SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Friday 31 January 2014

Diabetis Ketika Hamil

Salam sayang...

Sedikit info ingin sha kongsikan dengan anda semua tentang komplikasi kehamilan yang mungkin anda alami, iaitu mengenai diabetis ketika hamil.



Apa itu penyakit diabetis ketika hamil?
Diabetis ketika hamil atau gestational diabetis ialah keadaan dimana paras gula yang berlebihan dalam darah yang hanya berlaku semasa hamil.


Siapakah yang berisiko untuk mendapat diabetis ketika hamil?

♥ Ibu- ibu yang mempunyai berat badan yang berlebihan (melebihi 80 kg)
♥ Ibu- ibu yang mempunyai riwayat berat lahir bayi lalu melebihi 4.0 kg
♥ Ibu- ibu yang mempunyai riwayat anak mati atau mati dalam perut
♥ Mempunyai ibubapa yang menghidap diabetis

Tanda- tanda : ◆ Rasa haus yang berlebihan
◆ Kerap kencing/ bangun malam untuk kencing
◆ Jumlah air kencing yang berlebihan daripada biasa
◆ Kehadiran gula dalam kencing
◆ Kehadiran gula dalam darah

Komplikasi yang boleh berlaku jika diabetis tidak terkawal : ★ Bayi mati dalam kandungan atau lahir mati
★ Berat lahir bayi boleh melebihi 4 kg dan menyebabkan komplikasi kepada ibu dan bayi
★ Bayi cacat
★ Jangkitan kulat dalam faraj (candidiasis)
★ Pertambahan air mentuban



Nasihat untuk pengidap diabetis ketika hamil... ▶ Amalkan pemakanan seimbang
▶ Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula
▶ Amalkan kebersihan diri
▶ Bersenam sesuai dengan kehamilan
▶ Menukar ubat makan kepada suntikan insulin bagi yang telah mengidap diabetis sebelum mengandung
▶ Mematuhi nasihat dan arahan anggota kesihatan

Okay...untuk next entry sha akan selitkan cadangan menu untuk Gestational Diabetis ;)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...