SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Sunday, 12 April 2015

Sakit Pinggang Tanda Awal Kehamilan... Betul Ke ?


SAKIT PINGGANG PERANAKAN JATUH ATAU TANDA AWAL KEHAMILAN?

BEBERAPA hari sudah terpaksa menahan sakit di pinggang. Ingatkan sekadar tersalah tidur membuatkan urat tak betul, tapi semakin hari semakin tidak selesa akibat kesakitan di pinggang. Malah urat di tapak kaki pon seperti tegang. Memang buat sesiapa sahaja tidak selesa jika mengalaminya.

Salah pergerakan atau bergerak dengan terlalu cepatnya, terasa sungguh 'bisa' sakit pinggang tu, dah rasa macam robot. Hahaha. Dengan gaya robot tu, terpaksalah juga memanggil tukang urut. Sebab ingatkan salah tidur biasa je, tak sangka melarat pulak sehingga seminggu dua. Tukang urut ni pon jadualnya sentiasa penuh, kena call dan booking dulu tau.

sumber picture: google image


Selang dua hari, baru berkesempatan untuk diurut. Serius seronok sangat bila orang ada orang urut kita ni, rasa badan tu rilek dan hilang stress. Sambil berurut, sha sembang-sembang dengan kakak tu. Kakak yang mengurut ni kata, peranakan jatuh sikit! Aishhh..biar betul. Rasa macam takde la pulak buat kerja berat ke apa, nak berat pon dukung si Baby Rayy saja la. Tu pon 10kg je minah kecik tu.. hehe

Katanya takde apa yang serius, so tak perlu nak ulang urut lagi esoknya. Dah beberapa hari lepas berurut tu, perlahan-lahan rasa sakit tu berkurang. Dari urat kaki sehinggalah bahagian pinggang beransur hilang. Alhamdulillah. Seminggu lepas tu, rasa tidak selesa di bahagian abdomen pulak. Ku pikirkan mungkin sebab nak datang haid kot, jadi abdomen terasa sakit dan tegang.

Dua hari menunggu tak pulak period. Walaupun kata hati kata tidak mungkin aku mengandung, gagahkan saja diri untuk buat ujian kehamilan tu. Ala, bukan nak kena keluar rumah pergi jumpa doktor pon kan, bila-bila keluar pergi kedai tu singgah beli upt test di farmasi dan test sendiri di rumah. Mudah je pon prosesnya.


sumber picture: google image


Selepas titiskan beberapa titisan ke tempat yang dikhaskan, terasa lambat pula nak tunggu keputusan. Walaupun tidak mengharap, tetapi dalam hati masih berdebar-debar menanti. Normal la kot kan. Hehehe.

Okay.. naik 1 line je...

Sha pon terus keluar bilik air tanpa berfikir banyak. Dalam hati bermonolog, mungkin betul la kata tukang urut tu, pasal peranakan je, sebab tu rasa pinggang tak berasa selesa. Setelah selesai buat kerja rumah yang tak pernah habis-habis ni, entah macam mana tergerak hati rasa nak masuk semula toilet. Waktu tu ku pikir, UPT tak buang lagi... buatnya ada sesiapa masuk toilet, kantoi lah diri ini buat test tu. (Biasanya takde sapa pon masuk toilet dalam bilik tu :P ) Hahaha.

Disebabkan mula-mula keputusan tu dah nampak 1 line (negatif), jadi memang tak mengharap pon tiba-tiba akan jadi 2 line (positif). Tapi entah macam mana, waktu nak buang alat tu, ternampak macam naik double line lah ! Hoho.

Confirm UPT double line!


alhamdulillah...doakan mama dan baby ye ^_^

Syukur, alhamdulillah. Sememangnya tak sangka bakal menimang cahayamata kedua pula tak lama lagi. Nak dikhabarkan kepada suami, kebetulan waktu tu dia terlibat dalam misi bantu banjir di Kelantan. Takpelah, tunggu dululah suami balik baru bagitahu, tapi bila sms dengan dia, saja je bagi hint, anak-anak. Hehehe.

