SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Wednesday, 22 May 2013

Keputihan Jangan Pandang Remeh

Salam Sayang Semua ^_^

Topik untuk entry kali ni adalah berkaitan dengan keputihan. Sesuatu yang seringkali berdamping dengan insan yang bergelar wanita..terutamanya ketika menjelang waktu period atau selepasnya..ataupun ketika sedang hamil dan selepas kelahiran.


Apa itu Keputihan?

Keputihan adalah cecair atau lendir yang dikeluarkan oleh vagina. Keputihan yang normal adalah berwarna putih atau jernih dan jika keputihan selain warna itu dan berbau atau menagalami gatal-gatal dibahagian tersebut, kemungkinan telah berlaku jangkitan. Dan kebanyakan jangkitan yang berlaku adalah disebabkan oleh kulat. Jadi jangan pandang remeh yer keputihan anda!

Lazimnya, keputihan berlaku sewaktu kita stress ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah. Manakala wanita hamil juga mengalami masalah ini dan dikhuatiri mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil.

Jom lihat, apakah disebalik warna keputihan anda.

1. Jernih
Jika lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau kerana keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Selalunya lelehan berwarna jernih seperti ini akan keluar dua minggu menjelang haid, sekitar waktu subur dan apabila hormon estrogen berlebihan mahupun stress. Keputihan ini juga seringkali dialami oleh kebnayakan wanita hamil.

2. Putih
Lelehan berwarna putih, berair dan berbau busuk. Malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan anda menderita jangkitan yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans.

Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita.

3. Putih Pekat
Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tak menyenangkan, kemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Jangkitan juga turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.



4. Coklat
Lelehan berwarna coklat dan berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna tersebut timbul akibat pendarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar menjadi warna coklat.

5. Kuning Kehijauan
Jika keluar lelehan berupa kuning kehijauan, berbuih, gatal, berbau busuk, sangat banyak dan sakit disekitar kawasan bahagian intim serta kemerahan pada vagina, kemungkinan besar anda mengalami jangkitan yang disebabkan oleh kuman protozoa trichomonas vaginalis.

6. Kuning
Jangkitan yang disebabkan oleh nisseria gonorrhoe mungkin berlaku apabila lelehan yang keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan; sakit di daerah sekitar kemaluan serta sakit ketika anda membuang air kecil.

Masalah keputihan ini boleh bertambah serius jika tidak ditangani segera. Jika anda masih bujang, ia juga berpontensi mengganggu tahap kesuburan apabila berkahwin kelak.
Jika anda berjumpa doktor atau pakar, mereka akan memberikan antibiotik kepada anda.

Anda juga boleh berikhtiar dengan meminum air rebusan pegaga, atau membasuh 'Miss V' anda dengan air sireh yang telah direbus. Selain itu juga, dengan mengamalkan alfalfa juga, in shaa Allah dapat membantu menyelesaikan masalah keputihan anda ini. Alfalfa adalah sejenis tumbuhan yang kaya dengan zat dan mineral antaranya kalsium, magnesium, zat besi, phosphorus, pottasium, chlorine dan juga vitamin k.



Selain membantu merawat keputihan, alfalfa juga bertindak sebagai...

  • Milk booster kepada ibu yang menyusukan
  • Menghasilkan agen anti-radang untuk merawat gout dan arthritis
  • Merendahkan kandungan gula bagi penghidap diabetis dan meransang penghasilan insulin
  • Merawat jangkitan kulat

klik link di bawah untuk melihat testimoni pengguna alfalfa:



Untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat pesanan, anda boleh:
1. LIKE fanpage IRSYA HEALTHY HOUSE
2. Email ke melurbunga@rocketmail.com
3. SMS di talian 012-9362692
 Dapatkan konsultansi PERCUMA apabila anda membeli produk shaklee daripada saya :) 






:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Wednesday, 8 May 2013

JANGAN ABAIKAN PENGAMBILAN ASID FOLIK


APA ITU ASID FOLIK dan KEPENTINGANNYA?


