SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Monday, 12 May 2014

Tutorial: Cara Daftar Nuffnang dan Letak Iklan Nuffnang Blog

Assalammualaikum, Salam Sayang semua

Entry topik yang luar dari kebiasaan. Kali ini saya nak sharekan dengan anda semua cara-cara untuk mengaut untung dengan iklan nuffnang, cara daftar dan langkah-langkah untuk letakkan iklan dalam blog anda.

Anda semua hanya perlu ikut step yang saya tunjukkan ini, mudah dan sangat senang ^_^

1) Mula-mula anda semua perlu log in Nuffnang punya website ---> http://www.nuffnang.com.my

website nuffnang

2) Klik "Join Nuffnang", kemudian akan keluar borang untuk anda isikan details :

Isikan form registry

Untuk borang yang anda kena isi ni, ada empat bahagian.Anda isikan sahaja ruang-ruang yang wajib diisi tu, lepas tu tekan "NEXT", isi lagi borang, tekan lagi "NEXT" dan isi lagi borang sampailah ke borang yang terakhir, scroll down dan klik "FINISH"

3) Lepas klik "FINISH", page ini akan muncul :



4)  Bila dah keluar page dekat atas ni, apa yang perlu anda buat ialah sila check email masing-masing. Email yang anda daftarkan mula-mula tadi tu yer. Dah bukak email, klik link yang diberikan. Itu untuk pengesahan email dan mengaktifkan akaun Nuffnang anda.


5) Bila dah klik link yang diberikan di email, anda akan disambungkan semula ke dashboard akaun nuffnang. Tetapi sebelum tu kena Log In semula. Masukkan email dan password. Seterusnya akan keluar page seperti di bawah ini:

*Isikan details yang diminta.





6) Ads type ni adalah antara jenis- jenis iklan yang ingin diletakkan dalam blog anda. Ada yang bahagian header, sidebar dan between content.

Cara nak letak iklan nuffnang:
Mula-mula anda perlu copy coding yang diberikan tu. Kemudian bukak blog anda, pergi ke bahagian DASHBOARD --> LAYOUT --> ADD A GADGET --> dan paste kan coding yang anda telah copy kan tadi tu di-- HTML/ JAVA SCRIPT.  Klik 'SAVE'. Lepas tu, silalah preview blog anda jadi tak hasil seperti yang begini :
|
|
|
|
|
V

LEADERBOARD

Cara Letak Iklan Nuffnang--leaderboard
Iklan Nuffnang--leaderboard

SIDEBAR
|
V

Cara Letak Iklan Nuffnang--sidebar
Iklan Nuffnang--sidebar

BETWEEN CONTENT
|
V

Cara Letak Iklan Nuffnang--between content
Iklan Nuffnang--between content

OK, Sekian. Selamat Mencuba kawan-kawan semua ^_^
Kalau dah cuba.. mai ramai-ramai pakat komen kat bawah tu. hehe

Untuk next sharing, ada tak yang nak belajar tips meningkatkan SEO untuk blog? angkat tangan sket..heee ^_^

Sunday, 11 May 2014

MealShake dan kelebihannya

Ramai ibubapa yang inginkan terbaik untuk sikecil tersayang. Para ibu terutamanya sangat risau jika anak- anak tidak mendapat khasiat sepenuhnya. Maklum saja, kanak-kanak yang sedang membesar ini agak sukar diramal seleranya. Ada masa mudah untuk diberi makanan apa saja dan adakalanya beri makanan favorite anak-anak pon belum tentu mereka nak makan.

Sebagai ibubapa, pastinya pemakanan seimbang perlu dititikberatkan kepada anak-anak di usia begini. Kurangkan minuman bergas dan makanan fast-food yang semestinya tidak bagus untuk kesihatan mereka.

Anak susah untuk makan? Kurang zat?

