SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Wednesday 20 July 2016

Sakit Perut Biasa atau Apendiks?

Kalau nak ikutkan sakit apendik, setakat ni saya belum ada pengalaman. Mintak jauhlah kita semua dari segala penyakit-penyakit ni. Takut tau bila nak kena operate ni, seriau rasa hati ni. (suka betul bayang yang bukan-bukan..hehe :P)

Memang saya takde pengalaman, tapi berdasarkan cerita dan perkongsian rakan facebook rata-rata yang kena sakit apendik ni katanya memang sakit azab sangat rasa dalam perut tu.



Apakah Apendiks


Mengikut portal ColumbiaAsia, apendiks merupakan satu organ seakan kantung yang terkeluar dari kolon di bagahian bawah dan kanan abdomen anda. Walaupun fungsi struktur organ ini tidak begitu dikenalpasti tetapi ini tidak bermaksud organ tersebut tidak akan mendatangkan masalah.

Apendisitis (=radang apendiks) merupakan satu keadaan di mana apendiks itu akan membengkak dan dipenuhi nanah. Dianggarkan lebih kurang 2% dari mana-mana kalangan masyarakat akan mengalami penyakit radang apendiks dalam jangka hayat mereka.

Simptom dan Tanda-Tanda Apendiks


Simptom utama apendisitis adalah rasa sakit yang bermula di bahagian perut (tengah abdomen) dan beralih ke bahagian bawah kanan abdomen. Rasa sakit apendisitis selalunya menjadi bertambah sakit dalam tempoh 6-12 jam dan lama-kelamaan ianya menjadi lebih teruk.



Selain daripada rasa sakit yang dialami, anda mungkin akan mengalami satu atau lebih daripada tanda-tanda dan simptom-simptom berikut:

  • rasa mual dan muntah
  • hilang selera makan
  • demam ringan selepas timbul tanda dan simptom lain
  • sembelit
  • tidak boleh mengeluarkan gas/angin (kentut)
  • cirit-birit
  • bengkak dibahagian abdomen

Punca Sakit Apendiks Berlaku


Setakat ini tiada sebarang penjelasan yang tepat kenapa penyakit apendik ini berlaku. Kadangkala ianya disebabkan halangan yang berlaku apabila terdapat sisa makanan atau ketulan najis yang keras terperangkap di saluran apendiks anda.

Ada setengah orang kata sakit apendiks terjadi sebab suka makan pedas kan.. fakta atau mitos ni? Dari pengalaman rakan saya, yang pernah mengalami kesakitan apendiks beberapa tahun lepas beliau seorang yang tak suka masakan pedas dan tak makan pedas-pedas pon.  Hah, acaner tu..huhu

Rawatan Penyakit Apendiks

Apendiks disifatkan sebagai kecemasan perubatan yang memerlukan pembedahan serta-merta bagi membuang apendiks kerana jika dibiarkan tanpa rawatan, apendiks yang mengalami keradangan akan pecah (tembus atau berlubang) lalu melimpahkan najis yang penuh dengan bakteria ke dalam kaviti abdomen.

Selepas pembedahan, lazimnya pesakit yang menjalani rawatan harus bercuti bercuti selama kira-kira dua minggu hingga sebulan dari pekerjaan dan tempoh cuti itu akan lebih pendek sekiranya menggunakan kaedah prosedur laparoskopi.



Apendiks boleh berulang semula sekali pun setelah dibedah sekiranya pangkal apendiks tidak berjaya ditemui semasa pembedahan sebelumnya.

Sembuhkan Luka Pembedahan Apendiks dengan Cepat

Selepas pembedahan, luka harus dijaga dengan rapi untuk mengelakan jangkitan dan bernanah dikawasan jahitan. 

Ini terjadi kepada suami sepupu saya yang terpaksa dibedah sekali lagi selepas terdapat jangkitan pada tempat pembedahan.

Oleh itu, saya ingin syorkan kepada anda yang mungkin akan melakukan atau telah membuat pembedahan bagi membuang apendiks ini, agar mengamalkan set vitamin shaklee ini.


Selain itu, takdelah tinggalkan parut keloid yang tebal. Selalunya orang perempuan sangat prihatin tau bab parut-parut ni...huhu.

Jom dapatkan set penjagaan mudah lepas pembedahan apendiks sekarang, hanya whatsapp 012-9362692 , order dan bayar kemudian tunggu posmen hantar barang sampai depan rumah :)





2 comments:

  1. hi selamat hari raya.. done follow u, follow me back ;)

    ReplyDelete
  2. tq sharing. biasa berapa lama luka operate nak sembuh ye utk appendix?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...