SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Thursday 8 November 2012

Tingkat KESUBURAN dengan ALFALFA, VITAMIN E & ZINC





Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan utk menimang cahaya mata dan sebagai pengikat kasih sayang antara suami isteri. Ada pasangan yang begitu senang utk conceive tp ada juga pasangan yang telah berkahwin lebih dari setahun masih belum dikurniakan zuriat. Pastinya keadaan ini menimbulkan sedikit tekanan terhadap pasangan.

Begitu juga yang telah mempunyai anak tetapi mahu menambah lagi bilangan ahli keluarga. Ramai juga yang mengalami masalah utk conceive anak seterusnya. Masalah-masalah ini berkaitan dengan ketidaksuburan.
 

Faktor-faktor wanita tidak subur:

  • Kegagalan berovulasi, atau menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
  • Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan, atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
  • Penyakit berkaitan kelamin.
  • Penyakit berkaitan masalah pelvik.
  • Merokok.
  • Pengambilan kafein yang berlebihan.
  • Terlalu gemuk atau terlalu kurus.
  • Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).
Faktor-faktor lelaki tidak subur:

  • Bilangan sperma yang sedikit (low sperm count)
  • Sperma kurang cergas
  • Sperma yang tidak sempurna
  • Sekatan pada saluran semen
  • Pemakaian seluar dalam yang ketat menyebabkan bahagian testis menjadi panas dan menurunkan tahap penghasilan sperma.
Faktor-faktor kedua-dua lelaki dan perempuan tidak subur:

  1. Kesan dari tekanan perasaan, sakit jiwa dan pelbagai masalah berkaitan emosi.
  2. Pendedahan terhadap punca radiasi.
  3. Pencemaran contohnya disebabkan oleh racun (rumpai, serangga, etc) dan sebarang racun lain.


Vitamin-vitamin yang dicadangkan demi meningkatkan kesuburan:

  • Vitamin E - membantu menstabilkan hormon reproduktif pada kedua2 lelaki dan wanita.
  • Zinc - meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma pada lelaki.
  • Vitamin C - Berperanan dalam pembentukan sperma.
  • B Complex - Memberi ketenangan jiwa dan menstabilkan hormon.
  • Alfalfa- membantu memberikan keselesaan ketika bersama


Bagi yang ingin mencuba vitamin bagi meningkatkan kesuburan, saya cadangkan kedua-dua suami isteri mengambil set A yang terdiri dari Vita Lea (multivitamin), B Complex dan Vitamin C, ditambah dengan Alfalfa untuk isteri, membantu memberi keselesaan bersama.

Untuk suami, tambah satu lagi pengambilan zinc dan vitamin E bagi membantu penghasilan sperma yang banyak dan memberi lebih tenaga.


Di samping itu. kurangkan minum dan makan dari sumber kafein sekiranya anda penggemar kopi, berhenti merokok dan berendamlah dengan air sejuk, kerana berendam air panas boleh merencatkan penghasilan sperma.

Sila dapatkan nasihat doktor pakar sekiranya anda mahu mengambil sebarang ubat untuk subur atau menjalani rawatan kesuburan. Saya doakan pasangan suami isteri yang sah dipermudahkan untuk mendapatkan cahaya mata dan bahagia bersamanya :)




BERMINAT? Sila hubungi saya di talian 012-9362692 atau e-mail: melurbunga@rocketmail.com
 Dapatkan konsultansi PERCUMA apabila anda membeli produk shaklee daripada saya :) 
:

:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...