SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Tuesday, 9 September 2014

Tips Menjaga Kesihatan Rambut

Bukan sahaja kesihatan diri perlu dijaga sebaiknya, tetapi rambut juga perlu dijaga dengan rapi agar tidak mengalami masalah kekeringan, rambut bercabang, kelemumur dan sebagainya. Rambut juga diibaratkan sebagai 'mahkota' seseorang wanita itu. Miliki rambut yang sihat dan berkilat sememangnya menjadi impian semua orang.

Tahukah anda jika rambut bermasalah juga memainkan peranan penting dalam membina keyakinan diri? Sebagai contoh, anda mempunyai kerjaya yang bagus dan sentiasa perlu berjumpa client, tetapi anda mempunyai masalah rambut berkelemumur dan rambut gugur. Apakah di fikiran client company anda apabila melihat di baju anda kelihatan kepingan kelemumur? Mungkin mereka berfikir anda seorang yang tidak mementingkan self hygiene. Keyakinan diri mula merudum.

Tips menjaga rambut dengan cara betul:
♥ Urut dengan lembut apabila mencuci rambut, jangan menggosoknya.
♥ Jagalah rambut daripada terkena terlalu banyak sinaran matahari atau air klorin.
♥ Jangan kerintingkan rambut, menyah-warnakan rambut, meluruskan atau mewarnakan rambut terlalu kerap.
♥ Gunalah jenis shampoo yang bersesuaian dengan rambut anda. Guna shampoo dengan kandungan semulajadi.
♥ Bersenam dan jaga pemakanan anda. Elakkan alkohol dan merokok.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...