Doakan sha dan anak dalam kandungan ni sihat sentiasa dan dilindungi Allah Yang Maha Esa yer ^_^

Image result for sakit pinggang tanda hamil


Nak tahu apa suami sha kata? Hehehe
Tunggu part II nanti yer


p/s : Kongsi cerita di blog ni salah satunya untuk tatapan anak-anak dikemudian hari kalau mama mereka dah takde nanti. huhu

Wednesday, 8 April 2015

Pilihan Wanita yang Mahukan Anak, Ikhtiar Hamil GLA Complex




BILA ditanya soal anak, pastinya kita paling banyak makan hati. Lebih lagi jika usia perkahwinan itu sudah menginjak beberapa tahun. Ada yang mengatakan diri kita kurang suburlah, tidak sihat dan sebagainya. Bertambah sedih dan pilu hati bila keluarga mertua paksa suami kahwin lain semata-mata untuk berikan mereka zuriat! Luluh hati ini.

Janganlah bersedih temanku sekalian, mungkin Allah sedang menguji ketabahan dan kekuatan dirimu. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik buat dirimu. Tapi dalam bersedih, jangan lupa berikhtiar. Bukan semata-mata mengharap bulan jatuh ke riba, bak kata pepatah. 




Saya ingin berkongsi dan membantu anda semua yang sedang berusaha untuk mendapatkan cahayamata dengan produk set kesuburan shaklee. Terdapat banyak faktor yang mengganggu tahap kesuburan lelaki dan wanita. Sebab itu, saya menyarankan untuk anda suami isteri dengan set subur shaklee ini dan salah satu yang terpenting dalam set kesuburan adalah Gla Complex shaklee.

Fungsi Gla Complex ini yang sangat membantu wanita dalam menstabilkan hormon mereka. Terutamanya yang mempunyai masalah haid tidak teratur, hormon tidak stabil dan sebagainya. Iyalah jika period tunggang langgang, macam mana kita nak tahu hari subur dan merancang untuk hamil. Maka amat pentinglah dalam menstabilkan terlebih dahulu kitaran haid anda, dengan cara makan Gla Complex yang tepat.


Selain itu, Gla Complex Shaklee ini juga membantu wanita dalam menghasilkan cecair serviks yang berkualiti. Saya pasti jika anda join group TTC di facebook pasti ada berkongsi info berkenaan kepentingan mukus serviks ini. Dengan penghasilan cecair serviks yang berkualiti ini memudahkan sperma untuk persenyawaan dan bertahan lebih lama sedikit.

Kebanyakan customer saya yang mengambil Gla Complex shaklee ini memberitahu kitaran haid kembali teratur, senggugut kronik sudah tiada lagi dan paling menggembirakan apabila ada yang memberitahu telah berjaya hamil setelah bertahun-tahun menunggu zuriat. Semoga zuriat yang dinanti-nantikan ini menjadi anak yang soleh dan solehah, menjadi saham di akhirat kelak.

Bukan sekadar omong kosong, saya kongsikan cerita-cerita mereka yang telah berjaya hamil dengan Gla Complex shaklee. Ini adalah antara mereka yang berjaya hamil setelah konsisten dan amalkan tips yang diberi, anda juga boleh melihat lebih banyak testimoni berjaya hamil dengan set subur shaklee.


hamil denagn GLA Complex


Testimoni Hamil


gla shaklee bantu hamil


hamil dengan gla complex



JK Niaga Beli Sekarang {focus_keyword} Atasi Masalah Rambut - Dengan Rangkaian Prosante Shaklee JK Niaga Beli Sekarang


Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan berserta konsultansi, Hubungi saya :)


SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com


COD Area: 





*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak


Nikmati DISKAUN sehingga 20% sekarang !
Daftarlah sebagai ahli shaklee.



-------------------------------------------------------------------------------------------------


-Disclaimer-

These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease

Monday, 6 April 2015

Shampoo Organik Atasi Rambut Gugur


SUDAH bermacam-macam jenis shampoo yang ada dipasaran telah dicuba. Namun masalah rambut gugur, rambut bercabang, rambut kering, rambut kusut dan rambut berkelemumur masih tidak dapat diselesaikan. Tambahan pula sebagai wanita muslimah yang bertudung, membuatkan kulit kepala lebih mudah gatal bila berpeluh.




Jika dilihat pada iklan-iklan di media elektronik, terdapat banyak pilihan untuk mengatasi masalah rambut yang dihadapi oleh anda, terutamanya untuk masalah rambut gugur. Namun, sejauh mana keberkesanannya? Saya pasti boleh dikatakan hampir semua jenis shampoo anda telah cuba kan, tetapi masalah rambut gugur masih tidak selesai.

