SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Friday 12 August 2016

Lelaki Lebih Berisiko Kanser Perut

Kanser perut jika dapat dikesan peringkat awal berupaya untuk sembuh berbanding jika dikesan peringkat lambat atau sudah semakin teruk. Ianya berbahaya kerana ia boleh merebak tanpa kawalan dan mengakibatkan saluran makanan ke perut tersumbat yang mengakibatkan terhalangnya pengaliran makanan ke usus dan menyukarkan makanan yang masuk ke perut.

Antara ketumbuhan yang paling banyak ditemui ialah dari jenis sel-sel rembesan (secreqtion) perut (adenokarsinoma) sel-sel limpa (limfoma) dan sel-sel serat (leiomiosarkoma).

Kajian yang dijalankan oleh UKM (1983-1989) mendapatk, kanser perut ini berlaku lebih kerap di kalangan lelaki iaitu 64.9 peratus berbanding wanita iaitu 35.1 peratus.

Masalah utama yang dihadapi oleh pakar perubatab dalam menangani kes kanser di Malaysia adalah disebabkan oleh kelewatan diagnosis. Ini disebabkan gejala kanser perut hanya timbul setelah ketumbuhan di tahap kronik dan terlalu lewat.

Malah gejala ya g dihidapi oleh pesakit kanser perut mempunyai persamaan dengan pesakit yang menghidap gastritis atau ulser perut



kanser perut di malaysia

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...