SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Tuesday 23 September 2014

Lindungi Tulang Anda

Langkah menjaga tulang belakang dengan postur badan yang betul



Ramadhan yang lepas, ayah saya diserang sakit di bahagian tulang belakang sehingga susah untuk berjalan mahupun bangun. Pergerakannya sangat terbatas. Ayah mula sakit selepas bukak puasa, tapi kami tak sedar sebab ayah ada dalam bilik. Bayangkan ayah nak panggil kami, nak bergerak buka pintu memakan masa sehingga 60 minit!

Pagi itu, selepas bersahur kami terpaksa bawak juga ayah ke hospital. Tiada persiapan atau surat rujukan dari doktor dan terpaksa melalui beberapa proses, maka kami sepakat untuk bawak ayah ke hospital swasta sahaja. Ayah saya terpaksa menjalani beberapa ujian dan pemeriksaan kesihatan termasuklah masuk ke dalam CT scan tu.

Ternyata tulang belakang ayah sedikit bermasalah. Kurang pasti istilah klinikalnya tapi bahasa yang mudah untuk difahami ialah tulang ayah sedikit lari dan juga kurang bendalir di sendi. Selama beberapa hari ayah di tahan di wad, ayah terpaksa menerima beberapa rawatan sesi fisioterapi.

Apa yang saya ingin kongsikan kepada anda, bukanlah kisah tentang ayah saya tu tapi lebih kepada kepentingan menjaga kesihatan tulang belakang sejak kita muda lagi. Penjagaan tulang belakang yang sempurna dapat mengelakkan masalah sakit belakang. 

Tips dalam penjagaan tulang belakang yang boleh anda praktikkan :

Posisi mengangkat barang :

a. Cara betul:
  • Bengkokkan kaki, bukannya tulang belakang anda. Bawa beban rapat pada tubuh anda. Keraskan otot perut sewaktu mengangkat.
  • Dapatkan bantuan orang lain sekiranya anda sukar mengangkat berseorangan.

b. Cara salah:
  • Elakkan membongkok atau memusing pinggang anda semasa mengangkat beban yang berat.
  • Elakkan mengangkat beban terlalu jauh dari badan.
  • Jangan mengangkat beban melebihi paras bahu. Keadaan ini menyebabkan ketegangan melampau kepada tulang belakang anda.
  • Elakkan dari mengangkat secara pergerakan mengejut.

Posisi ketika duduk:

a. Cara betul:
  • Rapatkan punggung dan sandarkan belakang anda pada penyandar tempat duduk sepenuhnya untuk mengurangkan tekanan pada cakera tulang belakang.
  • Pastikan ketinggian tempat duduk anda sesuai dan kedudukan paha anda selari dengan lantai.
  • Campurkan aktiviti anda dengan senaman/ regangan/ berjalan.

b. Cara salah:
  • Elakkan duduk terlalu jauh dengan meja kerja anda dan elakkan duduk di atas kerusi yang terlalu tinggi.
  • Elakkan membongkok ketika duduk.
  • Pastikan anda tidak menggelonsor ketika duduk.

Posisi ketika memandu:

a. Cara betul:
  • Duduk tegak dan gerakkan tempat duduk ke hadapan supaya lutut anda selaras dengan pinggang.
  • Sokong bahagian bawah belakang anda menggunakan tuala yang digulung atau penyokong lumbar jika perlu.
b. Cara salah:
  • Elakkan memandu terlalu lama tanpa berehat.
  • Menekan pedal dan memegang streng terlau jauh akan menyebabkan ketegangan otot.


Posisi ketika tidur:

a. Cara betul:
  • Tidur diatas kati yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras.
  • Apabila tidur mengiring, bengkokkan sedikit lutut supaya bersentuhan atau tidur terlentang, lapikkan bantal di bawah lutut.

b. Cara salah:
  • Elakkan tidur meniarap kerana akan menyebabkan sakit belakang.
  • Elakkan tidur di atas sofa atau di ruang tamu untuk jangka masa yang panjang.

Pentingnya menjaga struktur dan lindungi tulang belakang kita seawal masih muda dan sihat. Jangan tunggu dah sakit baru tahu kepentingan menjaga tulang belakang. Bagi yang mempunyai masalah berkaitan sendi dan tulang boleh amalkan set sendi shaklee untuk membantu pergerakan sendi lebih lancar dan memelihara bendalir sendi.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...