Saya sendiri juga begitu, boleh dikatakan telah mencuba pelbagai jenis shampoo yang ada dipasaran tapi rambut gugur masih banyak. Jika dihimpunkan, saya agak mungkin boleh buat sarang burung. Hehe. Kini akhirnya, saya telah nekad untuk memilih shampoo organik pastinya dibuat dari bahan semulajadi, selamat dan berkesan! Alhamdulillah. Tapi sebelum itu, mari saya kongsikan dengan anda penyebab utama masalah keguguran rambut :
  • Hormon yang tidak seimbang, terutamanya selepas melahirkan bayi.
  • Terlalu stress dan kurang rehat
  • Akar rambut yang tidak sihat, kekurangan vitamin seperti zink dan multivitamin
  • Penjagaan rambut yang kurang tepat
  • Penggunaan syampoo yang mengandungi bahan kimia

punca rambut gugur


Okay, nampak tak, sebenarnya kebanyakkan shampoo yang digunakan mengandungi bahan kimia. Itu antara punca mengapa masalah rambut gugur kita tidak berkurangan! Jadi sebab itu, akhirnya saya nekad untuk mencuba shampoo organik, rangkaian produk shampoo Prosante. Ditambah pula dengan testimoni pengguna shampoo dan perapi Prosante, rata-rata mengatakan rambut tidak lagi gugur dan kulit kepala rasa lebih segar membuatkan hati saya juga tercuit untuk mencuba. 

Set penjagaan rambut shaklee dikenali sebagai rangkaian shampoo Prosante, mengandungi beberapa jenis shampoo dan perapi adalah bebas kimia dan selamat digunakan. Kenapa saya berulang kali sebut tentang shampoo organik, bebas kimia dan selamat digunakan? Mai cek nak habaq sikit kat hampa semua, mula-mula cuba pergi cek kandungan shampoo yang anda pakai tu ada tak kandungan SLS (Sodium Laureth Sulfate) dan SLES (Sodium Laureth Ether Sulfate).

Biasanya, shampoo dan sabun yang berasaskan bahan pencuci kimia ada mengandungi bahan tersebut yang seringkali dikaitkan boleh menyebabkan kanser kepada manusia. Manakala, rangkaian shampoo Prosante tidak mengandungi bahan SLS tetapi mengandungi Sodium Lauryl Sulfoacetate. Sekali imbas pastinya anda nampak seperti nama yang sama, tetapi ia adalah kandungan yang berbeza kerana Sodium Lauryl Sulfoacetate didalam shampoo dan perapi shaklee dibuat daripada minyak kelapa dan kelapa sawit. 


Rangkaian produk Prosante turut mengandungi Scalp Health Complex, iaitu gabungan 10 vitamin, mineral dan herba bagi menyediakan persekitaran optimum untuk rambut sihat, lebat dan menawan. Shaklee memeilih bahan-bahan seperti ekstrak swertia dan halia untuk merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut.

Manakala mineral kulit yang penting sepeti kuprum, zink, mangan serta vitamin A dan E untuk membantu metabolisme kulit kepala yang sihat. Minyak daun pokok teh serta ekstrak teh hijau untuk menentang kerosakan akibat radikal bebas dan faktor-faktor persekitaran lain. Kesimpulan tentang kandungan produk Prosante Shaklee, anda tidak akan menemui sebarang bahan kimia kuat yang boleh merosakkan rambut dan kulit kepala.

Image result for bahaya kandungan sls dan slesJadi lepas ni teliti lebih sedikit yer bahagian kandungan setiap barangan anda yang anda gunakan. Pilih shampoo dan perapi bukan sekadar melihat pada harga yang murah, tetapi memberi kesan buruk untuk jangka masa panjang pada diri anda dan keluarga. Tambahan pula, kepala adalah bahagian paling dekat dengan otak, tidakkah anda terfikir kesan bahan kimia yang anda gunakan sekian lama itu mungkin lama-kelamaan diserap perlahan-lahan ke otak dan menjadi kanser? Allahuakhbar! Jauhkanlah perkara-perkara buruk sebegitu kepada kita semua.