Saya sendiri sebagai seorang ibu tidak terkecuali menghadapi masalah sebegini. Simanja saya adakalanya memang susah untuk diberi makan dan hanya mengharapkan khasiat daripada susu badan sahaja. Pada usia 15 bulan, semestinya anak saya sedang membesar dan untuk memastikan dia mendapat khasiat yang sepatutnya maka saya memilih untuk memberikan MealShake Shaklee, multivitamin dalam bentuk serbuk sesuai juga diambil seawal kanak-kanak sehinggalah ke warga emas.

Kenapa saya memilih MealShake Shaklee?

Perbezaan MealShake Shaklee:

  • Mealshake menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi, buah- buahan, sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.
  • Mealshake Shaklee dihasilkan untuk semua golongan- bayi, pelajar, kanak-kanak, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran, orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera. Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat, mealshake merupakan pilihan yang bijak.
mealshake shaklee multivitamin untuk anak-anak
MealShake shaklee

Kebaikan dan manfaat utama:

  1. NUTRISI LENGKAP : menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut minyak.
  2. MEMBEKAL NUTRISI KEPADA SEL TUBUH : kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, rambut, kuku, organ, darah, imun dan lain-lain.
  3. MEMBANTU TUMBESARAN : mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
  4. ANTIOKSIDA : mengandungi vitamin A, C, E, Zink dan Selenium yang merupaka agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  5. MENGEMBALIKAN SERI WAJAH : Mengandungi Vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yamg cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/ kulit yang lebih cantik.
  6. DETOKSIFIKASI : kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  7. KELAZATAN RASANYA : minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi: penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.

Cara Pengambilan

Untuk kanak-kanak, memadai setengah hingga ke 1 sudu kecil sehari (mengikut kesesuaian umur)
Bagi dewasa, campurkan 2 sudu besar MealShake bersama Soy Isolate Protein Powder (ESP) dan Performance Drinks (semasa perut kosong) atau campurkan dengan minuman kegemaran atau boleh diminum begitu sahaja tanpa campuran.

Harga MealShake Shaklee
Sebekas besar MealShake, berharga RM113.75 dan berat 544g.




Nak Order? Klik kuat-kuat:


 Saya Nak Order Mealshakes Shaklee

Hubungi kami sekarang!

I'm Your Shaklee Independent Distributor
Pengedar Sah Shaklee Changlun-Jitra (Kubang Pasu)

sha 012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com


COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease

Thursday, 8 May 2014

Merawat Darah Tinggi Dengan Vitamin

Assalammualaikum dan Salam Sayang semua :)

Hari ni saya nak share dengan anda semua mengenai penyakit darah tinggi. Ramai juga dikalangan kita yang mengalami masalah ini tanpa sedar sebenarnya. Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah keadaan tekanan darah kepada dinding arteri. Jantung akan mewujudkan tekanan apabila ia mengepam darah kepada badan.


Ketahui tanda dan simptom yang mungkin dialami oleh pengidap darah tinggi :

  • Selalu pening kepala
  • Mudah letih
  • Banyak berpeluh
  • Sentiasa tidak cergas


Anda disarankan untuk menjalani pemeriksaan lanjut sekiranya mengalami simptom tersebut. Walaubagaimanapun kebanyakan pengidap darah tinggi tidak mengalami sebarang simptom. Seeloknya anda perlu membuat pemeriksaan darah secara berkala.

Penyakit darah tinggi ini sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.


Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mmHg.
BP 140/90 mmHg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi.
Nilai tinggi (140) = tekanan darah *sistolik
Nilai rendah (90) = tekanan darah **diastolik

*sistolik : tekanan darah dalam arteri bila jantung mengepam
**Diastolik : tekanan darah dalam arteri bila jantung berhenti mengepam di antara dua denyutan

Siapa yang berisiko menghidap darah tinggi?

  • Orang dewasa yang berusia pertengahan dan warga tua, tetapi terdapat juga kes pada zaman sekarang dimana golongan muda juga menghidapnya.
  • Darah tinggi dan penyakit jantung lebih banyak menyerang lelaki berbanding wanita. Walaubagaimana pun, ia tidak bermaksud wanita tidak boleh menghidap darah tinggi.
  • Mempunyai keturunan yang menghidap darah tinggi
  • Pengambilan garam berlebihan
  • Tidak mengamalkan gaya hidup sihat
  • Mengamalkan pengambilan ubat pencegah hamil
  • Mempunyai penyakit buah pinggang

Bagaimana Mengawal Tekanan Darah Tinggi Dengan Shaklee?

