SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Tuesday 14 June 2016

Penyakit Kayap : Cara Merawat dan Pantang Larang

Kayap adalah lanjutan dari penyakit Chicken Pox. Penyakit ini mempunyai persamaan dengan demam campak atau Chicken Pox iaitu datang dari kelompok virus yang sama iaitu Herpes dan virus ini boleh bersembunyi di bawah kulit dan menunggu masa untuk muncul sebagai kayap.


Dalam istilah perubatan, kayap dikenali sebagai herpes zoster. Ianya sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV)

Risiko-risiko utama penyakit ini ialah:

  1. Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana sistem ketahanan sistem imun berkurang.
  2. Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti jangkitan kuman HIV
  3. Kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid)


Gejala dan Tanda Penyakit Kayap


Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal)

Tanda terawal penyakit kayap ini adalah rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat, demam, keletihan dan sakit kepala. Simptom tersebut dialami sebelum tanda-tanda kulit mulai timbul. Ia lazimnya dialami oleh 80 peratus pesakit. Ia akan berterusan untuk tiga hingga lima hari.

Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tanda pertama adalah tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan. Selepas 1 hingga 2 hari, timbul gelembung-gelembung air yang kecil. Air di dalam gelumbung tersebut berwarna kekuningan. Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelumbung tersebut akan kering. Kulit kering (crusts) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.

Selalunya doktor akan dapat mengenali penyakit kayap sekiranya pesakit datang dengan tanda-tanda yang lazim bagi penyakit ini termasuk gelembung-gelembung air pada urat saraf di satu bahagian badan. Namun begitu, jikalau pesakit datang dengan tanda terawal tanpa tanda-tanda pada kulit, doktor mungkin mengalami kesulitan untuk membuat diagnos penyakit ini.

Komplikasi dan Kesan Akibat Dari Penyakit Kayap


Komplikasi awal semasa adanya tanda-tanda kulit termasuk jangkitan kuman bakteria pada gelembung-gelembung air pada kulit dan pendarahan di dalam gelembung-gelembung tersebut dan berisiko untuk merebak ke kawasan lain.

Pesakit juga mungkin mengalami tanda-tanda kulit untuk jangka masa berpanjangan. Bahagian kulit tersebut mungkin akan menjadi parut.

Terkejut saya apabila mendapat panggilan daripada seorang anak kepada bapa yang sedang sakit mengidap kayap ular. Kata anak ini, bapanya sudah hampir tiga bulan diserang kayap. Pada mulanya mereka ingat gatal-gatal biasa. Lama-lama ianya semakin merayap dan air bisa bercampur nanah semakin banyak naik di badan ayahnya. Tidak tahan melihat penderitaan bapanya, anak ini telah mencuba pelbagai cara merawat kayap.

Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy). 

Kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis) paru-paru (pheumomitis) dan usus (enterocolitis).

Komplikasi kronik yang lain adalah seperti kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang. Selalunya dialami oleh pesakit yang lebih tua (berumur lebih 65 tahun). Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup peakit.

Komplikasi kronik yang lain termasuk komplikasi mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang).


Pantang Larang Ketika Mengalami Sakit Kayap


Bagi membantu proses penyembuhan yang cepat, orang-orang lama mengamalkan beberapa petua dan pantang larang ketika mengalami sakit kayap, antaranya ialah:
  • Jangan makan makanan berminyak.
  • Tak boleh makan buah tempatan
  • Tak boleh kena sabun
  • Tak boleh makan buah atau sayur yang menjalar atar berjulur (contohnya tembikai, timun,labu)
  • Kena elakkan makanan yang gatal (contoh seafood, ayam,telur)
  • Tak boleh dengar orang goreng lauk dan tak boleh goreng sebarang benda.
Namun sejauh mana kesahihan pantang larang orang terdahulu ini tak dapat saya nak pastikan. Yang baik kita ikut dan rasa tak okey kita jadikan panduan.

Rawatan dan Vitamin untuk Kayap





Nutriferon : mampu menguatkan sistem ketahanan badan dan membantu pesakit melawan penyakit yang sedang menyerang. Jika anda sedang menderita terkena kayap, inshaallah Nutriferon membantu menaikkan sistem imun anda dan melawan semua virus yang cuba melawan.

Garlic Complex : bertindak sebagai antibiotik semulajadi. Ia bersifat antivirus untuk menghalang serangan jangkitan virus, bakteria dan kuman bagi memastikan penyakit tidak merebak menjadi lebih teruk. 

Vivix : Sekiranya anda tidak mengambil vitamin jenis pil (Garlic Complex) atau serbuk (NutriFeron), anda boleh gantikan dengan pengambilan cecair vivix. Fungsi vivix akan membuang segala sel-sel rosak dan cacat akibat serangan kayap kemudian menggantikannya semula dengan sel-sel baru yang lebih sihat. Amalan vivix untuk kayap akan membantu baikpulih semua sistem saraf yang sudah rosak dan terjejas. Sekaligus menaikkan sistem imun anda yang telah lemah akibat serangan virus kayap itu.

Testimoni Kayap Rawat dengan Vitamin


Terkejut saya apabila mendapat panggilan daripada seorang anak kepada bapa yang sedang sakit mengidap kayap ular. Kata anak ini, bapanya sudah hampir tiga bulan diserang kayap. Pada mulanya mereka ingat gatal-gatal biasa. Lama-lama ianya semakin merayap dan air bisa bercampur nanah semakin banyak naik di badan ayahnya. Tidak tahan melihat penderitaan bapanya, anak ini telah mencuba pelbagai cara merawat kayap.


Terkejut saya apabila mendapat panggilan daripada seorang anak kepada bapa yang sedang sakit mengidap kayap ular. Kata anak ini, bapanya sudah hampir tiga bulan diserang kayap. Pada mulanya mereka ingat gatal-gatal biasa. Lama-lama ianya semakin merayap dan air bisa bercampur nanah semakin banyak naik di badan ayahnya. Tidak tahan melihat penderitaan bapanya, anak ini telah mencuba pelbagai cara merawat kayap.


Kalau anda telah berusaha bermacam cara dan petua tradisional untuk mengubati penyakit kayap ini tapi masih belum sembuh sepenuhnya atau masih teraa sakit di bahagian saraf akibat penyakit ini, hubungi saya ya untuk dapatkan set vitamin merawat kayap ini segera tau. Jangan biarkan ianya berlanjutan atau mungkin akan mengakibatkan komplikasi lain.
Whatsapp saya: 012-9362692 untuk tempahan

Rujukan:
http://www.myhealth.gov.my/




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...