SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Friday 22 July 2016

Cegah Strok Dari Berulang Dengan Cecair Merah Vivix

Jika ada dikalangan ahli keluarga yang terkena serangan strok atau angin ahmar ini memang sangat memerlukan sokongan dari ahli keluarga dan saudara mara terdekat.

Pengalaman saya bila mana arwah pak cik, ketika diawal kena serangan strok memang rasa down dan rendah diri apabila sebelum ini gagah bekerja dan melakukan sendiri pekerjaannya tapi bila dah sakit hanya berharap orang sekeliling untuk membantu.

Namun, berkat kesabaran makcik saya menjaga dan sokongan moral saudara mara, lama kelamaan arwah pakcik semakin okay. Kalau tidak, keluar rumah pon tak mau.

Apa itu strok?


Menurut Pegawai Perubatan Hospital Penjagaan Jangka Masa Panjang Columbia Asia, Dr Zaireen Ahmad Zamri memberitahu, strok dikenali sebagai serangan otak kerana ia berlaku apabila aliran darah ke otak terganggu.

Ia berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran sehinggalah seseorang itu mengalami lumpuh sebelah badan sama ada di sebelah kanan atau kiri. Namun, bukan semua jenis strok menyebabkan lumpuh kerana gangguan saraf berlaku jauh daripada bahagian otak yang mengawal pergerakan.

Terdapat dua jenis serangan strok iaitu:

  • strok iskemia (salur darah tersumbat)
  • strok berdarah (salur darah pecah)


Strok iskemia berlaku apabila darah beku menyekat arteri daripada membekalkan darah ke otak. Kebiasaannya ini terjadi akibat daripada pengumpulan kolesterol dan puing lain di dalam arteri semenjak bertahun-tahun lamanya.

Strok jenis ini mungkin disebabkan oleh trombosis serebrum, iaitu apabila darah beku (tombus) terbentuk di dalam arteri utama yang menuju ke otak lalu menghalang bekalan darah. Embolisme serebrum pula berlaku apabila darah beku terbentuk di dalam salur darah di tempat lain dalam badan, contohnya di leher atau jantung dan bergerak dalam aliran darah ke otak.

Kebanyakan strok iskemia boleh dicegah dan dirawat secara berkesan untuk mengurangkan kerosakan kepada otak.

Manakala, strok berdarah terjadi apabila alur darah di dalam otak atau di sekelilingnya pecah dan menyebabkan pendarahan. Penyakit tekanan darah tinggi yang lama dan tidak dirawat memberikan tekanan pada dinding arteri, menyebabkan meningkatnya risiko arteri itu pecah dan seterusnya berdarah.

Strok berdarah kemungkinan disebabkan oleh pendarahan intraserebrum, iaitu apabila salur darah pecah di dalam otak.

Simptom-simptom dan Tanda Awal Strok


Biasanya pesakit sering keliru tanda-tanda awal strok dengan penyakit lain seperti jantung. Sebagai contoh, orang yang merasa sakit dada akan segera mendapatkan rawatan perubatan kerana mereka bimbang mungkin mengalami serangan jantung.



Namun, ramai yang menghidap gejala strok seperti kelemahan di sebelah bahagian badan atau pertuturan yang kurang jelas, cuma mengambil sikap tunggu dan lihat dan tidak mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Malah ada yang beranggapan ianya bukan serangan strok tapi terjadi akibat perbuatan aniaya atau sihir.



Cegah Strok Dengan Vivix



2 comments:

  1. Takut juga kalau bab sihir tu..

    ReplyDelete
  2. bahaya juga ni... ada kawan ofis kena strok separuh badan..

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #24.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2016/07/senarai-url-blog-24.html

    pemenang akan diumumkan pada 1.35 petang 26 April 2016

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...