Asid folik adalah vitamin yang WAJIB diambil oleh wanita-wanita yang sedang hamil dan yang merancang untuk kehamilan. Ia adalah salah satu vitamin yang wujud dalam kelompok Vitamin B.

Ia juga boleh didapati secara semulajadi dalam sayuran hijau seperti ayam, asparagus dan brokoli, dan kekacang sebagai folat.

Vitamins B with Folic Asid

Pengambilan asid folik juga telah disarankan oleh para doctor agar diambil 3 bulan sebelum anda dan pasangan merancang untuk mengandung dan diteruskan sehingga hamil trimester pertama dan diharuskan mengambil sepanjang kehamilan.

Pengambilan vitamin asid folik yang kurang sebelum hamil dan awal kehamilan boleh meningkatkan risiko mempunyai kehamilan yang terjejas oleh kecacatan tiub neural seperti spina bifida, dimana ia terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna yang boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal,ataupun Anencephaly iaitu otak dan tempurung tidak terbentuk sempurna.

"Vitamin B12 is essential for the functioning of the nervous system and for the production of red blood cells," says Duane Alexander, MD, director of the National Institute of Child Health and Human Development, which funded the study. "The results of this study suggest that women with low levels of B12 not only may risk health problems of their own, but also may increase the chance that their children may be born with a serious birth defect."


12 minggu yang pertama dalam kehamilan, otak dan system saraf bayi anda sedang berkembang dan membentuk dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah amat penting untuk mengambil asid folik setiap hari.

Anda boleh mengambil langkah-langkah sebelum dan semasa hamil untuk mengurangkan risiko mempunyai bayi yang dilahirkan dengan kecacatan kelahiran. Langkah-langkah tersebut termasuklah mengambil multivitamin setiap hari dengan asid 
folik (400 mg), tidak merokok dan tidak minum alcohol semasa mengandung.


Jadi, anda diluar sana, yang sedang membaca jom sebarkan tentang kesan dan akibat kekurangan asid folik ni pada wanita-wanita disekeliling anda.


Jangan ambil mudah bekalan asid folik anda.

Cegah ianya sebelum terjadi.



hubungi saya untuk konsultansi PERCUMA!

SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD Area: 





*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease

Monday, 22 April 2013

Bagaimana Cara Menjadi Ahli Shaklee?


Salam Sayang Semua.. :)

Memandangkan sekarang ramai yang bertanya tentang macam mana nak daftar jadi ahli Shaklee, sama ada yang nak makan sendiri ataupun untuk memulakan biznes bersama SHAKLEE. So, hari ini jom saya share serba sedikit yer...


Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli @ pengedar Shaklee?

Terdapat dua cara untuk anda mendaftar sebagai ahli iaitu,Pertama  anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration fee sebanyak RM65 ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM670) untuk mendapat keahlian percuma.

**sila tambah rm10 untuk kos penghantaran sebuah beg yang mengandungi member kit yang lengkap dengan info-info tentang sesuatu produk dan marketing plan yang boleh anda pelajari nanti.


Soalan-soalan yang sering ditanya…

Q1: saya cuma nak makan sendiri je…perlu ke nak daftar jadi ahli?
A: Ok, takde masalah pon if nak consume untuk makan and guna sendiri. Saya tak paksa pon suruh pergi menjual if daftar jadi ahli.. Cuma bila dah daftar jadi ahli, kalau kita duk membeli untuk diri kita atau mak ayah atau adik beradik ke,  boleh jugak la kumpul point dan dapat bonus dari SHAKLEE. Hah, makan untuk diri sendiri pon dapat bonus..sape nak bagi kan ;)

Q2: Kena buat pembelian setiap bulan ke untuk maintain keahlian?
A: Ouhh tidak. Pendaftaran untuk jadi menjadi ahli ini cuma sekali sahaja. Jadi tidak perlu maintain pembelian setiap bulan.

