SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Friday 10 January 2014

Rambut Gugur Selepas Bersalin

Salam sayang pembaca tegar blog IrsyaHealthyHouse ini,

Kawan-kawan, pernah dengar tak orang-orang tua dulu or mak-mak kita cakap, nanti bila anak dah start menyembur-nyembur, rambut kita pun akan gugur? Betul ke?

Hah, itu yang sha nak kupas tentang entry kali ini, keguguran rambut selepas bersalin. Kebiasaannya, rambut gugur akan mulai terasa selepas 2-3 bulan selepas bersalin dan akan berlanjutan sehingga tempoh ke 6 hingga 12 bulan. Bergantung pada tubuh badan seseorang. Lamanya!

Sebenarnya, keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. Ia juga tiada kaitan dengan bayi menyembur atau sebagainya. Sebaliknya, keguguran rambut selepas bersalin adalah disebabkan rambut mengalami fasa pertumbuhan dan fasa 'rehat' dan perubahan hormon. Ketika hamil, biasanya rambut akan kurang gugur kerana ia mengalami masa 'rehat' akibat hormon ketika mengandung.

Bagi ibu yang selepas bersalin, keguguran rambut adalah lebih ketara kerana...
  • Hormon semasa mengandung menyebabkan rambut mengalami fasa pertumbuhan yang ketara. Apabila bersalin, rambut mengalami fasa 'rehat' dan sebagai memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru, lebih banyak rambut asal semasa mengandung akan gugur.
  • Ibu kurang rehat, memberi tumpuan kepada bayi yang baru lahir.
  • kekurangan vitamin seperti zink dan protein.
Serius, waktu sha berpantang dan baby rayy pun mula start menyembur, rambut gugur sangatlah banyak. Sampai stress dibuatnya. Sikat rambur, gugur. Mandi pun, rambut gugur. Aisshhh..time tu memang rasa dah buntu sangat. Nak tahu macam mana cara sha mengatasinya?

Cara untuk mengatasi masalah rambut gugur selepas bersalin?
  • Tukar syampu dan perapi rambut kepada yang lebih rendah kandungan bahan kimia atau yang berasaskan organik.
  • Tukar sikat rambut. Pilih sikat rambut yang giginya lebih besar dan jarang agar tidak memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala.
  • Mengambil supplemen yang mengandungi multivitamin dan mineral, zinc dan protein. (Ini penting!)
  • Minum air masak secukupnya.
  • Pastikan anda rehat dan mendapat tidur yang secukupnya.
Set Keguguran Rambut Shaklee

Hasilnya, alhamdulillah... sha sendiri amalkan tips ini dan bahagian yang dulu hampir nampak kulit kepala, kini tidak lagi. Malah, lebih rancak anak-anak rambut halus baru tumbuh, kembali menutupi bahagian yang hampir gondol tu..hehehe. Jom kita baca testimoni pulak, klik bawah ni yer...


Sebarang pertanyaan atau tempahan, hubungi...
Sms@Whatsapp Sha 012-9362692
Email : irsyahealthyhouse@gmail.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...