SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Saturday 4 July 2015

Petua Mencegah Bayi Demam Kuning (Jaundis)






Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan uang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu.


Namun, jika bacaannya terlalu tinggi, maka perlu segera dapatkan rawatan di hospital, antara rawatan yang mungkin disarankan oleh doktor adalah seperti kaedah fototerapi. Terdapat juga kaedah lain dapat merawat masalah demam kuning pada bayi anda, ianya bergantung kepada tahap bacaan bilirubin dan saranan oleh doktor pakar.


Tetapi, ada juga yang berpendapat bahawa demam kuning ini boleh dicegah sedari dalam kandungan lagi. Antara petua yang selalu dikongsi yang boleh diamalkan oleh ibu hamil bagi mencegah jaundis adalah seperti :

  • Mengamalkan minum susu kambing setiap hari, boleh diambil semasa sarapan atau sebelum tidur.
  • Mengamalkan makan buahan seperti buah delima.
  • Makan 3 sudu madu tanpa air atau minum air dicampur lima sudu masu setiap hari.
  • Jadikan buah kurma sebagai sarapan setiap hari.
  • Minum air kelapa muda setiap hari ketika hampir bersalin.

Selain daripada petua yang dikongsi ini, ibu hamil juga boleh mencuba set vitamin ibu hamil shaklee untuk membantu mencegah demam kuning juga, macam yang diperkatakan oleh mereka ini :





Apa-apa pun, ini adalah sebahagian daripada ikhtiar kita dalam mencegah demam kuning pada anak yang bakal dilahirkan nanti. Tidak ada salahnya mencuba petua yang dikongsikan ini. Semoga bermanfaat untuk semua ibu-ibu :)

nota kaki: pernah rasa berpisah dengan anak selepas beberapa hari bersalin sebab masalah jaundis ni. sedih sangat rasa hati tu. so kali ni harap sangat tiada masalah jaundis yang tinggi sehingga kena buat rawatan fototerapi di hospital.


3 comments:

  1. suruh baby minum susu badan dengan kerap..nanti kuning akan turunlah..pengalaman yang lepas-lepas.

    ReplyDelete
  2. Bahaya juga kalau babby kena kuning ni..petua orang tua adalah jemur bagi setiap pagi selama 5 minit.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...