Q3: Apa kelebihan menjadi ahli?
A: Boleh membeli produk dengan harga ahli dan mengumpul point anda sendiri. Dengan point yang tertentu melayakkan kita menerima bonus dalam bentuk tunai tanpa perlu ada downline.

Q4: Perlu Ke Maintain point dalam Shaklee?
A: Sekiranya anda cuma nak makan untuk diri sendiri, tak perlu maintain points. Tetapi jika anda bercadang mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu untuk mendapat bonus.

Tapi kalau cuma nak makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain2 point yer

Q5: Saya minat nak jadi ahli untuk biznes, tapi saya tak tahu/ tak pandai/ takde basic…macam mana?
A: Jika anda membuat keputusan untuk berbiznes bersama saya..Anda tidak perlu risau kerana kami ada menyediakan group coaching khas, secara dalam talian sahaja. Tak perlu tinggal pasangan atau anak2.

Berada di bawah kumpulan yang betul amat membantu anda untuk berjaya. Bayangkan kita tidak tahu apa-apa tentang bisnes apatah lagi tentang shaklee, maka bimbingan ataupun coaching adalah sangat diperlukan. Saya sendiri akan memberikan COACHING/BIMBINGAN dengan PERCUMA!

Q6: Kalau nak biznes ni perlu modal ke..perlu buat pinjaman ke?
A: Ini specialnya menjadi keluarga SHAKLEE! Tidak perlu modal yang besar ataupun membuat pinjaman semata-mata mahu memulakan perniagaan. Ye memang betul tiada modal yang diperlukan. MODAL ANDA HANYALAH SEMANGAT DAN KEINGINAN YANG KUAT UNTUK BERJAYA.

Q7: Kena cari downline ke bile dah jadi ahli?
A: Inilah keistimewaan Shaklee. Anda tak perlu bersusah payah ke sana ke sini nak cari orang untuk jadi downline anda. Tak wajib pon cari downline..Bagi yang nak buat bisnes pon, anda tak terikat dengan syarat perlu cari downline. Kerana tanpa downline pon anda boleh berjaya! Tu yang best jadi ahli Shaklee nih…Tapi kalau ada downline pon takde salahnya…kita kongsi2 kebaikan kan?


OK..SAYA BETUL-BETUL BERMINAT..MACAM MANA?



Anda boleh menghubungi saya melalui sms-> 012-9362692 atau PM saya di IRSYA HEALTHY HOUSE dan berikan details seperti berikut;
a. Nama penuh
b. IC no
c. Nombor telefon
d. Nama suami (jika dah berkahwin)
e. Ic suami
f. Alamat Surat Menyurat
g.  Emel
h. No. Akaun Bank (Maybank)

Segala urusan mengisi borang ahli dan sebagainya saya akan uruskan untuk anda. Mudahkan?

Anda hanya perlu hubungi saya dan segala urusan ditanggung bereh~

**Bila sudah dapat member kit, anda boleh mulakan bisnes serta merta menggunakan member ID yang akan diberi nanti J 
Apa tunggu lagi? 

Jika anda betul-betul ingin merubah hidup anda, maka bertindak sekarang. 

InsyaAllah ini adalah pembuka jalan kepada diri kita semua. 

Salam sayang...




I'M YOUR 
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR.

Sha
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com







Saturday, 16 March 2013

Cara Atasi Anak Meragam

MENANGIS atau meragam sudah menjadi sifat semula jadi bayi yang normal. Kita tidak boleh mengharapkan anak yang sentiasa ceria dan tidak membuatkan ibu bapa pening menangani pelbagai kerenah mereka.
Menangis juga satu cara bayi berkomunikasi dengan penjaga kerana mereka masih tidak pandai meluahkan perasaan dengan kata-kata. Menjaga bayi menuntut kesabaran yang tinggi kerana jika tidak, ibu bapa boleh hilang sabar dan ada yang bagaikan hilang kewarasan diri sehingga sanggup mendera anak sendiri.

