SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Thursday 17 July 2014

Pemilik Peugeot Putih Bertindak Kurang Sabar

Dunia facebook menjadi hangat apabila kisah video eksiden yang berlaku antara pemilik kereta Peugeot dan seorang uncle yang berbahasa cina. Video yang berdurasi 2.33 minit itu memaparkan pemilik kereta Peugeot telah bertindak memarahi kereta yang melanggarnya dan memukul kenderaan tersebut dengan menggunakan stereng lock kereta. Walaubagaimana pun, uncle itu hanya bertindak tenang dan memohon maaf atas kesilapannya yang telah melanggar kereta wanita itu tanpa sengaja.

Perbuatan wanita ini yang dianggap kurang sabar dan telah bertindak biadap, seseorang yang turut berada di lokasi kejadian telah merakam perbuatan wanita tersebut dan menjadi 'viral' di facebook. Akibatnya, wanita ini telah dikecam oleh pelbagai pihak dan beliau juga terpaksa menanggung malu atas perbuatannya itu.

Bukan turut dikecam di media sosial seperti facebook, malah ramai juga yang telah menjadi agen perisik untuk mengorek segala maklumat mengenai wanita ini termasuklah details seperti alamat rumah, pekerjaan dan pendaftaran kereta peugeot pemilik kereta Peugeot tersebut.

Bagi saya pendedahan oleh rakan blogger mengenai details maklumat peribadi pemilik kereta Peugeot ini adalah berlebihan dan melampau walaupun perbuatan wanita itu salah dan bertindak kurang ajar. Ini kerana pendedahan sebegini mengundang kepada risiko lain yang akan mengundang bahaya kepada wanita tersebut. Pendapat saya, wanita ini memang salah dan beliau juga telah menyedari kesilapannya dan telah meminta maaf secara terbuka di laman peribadi facebook miliknya dan juga mohon maaf secara live di saluran televisyen tv3. Adakah itu tidak memadai?
"After all what had happened, my sincere apologies. People make mistakes, so do I. Tq for your understanding." -petikan daripada facebook wanita berkenaan.
Pak cik Sim Siak Hong, juga telah memaafkan wanita ini dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang. Walaubagaimanapun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu bahawa polis akan mengambil tindakan terhadap wanita ini. 

Pendapat saya, wanita ini salah tetap salah bukan saya ingin menyebelahi beliau tetapi segelintir pihak yang mendedahkan details peribadi beliau di laman facebook dan blog-blog itu adalah sangat berlebihan. Jika wanita ini terang-terangan bertindak biadap terhadap Pak Cik Sim Siak Hong itu, bagi saya anda yang menghukum dan mengeluarkan kata-kata kesat juga sama. Lantang berbicara mengenai aib nya wanita ini, tetapi anda seperti membuka aib sendiri. Malah saya percaya dan yakin, jika anda berada dalam situasi seperti ini anda juga akan bertindak lebih kurang sama. Cuma mungkin anda bernasib baik kereta tiada siapa yang rakam perbuatan anda dan sebarkan di laman sosial.

Pada pemerhatian saya, bukan sahaja page perniagaan pemilik peugeot putih ini telah diserbu oleh orang ramai tetapi ada juga yang bertindak menubuhkan page untuk membenci beliau. Beginikah anda yang beradab dan bersopan-santun? Bahasa jangan cakaplah, bukan sahaja lelaki malah kaum hawa yang lain kononnya lebih ayu, bersopan santun dan berbudi bahasa dengan beraninya mengata, mengeji dan memaki hamun. Masya-Alllah. Tepuk dada tanya hati anda. Apa bezanya anda dan wanita ini?

"Kain orang terkoyak kita nampak, tapi kain sendiri dah koyak rabak kita tak nampak"

Nasi saw. bersabda, "Sesiapa yang menutupi kesalahan seorang muslim maka Allah menutupi kesalahnya di dunia dan di akhirat. (HR Ibn Majah)

Nabi saw. bersabda, "Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Sesiapa yang membantu keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Sesiapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim maka Allah akan melapangkan satu kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan sesiapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat". (HR Muslim)

Apabila kita melihat keburukan orang lain, lihatlah dulu keburukan kita. Senaraikan satu persatu kejelikan diri kita. Sungguh kita tak kan mampu menghitungnya, sama ada terlalu sedikit atau terlalu banyak untuk dihitung. Sekali pun dia buat salah, tegurlah dia dengan cara yang tersembunyi tanpa membuka aibnya pada orang lain. Aib ini adalah dengan menyebut nama dan keburukannya kepada orang lain.

P/S : Entry ini adalah pendapat dan pandangan peribadi saya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...