SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Tuesday 6 May 2014

Mudahnya Berbisnes dari Rumah

Assalammualaikum dan Salam Sayang semua :)

Pada Majlis Makan Malam Gala Kasih Sirih Pulang Ke Gagang yang lalu, saya sempat berjumpa dan berborak dengan bekas rakan-rakan sekolah dan guru-guru. Antara soalan wajib yang ditanya haruslah,
"Dah kahwin ke belum?", kalau sudah "Anak dah berapa?"
"Tinggal dimana?"
"Kerja apa?"

Itu memang antara soalan-soalan yang paling POPULAR kalau kita berjumpa seseorang kenalan yang dah lama tidak berjumpa kan. Sebenarnya, bukan kawan-kawan je yang akan tanya soalan macam ni..tapi kadang tu ada jugak saudara-mara yang bertanya. Al-maklumlah, bukan jumpa hari-hari kan..so bila sesekali jumpa tu mestilah nak tahu latar belakang kita serba sedikit kan ^_^



Bila orang tanya saya kerja apa, mudah je jawapan saya. Saya ada business saya sendiri. Saya hanya bekerja dari rumah. *BANGGA*. Sambil saya bekerja, saya juga boleh memantau sendiri perkembangan dan mendidik anak. Sekarang ini, jika anda sedang atau ingin menambah pendapatan dan bekerja dari rumah jangan sesekali takut untuk mencuba. Bekerja dari rumah ini tidak salah, malah sangat digalakkan jika para isteri yang ingin membantu meringankan bebanan para suami mencari nafkah dan anda ketahui cara untuk menjana pendapatan secara bisnes online.

Siapa yang perlu buat bisnes dari rumah?

  • Mereka yang setiap hari bercampur perasaan gundah gulana kerana terpaksa meninggalkan anak-anak dirumah pengasuh.
  • Mereka yang bercita-cita ingin melangsaikan hutang dan berpencen segera.
  • Mereka yang mahukan pendapatan infiniti tanpa perlu berada di bawah telunjuk orang lain untuk menentukan masa depan kita
  • Ingin meningkatkan taraf hidup dari biasa kepada luarbiasa.
  • Mereka yang bercita-cita dan minat bisnes tetapi tidak tahu bisnes apa yang ingin dipilih, inilah dia pilihan yang tepat!.
  • Mereka yang sudah penat pergi kerja siang malam tetapi tiada masa untuk diri sendiri dan keluarga.

Apa yang perlu untuk buat bisnes secara online?
  • Sekeping hati yang cekal dan memang berkehendak untuk maju.
  • Haruslah ada line internet, dah nama pun nak buat bisnes online kan ;)
  • Tidak perlu modal yang tinggi jika ingin memulakan bisnes Shaklee. Hanya yuran pendaftaran RM65 dan penghantaran ke Semenanjung RM10 atau penghantaran ke Sabah dan Sarawak RM20.
Banyak pilihan dan cabang bisnes yang anda boleh pilih untuk buat bisnes secara atas talian ni. Tetapi terpulang kepada anda untuk memilihnya, anda harus memikirkan modal yang terpaka dilaburkan dan kestabilan syarikat yang dilaburkan itu supaya tidak tertipu atau ditipu, TIPAH TERTIPU! Dan saya sendiri memilih SHAKLEE sebagai sumber untuk saya menjana pendapatan kerana saya yajin masa depan ada bersama Shaklee. *YAKIN*

Kenapa saya memilih dan yakin untuk bersama Shaklee?
  • Pelan PEMASARAN yang KOMPREHENSIF dan telus.
  • Sistem yang adil, semua orang berpeluang untuk berjaya kerana ianya BUKAN SISTEM PIRAMID.
  • (kalau berdasarkan sistem piramid, yang dibawah akan sentiasa dibawah. Tetapi konsep shaklee sesiapa sahaja boleh berjaya yang penting orang itu BERUSAHA untuk berjaya)
  • Produk yang TERBUKTI BERKESAN.
  • Syarikat yang KUKUH. Terbukti bertahan dari dahulu hingga sekarang dan sudah lebih 25tahun dipasaran Malaysia.
  • Ramai jutawan yang telah muncul secara senyap hanya kerana berbisnes shaklee, dan ianya adalah berpanjangan bukan bermusim kerana sudah terbukti ramai yang berjaya dan masih buat shaklee sehingga kini. -- GROUP rahsia kami sendiri sudah melahirkan 3 orang MASTER!
  • Semestinya PATUH SYARIAH, kerana ia berkonsepkan produk yang dijual dan bukannya 'produk maya' --bagi modal alih-alih dapat untung ribu-ribu setiap bulan. Adakah kita sanggup beri anak-anak dan keluarga kita makan dari sumber yang tidak berkat?

Anda masih ragu atau tidak jelas lagi mengenai buat bisnes dari rumah dengan menjual produk shaklee? Kalau begitu bolehlah hubungi saya terus, saya akan terangkan lebih details dan terperinci ^_^
Kerana saya mahu membantu lebih ramai lagi orang yang ingin berjaya. Saya mungkin tidak dapat berikan anda wang ringgit tetapi saya janji untuk berikan anda ilmu dan sokongan dalam bisnes shaklee ini. Semoga dipermudahkan-Nya.



Hubungi kami sekarang!

I'm Your Shaklee Independent Distributor
sha 012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD AREA:
(Kedah : Changlun, Sintok-UUM, Bukit Kayu Hitam, Jitra)
(Perlis : Unimap, Politeknik Pauh, Arau)

*PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK

:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...