Dengan pelbagai tekanan dan tanggungjawab yang perlu dipenuhi setiap hari, kerenah anak yang menangis atau meragam apatah lagi pada malam hari memang boleh menyebabkan ibu bapa hilang sabar.

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita tidak sepatutnya melepaskan kemarahan atau segala beban seharian terhadap anak kecil yang tidak berdosa dan mengerti apa-apa. Sebaliknya kita harus belajar untuk menjadi ibu bapa terbaik sekali gus memahami keadaan si kecil yang sering meragam itu.

Buat ibu bapa dan penjaga, teknik menangani bayi yang meragam dan sering menangis ini boleh dijadikan panduan:

1. Bersikap tenang

Perkara terbaik yang boleh dilakukan ibu bapa apabila anak meragam atau menangis dengan nyaring ialah bersikap tenang dan bukannya memarahi anak dengan suara yang tinggi. Apabila tekanan dalam diri ibu bapa meningkat, anak juga akan menjadi bertambah tertekan, menyebabkan usaha menenangkan bayi tidak akan tercapai.

2. Periksa lampin bayi

Bayi menangis kerana pelbagai sebab, antaranya mereka tidak selesa apabila lampin sudah terlalu penuh atau mereka baru saja membuang air besar. Jadi, apabila anak menangis, cuba periksa lampin untuk pastikan masalah anak mena–ngis bukan berpunca daripada lampin. Sekiranya basah lencun atau kotor, salin lampin supaya bayi lebih selesa.

3. Periksa suhu badan bayi

Kadangkala bayi menangis apabila dia berasa terlalu sejuk atau terlalu panas. Mungkin ibu bapa boleh memegang tangan atau kaki anak untuk memastikannya.

Sekiranya sejuk, pakaikan baju yang menutup tubuh dan lebih tebal. Namun sekiranya panas, cuba gunakan termometer bagi memeriksa suhu bayi.

4. Kembung perut

Bayi selalu mengalami masalah kembung perut. Oleh itu, ibu bapa perlu memeriksa dengan menepuk lembut dengan jari bagi memastikan anak mereka mengalami masalah kembung perut. Sekiranya benar, sapukan minyak angin pada perut bayi untuk melegakan perutnya.

5. Beri susu atau makanan bayi

Sekiranya semua perkara di atas tiada pada bayi, kemungkinan besar dia lapar.
Tawarkan minuman atau makanan pada bayi. Ibu bapa perlu mempunyai jadual dan mengingati masa makan atau minum anak mereka.

Jangan ambil mudah kerana selain senang meragam akibat lapar, tumbesaran bayi juga boleh terjejas jika tidak mendapat zat mencukupi.

6. Bayi mengantuk

Bayi juga akan meragam dan menangis jika mengantuk. Selalunya mereka hanya
mahu didodoi oleh ibu atau bapa dan sebaik dipeluk, mereka menjadi tenang dan tidur dengan mudah.

Pelukan daripada ibu bapa bukan saja dapat menenangkan bayi, malah ia mampu menyalurkan kasih sayang yang sangat diperlukan oleh bayi untuk membesar dengan sempurna.

7. Mahu bermanja

Adakalanya bayi hanya mahu didukung, dipeluk, dilayan atau diberi perhatian penuh oleh ibunya. Bayi sememangnya manja dan mahu dibelai ibu.

Banyak kajian menunjukkan belaian daripada ibu bapa dapat meningkatkan sistem pertahanan bayi, membantu menstabilkan emosi, membantu selera bayi dan menjadikan anak mereka lebih ceria.

8. Alih perhatian bayi

Apabila anak menangis atau meragam tanpa dikenal pasti puncanya, antara kaedah yang boleh digunakan ialah mengalihkan perhatiannya.

Ada kemungkinan bayi itu bosan justeru, ibu bapa boleh menghiburkan bayi mereka. Lakukan perkara yang boleh membuat bayi ketawa seperti membuat aksi melucukan atau membawanya keluar bersiar-siar melihat sekeliling selain berbual-bual dengan bayi supaya mereka rasa disayangi.