Set Darah Tinggi Shaklee lebih bertindak untuk mencegah dan mengawal penyakit tersebut supaya tidak menjadi lebih kronik. Antara supplemen yang dicadangkan adalah :


1) Garlic Shaklee

  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan paras kolestrol
  • Menggalakan kesihatan kardiovaskular
  • Menurunkan kolestrol LDL, Trigliserida dan kelikatan darah


2) OmegaGuard Shaklee

  • Menghapuskan kolestrol jahat dalam darah
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membersihkan salur darah dari plak kolestrol/ lemak
  • Mengelakan obesiti

Ingin Dapatkan Produk Shaklee?

Hubungi kami sekarang!

I'm Your Shaklee Independent Distributor
sha 012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD AREA:
(Kedah : Changlun, Sintok-UUM, Bukit Kayu Hitam, Jitra)
(Perlis : Unimap, Politeknik Pauh, Arau)

*PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK

:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::



Tuesday, 6 May 2014

Mudahnya Berbisnes dari Rumah

Assalammualaikum dan Salam Sayang semua :)

Pada Majlis Makan Malam Gala Kasih Sirih Pulang Ke Gagang yang lalu, saya sempat berjumpa dan berborak dengan bekas rakan-rakan sekolah dan guru-guru. Antara soalan wajib yang ditanya haruslah,
"Dah kahwin ke belum?", kalau sudah "Anak dah berapa?"
"Tinggal dimana?"
"Kerja apa?"

Itu memang antara soalan-soalan yang paling POPULAR kalau kita berjumpa seseorang kenalan yang dah lama tidak berjumpa kan. Sebenarnya, bukan kawan-kawan je yang akan tanya soalan macam ni..tapi kadang tu ada jugak saudara-mara yang bertanya. Al-maklumlah, bukan jumpa hari-hari kan..so bila sesekali jumpa tu mestilah nak tahu latar belakang kita serba sedikit kan ^_^



Bila orang tanya saya kerja apa, mudah je jawapan saya. Saya ada business saya sendiri. Saya hanya bekerja dari rumah. *BANGGA*. Sambil saya bekerja, saya juga boleh memantau sendiri perkembangan dan mendidik anak. Sekarang ini, jika anda sedang atau ingin menambah pendapatan dan bekerja dari rumah jangan sesekali takut untuk mencuba. Bekerja dari rumah ini tidak salah, malah sangat digalakkan jika para isteri yang ingin membantu meringankan bebanan para suami mencari nafkah dan anda ketahui cara untuk menjana pendapatan secara bisnes online.

Siapa yang perlu buat bisnes dari rumah?

  • Mereka yang setiap hari bercampur perasaan gundah gulana kerana terpaksa meninggalkan anak-anak dirumah pengasuh.
  • Mereka yang bercita-cita ingin melangsaikan hutang dan berpencen segera.
  • Mereka yang mahukan pendapatan infiniti tanpa perlu berada di bawah telunjuk orang lain untuk menentukan masa depan kita
  • Ingin meningkatkan taraf hidup dari biasa kepada luarbiasa.
  • Mereka yang bercita-cita dan minat bisnes tetapi tidak tahu bisnes apa yang ingin dipilih, inilah dia pilihan yang tepat!.
  • Mereka yang sudah penat pergi kerja siang malam tetapi tiada masa untuk diri sendiri dan keluarga.

