee, RM131. Sekotak mengandungi 28 stik

Klik SHOPPING untuk tempahan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya :)
SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease

Thursday, 3 July 2014

Tips Anak Bijak

"Tahniah Puan! Puan hamil beberapa minggu!."--- Perasaan yang sukar digambarkan apabila doktor cakap macam tu ditambah pula kalau memang kita dah menanti kehadiran cahayamata yang agak lama. Syukur, Alhamdulillah.

Maka bermulalah sebuah kehidupan yang mungkin berbeza sedikit dari sebelum ini. Jika sebelum ni kita kurang peka tentang info tentang kehamilan, apabila doktor khabarkan berita yang menggembirakan ini mulalah kita mula mengorek segala info kehamilan.

Sama ada diri kita atau suami akan mula berjinak dengan website keibuan untuk mencari info seperti cara mengatasi morning sickness, pemakanan ketika hamil, dan pelbagai lagi tips dan petua. Yang pastinya setiap ibubapa inginkan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan.

Sewaktu saya mengandungkan baby rayy, saya sangat mengharapkan agar anak saya nanti cerdik bijak. Dilahirkan sempurna dan sihat tubuh badan itu sudah semestinya harapan setiap ibubapa. So demi mencapai hasrat hati, saya amalkan permainan otak seperti sudoku dan word search. Bagi pengguna telefon pintar android, boleh download di "playstore" .

1) sudoku


*first time main secara serius! Semuanya demi anakku ♥

2) word search


Tips diatas ini adalah pendapat saya ye, apa yang ibu buat mempengaruhi janin. Selain itu, bakal ibu juga boleh amalkan pemakanan yang sihat dan makan-makanan yang bagus untuk perkembangan otak seperti kismis, kurma, badam dan saya juga amalkan minyak ikan terbaik dunia dari shaklee, OmegaGuard!

Saya amalkan sejak kandungan masuk trimester kedua hinggalah sebelum 2 minggu sebelum bersalin. Ketahui mengapa tidak boleh ambil minyak ikan sebelum bersalin.




Note: Alhamdulillah, kini baby rayy dah pon 18 bulan. Semoga membesar menjadi anak yang solehah dan membanggakan mama dan papa. Inshaallah.

Anda seorang ibubapa yang prihatin?
Berikan yang terbaik untuk mereka seawal dari dalam kandungan lagi.

Set Kehamilan Ibu Prihatin -trimester Pertama
Set Kehamilan Ibu Prihatin -trimester ke2 & ke3

Anda juga inginkan bayi anda bijak, pintar dan cergas?

Hubungi kami sekarang!
Sha 012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

posted from Bloggeroid

Sunday, 29 June 2014

Rahsia Kulit Cantik Berseri, Bebas Jerawat

Pastinya setiap insan  yang bergelar wanita mengimpikan untuk memiliki kulit cantik, putih berseri dan bebas cela. Namun, tidak semua wanita bernasib baik. Maka, ramai yang ingin ikhtiar untuk 'memulihkan' masalah kulit yang dihadapi oleh mereka.

Anda nak saya kongsikan petua menghilangkan jerawat dan parut?

Jawapan saya mudah sahaja, amalkan Energizing Soy Protein  (ESP), Vitamin C, Vitamin E dan GLA Complex dan Alfalfa (jika perlu detoks badan terlebih dahulu)



Tak percaya dengan apa yang saya cakap? 
Lihat sendiri testimoni mereka yang telah mencubanya :)









Lagi testimoni ESP Shaklee di SINI



Harga ESP, RM150
Sebekas tong ESP boleh guna sehingga 2 bulan.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya :)
SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...