9. Ubah cara dukung

Sesetengah bayi mempunyai posisi dukung yang digemarinya. Jika anak sukakan posisi tegak di bahu, jangan baringkan dia ketika mendukungnya kerana bayi pasti akan menangis.

Apabila menegak, bayi boleh melihat keadaan sekelilingnya dengan lebih baik seolah-olah berjalan dan ia penting bagi proses pembelajarannya.

10. Hiburkan bayi

Biarpun nyanyian anda sebenarnya sumbang namun bagi bayi anda, andalah penyanyi terhebat. Oleh itu, gunakan kesempatan ini untuk menyanyikan pelbagai lagu lembut kepadanya terutama lagu yang mempunyai unsur pendidikan kerana anak akan mengikut nyanyian sambil belajar dan pada masa sama, dia akan tenang dan berhenti menangis.

11. Menari bersama bayi

Ini antara teknik yang boleh dilakukan sekiranya ia dapat membuatkan anak anda
tersenyum serta membuatkannya berhenti menangis. Ajak anak menari dengan gaya yang disukai kanak-kanak seperti tepuk tangan, supaya mereka terhibur tetapi pada masa sama, berasa rapat dengan anda.

12. Tukar pakaian bayi

Ada fabrik yang kasar pada kulit bayi hingga menimbulkan rasa tidak selesa dan
akhirnya bayi menangis. Oleh itu, tukar pakaiannya kepada yang lebih selesa dan pastikan pakaian bayi diperbuat daripada fabrik lembut dan tidak panas seperti kain kapas.

13. Mandikan bayi

Bayi yang meragam sepanjang hari mungkin berasa tidak selesa atau ruam akibat lampin. Mandikan bayi dengan sabun yang mengeluarkan bau menenangkan dan sapukan tubuhnya dengan losen atau minyak mineral yang menghindarkan masalah ruam.

14. Urut bayi

Mengurut antara cara untuk menenangkan bayi. Sentuhan kulit ke kulit bukan saja menenangkan bayi tetapi hubungan ibu bapa dengan anak juga menjadi semakin rapat.

15. Kurangkan rangsangan sekeliling

Terlalu banyak rangsangan di sekeliling boleh membuatkan bayi terganggu, seterusnya menangis dan meragam. Bagi menenangkan bayi, cuba malapkan cahaya lampu, asingkan permainan yang banyak dan mengurangkan bunyi bising.

16. Bedung bayi

Bagi bayi kecil, mereka berasa tenang dan selamat apabila dibedung dengan kain dan dipeluk ibu bapa. Ini kerana bagi si kecil ini, keadaan yang terbuka menakutkan mereka. Oleh itu, sebaik-baiknya bedung bayi kecil, bukan saja mereka akan berasa hangat, ia juga membantu bayi tidur dengan lebih nyenyak.

17. Gunakan bunyi menenangkan

Ada sesetengah bunyi mampu menenangkan bayi apabila ia berbunyi terus-terusan contohnya bunyi kipas berputar atau bunyi kerincing angin yang digantung di tempat berangin.

18. Beredar dan menenangkan diri

Sekiranya semua cara yang dilakukan tidak mampu menenangkan bayi dan anda mula hilang sabar, tinggalkan sekejap bayi anda di tempat yang selamat dan tenangkan diri terlebih dulu.

Berfikir positif dan memahami bayi anda tidak melakukannya dengan sengaja kerana dia tidak memahami apa-apa dan masih kecil.

19. Bawa bayi bertemu doktor

Anda juga boleh membawa bayi bertemu doktor kanak-kanak bagi membuat pemeriksaan untuk memastikan tangisan bayi bukan berpunca daripada masalah kesihatan yang serius.

Sumber : harian metro

Ohh Suamiku Terkena Charlie...Macam Mana Nak Buat Ni?