Alami sendiri keberkesanan produk Prosante shaklee ini. Yang mana satu anda perlukan? Keperluan adalah mengikut jenis rambut dan masalah rambut yang anda hadapi. Jika mempunyai bajet lebih boleh juga tambahkan sekali zink dan vitalea dalam set ini untuk kesan yang lebih optimum. ^_^


banner_ProSante {focus_keyword} Atasi Masalah Rambut - Dengan Rangkaian Prosante Shaklee banner ProSante


Bagi anda yang mengalami masalah keguguran rambut, boleh ambil set berikut :
  1. Revitalizing Shampoo
  2. Lightweight Conditioner
  3. Nourishing Scalp Treatment

Manakala, bagi anda yang mengalami masalah rambut berkelemumur, rambut bercabang, rambut rosak dan berminyak, boleh amalkan set berikut :
  1. Purifying Shampoo
  2. Replenising Conditioner
  3. Nourishing Scalp Treatment

Testimoni Pengguna Produk Prosante


Puan Maria, malu dan kurang keyakinan diri bila suami mulai tegur rambut semakin nipis. Nak tahu apa yang beliau ambil untuk mengembalikan rambut menawan walaupun berhijab? Saksikan sendiri pengkongsian jujur beliau ini ^_^





JK Niaga Beli Sekarang {focus_keyword} Atasi Masalah Rambut - Dengan Rangkaian Prosante Shaklee JK Niaga Beli Sekarang


SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com


COD Area: 





*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak


Nikmati DISKAUN sehingga 20% sekarang !
Daftarlah sebagai ahli shaklee.



-------------------------------------------------------------------------------------------------


-Disclaimer-

These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease


Saturday, 4 April 2015

Cara Mudah Buat Suami Berhenti Merokok Tanpa Paksaan


ANDA sedang mencari jalan berikhtiar untuk pasangan anda berhenti menghisap rokok? Jika sudah bertahun-tahun mereka hisap rokok, agak mustahil dengan kata-kata nasihat sahaj mereka mampu merubah tabiat itu. Kita sebagai isteri puas sudah menasihati agar suami berhenti merokok, tapi masih tidak diendahkan nasihat yang diberi.


Syukur alhamdulillah, suami saya bukan seorang penghisap rokok. Mungkin saya kategori wanita yang beruntung, tetapi tidaklah saya kata anda sebaliknya. Cuma, kita tahu dan sedar bahawa hisap rokok ini bukan sahaja menggangu masalah kesihatan seperti sakit jantung, paru-paru dan sebagainya. Tetapi kita lupa, jika anda sudah berkahwin dan pasangan pula menghisap rokok, ini boleh menyebabkan sperma suami kurang aktif dan subur.


Bukan itu sahaja, jika si isteri sedang mengandung dan suami pula adalah seorang perokok, ini juga boleh mengancam kesihatan isteri dan anak yang dikandung yang boleh menyebabkan kecacatan pada jantung bayi. Asap yang dilepaskan dari siperokok mempunyai bahan-bahan yang merbahaya seperti nikotin yang menyekat dan menyempitkan salur darah termasuklah saluran ke tali pusat. Ia juga memaksa sel darah merah mengangkut karbon monoksida untuk disalurkan pada bayi. Bagai diibaratkan membunuh anak sendiri perlahan-lahan.

Takutkan bila kita mengetahui tentang bahaya rokok, tetapi apa daya kita jika berbuih mulut nasihat suami masih tetap begitu. Apa lagi pilihan yang ada untuk buat suami berhenti merokok dengan selamat ?

Cara paling mudah dan selamat, adalah dengan memberikan suami anda 1 sudu sirap anggur istimewa ini setiap hari. Sama ada boleh suapkan terus ke dalam mulut suami atau bancuhkan sedikit dengan air. Amalkan setiap hari sehingga Nampak perubahan,bukan sahaja dari berhenti merokok tetapi meningkatkan juga tahap kesihatan para suami kita semua, inshaallah.

Maklumlah kalau kita nasihat tak mau dengar, guna cara psikologi pon masih tak jalan juga, marilah kita sebagai isteri cuba ikhtiar dengan memberikan supplemen vivix ni pula. Apalah sangat jika nak dibandingkan harga sebotol vivix dengan harga yang para suami laburkan setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan saban tahun tu.

Cuba kita kira,
Purata sekotak rokok = rm13
Anggarkan, seminggu suami hisap 3 hingga 4 kotak.
Rm13 x 4 kotak = RM52 seminggu

Rm52 x 4 minggu = RM208 sebulan

Rm208 x 12 bulan = RM2496 setahun!