Apa yang perlu untuk buat bisnes secara online?
  • Sekeping hati yang cekal dan memang berkehendak untuk maju.
  • Haruslah ada line internet, dah nama pun nak buat bisnes online kan ;)
  • Tidak perlu modal yang tinggi jika ingin memulakan bisnes Shaklee. Hanya yuran pendaftaran RM65 dan penghantaran ke Semenanjung RM10 atau penghantaran ke Sabah dan Sarawak RM20.
Banyak pilihan dan cabang bisnes yang anda boleh pilih untuk buat bisnes secara atas talian ni. Tetapi terpulang kepada anda untuk memilihnya, anda harus memikirkan modal yang terpaka dilaburkan dan kestabilan syarikat yang dilaburkan itu supaya tidak tertipu atau ditipu, TIPAH TERTIPU! Dan saya sendiri memilih SHAKLEE sebagai sumber untuk saya menjana pendapatan kerana saya yajin masa depan ada bersama Shaklee. *YAKIN*

Kenapa saya memilih dan yakin untuk bersama Shaklee?
  • Pelan PEMASARAN yang KOMPREHENSIF dan telus.
  • Sistem yang adil, semua orang berpeluang untuk berjaya kerana ianya BUKAN SISTEM PIRAMID.
  • (kalau berdasarkan sistem piramid, yang dibawah akan sentiasa dibawah. Tetapi konsep shaklee sesiapa sahaja boleh berjaya yang penting orang itu BERUSAHA untuk berjaya)
  • Produk yang TERBUKTI BERKESAN.
  • Syarikat yang KUKUH. Terbukti bertahan dari dahulu hingga sekarang dan sudah lebih 25tahun dipasaran Malaysia.
  • Ramai jutawan yang telah muncul secara senyap hanya kerana berbisnes shaklee, dan ianya adalah berpanjangan bukan bermusim kerana sudah terbukti ramai yang berjaya dan masih buat shaklee sehingga kini. -- GROUP rahsia kami sendiri sudah melahirkan 3 orang MASTER!
  • Semestinya PATUH SYARIAH, kerana ia berkonsepkan produk yang dijual dan bukannya 'produk maya' --bagi modal alih-alih dapat untung ribu-ribu setiap bulan. Adakah kita sanggup beri anak-anak dan keluarga kita makan dari sumber yang tidak berkat?

Anda masih ragu atau tidak jelas lagi mengenai buat bisnes dari rumah dengan menjual produk shaklee? Kalau begitu bolehlah hubungi saya terus, saya akan terangkan lebih details dan terperinci ^_^
Kerana saya mahu membantu lebih ramai lagi orang yang ingin berjaya. Saya mungkin tidak dapat berikan anda wang ringgit tetapi saya janji untuk berikan anda ilmu dan sokongan dalam bisnes shaklee ini. Semoga dipermudahkan-Nya.



Hubungi kami sekarang!

I'm Your Shaklee Independent Distributor
sha 012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD AREA:
(Kedah : Changlun, Sintok-UUM, Bukit Kayu Hitam, Jitra)
(Perlis : Unimap, Politeknik Pauh, Arau)

*PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK

:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::

Monday, 5 May 2014

Tips Menghilangkan Jerawat

Assalammualaikum dan Salam Sayang Semua :)

Saya nak berkongsi sedikit tips untuk mengatasi masalah jerawat.

Memandangkan saya sekarang agak sibuk dengan tugasan di luar rumah, menguruskan hal-hal berkaitan Majlis Sirih Pulang Ke Gagang, dengan masa yang sangat mencemburui dan kadang bila penat saya terlupa aspek penjagaan muka sendiri. Sudahnya, majlis lagi 2 hari tetapi kulit mukaku seperti berdenyut-denyut menandakan jerawat sudah ingin menonjolkan diri! TIDAKKKK!!! Sudahlah banyak persiapan yang perlu dilakukan dan pada majlis tersebut saya juga perlu berhadapan dengan ramai orang termasuklah VVIP dan para media, makanya memang saya tak senang duduk. Saya makin bertambah-tambah stress!

