SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Wednesday 23 November 2016

Lelaki Muda Disaran Lakukan Pemeriksaan Buah Zakar, Elak Kanser Testi

Kanser Buah Zakar

Buah zakar atau testis adalah organ yang hanya terdapat pada lelaki, ianya berfungsi untuk menghasilkan sperma dan hormon testoterone. Kanser buah zakar ini boleh menyerang lelaki muda seawal 15 tahun.



Punca kanser buah zakar sehingga kini tidak diketahui jelas, tetapi terdapat faktor yang dikaitkan dengan kegagalan testis untuk turun ke dalam kantungnya, sama ada salah satu atau kedua-duanya.

Kanser buah zakar boleh dibahagikan kepada 2 kategori, iaitu:

  • Seminoma
  • Non-seminoma
Seminoma adalah kanser yang dibentuk sel germa primer yang membesar dengan perlahan dan secara relatifnya tidak merebak. Manakala non-seminoma pula berpunca daripada sel germa yang lebih matang dan agresif, ianya juga adalah kombinasi beberapa jenis kanser yang berbeza.

Tanda dan Simptom Kanser Buah Zakar (testis)

  1. Bengkak pada salah satu buah zakar.
  2. Sebarang pembesaran atau pengecutan saiz buah zakar.
  3. Berlaku perubahan yang tidak konsisten pada buah zakar, biasanya kekerasan.
  4. Rasa buah zakar lebih berat.
  5. Rasa sakit dibahagian bawah perut atau pangkal paha.
  6. Cecair tiba-tiba berkumpul pada buah zakar.
  7. Rasa tidak selesa pada testis atau skrotum (kantung buah zakar).
  8. Pembesaran atau kelembutan pada bahagian dada.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...