WOWW ! Bayangkan setahun kita dapat kumpul RM2496, tak banyak ke. Boleh buat belanja rumah, boleh bawak keluarga jalan-jalan, boleh pergi bercuti. Bayangkan! Lihat, kepuasan hati para isteri bila suami sudah berjaya berhenti merokok tanpa dipaksa hanya dengan sesudu vivix sehari.



Testimoni Berhenti Merokok Dengan Vivix











Jadi, dengan RM475 sebotol VIVIX adalah sangat berbaloi-baloi untuk anda laburkan demi mengurangkan pembaziran beli rokok dan meningkatkan kesihatan diri dan keluarga.

Hubungi saya untuk lebih diskaun dan tawaran hebat dengan pembelian vivix hari ini.


SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com


COD Area: 





*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak


Nikmati DISKAUN sehingga 20% sekarang !
Daftarlah sebagai ahli shaklee.



-------------------------------------------------------------------------------------------------


-Disclaimer-

These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease

Thursday, 2 April 2015

Buat Doodle Muslimah Paling Mudah


Bukak blog dari siang, tapi tak muncul-muncul ilham nak menulis. 
Taip sikit lepas tu padam, lebih tiga empat buat macam tu. 
Sudahnya nak tahu apa sha buat? 
Tengok la sendiri... hehe


Doodle pertama yang berjaya buat!

Percubaan untuk buat badan doodle juga berjaya.

HAHAHA. Seronok sungguh rasa hati ni. Jujurnya ini adalah hasil ber'doodle' hari ini. Tidak berguru dengan siapa pun hanya sedikit tutorial kawan blogger dan godek-godek sendiri. Sebelum ni rasa susah sangat nak buat, lepas tu rasa jemari sha ni 'keras' dan kaku. 

Percaya atau tidak, Sha hanya guna software paint yang paling basic setiap komputer mesti ada tu sahaja. Dari sekolah tengok kawan-kawan kreatif sangat edit gambar ni. Rupanya sha pon ada bakat terpendam. Huhu.

Macam mana rupa doodle muslimah sha ni, comei macam sha tak..hihi.

P/s : Lepas ni boleh ambil upah buat doodle la pulak...hahaha ^_^

Wednesday, 1 April 2015

Milkbooster Bantu Ibu Menyusu Anak sehingga Usia 2 Tahun


Susu ibu adalah makanan yang terbaik sekali bagi pembesaran bayi semenjak ianya dilahirkan. Terdapat banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu formula, walaupun kajian demi kajian dilakukan untuk menandingi khasiat dengan susu ibu sendiri, tapi susu sintetik ini tidak dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu.


Ramai ibu masa kini yang mempunyai keinginan untuk menyusukan anak mereka sendiri. Namun bukan semua ibu-ibu dikurniakan susu badan yang melimpah ruah. Ada yang terpaksa menunggu berhari-hari setelah melahirkan bayi dan ada juga  sejurus selepas melahirkan terus keluar 'titisan emas'. Malah terdapat segelintir ibu, sejak di akhir kehamilan sudah mengeluarkan susu badan secara sedikit-sedikit.

Apa pun, pastinya setiap ibu mempunyai pengalaman yang berbeza. Begitu juga tentang keperluan mengambil milkbooster ini, ada ibu yang sangat memerlukan dan sebaliknya. Asalkan ianya tidak meminggirkan konsep penyusuan yang paling penting iaitu supply and demand

Selain mencuba senarai makanan banyakkan susu ibu secara tradisional, tiada salahnya jika ibu ingin menambah susu badan dengan mengambil milbooster shaklee ini, disamping mencergaskan dan memberi nilai tambah kepada kesihatan si ibu.

Set Menyusu Shaklee

Terdapat beberapa jenis set penyusuan shaklee, bermula dari set asas sehinggalah ke set lengkap penyusuan dan set penyusuan premium. Setiap set ini mempunyai bajet yang berbeza, jadi ibu-ibu yang ingin mencuba tak perlu risau okay ;)


Milk-booster Basic


vitamin tambah susu dan banyakkan susu
Set Menyusu Basic
Penggunaan sehingga 3 bulan
RM214



Milk-booster Full

set tambah susu shaklee
Set Menyusu Lengkap
Penggunaan sehingga 6 bulan
RM510


                                                       Milk-booster Premium

set tambah susu milk booster shaklee
Set Menyusu Premium
Penggunaan sehingga 6 bulan
RM646



Khasiat Set Menyusu Shaklee
ESP: ia adalah sejenis protein. Protein penting semasa hamil dan selepas kelahiran. Fungsinya adalah untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi. Selepas bersalin diperlukan untuk penghasilan susu ibu dan memberi khasiat yang diperlukan untuk bayi membesar dengan sihat. Ibu menyusu perlukan 70gm protein sehari untuk membantu mereka dalam proses penyusuan yang sihat. ESP membekalkan protein yang mencukupi untuk diet harian ibu.

