SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Monday 4 March 2013

Kekal Sihat Dan Cergas Semasa Hamil

[Tips Kehamilan]

Para ibu-ibu yg sedang mengandung..jom amalkan senaman ringkas ini!

Kebaikan Senaman
* membantu bertenang sewaktu dalam kesakitan melahirkan anak
* membantu anda mudah bersalin
* mengekalkan kesihatan yang baik
* mengurangkan sembelit, sakit belakang dan keletihan

Mencegah sakit belakang
* letakkan sebelah tangan anda di bawah perut anda dan
* letakkan tangan sebelah lagi di bahagian bawah belakang
* tarik nafas dan angkat ke atas kandungan anda secara perlahan
* pada masa yang sama, tekan punggung anda menghala ke lantai dan
* kembali ke kedudukan asal
* tulang punggung anda sepatutnya bergerak ke hadapan dan ke belakang

Mengendurkan otot-otot pinggang
* duduk dengan menyilangkan kaki (seperti bersila) sambil membongkok sedikit
* tekan lutut anda ke lantai dengan menggunakan tangan dan renggangkan paha
* setelah berehat seketika ulangi semula langkah tadi

Menguatkan tulang punggung dan otot-otot faraj
* baring menelentang
* kempiskan perut anda ke dalam dan
* tekan bahagian belakang anda dan berehat
* rapatkan otot-otot anda seolah-olah anda menahan kencing dan rehat
* lakukan senaman ini perlahan-lahan
* boleh dilakukan sambil berdiri atau duduk

Mencegah kekejangan kaki
* baring menelentang
* angkat sebelah kaki anda dan gerakkannya ke atas dan ke bawah
* kemudian pusing mengikut pusingan jam dan sebaliknya
* ulang pada kaki sebelah lagi

Menguatkan otot-otot perut
* baring menelentang sambil mengangkat kepala dan kedua-dua kaki ke atas
* kemudian berehat

BERHENTI BERSENAM SEKIRANYA...
  • Terdapat cecair keluar dari vagina
  • Sakit perut secara tiba-tiba
  • Kontraksi selepas senaman
  • Sakit dada
  • Sukar bernafas
  • Pening
  • Penglihatan Kabur


2 comments:

  1. Tq.. info yang sangat berguna :)

    http://kabinetvitamin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. nice and gud entry with lot of information for preggy mom!!!

    www.mummysayf.blogspot.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...