SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Saturday 7 June 2014

Penyusuan: Posisi Menyusu Yang Tepat

Apakah teknik menyusukan susu ibu yang terbaik?

Kedudukan badan

  • Pastikan anda selesa dimana bayi anda didukung dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil ataupun kerusi dengan kepala bayi di atas lengan anda.
  • Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi anda sehingga susah bayi mencapai puting untuk menyusu dan jangan terlalu membongkok sehingga rapat dengan bayi anda.
  • Gunakan bantal atau kusyen untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong anda dan bayi semasa penyusuan.




Cara mendukung bayi

  • Kepala, tengkuk dan tubuh bayi dalam keadaan selari.
  • Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu.
  • Bayi rapat dengan ibu dimana punggung, kepala dan bahu bayi diampu.


Cara memegang payudara

  • Cara yang betul adalah pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting.
  • Cara yang salah adalah pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain dibawah puting.


Cara penyusuan

  • Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas.
  • Gerakkan badan bayi ke arah payudara.
  • Pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara (aerola)
  • pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara.


Posisi penyusuan susu ibu kepada bayi



Anda boleh memilih mana-mana posisi yang anda dan bayi selesa :)

Ingin menambahkan lagi susu badan dan kekal cergas bertenaga?

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya :)
SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...