ALFALFA: dikenali sebagai raja tumbuhan. Kandungan kaya dengan fiber membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit. Dikenali sebagai tumbuhan yang berupaya berfungsi sebagai milk booster kepada susu badan. Digunakan secara tradisional untuk menambahkan susu ibu.

BCOMPLEX: kandungan kesemua vitamin b penting dalamnya membuatkan b complex sangat istimewa. Bantu melancarkan darah, dan juga memberi kesan penenang pada ibu untuk mengelakkan MEROYAN.

VITAMIN C: membantu penyerapan zat besi yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan hemoglobin untuk kelancaran peredaran darah. Penting untuk penghasilan kolagen untuk perkembangan otot dan tulang rawan bayi.

VITALEA: sangat penting sebagai salah satu komponen penting zat besi untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Kekurangan zat besi akan menyebabkan anemia iaitu kekurangan zat besi yang kronik. Lebih 340 ujian kualiti telah dilakukan ke atas vitalea.

OSTEMATRIX: kandungan kalsium, magnesium dan vitamin D melengkapkan lagi ostematrix. Ibu memerlukan 1000mg kalsium sehari. Ia diperlukan untuk pengecutan otot yang sihat. Susu ibu terdiri daripada 40% kalsium, maka jangan ambil mudah tentang kalsium ye.

OMEGA GUARD: kandungan DHA dan EPA dalamnya membuatkan omega sangat istimewa. DHA sangat diperlukan untuk otak yang cerdik, disalurkan melalui susu ibu supaya bayi anda mendapat khasiat yang sebaiknya. Wanita menyusu memerlukan 300mg DHA sehari.


Testimoni Set Menyusu Shaklee

"ESP, vitalea 2 biji, bcomplex, vitamin c, oste. Sangat amat membantu. Sometimes add up vivix, performance drinks. Working at home with 4 kids yang paling tua 6 tahun dan paling kecil 3 month fully bf dan tandem nursing with 2y. Jaga sendiri semua without helper dan husband jauh 2-3 bulan sekali baru balik. Really need bundle of energy everyday 24 hour. Those supplement really helps." - Pn.Fadhillah

cara tambah susu dengan milk booster


"Saya ambil esp+oste+vitalea+alfalfa+vitc+bcom..complete set untuk breastfeed dan energy..full time breastfeed+working mom+part time student. Baby dah umur 2 tahun lebih masih menyusu..no formula milk..you can do it mom!!" - Pn.Izzaty

"Saya ambil vitalea, vitamin c, alfalfa dan esp untuk tenaga dan bantu penyusuan..alhamdulillah.." Pn. Radin
set tambah susu banyakkan susu badan



"ESP, alfalfa, oste. Memang memberi tenaga tanpa lenguh sana sini. Saya fully bf baby, suri rumah kepada dua orang anak kecil, dan bisnes online 24 jam." -Pn.Bai zura

"Kalau saya, takde vitalea terasa badan kurang cergas sepanjang bf. So bagi saya perlu amik ESP untuk support tenaga waktu pagi, vitalea untuk kecergasan sepanjang hari, dan ostematrix untuk tidur berkualiti dan bangun pagi dengan badan yang lebih segar."
~ working mom, 3 children (including 8 month fully bf dan 3y tandem nursing at night~ Pn.Fashrina 
testimoni set tambah susu shaklee




"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu" - surah Al-Baqarah, ayat 233.




Jika puan-puan berminat untuk mencuba, boleh hubungi saya untuk konsultansi produk dan tempahan. Dapatkan juga e-book berkaitan penyusuan susu ibu secara PERCUMA, khas untuk pelanggan saya sahaja. 

SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com



COD Area: 





*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak


Nikmati DISKAUN sehingga 20% sekarang !
Daftarlah sebagai ahli shaklee.


---------------------------------------------------------------------------------------------------


-Disclaimer-

These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...