Jerawat..ohh jerawat ;(
Pics: credit to mr.google

Anda pernah hadapi situasi macam ni tak? Huhu.. time-time nak keluar berdating dengan husband dulu ke atau waktu zaman boipren moipren dulu, time nak kenalkan dengan bakal famili mertua ataupun esok lusa korang nak ada kenduri...tak kisah la nak bertunang, bernikah atau bersanding, tiba-tiba jerawat macam rancak je nak tumbuh? Pernah rasa tak? Kalau pernah mesti anda semua sangat memahami jiwaku saat ini ;(


Lagi 2 hari majlis penting akan berlangsung, jerawat naik. Petua mudah untuk mengecutkan jerawat. Maka, malam tu saya terus teringatkan Vitamin C Shaklee yang super power lagi berkhasiat tu. Seperti yang kita sedia maklum, fungsi Vitamin C itu sendiri terlalu banyak dan antara salah satunya adalah untuk kecantikan. Sehinggakan ada segelintir orang sanggup dapatkan suntikan vitamin c daripada klinik-klinik kecantikan. Namun ianya adalah tidak tahan lama dan perlukan kos yang sangat tinggi untu
k jangka masa panjang.

cantik tanpa perlu suntikan
pics: credit to mr.google

Okay, tips saya yang paling mudah dan murah tanpa ada kesan yang memudaratkan pada diri adalah kalau untuk mengecutkan jerawat ni elok ambil 1-2 biji Vitamin C Shaklee kemudian dipatahkan kepada 2 bahagian. Kenapa perlu dipatahkan kepada 2 bahagiasustaince release iaitu ia akan dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam badan kita. Vitamin C jenis ini adalah sangat bagus kerana mampu mengekalkan vitamin C di dalam badan kita kerana seperti yang kita sudah sedia maklum, Vitamin C adalah sangat sukar untuk disimpan dalam tubuh kerana ianya cepat musnah.
n? Supaya ia mampu menyerap dengan lebih cepat dan optimum. Kalau tidak dipatahkan pon tak mengapa, kerana Vitamin C Shaklee ini adalah jenis

Nak tahu hasilnya?

Keesokkan harinya, saya dah terasa kulit muka takde lagi tegang seperti jerawat nak tumbuh! Itu menandakan jerawat saya dah mengecut. *HAPPY* . Kulit pon terasa lebih mulus .Ia ternyata memberikan saya lebih keyakinan ketika Majlis Sirih Pulang Ke Gagang yang diadakan pada 3 Mei 2014 yang lepas. Syukur, Alhamdulillah.

Saya dah mencubanya. Anda bila lagi? ;)
Cubalah sekarang, jangan bertangguh lagi.


Ingin Dapatkan Produk Shaklee?
Hubungi kami sekarang!

I'm Your Shaklee Independent Distributor
sha 012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD AREA:
(Kedah : Changlun, Sintok-UUM, Bukit Kayu Hitam, Jitra)
(Perlis : Unimap, Politeknik Pauh, Arau)

*PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK

:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::

Karnival Sirih Pulang Ke Gagang

Assalammualaikum dan Salam Sayang semua ♥

Buat pengetahuan anda semua, saya dan rakan- rakan telah pun bertungkus lumus menjayakan Karnival Sirih Pulang Ke Gagang, pada 3 Mei 2014.

Banyak acara menarik pada hari tersebut antaranya Jelajah Sintok, demonstrasi masakan oleh Chef Shaifudin, Pertandingan Jaguh Kampung, Pertandinga Sukan Rakyat, Pertandingan Mewarna dan pakaian beragam untuk anak-anak berumur bawah 12 tahun, Pameran motor superbike oleh Kelab Erastar dan macam- macam lagi.

Majlis Karnival Sirih Pulang Ke Gagang ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Wira Mohd Johari Bin Baharom, Ahli Parlimen Kubang Pasu.

Objektif utama karnival ini diadakan adalah untuk mengumpul semula bekas- bekas pelajar SMK Bandar Baru Sintok, mengukuhkan ukhwah yang pernah terjalin diantara bekas pelajar dan sekolah dan menghargai dan meraikan jasa dan pengorbanan para guru yang pernah mendidik kami.

Saya dah terangkan secara ringkasnya mengenai majlis ini..so sekarang jom kita layan gambar- gambar sekitar majlis tersebut:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...