Salam Sayang Semua :)

Happy Saturday! Masa berhujung minggu dengan keluarga dan orang tersayang. Itu sudah semestinya kan *wink..wink ;)

Ok, hari ni saya nak share sikit testimoni sendiri, bukan saya tapi testimoni pasal suami saya yang telah menggunakan krim serbaguna shaklee. Tahu tak apa dia? hah, kalau tak tahu mehh saya nak cerita ni.

Baru-baru ni saya ada post pasal herbal blend cream ni..lepas dua, tiga hari saya post pasal krim ni..kalau ade yang tak baca lagi boleh rujuk [SINI]. Suami saya terkena sejenis binatang bernama "Charlie"..saya tak tahu nama saintifik dia, tapi dari zaman-zaman belajar memang dah kenal dengan nama tu. hehe. Ohh, sesetengah petani panggil "Semut Padi". Ini yang suami saya cakaplah. Mungkin lain tempat lain panggilanya.

"Charlie" nih rupa dia memang macam semut jugak..kecik-kecik je..tapi badan dia ada belang-belang oren dan bontot dia ade cenonet sikit..dia suke angkat-angkat.
credit to mr.google



Hari pertama kena kencing "Charlie" nih, rase macam macam pedih-pedih..setengah orang akan rasa nak demam (based on experience kena charlie time blaja dulu..hehe).. Kemudian akan jadi macam melepuh sikit kulit kita..memang pedih tambah pulak kalau kene bahagian-bahagian seperti di leher, dimana akan bergesel dengan kolar baju. Hehe. Yang ni contoh kesan terkena charlie ni yer...memang berparut punya. Nak hilang amik masa pulak tu..tambah-tambah kalau kena bahagian muka ke..huhu..

credit to ictpid

Credit to rezachantek

So bila baru-baru ni suami saya terkena charlie, saya pon tergerak hati nak sapukan amik serbaguna ni sapu sikit kat bahagian yang terkena tu. Hari Pertama, saya sapu petang, pas dia mandi tu. 

Esoknya, bila dia siap-siap nak pergi ofis, saya nak sapu, tengok tempat tu dah nampak macam nak kering..seronok sangat..kalau tak makan masa jugak la untuk dia kering. Saya sapu selepas mandi pagi dan  petang. 

Hari ke-3, tempat Charlie tu dah kering! Wooww. Memang tak sangka..kalau saya kenal Herbal Blend Cream ni dulu..memang tak payah nak menanggung sakit kena Charlie ni lama-lama..hehe. Sekarang dah okey, cuma bekas parut yang kena tu mungkin ambik masa sikit nak hilang. Takpe, pasni ni nak bubuh vitamin E pulaklah hilangkan parut tu ;)

Siapa nak cuba herbal blend cream ni bolehlah hubungi saya. Jadi Losyen pon best sangat. Bila kita sapu krim ni, pastu kita basuh tangan..tak rasa berminyak atau rasa semacam pon (sesetengah losyen kene air akan licin semacam kan). Bagi saya, krim ni sangat bestttt :)


Untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat pesanan, anda boleh:
1. LIKE fanpage IRSYA HEALTHY HOUSE
2. Email ke irsyahealthyhouse@gmail.com
3. SMS di talian 012-9362692
 Dapatkan konsultansi PERCUMA apabila anda membeli produk shaklee daripada saya :) 






:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Saturday, 9 March 2013

Tips Kecantikan Selebriti ~ AYU RAUDAH

Salam Sayang Buat Semua :)

Memandangkan hari ni IHH asyik bercerita tentang tips-tips kecantikan, maka IHH nak selitkan juga antara-antara selebriti yang menggunakan shaklee sebagai makanan tambahan mereka untuk kecantikan dan kesihatan mereka. Antaranya ialah~

~AYU RAUDAH~

Jom Baca Bagaimana Ayu Raudah Menjaga Kecantikannya


Untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat pesanan, anda boleh:
1. LIKE fanpage IRSYA HEALTHY HOUSE
2. Email ke melurbunga@rocketmail.com
3. SMS di talian 012-9362692
 Dapatkan konsultansi PERCUMA apabila anda membeli produk shaklee daripada saya :) 




:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...