SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Sunday, 28 September 2014

Hodohnya Garisan Hitam Di Perut

Garisan Di Perut Semasa Mengandung (Linea Nigra)

Semasa mengandung, wanita biasanya akan mengalami beberapa perubahan pada dirinya, ini disebabkan perbezaan hormon ketika hamil. Munculnya pigmentasi tompok gelap pada muka dan leher, jaringan urat (spider veins), tanda regangan pada kulit (stretch-mark), bintik-bintik dan jerawat ketika hamil dan munculnya garisan gelap di perut (linea nigra).


 

Para ibu sekalian, perasan tak munculnya garisan gelap seperti gambar di atas ini semasa anda hamil? Semakin kandungan membesar, semakin jelas garisan gelap ini. Buat pengetahuan ibu semua, garisan gelap di peut semasa hamil ini dipanggil sebagai Linea Nigra.

Linea Nigra ialah garisan menegaj berwarna gelap dengan kelebaran sehingga satu sentimenter yang terbentuk pada tengah-tengah perut, biasanya merentasi pusat. Ia disebabkan oleh pigmentasi pada kulit disebabkan hormon estrogen meningkat dan menyebabkan otot abdomen anda meregang bagi memudahkan pembesaran bayi. Namun, bakal-bakal ibu semua tak usah khuatir kerana ianya bukan bersifat kekal. Pigmentasi ni akan semakin pudar dalam masa beberapa minggu selepas anda melahirkan.

Nikmati segala apa yang dianugerahkan kepada kita sebagai seorang wanita yang melalui beberapa proses ini yang tidak mungkin dapat ditanggung oleh seorang lelaki gagah pun. Beruntungnya kita, saat kita melahirkan bayi kita nanti, kita juga "bersih" daripada dosa-dosa masa lalu. Allah swt mengampunkan dosa-dosa kita, sama bersih seperti bayi kita nanti. Allahuakhbar,

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...