SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Wednesday 8 June 2016

Penyakit Genetik dan Rawatan Untuk Pesakit Talasemia



Talasemia adalah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini adalah kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.

Jenis-jenis Talasemia

Terdapat dua jenis talasemia yang utama iaitu :

Talasemia Minor - Pembawa gen talasemia

Pembawa gen talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh dibuat mengenai ujian darah talasemia. Seorang pembawa boleh menurunkan gen talasemia kepada anak-anaknya.

Talasemia Major - Pesakit talasemia

Pesakit talasemia major akan menunjukkan tanda-tanda sejak dari umur 3-18 bulan. Tanda dan gejala termasuk:
  • Keadaan pucat yang semakin ketara, sentiasa lemah dan resah
  • Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas
  • Jaundis
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa
  • Tumbesaran terbantut
  • Perubahan pembentukan dibahagian muka (dilihat apabila anak semakin membesar)

'



Talasemia, suatu jenis penyakit genetik jarang di dengar tetapi jika anda pasangan yang bakal berkahwin diwajibkan menjalani saringan ujian darah talasemia bersama pasangan. Ujian saringan ini untuk mengetahui adakah anda pembawa gen talasemia ataupun tidak kerana adalah tidak digalakan perkahwinan antara pembawa gen.

Rawatan Talasemia

  • Pesakit talasemia major perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.

  • Kesan daripada transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung dan kalenjar endokrin yang boleh merosakkan fungsi organ tersebut.

  • Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.

  • Pemindahan tulang sum-sum sekiranya ada penderma yang bersesuaian dikalangan ahli keluarga.

Set Vitamin Shaklee Yang Sesuai untuk Pesakit Talasemia

Untuk lebih optimumkan tahap kesihatan pesakit talasemia, pengambilan vitamin shaklee amat digalakkan. Suka saya sarankan anda untuk mencuba vivix, agen antioksida yang terbaik dengan kandungan resveratrol yang tinggi. Vivix juga telah terbukti dalam kajian klinikal yang memberikan kesan lebih baik buat pesakit anemia dan talasemia.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...